Thursday, August 18, 2011

Luahan Hati 3

Joynstar: yes, he’s the guy, the one who gave me that box of kurma..

Selepas kejadian bersemuka yang tidak berakhir dengan elok itu, saya mengambil keputusan untuk buat tidak endah saja.. makin dilayan, makin gila dibuatnya.. saya mula memberikan fokus pada kerja dan telah membuat keputusan untuk tidak lagi menjawab panggilan mahupun sms daripada isteri Encik Jawa. Biarpun kadangkala ayat sms yang dikirimkan sangat memedihkan hati, saya tabahkan diri, buat tidak tahu… saya sedar, kalau saya tenggelam dengan perasaan dan ikut rasa hati, saya juga akan rasa sengsara..

Masuk sekolah sedikit sebanyak menenangkan perasaan kerana saya tidak perlu hadir ke kampus, sekaligus dapat mengelakkan daripada berjumpa dengan lelaki itu.. kononnya saya berasa sudah selamat.. tapi ketenangan itu tidak berpanjangan apabila saya mendapat tahu, Encik Jawa telah membuat pertukaran dengan seorang pensyarah lain untuk menjadi pemantau di sekolah saya. Ini bermakna, dia berhak untuk datang ke sekolah yang saya hadiri, memeriksa dan memastikan kami menjalankan praktikal dengan baik.. ya alasan semata-mata! Saya tau amat, kenapa dia membuat pertukaran itu, untuk bertemu dengan saya.. untuk dia dapat menatap wajah saya.. seperti yang dia smskan kepada saya, terlalu rindu.. saya meluat! Oh tuhan.. apakah lagi bala yang akan menimpa selepas ini?.......

“saya akan cari awak sampai ke lubang cacing pun!”

Di atas antara ayat sms isteri Encik Jawa.. saya tidak tahu kenapa saya disalahkan sedangkan saya tidak pernah memikat suami beliau.. pernah suatu ketika, semasa kami perjumpaan tamat praktikum di dewan besar institut, Encik Jawa tanpa segan silu telah meluahkan isi hatinya secara tersirat di hadapan seluruh pelajar..

“Yahya kata, saya selalu tak senyum.. ye lah, macamana saya nak senyum.. awak tu lelaki.. lain lah kalau awak tu perempuan, betul tak Felicia?”… 

Serorot itu matanya memandang tepat ke arah saya.. saya tidak tahu mahu dengar apa lagi selepas itu, kebingitan rakan-rakan berbisik ataupun kesenyapan diri saya yang menyakitkan, kerana waktu itu saya seperti mahu menjerit saja.. dia memang sudah gila! Saya tidak pernah jumpa lelaki segila dia.. walaupun dia kata cinta dia suci.. suci apakah itu sekiranya cinta pada isteri sendiri telah dinodai, dikhianati??

Ketika peristiwa di dewan itu berlaku, ia sudah memasuki bulan April 2011. Dalam tempoh 6 bulan sejak pertama kali dia confessed, pelbagai perkara telah berlaku.. Tak cukup 10 luahan rasa hati kalau nak diceritakan di sini. Terlalu banyak.. belum lagi saya ceritakan saya hampir berteriak di telefon ketika dia menghubungi saya berpuluh-puluh kali tetapi saya tidak jawab ketika saya hendak pulang berhujung minggu balik Sarawak.... lantaran geram, saya jawab dengan kasar dan bertanya apa lagi yang dia mahukan.. dia tanya kenapa saya balik Sarawak… saya jawab dengan soalan

‘kenapa?  Tak boleh?? Saya orang sana, sukahati sayalah nak balik pun’..

‘’manalah tau awak balik nak kahwin’

‘memang pun.. puas hati?’ tit! Saya matikan talian.. benci!

Selepas itu dia hubungi lagi, berdering-dering sehingga panggilan ke 7 atau 8.. oh my god, saya sudah mendidih!

‘apa lagi ni?? Ya allah, kenapa asyik telefon saya ni???’

‘u cakap betul2, u balik nak kawen ke?’

‘encik, saya balik berhujung minggu, apa masalahnya dengan encik? 8 kali tanya, 8 kali jugak saya jawab soalan yang sama.. bosan tau tak, bosan!’

‘ok ok..jgn marah, saya nak pastikan saja’

‘tolonglah jgn telefon lagi.. tolonglah!'…. tit! Lagi sekali saya matikan telefon dengan kasar..

Orang yang duduk di kerusi hadapan saya sudah menjeling-jeling melihat riak muka saya yang merah padam menahan marah.. dah sah-sah lah dia dapat dengar perbualan saya sebentar tadi, tapi dek marah yang amat, saya mungkin tidak mengawal nada suara saya..

Bersambung..



 

Thursday, August 11, 2011

Luahan Hati 2


Sejak peristiwa panggilan telefon itu, gangguan isteri beliau terhadap saya menjadi semakin teruk. Beliau akan telefon awal pagi, sedang saya kelas, lunch, petang dan tak kira masa lah ..siap hantar sms yang berbaur ugutan/ancaman.. saya terasa menanggung beban yang amat.. saya cuba memahami perasaan beliau tetapi beliau tidak cuba memahami situasi saya.. bukankah saya juga mangsa seperti dia? saya menjadi cukup benci melihat wajah Encik Jawa .. ikutkan hati saya ketika itu, mahu saja saya sumpah seranah dia depan-depan.. biar sedar sikit diri tu suami orang!

Masuk Januari 2011, saya menangis.. saya sakit jiwa memikirkan saya perlu kembali ke institut untuk menjalani latihan praktikal. 2 minggu tempoh waktu perlu menunggu sebelum masuk ke sekolah merupakan satu tempoh neraka buat saya.. sepanjang tempoh itu, saya diganggu oleh Encik Jawa yang tidak henti-henti menagih cinta, dan diganggu oleh isteri beliau yang melemparkan tuduhan terhadap saya…non stop sampai saya rasa mahu pecahkan telefon! Tak pun pecahkan kepala sendiri!

A week into the month, kesabaran saya telah tiba ke puncak.. meletup! saya nekad untuk melaporkan kepada unit bimbingan dan kaunseling yang ada di institut, yang mana salah seorang staf disitu adalah pensyarah kami juga.. seorang wanita yang bersifat penuh keibuan, jadi saya beranggap, dialah paling sesuai untuk saya temui.. dengan dorongan rakan-rakan, saya pergi menemui beliau..

“Kalau ikut hati saya puan, saya mahu laporkan kepada ketua jabatan tentang gangguan ini. Saya tidak tahan puan, hari-hari saya diganggu oleh mereka berdua dengan agenda yang berlainan. Fokus saya hilang, saya tidak seronok berada di sini..”.. bersama linangan air mata saya luahkan kepada puan..

Jawapan puan, saya simpulkan lah ya.. beliau meminta saya bersabar dan memberikan cadangan  - beritahu pada kedua-duanya bahawa saya akan bertunang. Diharap apabila mereka mengetahui saya akan bertunang, gangguan ini akan berhenti. Encik Jawa tidak lagi menagih cinta dan isteri beliau tidak lagi mengugut saya, begitulah harapannya.. ya, konon! 

Cadangan ini saya ambil dengan positif pada asalnya dan telah saya lakukan.. tapi let me tell you this, it did not end well.. salah seorang teman rapat saya, bersetuju untuk membantu saya dengan menjadi tunangan saya.. kasihan, dia turut menjadi mangsa marah Encik Jawa.. you should have seen Encik Jawa’s face bilamana terpacul saja dari mulut saya mengatakan saya hendak bertunang.. dia jadi macam orang gila! 

“selagi awak belum bertunang dengan dia, selagi itu saya tetap akan dapatkan awak..saya tetap ada peluang dan saya akan gunakan peluang itu..”.. muka sinis memandang teman rapat saya itu seolah-olah kami terlalu kecil untuk memperlekehkan dia.. dia ada pangkat, ada duit, ada kuasa..  ya ampun, sangat menyakitkan hati!


Bersambung….


Luahan Hati 1


“Kenapa awak ganggu suami saya?”… 

Apakah perasaan anda sekiranya diutarakan soalan berunsur tuduhan begini? 

“Awak takde maruah ke atau awak memang penghancur rumah tangga orang??”

Dan soalan begini?

Hm.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. this was what happened to me during my training time ritu.. saya akan cuba menulis dari sudut pandangan saya sebagai yang dituduh dan juga dari pandangan pihak terbabit kenapa beliau membuat tuduhan begini terhadap saya ya..stay with me.

Semua ini bermula apabila seorang pensyarah ini.. hmm biarlah saya namakan dia Encik Jawa ye, mula meminati saya dalam diam sejak Oktober tahun lepas.. asalnya, dia cuma memanggil untuk memberikan tugasan2 kerana kebetulan pula, dia juga merupakan salah seorang pensyarah kami. Saya sebagai seorang pelajar, tidak pernah mengesyaki perasaan dia terhadap saya.. sehinggalah panggilan dia untuk datang ke bilik dengan alasan tugasan menjadi semakin kerap, iaitu hampir setiap hari.. saya menjadi semakin tidak selesa tapi saya diamkan sahaja.. walau bagaimanapun, sekuat mana saya cuba sembunyikan, sekuat itu juga cerita mula keluar di kalangan rakan-rakan sekursus. Mujur ramai yang memahami dan tahu sejarah pensyarah itu memang agak ‘ligat’..tetapi saya dah dewasa, saya tahu dan saya pasti ada juga di antara rakan-rakan yang ‘muak’ melihat saya..  
Saya mula mengelak daripada berjumpa dengan Encik Jawa..saya beri pelbagai alasan untuk tidak pergi ke bilik dia.. saya menjadi seram sejuk.. paling tidak, kalau terpaksa juga pergi, saya akan ditemani seorang rakan .. Encik Jawa pula, semakin hari semakin berani meluahkan perasaan kepada saya.. saya menjadi risau, dan sangat stress..

Keadaan menjadi semakin kritikal apabila suatu hari dalam bulan December 2010, saya mendapat satu panggilan telefon daripada isteri beliau. Alangkah terkejutnya saya.. bagaimana dia mendapat nombor telefon saya? .. tapi saya tidak panik.. saya bercakap elok dengan isteri beliau dengan mengatakan saya tiada apa-apa hubungan dengan suami beliau..tapi isteri Encik Jawa seperti tidak mempercayai kata-kata saya..  saya faham kedudukan dia sebagai seorang isteri sudah tergugat dengan kehadiran saya tapi ketahuilah, saya tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap suami beliau..

Saat paling memeranjatkan berlaku tidak lama kemudian apabila saya sekali lagi dihubungi isteri Encik Jawa bersama tangisan.. dia mengatakan dia izinkan saya bersama suami beliau, jaga anak-anak beliau.. ya Allah di kala itu saya jelaskan kepada beliau sekali lagi, saya TIDAK ada hubungan dengan suami beliau dan TIDAK menaruh apa-apa perasaan terhadap Encik Jawa.. berkali-kali dinyatakan tetapi beliau tetap tidak percaya.. akhirnya saya pohon agar tidak diganggu kerana saya rasa seperti orang bodoh diperlakukan sedemikian rupa.. jelas sekali, ini tidak mengubah tuduhan beliau terhadap saya apabila beliau menelan pil tidur untuk meredakan tekanan.. di kala saya menerima berita itu, saya terduduk.. ya Allah, kenapa hal sebegini berlaku? Rupa-rupanya, Encik Jawa sudah berterus terang dengan isteri dia bahawa dia mencintai saya dan mahu menjadikan saya sebagai isteri.. isterinya yang kedua.. tolonglah.. saya tidak sekemaruk itu. Sakitnya hati saya ketika itu seperti bom yang mahu meledak! Kenapa saya? Saya tidak mahu! Saya tidak sukakan lelaki itu! Benci!


Bersambung..

Bermula dari bawah semula..


Hi..hmm.. bersawang, bersepah, berdebu dah blog saya ni rupanya.. (lap lap sikit)

Sejak kehidupan masuk KPLI lebih setahun lepas, blog saya pun turut terbiar. Nak salahkan jadual KPLI yang ketat, ya jugak..tapi turut sama kemalasan saya kerana penat sehari-hari bila terperuk di institut setiap hari.

Dalam tempoh setahun itu juga pelbagai dugaan dan cabaran telah saya tempuhi..ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan, tak kurang juga ada yang menyakitkan.. meh la saya cerita serba sedikit pengalaman saya duduk di kuala lumpur sepanjang menjalani kursus perguruan itu yeh?

Untuk tempoh beberapa minggu yang pertama Julai 2010, saya jatuh demam sebab tak tahan dengan ‘kecepatan’ hidup di kl. Makan pun masih nak adjust untuk tekak, suka tak suka kena telan ditambah dengan tuntutan menghadiri kelas seawal 8 pagi hingga 6.30 petang.. aktiviti makan ini semakin lama semakin dilayan sebab nak elak sakit, saya banyakkkkk makan.. (kalau nak tau, saya ni berpenyakit gastrik, takleh miss satu meal pun dalam sehari)  yang akhirnya membawa kepada kegedempolan badan naik beberapa kilo daripada 44kg kepada 49kg.. amik. Tapi takpalah, seronok jugak tengok diri sendiri comey gendut semacam. Hik hik..

Bila mengenangkan pengalaman yang pahit pula, terasa perit nak dikongsi. Malu ada, takut pun ada, yelah kan, tanggapan orang berbeza, tapi takpa, saya positif.. mungkin apa yang saya kongsikan di sini boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan kepada insan yang lain di luar sana....


Bersambung…