Thursday, April 29, 2010

Wedding Bells..


Wedding bands? *Gulp…. Aku nak kawen dah?????


Harun datang: Hello Auntie.. how are you?

Mama jawab: Fine. So glad to finally meet you…

Harun: *smiles…



Harun tanya: Auntie, I come with high hopes.. to make Ahmoi the love of my life.. forever.

Mama jawab: You sure you will take good care of my daughter? She is my one and only daughter, Harun.

Harun jawab: As long as she wants to have me all her life, Auntie..

Mama: *smiles…..



Harun tanya: Auntie, Ahmoi is my first love. I’d do anything for her. She had requested for me to move in with her, here.. Would you mind Auntie?

Mama and Abang: Small my palm hand, nyiru we show you Harun.. you are here to stay!



Harun: VROOMMMMM!!!!!!!!! PON PON PON!! *Harun syok gil babs!


Guys! Hik hik hiik… meet my HARUN, my new Honda City. Remember I said about him being Chinese, well I cant really say he’s a Jap could i? And the part when I said he’s a yo wassup nigger kind of Chinese? Well again, my Harun IS black.. and his special name is Crystal Black Pearl.. hik hik hik.. Honda @ Harun. Sudah aku convertkan dia secara rasmi 27 April 2010. Boleh laaa nama Harun tu kan...


Harun posing for all of you..

andddd... another pose for everyone.. hensem kan my Harun? (",)

satu lagi lah.. a brighter version of my love..

Geng bloggers jangan marah k.. i know i did a bittttttt of lies here and there. Tapi tak tipu sepenuhnya kan kan kan? Hmm, now I’m giving focus with my own life je lah..takde boyfriend as yet except for, of course..Harun. It was hard to do white lie tau, [white lie ke] sabarrrr je bila hampir semua took my words for it and actually believed I was being proposed by Harun. Hehe takdelah secepat itu aku dapat pengganti cinta ..Im still single and widely available ok.. aiseh, sempat promote.. hahaha..

Maka, tamat sudah episod cinta yang aku gembar gemburkan di sini and bermula lah episod kehidupan aku menyemai cinta bersama Harun ok kawan-kawan.. hik hik.. aku bahagia jang!



Tuesday, April 27, 2010

Thousand Apologies

Sorry guys, ahmoi baru nak recover dari sakit last week..

This time, ahmoi sakit teruk.. Friday memang ahmoi tak turun kerja sebab muntah bercampur darah...

Saturday
mama ahmoi bawak ahmoi pergi klinik lagi, and doktor dapati BP ahmoi sangat rendah..dalam perut ahmoi ada luka, acid mengganggu stomache lining hingga tiap kali ahmoi makan, pasti akan muntah semula.. ahmoi terkena gastrik yang sangat jahat..

Disebabkan ahmoi juga dalam keadaan period, ahmoi tidak boleh makan panadol..dan kerana ini, temperature badan ahmoi naik mendadak.. Ahad lepas, ahmoi terpaksa pula memandu ke Kuching untuk menghadiri interview hari Isnin. Ahmoi memang lembik pada hari interview. Memang kalau lemah semangat, ahmoi tak pergi interview tu..Nasib ada mama menjaga ahmoi.. memang kesian kat mama penat menjaga ahmoi sejak dari minggu lepas..

Oleh
sebab itu juga, ahmoi mahu meminta maaf, post tentang ahmoi dan harun yang dijanjikan 26-27 April terpaksa ditangguh buat seketika sehingga ahmoi sudah benar-benar sihat ok.. Kalau esok ahmoi kuat, esoklah ahmoi buat post special itu..

Guys,
take care.. nite


Thursday, April 22, 2010

Bila Sudah Sakit..


Today aku..

Berstokin wangi..

Bersweater tebal..

Berseluar panjang...

Kusut. Rambut kalau dibiar lagi sehari, boleh goreng telur sebab berminyak tak mandi. Tak pun boleh berkutu kot..


Mula-mula aku demam tak lah teruk guys, tapi masuk hari Selasa, aku ‘kebulanan’... pakej lengkap untuk aku terperok atas katil. Nak makan ubat, tak boleh sebab tidak elok untuk flow darah yang sedang keluar.. The way aku bagitau korang ni macam aku tak sakit, tapi maigod aku muntah, aku panas badan, aku tak lalu makan, aku senggugut dah nak jadi sayur kangkung rebus dah aku ni.. nak telan panadol bagi demam kebah tak boleh, terpaksa pulak menahan period pain jadi kesakitannya berganda-ganda..

It came to a final straw no berries this morning when I could not get up from bed. My mother had to drive me to the clinic, ambik ubat and mohon MC.. luckily doctor tu baik hati bagi aku 2 hari cuti sampai esok.. kalau dia tak bagi aku tuku dia.. don’t mess with demam+kebulanan lady = perempuan meroyan. Tau? Mua ha..



Masalahnya, sekarang aku dah rasa aku ok.. sehari hari dah aku tido, rehat, tido, rehat, tido, rehat sampai aku rasa nak sakit balik sebab terlalu banyak rehat.. dah la hari panas, kena pulak pakai sweater.. semalam tak mandi, pagi tadi pun tak mandi..badan berpeluh nasib baik tak tengung.. boleh cuci muka and tempat penting tet censored saja.. dah la period kan.. aduhaiiii.. dugaan dugaan.. petang tadi badan dah start gatal, melekit.. oh ini tidak boleh jadi.. demam sik demam.. aku rembat tuala masuk bilik mandi.. *kedebush.. la la la..

Ha amik, puas ati aku.. rambut dah wangi, badan pun segar.. esok kalau aku demam lagi, takpelah..aku dah ada MC.. muahahaha.. memang aku plan nak turun kerja esok walopun dpt MC 2 hari.. bosan aku duduk rumah tak tau nak buat apa nyah.. aku tengok kucing, kucing tengok aku…aku tengok dinding, dinding tengok aku.. uih, blur jang.. baik aku g sekolah tengok cikgu mana yang masih bujang tidak terlajak untuk cuci mata dan jiwa raga . *Opss, sayang Harun.. main-main yang..!*

K guys, time untuk menelan antibiotic … wish you all g’nite and sweet dreams.. :P




Tuesday, April 20, 2010

Ke Mana Menghilang?


Pergh,
biasanya posting gap aku adalah 2 hari, 3 hari tops tapi ini sudah 5 hari.. kemana aku menghilang..?

Sorry kawan-kawan, sebenarnya aku demam since Saturday.. demam yang menggila stok 'makan hanya untuk dimuntahkan semula' dan 'berjalan seperti zombie'.. mungkin gara-gara aku bermalam di Jeti Hidro Batang Ai pada malam hari Jumaat demi untuk memancing.. Kata orang tak elok anak dara berembun malam-malam tapi aku bantai pergi jugak.. walo berlapis baju aku pakai, angin malam tetap sejuk.. dah la berbumbungkan langit.. sanggup tu.. semuanya demi untuk memancing bersama geng.. Pukul 3 kami balik, tu pun disebabkan hujan..kalau tak, mau sambung sampai pagi... nah sekarang amik kau, demam 4 hari.. tapi gigeh jugak turun keja.. tau buat, tau la tanggung sendiri kan..

Aku takde hapdet yang interesting this time.. minggu yang agak busy bagi aku jadi sorry kalau aku tak komen blog korang k, aku sendiri pun tak terhapdet blog.. serabai kepala aku dengan kerja yang menimbun sehingga hal diri agak tidak terurus.. upah french maid boleh tak..

K guys,
i gotta go.. kena siapkan design pamphlet malam ni.. :( .. pray for my fast recovery ..
nite!



Thursday, April 15, 2010

.Harun.


Post ini Super Duper Panjang. Giler nak mamps punya panjang. Sila 'X' kalau tak larat.. :) sila teruskan jika mahu speku bersama saya.. hehehe..



Kalau dulu…

Lautan api sanggup ku renangi dengan bantuan divers equipment


Kalau dulu..

Gunung Kinabalu sanggup ku redah dengan bantuan kereta sewa.


Dan kalau dulu..

Aku rahsiakan wajah bekas kekasih *gambar di atas*, gara-gara mahu menjaga hati dan juga mahu bikin surprise gelang si paku gelang kepada semua rakan bloggers konon time majlis persandingan barulah aku akan tayang wajah si dia.. Sekarang, surprise kemana, sanding ke mana.. Padan muka. Ehehs. Takde motip jahat lah aku taruk gambar dia dalam post kali ni, cuma aku dah belajar satu lesson penting.. jangan sembunyikan orang yang anda cinta tapi dalam yang sama anda turut ragui kejujuran nya.. post kan saja, mungkin ada yang akan kenal dan ‘Eh, balak aku la!’ ha tu dia aih.. haru yo.. ahaha.. ataumemang ada antara sekalian rakan bloggers yang kenal ex aku nih?

Jadi kan, mulai saat ini, aku cuba takkan sembunyi apa-apa lagi masalah penting yang mungkin korang boleh tolong bagi tunjuk ajar. Waima aku seorang pendidik, namun humbly aku tetap perlukan tunjuk ajar pada certain perkara yang mungkin aku gelap seperti pagi yang gelap..rakan bloggers tolong cerahkan.. yek?

Maka dengan itu, aku akan ceritakan siapakah dia gerangan insan yang telah berjaya menambat hati .abang. aku sehinggakan dia sudi memberi green light tanda restu untuk hubungan kami berdua.. nak tau? Ceritanya begini………… layannnnnn…


@@ -------------------------------------- @@


Pada siang hari Isnin yang lepas.. *kring kring! Kring kring* talipon berbunyi ring ring ring, ku angkat ku dengar suara.. talipon berbunyi ring ring ring..ku jawab ku tanya siapa… [ingat tak lagu ni time sekolah rendah dulu? Hahaha.. aku dulu nyanyi lagu ni mesti cikgu kasik yang besi segitiga tu..ting ..ting.. ting.. macam haram aku kena ketuk menatang besi tu sambil berdiri statik.. hahaha] ok melelat..

Anyway, siapakah yang call? Jeng jeng to my surprise, *Harun yang call.. aku bagilah nama dia Harun k.. itu je nama pertama yang terlintas dalam kepala hot aku tadi.. dia ni agak fofular la di kalangan .abang. dan kawan-kawan .abang. aku.. berbangsa cina tapi tak cerah pon.. gelap macam yo wassup nigger je aku tengok.. mungkin sebab dia kacukan kot, kacukan mak campur ayah.. laki campo pompuan.. hahaha pang! penampar. Tapi of course la manis ala-ala roti gula kapas pink.. sejuk mata memandang aw nyah.. Umur pulak tahun ini masuk 30.. wajibul ghunnah untuk kawen dah.. bukan dia, tapi aku… muahahaha..

Lagi apa, ok.. Harun bekerja di Kuching, bersama sebuah syarikat %^&*(.. Dia nak kata tinggi, tak jugak tapi yang pasti aku memang lebih pendek.. badan sedap-sedap jambu masak, tak gems tak kurs..rambut hitam takde dye dye mat rock karat..sentiasa di sikat rapi tiada ala cacak atau pun punk atau pun panjang mengurai seperti ponti ozzy osbourne. Penampilan cukup sifat. Cuma, cakap melayu ada kureng sikit ‘lu apa macam, ada sihat?’ hah, nasib baek aku tak tertelan nasi kena panggil ‘lu lu wa wa’ .. aku anggap itu momentik.. hahaha gila nyah!.. tengah dilamun cinta oi, kena gelar gendut pun aku layan momentik dek non..


Joynstar, look.. OMG. Orlando Bloom. Eheheh. nothing like Harun though.. Harun is perhaps next to Hrithik Roshan kot.. oh sungguh melampaui batas statement itew. ahak hak..


Berbalik kepada panggilan talipon tadi, dia menyuarakan hasrat mahu meminang aku. Sangat drama kan? Arum buler aku macam takleh nak caya..Aku yang saspen hanya menyerahkan kepada .abang. dan mom untuk membuat keputusan. Dan nampak gayanya Harun memang cina yang pandai ambik ati lah. Kaw kaw lah pandai.. masalahnya di sini nanti, sanggup ke tukar agama? Ha yang tu belum lagi ditimbulkan.. kerana menurut Harun, dia sendiri akan turun datang ke Sri Aman dan datang berjumpa family aku pada 26 atau 27hb bergantung pada pelepasan cuti, dan membawa berbincang face to face bersama family. Siap nak tanya ‘nanti kalau sudah nikah, mau duduk mana.. kuching kah sri aman kah london’? ewah..

Tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.. :P aku takde gambar Harun.. sebab aku memang dah kenal dia..luar dalam..ahah kenjes..ok aku tipu part luar dalam tapi aku memang kenal dia pon sejak aku kecik masih main kawen-kawen masak rumput masak pasir. Nantilah demi korang aku try tanya kalau dia nak bagi and izin aku letak kat sini k.. Aku teruja, bohong kalau aku kata aku tak gembira.. apa lagi bila dia confess, dia suka kat aku since last year tapi sebab dia tahu aku sedang two is better than one time tu, dia tak ganggu. Sekarang satu family dah tau aku singular no say plural, dia tak lepaskan peluang .. Time is gold you know.. yah.. inggessss i.. hahaha

K lah you all.. panjang 1000 patah perkataan dah karangan aku..exam PTK pun takde mintak banyak gini .. mak aku dapat full 4 4 yo.. hevat the vrillliant sungguh si ibu yang mengandungkan aku itew waima tidak lagi memiliki suami yakni arwah ayah yang merotan aku time kecik dulu sebab curi duit 20 sen.

Eheks, korang rasa, korang boleh percaya cerita aku ni? Kalau betul, korang support aku tak? Dan kalau aku tipu, korang marah tak? Sama-sama kita tunggu 26-27hb April untuk Episod terakhir kisah hubungan aku bersama Harun. Akan ditentukan penerimaan nya pada tarikh keramat itu nanti. Oleh yang demikian juga, post mendatang akan kembali kepada rutin biasa.. jangan dihebohkan dulu.. sama-sama kita bersabar yek.. bye!



Monday, April 12, 2010

.Abang.



“Kirim salam ngan adik kau” [kirim salam kat adik ko]

“Aku tok gik idup. Langkah mayat ku lok mun ada beran” [ aku ni idup lagi. Langkah mayat aku dulu kalau berani]


Hah..! korang ada tak abang yang garang? Aku ada. Abang aku yang kedua. Dia yang paling tinggi dan besar dalam family. Very protective terhadap aku, especially protecting me from his friends. Dia filter segala kawan-kawan dia yang nak kenal dengan aku. Pendek kata, tak ada seorang pun yang pernah berjaya mengorat aku dengan successful. Kalau ada yang nak berkenalan, pasti before nak ajak aku keluar ke, akan ber tanya ‘abang ada dirumah?’ kalau ada, umpama mimpi dalam mimpi saja lah..


Tada..ni lah my brother.. time ni tahun 2006, dia masih maintain tough.. sekarang sejak kawen, agak gendut..


Aku tengok abang orang lain, tak kisah pun adik derang ber couple dengan kawan mereka sendiri.. ada jugak yang menggalakkan, ada juga yang hal kau hal aku.. tapi abang aku stok gangster memang tak bagi ah.. dia cukup-cukup tak bagi aku ngedate mana-mana sorang pun kawan dia.. sebab tu, dalam kumpulan sepupu sepapat, aku agak awkward. Kazen mazen aku yang lain, kira satu geng semua dengan kawan abang aku, campur dengan kawan yang lain boleh je ngam.. bila aku masuk, topik agak-agak ayam dan itik..

In a way, aku prefer jugak macam tu.. at least I know my brother loves me and will do anything to let no harm comes to me, am I not rite? Abang aku garang garang kucing garong, tapi hati tetap penyayang pada adik dia yang sorang ni.. :P maklum, aku sorang puteri di rumah, haruslah dijaga ..

Eheh, why this topic today? Ada reason.. to be honest, sebenarinanya ada seorang telah berjaya mencuri hati aku and guess what, abang aku bagi GREEN LIGHT! Hahaha jeng jeng.. silalah speku.. tapi anda semua harus bersabar menunggu my next update ok? I will let you guys know..la la la..