Wednesday, March 31, 2010

Hidup Hanya Sementara..


Pagi
tadi time breakfast, geng-geng bercerita tentang Din Beramboi yang sedang koma sekarang akibat dari jangkitan virus kencing cik tik.. aku tanya 'din beramboi' mana..yang jadi judge Raja Lawak tu ke?' [ok lah,kantoi aku tengok Raja Lawak].. and yes, that's the guy..

Dengar cerita, Din Beramboi demam sejak minggu lepas tapi kerana kedegilan dia yang kurang berminat dengan doktor, menyebabkan demamnya melarat sehingga mengakibatkan buah pinggangnya tidak lagi berfungsi dan darah diracuni kencing cik tik. Aku musykil, memang tak perasan ek time makan tu, rasa makanan mungkin lain macam? Tapi, dah nama nak jadi kan..


Mengenangkan kisah ini, aku rasa insaf seketika.. Dalam sekelip mata kesihatan kita boleh diragut kan.. macam kes mamat yang mengisi minyak di petrol stesen semalam, sedang asyik isi petrol, tiba-tiba kena rempuh kereta lain.. zas begitu saja nyawa melayang.. kus semangat.. choi choi. Simpang malaikat 44. Lain kali kalau rumah korang ada cik tik, silalah tembak peng peng!

Aku juga terkenang beberapa hari lepas, mak aku jatuh depan pintu bilik mandi akibat lantai yang licin.. Tuhan saja yang tahu kebeliangan hati aku melihat mak aku jatuh.. kesan dari jatuh tersebut, tapak tangan beliau lebam kerana menahan punggung dari jatuh terhentak..bahu pun sakit katanya.. sudah disapukan aloe vera. Syukur tiada kecederaan lebih parah.. dan sesungguhnya sangat-sangat bersyukur kejadian ini tidak berlaku ke atas kakak ipar aku yang sedang sarat mengandung 7 bulan.. kus semangat..... choi choi.. touch wood!


The best mom in the world.


Mak aku jatuh ni bukan kejadian pertama.. dulu masa aku masih study, [mak aku tinggal sorang] beliau pernah jatuh sikit lagi kepala zas nak terhantuk ke bucu simen yang bertingkat..beliau langsung tidak dapat bergerak buat beberapa minit..dan yang paling aku kesal, mak aku tidak memaklumkan kepada aku.. selepas sihat, baru beliau cerita.. mau aku rasa nak pitam.. dah lah tinggal sorang kan..hati mana tak risau..

Aku
banyak kali cakap kat mak aku, carilah teman hidup yang baru, ayah pun dah lama meninggal.. jangan jere kata aku.. kami anak-anak izinkan tapi mak aku memang one man woman lah.. setia pada yang satu.. katanya, dah ada kami pun cukup.. Dan tak lama lagi, mak aku akan bertukar tempat kerja. Arum buler tunggu surat je sekarang bila nak berangkat. Masing-masing aku akan tinggal sorang, beliau pun sorang.. risau aku weh.. cuma aku pendam dalam hati.. hurmm..

Maka, konklusinya.. haruskah aku dan mak aku.. sama-sama mencari jodoh agar You Are Not Alone michael jackson?

Keh keh keh.. [aku ni memang tak boleh nak serius lah ..adoi!] Mum, i laff you!




Tuesday, March 30, 2010

Join FB 'Blogger Sarawak'!


Telah aku masuki blog bertuankan Hajib beradik Najib semalam..ke pagi tadi yek? Entah aku dah lupa..yang pasti kali ini aku memang terujarina nak join sebab aku boleh kenal ramai lagi bloggers dari Sarawak.. so aku dengan berbesar hatirina ingin turut mempromosikan FaceBook Blogger Sarawak kepada seluruh rakyat blogger Sarawak khasnya dan seluruh Malaysia amnya..


Tada.. Jib, kmk nak nanyak kitak, kenak ktk ngkah gambar James Blunt tok? Kenak sik Rentap kah, Rosli Dhobi kah? Time ni aku tengah skodeng blog Jo, Jojo and Joanna. Eheh. Dan haruslah aku yang paling latest ngepost di FB.. chewah.. vangga

Anyway, pencipta Blogger Sarawak ni tak lain tak bukan

I present to you, Hajib.. :)

"Wayang Time" - yerrr ehehs.. Yalah lain kali mbak tripod, sik lelah nyenap ngulur jarik jaoh-jaoh bigik kedaong.. Sik berVlog gik tek?

And also telah dilantik adminnya..si cantek molek mata tak ber eye lid - Vivian Ar.. Rumugam atau lebih dikenali dengan nama blogger nya, Beautiful Stranger [not so stranger anymore are you deng?] hik hik hik...



Eh aie nyah... keh keh keh.. sorry salah uploadinda gambar.. Maok keluar bigik kedaong dari kambin embek pezal pastok..hahhaha.. sorrynina..

nah...Hamikkkkk.. the real cun melecun lecin Vivian Ar @ Beautiful Stranger :-

Sila speku cincin Vie.. hahahaha.. kelihatan gaya Cik Vie kita sedang memikirkan sesuatu.. umpama masalah negara... dalam kepala Cik Vie sarat dengan HTML code - How To Make Love. erk.. hahhha matilah aku kenak tembak peng! peng! Cik Vie ... ampun! Gurau jak Vie..

Aaaa, apart from this, Ms Vie has come up with the idea to organize a gathering for all Sarawakian bloggers. It has been posted in the group's discussion board and i sure hope, everyone would lend a hand or throw some suggestions on what should be done. I've contributed mine, hence looking forward for yours anytime soon. :)

Tunggu apa lagi guys, dah ramai rakan bloggers join.. so why not you?


* Bahasa untuk entry today agak hilai balai. Pardon me if my language isn't consistent. Nak menyenangkan semua pembaca lah kononnya k :P



Sunday, March 28, 2010

Ahmoi Naik Hantu!


Aku
pantang sangat dengan orang yang tak reti berbaris. Tak kiralah time membayar ke, time keluarkan duit dari ATM ke, atau di mana-mana, adab kena jaga ok kau.. aku tak peduli kau muda, kau tua, adab mesti ada!

Hari ini aku naik moha, sikit lagi nak bertukar jadi raksasa gorgon gara-gara seorang manusia memotong queue time membayar barang di kedai. Memang ramai orang di kedai tadi, sesak, yelah orang pun baru terima gaji maka semua stok nak isi barang keperluan rumah.. barisan membayar pun panjang, akan tetapi semua orang pun berbaris.. yang kau tiba-tiba pergi potong potong potong tmnet barisan tu kenapa??


"Bayar yang ni dulu.."



Wah wah..! Sedap pizza hut kau potong barisan aku, boleh lagi demand settlekan barang kau dulu ye?? Mintak maaf pun kau tidak.. Memang nak bagi my blood go upstairs ni!


"Barisan di belakang makcik.. kami semua berbaris.. saya dah berbaris dulu di sini.."


Nah, amik kau. Aku direct sound system Sony kat makcik tu.. pangkatnya makcik, aku tau.. memang kalau korang nak cakap aku kurang ajarina aku terima..tapi korang boleh rasa tak, makcik itu lagi kurang ajarina dengan semua orang yang berbaris termasuk aku? Lagi dah tua, sepatutnya lebih tau adab, kan? Ke salah?


"Sekejap jak tok.. cgek jak.." [satu je ni, tak lama]


Habis kalau semua nak macam tu, memang aku dari awal sebelum tu dah potong tmnet dulu sebab aku pun hanya membeli sekotak air soya.. logika? Boleh lancar je makcik ni menjawab kan, panas betul hati aku.. menggelegak tahap chicken sizzling! Geram!! Kau hanya bernasib baik adab ketimuran masih aku pegang, kerana aku hormatkan kau sebagai orang yang lebih berusia dari aku, sebab tu aku tak keluarkan ayat lagi kurang asamboi ok makcik!

Kalaulah
kauuuuu tadi lagi kurang ajarina dengan akuuuu, kus semangat kotak soya aku baling masuk bakul kau bayar!

Amik, aku sangat sangat geram ramlah ram sekarang... huh!




Saturday, March 27, 2010

Entry Hitam


..........










































Supports Earth Hour
2030 - 2130
Blog Berehat Seketika Ya Rakan-Rakan..
*Click!
[Blog Tutup Lampu]



Thursday, March 25, 2010

Serabut Ayam


"This.."


"Des.."

"No, it's pronounced as 'Dis' not 'Des'..

"Des..."

"*$%^&*(%^&*(%$^&*%^&!!!!"

**********

"Can.."

"Come.."

"No, it's pronounced as 'Ken' not 'Kam'.. cuba lagi sekali.."

"Come.."

Yarabi biol kepala aku..

**********

"Here, dalam bahasa melayu bermaksud 'Sini'.. sila tulis dalam buku kamu.."

"Miss, macam mana nak eja 'Sini'?...

______________________ <--- skrin monitor garis lurus tanda sudah meninggal dunia.


**********

Tuhan Sekalian Alam,
berikan lah aku dinding kesabaran setebal dinding uterus. Kerana saat ini, dinding kesabaran aku hampir pecah berkecai tahap mahu menelan budak. Janganlah biarkan dinding kesabaran aku runtuh setiap bulan!..

Tuhan Pencipta Teragung,
berikan lah aku kekuatan segagah Badang. Kerana saat ini, kekuatan aku hampir mencecah tahap mampu menempeleng kepala budak sehingga berpusing 360 darjah..

Tuhan Maha Penyayang, berikan lah aku sifat kasih sayang sedalam Romeo dan Juliet. atau Uda dan Dara.. or Laila dan Majnun.. atau Angelina Jolie dan Brad Pitt. Kerana saat ini, sifat kasih sayang aku hampir mencecah tahap aku mahu mendera gantung budak di kipas angin dan putar ke level paling laju, 5.

Tuhan Maha Pengasih,
berikanlah aku sifat belas kasihan sedalam belas seorang ibu. Kerana saat ini, sifat belas kasihan aku hampir mencecah aku mahu melibas-libas rotan zas zas 120 kali setiap seorang..

Tuhan Maha Memahami,
berikanlah aku kegigehan melaksanakan kewajipan ku sebagai seorang pendidik, segigeh Bill Gates mengumpul harta. Kerana saat ini, tahap kegigihan aku sudah hampir mencecah tahap kegigehan mahu tidur saja..

@@ ___________________________________________ @@


Seriously,
kepala otak aku sangat-sangat jem tart mengenangkan students pemulihan Tingkatan 1.. Mereka teramat lemah dalam subjek English.. Walaupun buku tadika 'Fun with Peter and Jane' sudah dibaca 1,000,000,000 kali, mereka tetap tidak mampu menguasai perkataan-perkataan ringkas bahasa Inggeris.. bayangkan nak sebut 'Like' pun tak tau? Jangan kata nak bagi yang lebih susah dari itew kan??

Aku sekarang berbekalkan motivasi dan kesabaran sahaja dalam mendidik mereka. Geram, ya Allah tuhan saja yang tau tapi aku sedar, mereka tidak mintak dijadikan begitu. Dah memang lemah, seharusnya diajarlah kan.. kalau sudah pandai, dah pasti mereka tak payah turun sekolah.. Haruslah mereka menjadi menteri.. maka dengan berbekalkan ayat penyedap hati ini, haruslah aku tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi Melodi.. oh yeah. ehehs..

Ahmoi, aja-aja!



Monday, March 22, 2010

Nostalgia Gambar


Tadi aku browsed gambar-gambar aku yang dulu.. Sungguh nostalgika.. menyentuh memori yang telah sekian lama dipotretkan dalam gambar.. Seribu kenangan kembali menerjah ingatan.. :) Jom, korang nak tengok episod hidup aku? Kali ini, kita layan gambar-gambar sahaja ok? Zass.




Boleh tak kalau aku ulang zaman ini? Bagaimana agaknya kalau umur aku sekarang, aku tangkap gambar yang sama? Hehehe.. abang sulung aku dah pun 32 tahun, yang kedua 30.. aku? haruslah 18 forever mak.. Haih, seronok umur cenggini..




Cak! hahaha jangan tanya kemana pergi tudung aku k. eheh. Time ni habis form 5 tahun 2000.. Skema laut sungguh muka aku time ni kan.. adeh.. tengok lah style cermin mata.. boleh?



Waktu ni aku belajar lagi di MMU. Kerja part time jadi customer service exec bersama Scicom. Keja aku shift malam saja dari 9pm-6am sebab customers kami specifically hanya dari UK. Nak dengar aku jawab call macam mana? "Thank you for calling EdexCel Mark Capture. Felicia speaking. How can i assist you?" <-- cubala buat slang the london ..


Assessment aku time belajar dulu beb.. Silalah klik kasik besar bijik mata korang :P



The reason why i posted this photo is solely because I loike my hair here.. Harga? RM 18 sahaja.. Murah lah tu kan? - Bali 2005




Ah rindu dengan my ex-housemates time duduk Cyberjaya..Tu aku yang sedang tersenyum nampak segala batang gigi geraham.. Time ni gi tengok pertandingan bunga api di Putrajaya tahun 2007.




Korang rasa-rasa.. siapa yang aku cium tu? muahaha - Putrajaya 2007




hahaha.. no komen!.. Batu Feringghi, Penang 2007




Salji betul ni.. sangat sakai bermain snow ok.. hik hik almaklumlahhhhh first time nong. - Switzerland 2006.


And last but not least,


Di sebalik gambar ini ada kisah sedih.. bagi yang sudah lama mengikuti blog Ahmoi tahulah siapa gerangan insan di dalam gambar tersebut. 2 tahun saya menyingle setelah si dia 'pergi' meninggalkan saya tahun 2006.. Dan untuk pengetahuan semua, esok merupakan harijadi si dia yang sepatutnya ke-35. Hmm.. haih emosi terusik.. Dah lah, yang pergi usah dikenang.. kena ceria selalu betul tak?


Sentimental je aku arini kan.. Eheh.. Monday blues agaknya, dah seminggu bercuti, so bila naik keja, agak lembab. Nite people, laff ya!



Saturday, March 20, 2010

Hobi


Korang
ada hobi? Mesti ada kan.. Kalau tak membaca macam
Joynstar, menonton movie macam Fieza & Nieza ke, makan-makan macam Mizara ke, mengHTML skrip segala macam Beautiful Stranger, JT and Kerol Antasha ke atau ngenjen macam Sen ke, bercucuk tanam macam Pak Dukun ke, mensnap snap gambar macam Kal Jis@Onggon ke, atau simply berVlog macam Hajib, memang pasti ada hobi kan? And dalam banyak-banyak hobi korang, ada tak yang unik? Yang lain daripada yang lain atau bila orang dengar je hobi korang, orang akan angkat kening Ziana Zain sebab rasa ajaib?

Ha, aku ada satu hobi yang unik. Hobi ini baru aku pelajari tahun lepas.. Kalau dulu, before aku kenali hobi aku nih, aku salu tertanya-tanya.. "apa kah? best ke?" Hobi ni, kejanya duduk melangut je.. ada hasil, baru boleh tarik-tarik.. hehehe.. Last year, aku pakat cuba, and guess what, i got ADDICTED to it!.. Dapat teka tak apa hobi aku? Hehe.. jom layan. Zasss..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tada!! Memancing!!


Gambar diatas memang wajah aku k. Tapi body bukan body aku. Tet. Eheh. Ha, inilah hobi aku yang baru. Best sangat hobi ini. Kepuasan lain macam. Kena sanggup beli joran lah, yang bagus punya boleh cecah sampai RM100++.. Time tak dapat ikan memang la melongo tapi bila ikan sangkut, pergh! Aku teruja lain macam..hahaha.. Baru 2 hari yang lalu, aku lepas gian gi mancing kat sungai dengan member-member lelaki aku tau.. hehe


A'ah, geng pancing aku semuanya lelaki. Susah wey aku nak cari geng perempuan yang berkongsi hobi macam aku. Belum ada yang sanggup pegang cacing cucuk kat mata kail dan pegang ikan.. sebab itew aku kata hobi ini unik untuk seorang perempuan.. nak pulak macam aku yang stok ayu, hahaha.. matilah.


So, ikan apa aku dapat tangkap?? Macam-macam tau.. ada ikan belukang, ikan belida, ikan keli, hehehe korang tau ke nama-nama ikan ni?? Ada jugak aku tangkap ikan lain..tengoklah..




Ikan kucing garong.


Tak kurang jugak ikan ini ...

Eheks.. ikan jawngang.

Steady lah Amir Jaw.. hevat!


Kalau you all nak tau, sebenarnya ada blogger sorang yang berkongsi hobi dengan aku...kantoi dengan aku hari tu.. apa aku ada tengok dia memancing kat tepi sungai jugak. Selama ini korang ingat dia buat bangunan?? Duduk office? Buat kerja konon?? oh tidakkkkkk dia sebenarnya ada di Malaysia, sibuk memancing ok!

Nah,
sekarang aku akan mengkantoi kan kamu wahai si blogger pemancing!!



*
*
*
*
*
*
*
*
*



See??? Audio you all..!



Teng teng teng.... kantoi dah.. Bila aku tegur, dia buat-buat tangkap gambar. Gila bangga dapat ikan kecil. Sekarang baru korang tau kan, Audio a.k.a Pejal tidaklah berada di Dubai seperti yang dia nyatakan tetapi di Debak, Sri Aman. Tet.

Bah bah, cukuplah rahsia Audio terbongkar. Tak salah ada hobi memancing ni kan? Seronok apa.. :P memang lain dari yang lain.. why not you guys coba-cobaan? Audio expert, ajaklah..Release tension wo.. ba ha..K guys, sharing is the caring lah hobi korang.. ada tak yang unik? Till then, happy saturday!


*going fishing tonight! Juh Audio, eksen indah sik mok...hahahah



Friday, March 19, 2010

Mereka Semua Mahu Tinggalkan Saya!


Titak mau makan laksa? abang laksa yang baik hati bertanya..

Titak lah, saya ada batuk.. belum boleh lagi makan itu minyak punya barang.

oh titak apa.. kamu solang-solang saja ini hali? Lu mama mana?

Saya mama manyakkkkk sebok. Ini hali dia titak lapat blekpes sama saya.. U teman saya tutuk sini la..

Poleh Poleh..


Ini abang laksa ha, sulah mintak saya henfon punya nombor. Saya kasi la.. Apa pasat saya kasi? Ini abang laksa ha, sulah mau pindah itu Singapora. Titak ada lagi mau jual itu laksa. Haiya, apa bikin saya hati sedih ini macam abang laksa? Ini hali, abang laksa bayar saya punya air horlick sama loti. Sikit punya hati saya terhalu. Kalau saya tahu, memang sulah saya order itu mi sup special sama teh c peng special tiga layer. hahahaha tarak tarak, ini abang laksa memang manyak baik, titak sompong, i loike. Wo si huan ni laksa koko! hahahaha.. tapi sulah mau pindah itu singapora, apa macam?? Saya manyak-manyak doa, itu todak langgar sama singapora lagi. heu heu.. kasi dia balik sini semula, bikin laksa setap setap sama saya.. Haiya ini olang sangat suka mikin hati saya tunggang langgang.. *emo..


Sikalang you all tengok gambar ini bawah..erk, ok ok cukup dengan bahasa cina pasar. Bahasa melayu baku pula. Sila lihat gambarajah yang telah disediakan di bawah dan jawab soalan dengan jawapan yang paling tepat. muahahaha..

Jeng jeng! banyak sungguh hadiah-hadiah! Sapa kasik??

Abang laksa la kasik akuuu... sapa lagi. Tet. hahaha cayalah cakap aku. Aku bohong. Haha. Sebenarnya, hadiah hadiah di atas ini adalah pemberian secara kumpulan dan juga individu buat ibu aku yang akan berpindah ke Sibu tidak lama lagi..Farewell dinner telah diadakan untuk menyambut kenaikan pangkat beliau 2 hari lepas dan semua ini adalah hadiah beliau. Even abang aku kawen pun hadiah takde la sebanyak ini. Mak aku garang ok, no doubt about that, tapi staff ramai yang saspekterism kat beliau. Tu yang aku kagum tu...

Yang menyedihkan aku pabila larut malam, aku akan tinggal keseorangan di teratak layu di pinggir kali ini! Kenapa suka bikin hati aku hiruk pikuk? Dah tu nanti, kalau aku sakit demam sapa nak jaga??? Uwaaaaa... sangat tidak best.. :( Haruskah aku berpindah juga?




Wednesday, March 17, 2010

Anugerah Berita Harian: Blogger Terkachak Di Alam Maya.


Dan dengan ini, di anugerahkan Bintang Berita Harian Blogger Paling Cun di Alam Maya, jatuh kepadaaaaa....

Ahmoi !!!

Ya be da be du....! Harus aku kac.. Predecessors [ehehe, predecessors indah] Mizara and Zatil telah mendapat anugerah ini terlebih dahulu dan mereka dengan rasa beliang hati telah menurunkan pula kecantikan mereka kepada saya.. sharing is caring but never share your boyfriend. opss melelat. eheks.

Anyway, inilah anugerah Bintang Berita Harian tersebut yang amat saya hargai.. Orang gojes harus ada ok.. :P


Ok next 15 to receive this award. Note that, even without this award, you guys are still the best and the most beautiful persons i've ever met.. virtually. :) I hope this shall make your day, as it already made mine. Thanks Mizara & Zatil!

1. Joynstar
2. Dokter Faryn
3. Cik LyndaWaWa
4. Cik Fatin Yang Indah
5. Ibu Iman
6. Zakinah Hipni
7. Momma.Belian.Cengal
8. Nona Reena
9. Sy Fazidawaty
10. F.i.e.z.a
11. Nieza
12. Myra.ism
13. Sis Ida Athanazir
14. Farah Marzuki
15. Coffee Girl [Link hilang??]
16. Francesca
17. So Called Pija
18. Ms Abby
19. Ivy Metaga
20. Sue Pretty In Pink


Okay, i overshooted 5. Heheh. But i think it's fine sebab semuanya cantik-cantik untuk menerima award ini.. :) Perpanjangkan lah yee... we all memang vogue alright. *wink!

**********

Next, here comes the question.

7 things about myself.

--@> I stand at 5 feet with the weight of 45kg. Sihat BMI aku. Naseb walaupun pendek tapi comel. Ba ha matilah angkat the bakul myself.

--@> Aku suka karer red, green, brown. Karer lain boleh blah.

--@> Third of 3 siblings. Aku ada abang garang mau tumbuk. eheks.

--@> Aku suka arts. Keja aku di sekolah buat design. Walaupun aku ajar English. Te he.

--@> Aku alergik UDANG. Harus badanku emo menerima udang. Tapi aku tak alergik KETAM. My body very is the unique.

--@> Aku suka makan sambal petai. Pergh. Gilos sedap neng..!

--@>
Aku sayang orang yang sayang aku. Friendly dan sangat murah dengan senyuman. Oh the bakul again. :P



That's it for today's updates. Esok kalau ada idea baru, aku buat post lain yek? Selamat Hari Rabu to all of yous..muah muah!



Monday, March 15, 2010

Cerita Minggu Ini.


Currently aku update post di chalet Sematan Palm Beach Resort..Berada di sini sejak semalam, walaupun dalam keadaan kurang sihat, gigeh juga bersama keluarga aku yang tercinta. Cantik resort ni, no doubt,memang sesuai untuk menenangkan fikiran kusut dan jiwa kacau. Santai ..:) Jom layan gambar sikit..


RM15 sejam. Berpeluh aku, anak saudara aku yang berat macam tong drum.

Lepak menikmati bayu laut sematan selatan. Nah, kaki aku yang tak berapa nak ayu.

Kakak ipar ku yang terror bersama anaknya bermain layang-layang terbang melayang, terbang melayang di tengah padang.... depan nu, chalet kami..


**********

Sebenarnya, aku belum berapa nak sihat, seminggu dah berlanjutan.. teruk kan aku demam kali ini.. Aku pun tak tau kenapa aku jadi begini 'messy' sejak 2 minggu sudah. Korang tau, sehinggakan my-time-of-the-month pun dah jadi tak tentu arah. Sepatutnya 'kebulanan' aku dalam seminggu lagi, tapi kerana hormon yang hip hip horay, 'kebulanan' aku tiba hari Sabtu lepas. Naik risau jugak aku, sebab tak pernah macam ni.. Tapi lepas tanya dengan member2 and geng blogger Dokter Faryn, aku yakin itu hanyalah period aku akibat stress/sakit/demam terlampau.

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

On a different note, wanita kedua yang aku temui minggu lepas, [salah seorang gf Ex aku] ternyata masih meneruskan hubungan nya dengan Ex aku, walaupun telah mengetahui lelaki itu penipu besar dan adanya kewujudan wanita ke-4. [Yes, ada wanita ke-4 ok] Wanita kedua ini tahu secara sedar dan waras bahawa Ex aku itu masih ada hubungan dengan Wanita ke-4 tetapi entah kenapa, dia tidak boleh meninggalkan jantan lak*** tersebut.

Korang tanya kenapa aku masih kisah jugak? No, aku tak kisah pun actually tapi Wanita kedua ini hampir tiap-tiap hari message aku. Selagi tak layan selagi itu akan message aku. [sampai aku rasa nak tukar nombor!] Wanita ini seperti terlalu risaukan yang aku akan kembali semula bersama lelaki bergelar Ex aku itu. Walau telah berapa kali aku terangkan, dia seperti tidak dapat membuang perasaan syak wasangka nya..Kalau diikutkan, dialah yang boleh dianggap sebagai pengganggu hubungan aku dulu kerana kemunculannya barulah [baru??] setahun lepas manakala relationship aku dengan Ex aku itu before break bulan lepas sudah hampir memasuki 2 tahun. Logik fikir lah kan, amat bodohlah aku kalau masih mahu meneruskan hubungan dengan lelaki itu yang ternyata ada menyimpan 3 lagi wanita lain!! Cukup korum poligami. Oh please lah..

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Anyway, update on the Kenari Merah guy, rupanya mamat ni adalah jiran kepada geng@student aku, Francesca.. hehehhee.. Katanya hensem ala-ala cina.. and memang sangat frenly. hahaha kirim salam je boleh tak? uish.. tak tak tak... aku masih tempoh edah oiii.. nanti blogger Erol tegur lagi "boh kitak nak macam macam dolok" erk... kena lecture terus. hahaha.. Tapi kalau nak jadi kawan i open my arms wide as the ocean..semestinya akan ku menari seperti katun boy soldier dibawah.. chewah.. Terus! Tet.

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

K lah guys, aku nak rehat dulu.. Esok lusa aku hapdet lagi yer.. :) muah muah! Taking care..!



Thursday, March 11, 2010

Cerita Panas Minggu Ini.Yet.


Aku mohon MC arini. Dah 4 hari aku demam teruk. Bermula dengan batok pada hari ahad, disambung dengan demam dan flu yang tak sudah, akhirnya aku mengalah jugak dengan virus virus degil dalam badan. Aku ingat aku wonderwoman, asalkan aku turun kerja, aku gerenti boleh baik sebab tak banyak pikir tapi lain jadinya bila aku masuk ngajar, suara aku hilang dan batok berkeliaran keluar dari rongga kering.. belum lagi selera aku yang hilang, asal makan je, aku akan uwek uwek. Eheh. Meter kepala aku nak explode kot!

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Banyak kisah berlaku minggu ni actually tapi aku langsung takda kudrat nak update blog. Sejak ari senin member dah soh MC tapi aku degil, sampailah semalam, seorang hamba merangkap rakan sekerja heret aku ke hospital sebab aku dah jadi lembik macam bubur ayam McD.. nak pulak mak aku outstation minggu ini, so everything aku kena buat sendiri, dari mencuci baju ke memasak ke mengemas rumah ke memberi sebatalion kucing aku makan, dalam keadaan demam.. Kalau ikutkan hati, sungguh aku tak larat, nak memasak pun tak larat tapi gigeh jugak turun dapur .. habis tu sapa lagi nak masakkan untuk aku? Kalaulah kucing garong aku boleh masak, lama dah aku goyang kaki saja..

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Semalam jugak merupakan satu lagi episod dalam diari hidup aku. Aku rasa aku sedang berlakon dalam drama swasta dunia riang tv2 lah. Would you guys believe if I say, salah seorang daripada girlfriend EX aku, datang mencari aku.. Yes, you read that right. ‘salah seorang’ ok.. Yang terkantoi big time dulu sampai aku break tu,wanita lain.. ha yang datang kali ni, wanita lain pulak.. Dia dapat nombor aku daripada seorang teman, dan hantar message pada aku malam selasa. Aku di asak dengan pelbagai soalan yang tak putus-putus sampai aku pening, nak pulak aku memang tengah demam.

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Mungkin sebab terlalu terkejut mendengar kewujudan aku, wanita ni tak turun kerja semalam.. Terus dia ajak aku berjumpa. Dua kali dah.. Wanita first pun camtu jugak, ajak aku berjumpa. Tapi I think I can understand kenapa dia nak berjumpa, selain daripada mendapatkan kepastian, perhaps dia mahukan closure which eventually, led to me to agree to meet her. Awalnya memang aku menolak sebab condition aku yang sedang demam teruk, plus antara aku dengan Ex aku sudah tidak ada apa-apa hubungan tapi wanita ini persistent. Atas dasar sister to sister, woman to woman, aku gigehkan juga driving bersemuka dengan wanita ini.


http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Panjang yang kami borakkan.. I told her what she needed to know, what she wanted to know and I now leave things to her own wise decision. I don’t blame her, sebab I believe, kami sama-sama menjadi mangsa ke’playboy’an lelaki lak*** itu. Wanita ini memang aku kenal, pernah jadi junior aku time sekolah rendah dulu. Hevat dan vat a small vorld. In fact sebenarnya, aku terlebih dahulu tahu akan kehadiran wanita ini dalam hubungan aku dan Ex aku sejak tahun lepas tetapi disebabkan Ex aku yang sangat sweet lollipop talker, aku bulat bulat segiempat percayakan Ex aku itew. Toing. The lady may still be in the state of denial but im sure she’ll know what’s best for her. We left wishing each other thank you and “let’s hang out sometime” .. “sure”.. Sorry ye, takde insiden tarik tarik rambut, im not the kind nak gadoh pasal lelaki yang tak layak untuk aku. Repeat mak noks, not aku yang tak layak, tapi DIA yang tak layak. Aku lebih mahu menyelamatkan kaum aku daripada dimakan oleh buaya jadian ini.

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Ok, cerita lain pulak.. haha panjang post aku.. rindu aku weh nak hapdet.. nah amik sekali naks aku ceritas panjangs panjangs. Aaa, korang tau tak, aku rasa ajaib lah sejak aku jadi single to the jingle bell ni. Ada mamat ngorat aku.. ba ha ha.. ma ha ha.. padahal aku tak kenal pun sapa. Yang aku tau, mamat ni naik kenari merah tinggal/menyewa kawasan belakang area sama perumahan aku. Selama ni, tak pernah pon berlaku cenggitu.


http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

Alkisahnya berlaku bila aku balik kerja minggu lepas, aku bukak gate, kebetulan mamat ini pun lalu. Dia dengan kelajuan 10km/hr, membuka tingkap kereta, dan melontarkan senyuman. “gila apa..” <-- dalam hati aku. Dan 2 hari lepas masa aku balik dari town, aku baru keluar dari keta bila mamat ni lalu dan aku tertoleh. Dia angkat tangan dan senyum kat aku. Aku ingat mungkin dia senyum kat dinding tapi.. “gila apa..”<-- dalam hati.. Dannnnnnn semalam, adoheh, memang selalu sangat kebetulan, aku baru nak panaskan enjin sexy back pajero mak aku, mamat ni pun otw keluar jugak.. dia dah lalu dah rumah aku, tapi dia sretttttttt…gosesetan balik dan berhenti betul2 depan pagar rumah aku.. Dia senyum sambil berkata “nak keluar ke”.. aku senyum tidak, jawab pun tidak terus masuk kereta.. “gila apa…”<-- dalam hati. Mamat ni pun blah… Oit, aku berkabung lagi tau. 3 bulan tempoh edah. Malas ku. Lommm… hahahaha sorry to you dude, aku belum ada kepercayaan pada mana-mana kaum adam buat masa ini.. ouch statement. Pedas mak. Jangan terasa pula geng-geng bloggers ku yang baik hati ye. [ayat bodek]…

http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com

K lah gendang gendut sekalian, izinkan saya berehat buat seketika.. Dah panjang sungguh karangan saya kali ini.. penoh pengisian kan.. Doakan saya cepat sembuh supaya saya boleh menjadi beautiful semula.. hahaha.. Taking care, keep on touching!

p/s: apa jadi dengan blog khairul antasha? Sudah ada semula kah belum? Ke aku yang lambat cerita? Eheh