Thursday, November 24, 2011

RAIKAN CINTA FELICIA & BAKRI

Sekapur sirih, seulas pinang.
Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami dengan berbesar hati dan sukacitanya mempersilakan

Tuan/Puan/Encik/Cik dan rakan-rakan ke

Majlis Ikatan Janji, Ijab Bersaksi antara Felicia Farida Ramzi dan pasangannya, Bakri Ibni Mohamad pada;

Tarikh: 24 Disember 2011 (Sabtu)
Lokasi: Dewan Suarah, Sri Aman, Sarawak.
Waktu: 10:00 pagi (jemputan hadir) 10:30 pagi (persandingan mempelai)

Semoga dengan kehadiran semua akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati oleh Allah S.W.T

"Ya Allah Ya Latif Ya Rahman Ya Rahim"

Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri,
berkatilah majlis yang diadakan dengan
keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.
Dengan Taufik dan Hidayahmu,
beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

"Amin Ya Rabbal Alamin"

- Dua Hati Berjanji Satu, Semoga Bahagia Kami Selamanya -

Felicia @Ahmoi Chantek & Bakri

p/s: Tema Pakaian Tetamu: - MERAH (^_^)




Friday, November 18, 2011

Counting days..

35 more days to go..

(^_^)

boleh teka?



Monday, November 7, 2011

Sanggup sik?

nah, latest view tempat saya kerja..

           tu naaaaa bot jauh parking..

my first experience..last week..bgi yang tak tau lagi, untuk sampai ke sekolah saya, perlu menaiki bot dari jeti umum semporna selama 10 minit sebelum sampai ke SK Labuan Haji yang terletak di Pulau Bum-Bum.. hehe..

ini dinamakan musim 'mengapok'..maksudnya waktu air laut surut,  bot tak dapat masuk ke jeti  sebab paras air laut sgt rendah, serendah buku lali, jadi kami yang terpaksa meredah air laut untuk sampai ke bot.. ada certain part paras air tinggi hingga paha...jadi guru2 perempuan kena sentiasa bersedia memakai seluar 'fit'... waktu kejadian ni, nasib baik saya dah sedia pakai seluar fit.. sedia lah untuk sinsing kain kurung sampai pinggang...sanggup datang ke tempat kerja ku? 




Wednesday, November 2, 2011

Jauhhhhhhhhhhhhh!!

 hilang hilang hilang..

i know.. nak tau saya kat mana skrg? tempat saya keja skrg? ha kumpul duit byk siap2.. saya tunggu korang datang tempat saya kerja, SEMPORNA SABAH! mari la, pulau mabul, pulau sipadan menunggu..

:)