salam ramadhan..
kita sudah menghampiri penghujung puasa kan.. penuh tak? puasa saya alhamdulillah masih penuh. harap2 boleh lah penuh tahun ni ye kalo diizinkan..
nak bercerita sedikit tentang puasa pertama saya sebagai isteri tahun ini.
saya bersedia dari awal membeli tiket dari sabah untuk terbang ke kl supaya
dapat menunaikan puasa pertama bersama suami. sanggup okay.. nama pun
pertama kali kan, mesti kita nak menyambut bersama yang tersayang.
ia terbukti benar kerana saya rasa puasa tahun inilah puasa yang paling
bermakna dalam kehidupan saya. bukan sahaja saya dan suami berjaya
berpuasa bersama, malah berjaya menunaikan solat fardhu 5 waktu secara
berjemaah. masuk malamnya, suami ajak pula pergi ke surau. tersentuh jiwa
wanita saya.. betapa suami saya menjaga saya..terharu sangat. syukur
yang teramat Tuhan mempertemukan jodoh kami. tiada yang lain saya
mohon pada Tuhan selain dilindungi kesihatan dan keselamatan suami tercinta.
sekarang, masing2 menunggu tibanya cuti raya agar kami dapat bersama semula.
tuntutan bertugas di lain2 negeri. menyebabkan saya dan suami hanya
dapat menikmati puasa selama satu penuh sahaja kerana ahad puasa kedua
saya sudah terbang balik ke sabah. saya sabar, suami pun bersabar. semoga
kesabaran kami akan membuahkan hasil yang positif kelak..
apa pula cerita anda?

1 comment:
kta di situasi yg sm.kmk d kl,hubby di kch..1st week posa jak dpt brsama.tp soon nk blit kch for raya dpt juak posa sm gk..xpa fel,Allah da bsama ngn org yg bsbr
Post a Comment