Tuesday, August 14, 2012

Recipe Butter Chicken

Hari ni Chef Amoi nak share resipi butter chicken.. Chef Amoi dapat resipi ni dari seorang kawan and percayalah, resipi ini sangat superb sehingga menjilat ibu jari..hihi..kalau para kawan-kawan atau ibu-ibu nak tukar kepada udang atau daging,dipersilakan. sama juga resipinya..

Mula-mula, potong ayam ikut suka.. letak dalam mangkuk.
kemudian masukkan garam lebih sedikit, (sebab nanti masa nak buat kuah, tak da tambah garam dah),
masukkan serbuk kunyit dan telur ikut banyak ayam.. gaul..

Panaskan minyak + butter dan masukkan ayam yang telah dicampur dengan bahan2 garam / serbuk kunyit tadi ke dalam kuali yang dah panas. Pastikan ayam dah masak dengan cukup ya..lepas masak, alihkan ayam ke dalam mangkuk lain. Baki minyak jangan dibuang.

Dengan baki minyak tadi, tambah lagi butter secukup rasa, panaskan.. kemudian
masukkan bawang putih dan cili. tumiskan.. kemudian masukkan daun kari. bau akan naik harum..

Lepas tu, masukkan ideal milk. ngam ngam rasa lah k. jangan plak terlalu banyak nanti
terlampau berlemak pula.. lepas tu, masukkan beberapa sudu susu cap junjung sehingga cukup manisnya.

Masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi. Gaul lagi.. Lepas tu, masukkan nestum. nestum ni akan serap minyak dan bagi rasa 'krup-krup' pada isi. nyam.. kalo ada yang sukakan kuahnya, tak perlulah letak banyak nestum.

senang kan? sedap tahap tip top.. memang first try akan nak lagi, cubalah!




Tuesday, August 7, 2012

Majlis Menyambut Menantu 14 Mac 2012 (Terengganu side)


3 months after the 24th, ceremony on husband's side had taken place in Dungun, Terengganu.

Oh, it was time to berhias again! hihihi.. i wont babble much, let's enjoy pictures okay.




















oh bila tengok balik gambar-gambar kawen ni, rasa sweet sangat. my husband memang romantik to the mantic orangnya..all the time nak cuddle-cuddle. hahaha.. opss. tebik posa kelak. but it's the truth, which makes me fall in love with him all the time. memang dia lah raja di hatiku. semoga kekal selamanya. amin




My Wedding Reception 24th December 2011

i have yet to share my wedding reception's pics have i? okay i'll post just a few cause i'm in rush with some other work. here goes.











 Cinta matiku Bakri sayang.. :)


Puasa Terindah 2012

salam ramadhan..

kita sudah menghampiri penghujung puasa kan.. penuh tak? puasa saya alhamdulillah masih penuh. harap2 boleh lah penuh tahun ni ye kalo diizinkan..

nak bercerita sedikit tentang puasa pertama saya sebagai isteri tahun ini.
saya bersedia dari awal membeli tiket dari sabah untuk terbang ke kl supaya
dapat menunaikan puasa pertama bersama suami. sanggup okay.. nama pun
pertama kali kan, mesti kita nak menyambut bersama yang tersayang.

ia terbukti benar kerana saya rasa puasa tahun inilah puasa yang paling 
bermakna dalam kehidupan saya. bukan sahaja saya dan suami berjaya
berpuasa bersama, malah berjaya menunaikan solat fardhu 5 waktu secara
berjemaah. masuk malamnya, suami ajak pula pergi ke surau. tersentuh jiwa
wanita saya.. betapa suami saya menjaga saya..terharu sangat. syukur 
yang teramat Tuhan mempertemukan jodoh kami. tiada yang lain saya
mohon pada Tuhan selain dilindungi kesihatan dan keselamatan suami tercinta.

sekarang, masing2 menunggu tibanya cuti raya agar kami dapat bersama semula.
tuntutan bertugas di lain2 negeri. menyebabkan saya dan suami hanya
dapat menikmati puasa selama satu penuh sahaja kerana ahad puasa kedua
saya sudah terbang balik ke sabah. saya sabar, suami pun bersabar. semoga
kesabaran kami akan membuahkan hasil yang positif kelak..

apa pula cerita anda?