Time flies kan? Tak sangka kita dah hampir sampai ke penghujung rancangan tahunan. Aku sangat terasa kelajuan meter bulan bergerak sebab terasa macam baru je aku masuk teacher’s training kat KL ni. Padahal dah 5 bulan dah actually. Fuh, banyak yang aku tempuhi sepanjang berada di perantauan. Ada yang berat, ada yang ringan, ada yang rahsia dan ada juga yang nyata.. dalam kan maksud ayat tu.. hik hik..
Anyway, last week aku baru lepas attend another event iaitu Program Jom Ke Desa ke Bagan Datoh Perak selama 4hari 3malam yang disertai seluruh Ins. Pend. Guru Mal .(kecuali sabah Sarawak). For me it was a life time experience yang aku takkan dapat lupa.. Ayah angkat aku, Tn Hj Kamari bin Manan, 74 tahun melayan kami 4 adik beradik angkat dengan cukup baik.. memang nangis teresak-esak aku pada hari terakhir sebab setelah 6 tahun aku kehilangan ayah aku, hati aku terubat kembali dapat memanggil panggilan ayah waima hanya kepada ayah angkat. Mekasih mak, Pn Siti Azani dan ayah.. insyaAllah ada rezeki Aida (panggilan mak dan ayah untuk aku) akan datang melawat lagi.. ha, korang boleh tengok aku masuk paper Sinar.. paper ari senin kot, tengok la online.. gambar aku menyambut cenderamata dari Menteri Pertahanan, Dato Ahmad Zahid Hamidi, jemputan khas.. kelas you.. :
Dalam tak sedar dan harapannya masih waras, tinggal 2 hari saja lagi untuk kami berjuang sebelum berakhirnya sesi 1 latihan keguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa ni. Pergh.. memang rasa tak percaya, serious.. tolak esok raya, yang mana aku akan beraya ke jalan TAR cari kain dan baju lawa, lepas tu khamis jumaat.. hooray! Cuti yo! Yibba andre..
Dan sesungguhnya saat yang paling aku tak sabar nak tunggu adalah saat cuti ini tiba sebabbbbbbbb.. 27hb Nov, aku akan fly ke EGYPT! Yes! Yes! Percutian selama 10 hari menyelongkar dari atas map Egypt sampai la ke penghabisan map Egypt akan aku terokai.. ada cruising lagi nyahhh.. uuuu jangan jeles yo.. hahahahaha.. sesapa nak pesan pape, bak duit ya.. in USD only. :P kalau tak, aku post gambar dalam FB je lah nanti2 yek, untuk tatapan hiba anda bersama (sebab korang tak gi) kejam eh..hik hik..
K guys, signing off with pictures of me at Bagan Datoh. Enjoy!

Acara penyerahan anak angkat kepada ibu bapa angkat.. pergh, jadi artis yo for that day.. it's an exotic costume for the West community because not always do they get to see someone wearing this live. :) attention was overwhelming that day.. me likey! te he he..

ba ba cak!

Good friends of mine, As and Eli

My family angkat.. kind hearted people..

again..

Dengan geng yang ikut serta and staf IPBA.. sebelah aku tu ketua unit kokurikulum. sebelah dia plak ketua jabatan HEP.. kira derang ni orang besar semua lah..
last but not least..

Bergambar bersama As, En Baseni Jantra, yours truly Ahmoi, Florida & salah seorang peserta dari IPG lain. :)
*mood melayan Fantasy Girl by Caprice.. Malaysian singer yo! oh btw, selamat Hari Raya Korban to all the Muslims. Makan rendang ke kicap ke kari ke, ingat-ingat lah jugak kat aku ye....salam