Saturday, May 29, 2010

Acara Merajinkan Diri



So, hari khamis aku buat chocolate cheesecake. Nak? Ehehs.

Nyam.. all time favourite.. no kidding.


Hari jumaat, aku disampuk rajin lagi sekali. Aku buat chocolate brownies. Senang je, jom cuba-cubaan..

Resipi nya..



Gula kastor 250gm dan telur 2 biji, whisk sampai jadi pale and creamy.. bagi yang tak suka manis, kurangkanlah gula kepada 200gm. :P


Pastu, double boil butter 75gm dengan cooking chocolate juga 75gm.. kasik sampai betul-betul cair nyam nyam..


Immediately lepas tutup api dapur, tuang ke dalam mixture telur dan gula tadi.. gaul.


Pastu.. sieve kan 100gm plain flour dengan ½ sudu the baking powder ke dalam acuan. Gaul rata lagi..


Ha, last sekali, sebelum dimasukkan ke dalam 20-cm baking tin, pastikan base tin telah di grease dan di base dengan non-sticky paper .. tuang semua acuan dan bakar dalam oven dengan kepanasan 190 degrees selama 25 minit atau sampai ‘skew’ yang anda masukkan di bahagian tengah comes out clean.. Top brownies kenalah firm ye kawan-kawan..


Sementara menunggu kek kita masak, marilah saksikan dulu sedutan adegan-adegan dalam rumah.. hik hik..


My cat yang diberi nama Bagus. Perangainya cukup bagus sekali. Sehingga habis barangan kaca di rumah di perkecaikan.


Ini Sandy. Gemuk di perut, kecil di kepala. Di belakang, Sinta.. kucingku yang suka pada kain-kain perca. Favourite spot untuk 'mengencing'. Kurang asam.


Fasha yang berolah semalam.. sungguh eksyen. nasib lah comel seperti Mama Pearl nya. ahahs..


Dan Harun ku yang sudah ditinted.. Belakang 80, sisi pemandu dan penumpang 65 dan depan 45.. aku tau, gelap.. memang mintak cekup. Abang aku punya pasal la.. adehs..


Okayyyy, sudah 25 minit berlaluuu.. kek sudah masakkkk.. jom keluarkan.. yum!


Voila! harum semerbak keluar oven. Nak lebih kreatif motif sensitif, hiaslah permukaan brownies anda.. saya tabur chocolate rice ..


Dah, jom layan dengan milo peng… burp!



p.s I Love You. Hehehe. Will be away for a week guys. Off for a holiday to Penang and KL. Muacks!




Tuesday, May 25, 2010

Entries Removed.


Sorry, previous entries had to be removed due to some reasons..

Nothing to do with comments by yolls. Something else has occured.

Will be back.


Monday, May 17, 2010

17.05.2010


17. 05. 2010

Not well. Given MC. Thanks doc..
But, I came to work nonetheless.

Happy Teacher's Day.


Wednesday, May 12, 2010

Entry Bahsa Sarawak: Kenak ku HIlang and Kesah Yang Sik Pandey Abis.


Yahhh… lamak ku hilang.. hari tok aku nak nulis dalam bahasa Sarawak sebab ku sikda mood nak ngator ayat bagus-bagus. So buat geng semenanjung ku, hampun maaf zahir dan batin selamat ari raya kali ke 27, this time aku buat entry guna bahasa Sarawak k..

Aku ilang sikda ke cney. Ada di rumah tapi yoshhhh, keja menimbun-nimbun sampey aku rasa sik terkabey nak ngapdet blog. Last week aku ke Betong, pas ya aku ke Kuching ngambik mak aku balit dari Singapore. Pas ya ku nolong sia sitok kakak ipar aku berpantang. Marek masuk speta, anak nya Fasha kenak kuning.. yalah aku kuang kuit sik pandey abis. Ney dengan hal keja ku mpun, apuu nang lelah jang. Malam-malam kul 8 aku dah nonggeng rah tilam.. erk, nonggeng? Lain macam jak upa ayat aku ya.. muahaha salah.. tet. tok ku ‘rephrased’ bak kata ninek ku speaking the London.. Malam-malam kul 8 aku dah berkuroh dah rah tilam.. kalah bunyi kapal arum bulak. Pa ku duli.. lelah gilak..


lebih kurang gitok lah aku tido ... nyamai you..


Lom campor hal peribadi aku tok dah kenak stalked dengan ex aku. “I’m your stalker now” – quote dari himself. Petang2 ada nya melimpas depan umah just nak nangga aku ada sik.. Last week nya call aku kotan rindu.. baruk yalah mek duak berklakar balit selepas berapa lamak tok dah putus... waktu tok lah nya nerang semua dengan aku hal sebenar kononnya. Ada la sejam mek duak kakar kali..panjang intisari rancangan mun aku nak nulis sitok. Kelak jak lah aku share. Aku sik maok berjaik dengannya tapi makin aku sik reply, makin ya nya bercarik ngan aku. Nya tauk mak aku pindah Sibu, sapa madah pun aku sik tauk.. nya tauk aku tukar kereta dari sebelum kereta ya sampey rah tangan aku.. pun aku sik tauk sapa madah..and nya tauk petang aku polah apa, malam aku polah apa.. ngeri ow?


oh, riteeee...


Nya madah nya masih berharap benar dengan kamek duak tok jadi and nya sangat yakin suatu hari kelak, nya akan kawen dengan aku.. Aku tok nak kata bencik nya, sik juak.. sayang juak aku tapi sebagai kawan jak lah nek tok, bukan sebagai gerek gik.. ku tauk tak orang kali dah lejuk ngan kesah drama korea simanggang aku tok, sik pandey abis.. ku mpun pun sik pat nolong ku pun, jadi tak orang nak madah apa pun aku sik da nak nganok juak.. ku tauk perasaan ingges ya. Tok tek bok dah nya message aku madah rindu.. bertelefon agik, mok bergenang aek mata katanya, sebab terlalu sayangkan aku.. haih..



Ku mok jak madah dengan nya mun benar nya dah insaf tek nak, fine, datang jumpa berdepan dengan mak aku, ngakuk semua kesalahan and berjanji depan mak aku yang nya akan jaga aku pey bila-bila. Sebab nek tok, mak aku dah sik maok nangga aku dengan nya gik . “once bitten twice shy, if you still want too, that will your own choice to carry..” nah amik ini kata-kata mak aku last week. Pedas mak. Berdesing desung telinga aku. Tapi sik juak ku madah macam tok dengan ex ku tek sebab, aku nang sik maok pun balit dengannya. Ku takut nya tetiba sahut cabaran coca cola alu datang nemu mak aku.. yah ya bok aku.. dalam masa yang sama, aku sik maok juak terlalu bongkak sebab aku takut aku jadi macam Maya dalam siri AdaMaya whereby aku nerimak nya balit jong jong inai. Oh my cuteness, takut!

Bah, ya jak lok kesah ku minggu tok. Nak cerita hal keja, takut tak orang tido membaca.. Mok bergomol, bergoleng, bercumbuan dengan anak buah aku belum dapat tok.. tak orang doa anak buah aku Fasha cepat-cepat sihat k.. tedah nya kenak kuning.. nite yolls.


*cun sik ku blog dalam bahsa Sarawak? Yah, ya tak orang.. don’t pray pray..




Saturday, May 8, 2010

.Farisyha Hazwanie.

7th May 2010,
marked the day for celebration.
Please welcome
our latest bundle of joy

Farisyha Hazwanie @ Fasha bt Faisal Harya






Mama Pearl adores you little angel.. muacks!


Thursday, May 6, 2010

Bila Ex Bertemu Ex Di Kedai Kupi



Insiden lewat petang tadi amat mengujakan. Eheh. Apakah perasaan anda sekiranya, Ex boyfriend anda yang seringggggggg mengganggu anda kononnya tidak dapat melupakan anda kerana terlampau sayang seperti mahu separuh mati, akhirnya terkantoi sedang makan bersama dengan si kekasihnya, tidak jauh dari meja anda?

Yezaaa… exactly what happened earlier today. Lepas sukan, aku bersama geng bercadang lepak di kedai kupi nak makan ABC spesel. Setiba di kedai, kami pilih lokasi meja keramat itew.. tetiba, jeng jeng.. dah nama Tuhan nak tunjuk yolls, aku terpandang si perempuan meja sebelah.. yoshh, perempuan B! bersama ex-boypren aku! ahaks..dua-dua menoleh pabila melihat aku berada di meja bersebelahan.. eheh, cendol mereka yang manis serta merta menjadi masin kelabu asap. Hahaha.



Kekasih ex aku ni laaaa yang salu dok message aku dulu, yang sering bertanya adakah aku masih berhubung dengan ex aku.. adakah aku masih sayang ex aku.. adakah aku masih ingin mencuba.. adakah aku bahagia.. selepas tahu dirinya adalah madu kurang manis aku, dia tekad mahu tinggalkan ex aku itew.. tegas mengatakan tidak mahu dipermainkan sewenang-wenangnya oleh lelaki itew.. tapi sampai la masih lagi dok bersama walhal dah tahu sangat sangat ex aku hanya mempermainkan dia… pohai?



Kerana telah termakan kata-kata diri sendiri yang tak serup bik, perempuan itew tidak sedikit pun memandang aku. Tunduk saja avoiding eye contact..Mungkin malu. Mungkin sengkol. Aku jadi kesian kat dia sebab dipermainkan oleh ex aku tu.. mana taknya, baru siang tadi, ex aku message aku.. semalam pun message aku cakap rindu rinduan, cubit cubitan..pendek kata hampir setiap harilah ex aku message aku.. “I’M NOT IN LOVE WITH HER” was his text. Tapi dok kepit jugak pompuan tu kulu kilir. Apa kes?



Kalau aku sadis tadi, memang aku pergi meja derang and cakap secara terang lagi bersuluh “B, kitak madah kitak maok sambung balit ngan kamek riya nak? Ok, kamek dah bersedia.. kamek terimak kitak balit now..” di depan perempuan itew.. walawey.. apa agaknya akan berlaku ho? Muahahaha.. tapi BIG NO lah aku nak buat macam tu.. uih, maruah aku yo.. terlalu mahal untuk dipersiakan for them. Biarlah, derang tau lah malu sendiri tu nanti.. hopefully.

And, as far as im concerned, I’m so glad I bumped into them. So glad it happened. So glad it did.


*selepas mereka balik, message di telefon ku berbunyi. faham-faham sajalah sapa.. hai lah labu!



Latest Bundle of Joy.. In No Time At All..


~Maybe two is better than one.. there’s so much time….~

*bunyi ring tone aku*.. jam 0137 pagi… nama .abang. tertera di skrin talipon

“Helo yo wassup nigga…” suara aku sexy serak serak bangau…

“Pearl, Kak Lin ka beranak dah.. kami duai pulai dah tok..” [Kak Lin dah nak beranak. We’re heading home]

“Hah? Ka beranak..? ok ok, lagik datai madah..”

Oh aku sangatlah blur time ni.. CPU masih slow.. Maka,

dengan baki kenikmatan tidur yang tinggal.. aku Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz semula…


*******************

~Maybe two is better than one..there’s so much time…..~

*lagi sekali LG itew berbunyi.. jam 0248 pagi..

Bzzzztttt……. Bbzztttttttt… tapi aku punya sedap tido aku tak dengar dahhh bunyi phone aku..

~Kerana… diriku bukan aku…~

*message pulak dah…

20 minit berlalu.. ~Kerana… diriku bukan aku ~… message berbunyi lagi.. auto setting setiap 10 minit..

Erk.. Aku bukak mata tengok ada miss call.. Alamak! Mereka dah sampai depan rumah! Dah 20 minit berlalu kot!.. matilah… aku fire fly terus dari katil berdebus turun tingkat bawah terjun ala-ala cat woman on lampu dan bukak pintu.. tapi.. aik? Kosong..takde pun keta? Then baru sedar ada satu message tadi aku belum baca.. *tet tet aku tekan dan baca dengan mata blur sebab tahi mata penuh..*

“nda jadi kami duai pulai. Enggai ke beranak dalam kereta..” [tak jadi balik. Takut beranak dalam keta]


Rup-rup nya tak jadi balik sebab air ketuban dah pecah.. takut terberanak dalam keta.. beranak di hospital betong boleh saja sebenarinanya tapi abang aku yang nak sangat anak sulung beliau dilahirkan di hospital Sri Aman.. penting jugak tempat kelahiran ni untuk sesetengah orang yek? Aku nanti kalau nak beranak, pergi London je la.. ambik dekat. Hahaha.. daym berangan..

Sekarang, aku tak sabar nak tunggu waktu habis persekolahan sebab aku nak drive g betong nanti. Nak tengok anak buah-buahan ku yang baru dilahirkan itew.. dah ada nama pon tau.. oh lupa, it’s a baby girl yo! Bapak dia sendiri pilih dengan initial F.H.. since bapak dia bernama Faisal Harya, nama yang dipilih untuk puteri sulung ialah Farysha Hazwanie binti Faisal Harya. Keh keh glam tak glam.. manis lah nama tu kan.. hopefully akan menjadi semanis AUNTIE nya.. yarabi stetment. Hahahaha … dah ada nama panggilan pun untuk aku tauuuu..

“Fisha *nama timangan Farysha* ngangau aku abah, mak ya mama..” [Fisha will call us Abah and Mama.]

“Hehehe.. sweet… aku deh?” [ and me?]

“Mama Pearl..”


Harus yolls.. Maintain vogue to the vast hokey. Walau nanti anak buah-buahan sudah masak ranum, Auntie dia tetap the gojes babe di Beverly Hills Jalan Johor 95000, Sri Aman. Hahaha..

[aku happy arini so abaikan hahaha yang sangat banyak.. atau boleh saja join aku hahaha..]

Nenek si Farysha belum dapat dihubungi kerana sedang sibuk di Singgah Pore.. tak expect pun kakak ipar aku nak beranak, sebab kalau ikut due, lagi 2 minggu actually.. wah, aktive fast nampaknya anak buah aku ini nanti! eheks..

Sudah, back to working mode fellas! .. *latest update 1243pm – kakak ipar aku belum lagi beranak.. uih, lama siot..