Saturday, February 27, 2010

Aku Hanya Mampu Merancang..

Dan Tuhan yang menentukan segalanya..

Kalau itu sudah takdir yang tersurat, aku terima dengan hati yang redha... mungkin itu yang terbaik Kau sediakan buatku, aku terima, Ya Tuhan.. Aku pasrah..



Guys, i am officially single. For good.

I'm taking a rest from blogsphere.
i'm at my lowest point of strength to live now..
Please give me time to stand back on my feet..
aku betul-betul lemah semangat sekarang..
sudah puas aku menangis semalam.. cukuplah..
Tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata, betapa
hancurnya hati aku kala ini..
Maafkan aku, i'll be back soon..
Take care everyone..


hanya tinggal kenangan..


Wednesday, February 24, 2010

Pengalaman Hidup Di Asrama..

Pernah tengok hantu tak? Atau terasa pernah tengok hantu? Jeng jeng, malam ini dalam suasana yang agak sayup, angin bertiup perlahan menyapa wajah, ingin aku kongsikan bersama pengalaman aku semasa aku masih bersekolah asrama dulu di Sekolah Menengah Sains Kuching.


Insiden berlaku semasa aku form 1... malam dah larut time tu.. aku ingat lagi, bilik aku tingkat atas bahagian hujung bersebelahan dengan tangga.. Room-mates aku yang lain semua sudah lena tidur lena diulit intan.. aku pun tidak terkecuali.. Malam agak sejuk waktu itu..Keadaan memang sunyi sepi.. Dalam kelenaan aku tidur, tiba-tiba aku terjaga dari mimpi.. Aku lihat jam tanganku menunjukkan 5 pagi. Aku mengeluh seketika kerana tidurku yang terganggu. Sedang aku cuba tidur semula, kala itu lah aku menangkap sesuatu bunyi. Bunyi dari luar bilik.. Bunyinya sungguh dekat dengan pintu bilik.. Aku pasang telinga akus seluas mungkin untuk memastikan aku tidak salah dengar.. tidak, aku tak salah..memang ada bunyi kedengaran dari luar kamar kami...

*Tok tok tok tok...

Bunyinya perlahan saja, sayu ....seperti langkah seseorang menggunakan tongkat.. Aku sudah mula berpeluh.. Aku perhatikan rakan-rakan yang lain, tidak seorang pun sedar akan bunyi tersebut.. Dahlah kedudukan katil aku, memang bersebelahan dengan pintu cuma masuk ke dalam sikit lah.. Aku dengan segera menyesal kerana memilih kedudukan tersebut dulu.. Aku cuba lenakan mata tetapi..

*Tok tok tok...

*Matilah aku.. Aku berbisik pada diri aku sendiri..

Peluh pagi aku dah keluar dah.. serius aku takut time tu.. bunyi nya sangat dekat dan perlahan..

* Tok tok tok..

Memang seakan-akan bunyi sesuatu sedang menaiki tangga menggunakan tongkat.Tetapi firasat hati aku mengatakan bunyi tersebut adalah bunyi sesuatu yang berkaki kayu.. Aku rasa nak menangis tak tahu nak buat apa. Aku pejam mata aku sepejam yang boleh dan tutup seluruh badan aku dengan selimut dan wajah aku dengan bantal.. Menggeletar tubuh aku bila bunyi tersebut berhenti betul-betul di depan pintu bilik kami.. Tuhan sajalah tahu betapa aku sangat sangat sangat takut ketika itu..Aku begitu cepat membayangkan makhluk itu akan memboloskan diri masuk kedalam kamar kami dan berdiri betul-betul di sebelah katil aku. Bayangkan kalau benarlah ia terjadi? Jantung aku bagai di sentap-sentap..

[bersambung esok].......


^
^
^
^

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^



Ehehehe boolak jak. Ok ok aku sambung .. saje je bagi saspens. And nak bagi korang tak nebes sangat.. mana tau kang lemah jantung, aku jugak susah.. eheh baik baik sila sambung..

So apa berlaku di penghujung pagi tersebut? Tiada apa-apa insiden pun yang berlaku kawan-kawan.. Syukur kepada Tuhan kerana bunyi tersebut tidak berlanjutan. Azan subuh berkumandang selepas seketika..mungkin kerana azan sudah berkumandang, entiti tersebut lari menjauhkan diri.. aku pulak sampai lewat pagi terlajak tidur.. nasib baiklah hujung minggu!

Susah
aku nak lupakan pengalaman aku ni. Berkesan sungguh peninggalan dalam hati. Buat pengetahuan korang, bukan sekali aku terkena tapi 2 kali. Insiden kedua berlaku ketika aku dah masuk Tingkatan 4. Tapi kisah yang Tingkatan 4 tu, lain kali lah aku cerita k sebab aku sendiri pun seram nak taip malam-malam syahdu begini..

Sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berasa di luar bilik aku pada pagi itu?.. Rasanya sampai bila-bila pun aku tidak akan tahu. Tiada jawapan pasti!


*Jangan lupa baca doa tidur malam ini ya kawan-kawan! hehehe




Monday, February 22, 2010

Bila Bulan Mengambang..

Siang tadi ada insiden yang bikin aku kecik ati sangat-sangat. Aku terasa gila dengan statement seorang teman terhadap aku. Mungkin dia pun tak sengaja, terlepas cakap tapi i cant help but to feel so sad....

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Minggu ni, minggu aku cepat terasa sebab aku sedang mengalami perubahan cuaca dalam badan. Sekejap aku El-nino, sekejap aku el-lianto dan sekejap tu pulak, el-lektrik. Kenapa ek, bila berlaku perubahan hormonina dalam badan, emosi aku jadi kureng stabilo? Aku emo la bila emo. Tak suke sebenarnya tapi aku tak leh nak lawan kadang. Orang cakap sikit pun aku dah kecik ati. Padahal benda kecik je, aku boleh ingat sampai berhari-hari.

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Congek@manja
toksah sebut. Melampau merajuk. Siap nak nangis. Sebagai contoh arini,sekejap je tHe sigNificant otHer aku hilang, mula aku pikir yang dia tak sayang aku. Mula la aku ingat dia dah lupakan aku. Padahal baru tak seminit lepas sms aku. Apakah. eheheh ..

Tapi
kan yang buat aku sayang sangat kat cinta aku ni pasal apa, dia tak turut period macam aku. Dia tak marah pon kalau aku datang angin kus kus halilintar tebabom. Tau sangat dah dia perangai aku, kalau aku mencarut time driving, ha dia tau dah 'Sayang period kah?' hahahahaha aku buat muka monyeng jawab se-das 'ye lahhhh'.. haha dia pandai pujuk aku.. tu yang best.. cinta aku akan cakap 'Mek period juak' [i pon period] '.. hahaha gilos gerek [bf] aku ni. Pastu dia buat-buat aksi merajuk, tiru-tiru suara doraemon. haha manalah aku nak tahan wey. Memang aku akan gelak punya.. Sib baik la aku dapat dia: nyawa hidupku yang sangat memahami.

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Kes siang tadi, sedih-sedih aku mengadu kat cinta.. dah la tengah period pain, kena plak statement kurang berzat dari si teman, mau aku tak terkoyak hati. Cinta jugak yang pujuk aku.. lepas kena pujuk baru okay.. dia jugak jadi mangsa.

Payah
kan bila terkena hormonal imbalance nih. Cepat sangat hati jadi sensentap. Kalau dah nak marah tu, semua aku rasa nak telan hidup-hidup. Berborak pun aku takkan jadi semeriah hari-hari normal. Tapi setakat ini, aku masih boleh kontrol emosi aku. Kalau aku marah, aku akan pastikan aku duduk diam layan website Air Asia berangan nak pergi bercuti ke Gold Coast.. eheh layan kau. Cuba try lain kali, kalau tetiba emo kan.. te he he..

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Kepada kaum adam di luar sana, terima kasih kerana memahami ciptaan Tuhan yang maha agung ini. :) Kesabaran korang melayan kerenah girlfriend/isteri sangat aku tabik spring. Mungkin korang sampai bila-bila takkan mengerti kenapa girlpren korang boleh je tetiba berubah menjadi angin barat daya. Tetapi daya pertahanan badan korang untuk turut tidak berubah menjadi angin timur selatan sangat-sangatlah dihargai.. Sebagaimana aku hargai kesabaran tHe sigNificant otHer aku ok, serious. Susah aku nak cari senta sebaik dia..

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com
terharu

Dah sudah, sekarang hormon aku terlebih kepada hormon ingin bercinta lah pulakkkkk.. hahaha sungguh lah tidak stabil. Tadi sedih sekarang rindu..hahaha hai lah badan... Anyway, good night people, time to sleep!



http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com





Sunday, February 21, 2010

Kalaulah Gaji Aku...

Aku cemburu tau kadang-kadang, bila orang dapat gaji tinggi-tinggi. Kerja tak la seteruk mana pun, tapi bila masuk gaji, pergh masyuk. Kadang-kadang aku berfikir, bila agaknya aku boleh dapat gaji ribu riban macam derang? http://emo.huhiho.com

Aku bagi contoh, kawan aku sorang, kerja offshore.. walaupun hanya seorang technician [ i think ] dia mampu menyimpan dalam RM2k tiap tiap bulan no fail no play. Aku yang dah kerja naik 3 tahun ni ponnnn baru sekali dapat simpan RM2k macam tu tau.. selebihnya, dah cukup baik kalau aku boleh simpan RM1k a month! Lagi sorang kerja offshore, engineer, kawan aku, sama.. Gaji ribu riban boleh belikan aku kosmetik dari STAGE dan perfume J'adore CD untuk birthday leng leng no feel. Argh, tension. hahaha..

Contoh
lain, bapak kakak ipar aku. Pun orang tasek jugak. Sekarang dah pencen. Tapi masih on call bila diperlukan. Nak tau berapa gaji bila beliau kena panggil on call nih?? RM6k++ untuk 5 hari ok.. 5 hari bapak nau!! Go head gostan je boleh dapat RM6k dengan mudah. Dulu masa masih attach dengan Shell, sebulan gaji dalam RM30 ribu lemon. Maknanya gaji sehari lebih kurang RM1 ribu ok.. stress aku. Mana tak, gaji aku sehari kalau tolak tambah darab bahagi, RM81++ je. Ha darablah dengan 30 hari gitu. Baru bersamaan dengan 2 hari gaji beliau. 30 hari VS 2 hari. Haih! http://emo.huhiho.com

Tapi
aku cukup saspek kat depa. Kenapa? Sebab mereka ni sangat humble and down to earth. Langsung tak berlagak and tinggi diri. Kalau korang tengok, mesti ingat mereka ni keja biasa padahal gaji meletup letaps. Pakaian simple giler, rumah pun tak la besar mana. Pastu rilek je naik proton saga yang lama. Rilek je naik motosikal. Mampu je mereka ni memiliki BMW, Ferari segala..Mampu je pergi melancong lencang luar negara tapi sikit pun mereka tak tunjuk. Dan, kalau ada yang pergi melancong, memang murah hati akan membelikan souvenirs. Ke saja tak tunjuk low profile supaya tidak diaudit atau direview BPR? http://emo.huhiho.com

Jadi
tak betul lah kalau orang kata, orang kaya ni kebanyakkan sombong kan? Sebab ada kalanya yang tak berapa nak kay tu, lebih kuat berlagak berbanding yang betul-betul kay. :) Aku bukannya mengeluh macam tak bersyukur, nanti Tuhan tarik rezeki aku, choy choy.. mintak dijauhkan tuhan. Eheh. Aku nak jadikan ini sebagai motivasi agar aku akan lebih berusaha dalam hidup, tul tak? aku nak jugak jadi kay. hahaha sapa tak nak? Tapi aku nak jadi kay yang baik hati dan tidak sombong. Harta dunia, tak boleh nak terlalu taksub kan? *wink wink

*Mula melayari laman sports Toto, 4D dan 6D. Kot kot kena nombor boleh dapat RM18juta. hahahaha main pun aku tak reti neng. Mari cari rezeki secara halal ye kawan-kawan?




Saturday, February 20, 2010

Soalan Temuduga

Just got back from a 5 day trip dari Miri yesterday.
Tired nong. I took the wheel dari Miri sampailah Sarikei. Berganti dengan my mom pun sebab aku dah mengantok tahap tak boleh nak describe. Kena tempeleng pun belum tentu aku boleh segar balik.

Oh anyway, since it's a weekend, jom aku nak share tips bagaimana cara menjawab soalan temuduga bagi sesiapa yang sedang dalam pencarian pekerjaan.. Terima kasih Mizara and Beautiful Stranger sebab telah berjaya menjalani temuduga ini..hik hik.. layannn zaaasss!


1. Adakah anda rasa anda HOT?
Oh yes sir, sizzzzling harus.. growl!..


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.



3. Cerita pasal gambar
Biru. Eheh. That's it. Biru.

4. Kali terakhir anda makan pizza?
Minggu lepas. Sedap gilos sampai tak habis! Tapau balik. Eheh.


5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu iban. Siti Penanggul Antara Tua. Cewah. Hehehe. Jiwang kar aku walaupun first time dengar dulu, terpaksa bertanya kepada Anne apa maksud certain words. Aku iban celup k..


6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Menikmati coco crunch di campur susu sejuk dutch lady. Pergh.


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Haruslah Ahmoi. Selain dari tu, i leave it to you fine people to either call me Jessica Almoi or Angelina Jo-moi.. haha Jo-moi. Matilah.

8. Tag lagi 8 orang
Pergh, banyak gils. baik baik, saya mahu menge-TAG: mana yang tak tersenarai tu, rasanya sudah di-TAG bloggers lain. Jawab jelah ye kawan-kawan kalau sayangkan saya. Eheh.

  1. Ms Tikot
  2. Onggon
  3. Audio
  4. Am-rie
  5. Pak Dukun
  6. Florance
  7. Nona Reena
  8. Erol

9. Siapakah orang No.1. kepada anda?
Kawan blogger aku yang best to the beat. Memberikan aku hadiah birthday gelang tangan padahal baru first time jumpa masa kawin Audio. Pleasant surprise sampai mati aku akan ingat. Sayang Ms Tikot..muacks! :)


10. Katakan sesuatu kepada orang No.5
Oh, Pak Dukun no. 5. Ok here goes. Pak Dukun, jom gathering. Eheh. [sebab Pak Dukun sangat pemalu orangnya. hahaha]


11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Siapa gerangan No. 3? Oh Audio. Ok.. Ada hubungan dengan ibu dan bapanya, adik beradiknya, nenet atuknya. Hehehe.. Dan of course la, wife tersenta, Fashitah..


12. Bagaimana pula dengan No.4?
Am-rie? Blogger yang bekerja di semenanjung. Tak pernah jumpa tapi kalau tengok gambar, tinggi jugak orangnya. Opss, taken yer. Eheh.


13. Pesanan kepada orang No. 6
Florance:- Sila jawab dengan penuh ilmu di dada. Susah soalan temuduga tok. Eheh i'll be waiting!


14. Kata-kata cinta untuk orang No. 2
Erk, Onggon. You jump i jump. hahaha.. matilah. ampun gerek Onggon.


15. Adakah No.7 dan No.8 ada persamaan?
Ada. Nanti aku tanya. Pastu baru aku bagitau korang ek.


16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
Saya bagi 6 k? 3 untuk Mizara, dan 3 lagi untuk Beautiful Stranger.


Mizara - Santek, suka makan-makan dan jarang meletak gambar sendiri dalam blog. eheh. Terang sungguh observation saya kannnn..te he he

Beautiful Stranger
- Chinese the Look, Counselor cum Lecturer [kan?] and undeniably a great blogger.


17. Persamaan antara kambing dan lembu
Dua-dua duduk kandang.


18. Perasaan anda buat Tag ini?
Stagnant calculus. :|

19. Gay or Les?
uuu Gay harus.. They make good friends, because they have good taste in MEN. So do I. hahaha



Wednesday, February 17, 2010

A Bit of Respect Please?


Arini aku nak pok pek pok pek banyak..
Bukan selalu. Kalau selalu pun takpe..
Sebab aku tengah G to the E to the R to the A to the M
G.E.R.A.M eheh..
Geng-geng layan je lah k?

Aku sebenarnya emo dengan beberapa insiden yang pernah berlaku pada aku dan orang di sekitar aku. Pendek cerita, tempoh ari aku gi check up kat hospital. Gigi aku ni ha buat prob to the lem. Aku tak nak pegi pon tapi ibunda sudah mising-mising, aku pi lah jugak kan..

Sesampai
je, aku tunggu giliran. Ok fine, takde masalah.. momantai. Bila tiba giliran aku, doc tanya soalan aku jawab. Ok kenalkan diri, cakap apa masalah, aku keja apa.. ok fine neng, aku jawab.. doc tu rupanya muda dari aku. Fine. Aku tak jeles sebab aku memang nampak jauh lebih co to the mel. Hahaha sempat. Dia tanya la aku keja jadi cikgu ni ajar subjek apa.. Fine, aku jawab aku ajar English and Moral. Then hahh! Start.. dia buat-buat speak to the king dengan aku.. aben segala technical terms medical ni dikeluarkan..

Tau tak apa itu stagnant calculus? http://emo.huhiho.com

Haih
, calculus matematik tu tau la aku makcik.. Kalkulus yang pegun. hahaha lucu lah plak. Kalau term term dari medical ni mana la aku tau.. bukannya aku pi sekolah belajar pasal gigi gigus. English yang mudah is sufficient, contohnya gigi awak sakit sebab ada plag gigi yang melekat. Nah! Kan dah sengih-sengih aku sebab sedor kesilapan diri? hahaha..Kena berpada-pada lah kan kalau nak tunjuk Zero to Hero kan. Aku saspek kat ngko, serious, sebab ko ni dah la muda dari aku.. dapat pulak jawatan tinggi.. mungkin ko tak berniat, aku mintak maaf, mungkin juga aku yang emo tapi secara logistika, adakah ko akan tanya soalan yang sama kepada patient dari rumah panjai Beriang ak Rampu? eheks... senyum plak aku sensorang.. Tapi terima kasih lah yer sebab cek gigi aku. Mungkin ko agak penat hari tu maka emosi ko pun turut sakit macam gigi aku. http://emo.huhiho.com

Kes kedua plak.. bila ko gi bank.. mesti akan melibatkan Cerdit Debit kan..muahahaa.. Credit Debit my apology. Term untuk bank, kalau keluarkan duit, adalah Debit manakala duit masuk plak menggunakan term Credit. Bagi aku yang pernah belajar akaun nih, boleh la paham term-term cenggini.. tapi yang aku tak tahan bila ko marah customer yang bertanya 'kenapa credit? bukan debit ke?' ko leng leng chai boleh jawab 'itu pun tak tau ke?' wah wah amboi lanc sung mul kau ya? apa ko ingat customer tu pi sekolah untuk belajar akaun ke? muahaha.. mungkin dulu sekolah dia tak offer akaun, of the course la dia takkan tau term itu terbalik dari segi siapa yang menggunakan, betul tak? Kan senang kalau cakap je 'Duit pakcik dah masuk' instead of 'duit pakcik dah dikreditkan'.. adoh hai.. no saspek at all untuk Customer. Padahal duit dalam bank tu bukan dia punya.. Wek. http://emo.huhiho.com


Seterusnya, haku nak share nasihat ni, bagi sesiapa yang sudi mendengar dan menerima. Guys, kepada semua, sila belajar untuk menggunakan term-term yang elok bila meng'address'kan pekerjaaan seseorang ok?.. dulu masa aku study, aku pernah keja part time jadi Customer Service Executive. Tapi kat malaysia ni, orang lebih gemar menggelarkan Customer Service Exec sebagai Operator Telefon. Padahal itu bukan termnya.. Korang tau tak, untuk menjadi CSE macam yang aku jawat dulu, aku kena fasih cakap london ok. Tak fasih you get out dont come back again..

Aku nak korang jujur, bila korang kol help line 1-800 66 tekan tekan sampai terjunam tu kan, ada tak korang feel korang ni adalah raja?.. korang lah tau segalanya sampai boleh maki maka CSE seskati mulut. Cakap macam takde sijil. Tak ke self-degrading namanya? Pergh, aku dah merasa ok. Nasib baik time aku keja dulu, orang UK hampir kesemuanya baik-baik belaka bila bercakap dengan aku. Put yourself in their shoes, how would you feel kalau kena maki, kena herdik, kena 'padan pown jadi operator!!' padahal anda sendiri yang bengap susu tak tau macam mana nak pakai device Astro??



So
guys, treat people like how you would want people to treat you.. i know we are human, hence we tend to make mistakes, but we learn from our mistakes, dont we? Try not repeating the same mistake over and over again. You shall, eventually earn your respect when you learn to respect others first. Night!



Tuesday, February 16, 2010

16 Februari 2020 - Surat Ini Akan Aku Terima


Last week, lepas aku buat entry pasal diari aku tu kan, tetiba aku terfikir.. Bagaimanakah aku 10 tahun yang akan datang?? Cuba korang imejin, kalau diari cabok aku yang dah berusia dari Mahathir ke Najib, dannnnnnnnn masih berada dalam keadaan elok pun aku masih simpan, bayangkan kalau blog aku ini masih bertahan sehingga ke tahun 2020!

Siapa sangka, seperti yang korang baca bibit-bibit diari hingusan aku itew,diari tersebut akan aku baca semula setelah bertahun-tahun berlalu dan sememangnya ia telah mengundang seribu satu perasaan yang sukar ditafsirkan oleh aku sendiri.. Pelbagai impian telah aku lakarkan dalam diari yang berlatarkan gambar puppies itu. Ada yang sudah tercapai, ada yang belum. Adakah, bila 10 tahun itu nanti sudah tiba, akan masih aku menyimpan diari itu? Juga, akan masih wujudkah blog ini?

Maka, aku dengan mode tengah malam, ingin mengarang sepucuk surat buat diri aku sendiri, bersama impian baru, yang mungkin akan aku kecapi, untuk dibaca 10 tahun dari sekarang, 16 Februari 2020. Here goes.



"Dear Felicia F. Ramzi 2020..

Bonjour! Cava? Sorry lama tak kirim surat, semenjak kau pindah Paris, agak susah untuk aku hubungi kau, maklum aje, perbezaan waktu hampir 8 jam. Suami kau, Rooney@Farid macam mana? sihat? Anak-anak? Rindu aku dengan si Lisa de Laila Colleen dan Justin Iskandar Colleen, kembar kau yang comel-comel tu.. :) Bila lagi nak tambah rakyat? Derang pun dah 3 tahun dah kan? Cepat-cepat tau, nanti masuk umur 40, tutup kilang! ha ha ha.. ops.

Bisnes
kau plak macam mana Felicia? Aku tau, dari dulu lagi kau minat buat kek kan? Wah glam kau yer, sampai Alain Delon pon order dari kau ek.. No wonder dia tak kisah menjadi antara orang yang sponsor wedding gelang gemelang si paku gelang kau dulu.. Pergh, rugi aku tak datang, bukan apa, tiket flight mah-nak-mamps. Aku simpan sampai esok hari pun belum tentu dapat save. eheks.. lagipun time tu bila E! Ryan Seacrest tanya kau, "Who are you wearing?" "Oh, Vera Wang".. aku plak pakai Sungai Wang jer.. haih..


Hari tu aku ada lawat mak kau. Chalet-chalet yang dia bina dulu di pantai Kabong telah menampakkan hasil. Semakin tebal poket mak kau, Alhamdulillah.. Aku selalu doakan mak kau bahagia dan senang hidupnya menghadapi hari tua.. Aku pun tak nak lain, aku nak dia gembira sentiasa.. Tak lama lagi birthday mak kau, 9 March kan? Kau beli apa untuk mak kau? Serius? Pergh gila best mak kau dapat hadiah tiket pelancongan ke seluruh dunia dari kau.. tabik spring aku. Takpe, untuk orang tua, jasa ibu perlu kita kenang.. betul tak?


Nanti
kalau aku datang melawat kau kat Paris, aku tumpang rumah 3 tingkat 20 bilik 26 pintu kau itu k? Nak jugak aku merasa mandi di swimming pool berkeluasan gelanggang bola keranjang berbentuk hati kau tu.. Dan tak ketinggalan menikmati layanan the best dari butler kau.. pergh. aku imejin.


By the wayyyy, kau masih berblogging ke? Geng-geng blogger tegar masih berkontek? Derang Nieza, Fieza, Joynstar, Myra, Beautiful Stranger, JT, Ms Tikot, Big Momma, Audio, Su Ijamm, Amir, Mizara, Hans, Naz, Ivy, Hajib, So called Pija, Fatin, Faryn, Florance, LyndaWaWa, Bang Zainal, Abby, Adoheh, Khaisha, Bunga, Zakinah H, SueSie, Arief, Mr Clive, Muiz, Hensen, Pak Dukun, Am-rie, Nona Reena, Erol, Onggon, Farah, Sis Ida, Elle Lalaland , Coffee Girl, Francesca dan semuaaaa lahhh.. masih aktif lagi mereka? Aku harap mereka takkan berhenti berblogging selepas 10 tahun sebab aku tau kau memang tiap-tiap hari tak pernah miss baca entries mereka kan?

Dear Felicia, Aku harap segala impian kau dalam hidup akan tercapai ok. Takda lain aku harapkan, melainkan kau hidup senang dan bahagia, diredhai Tuhan di samping suami serta anak-anak tersenta sehingga akhir hayat. Kirim salam aku dengan Alizee, penyanyi Perancis yang comel lote tu... ha ha .. jaga diri baik-baik, aku sayang kau. Vogue forever!"


Salam Sayang,

Felicia F. Ramzi 2010





There, selesai. te he :) satu jam aku karang, fuh.. akan tercapaikah impian yang aku tulis di sini? he he he.. agak high to the sky semacam. haaha berangan membawa kepada usaha, usaha pula pasti akan membawa kepada kejayaan. Yakin Boleh! *surat ini akan di cetak dan disimpan kemas dalam file peribadi aku. I vow never to open this letter until that very day, arrives, 16 February 2020.. (",)



Akan beginikah wajah ku selepas 10 tahun nanti? Erkkkkk!


Sunday, February 14, 2010

Happy Valentine's Day


Perjumpaan itu sekejap cuma ...

Terima kasih, kamu ...

I appreciate it, a lot ...

Cerita di sebalik, biarlah rahsia ...

Happy Valentine's Day everyone ...



Notis penting: Tidak, panties saya masih terpasang hari ini. Sila lah jangan mengikut tema tahun ini yang sangat kurang cemerlang, kerana mungkin nanti anda akan tersilap ambil orang punya.. kalau hilang, sayang La Senza you.. heheh.


Valentine Weekend

Sorry guys, lack of updates..Was busy. And im slightly tired now. Neway, here. My weekend.. In brief okay? (",)

nak tengok lagi besar, sila click yer :)

Saturday
- in orange

- Window shopping session
- Bowling session with Anne and blogger N i e z a
- Movie session The Valentine's Day
- Lepak session at Ipoh Town n Waterfront

Sunday - in red

- Ate out at Flora Restaurant, Medan Pelita
- CNY visiting


Had a good one people? I know i did. miSS ya..!



Thursday, February 11, 2010

Menyingkap Rahsia Diari

Tadi kan, aku terjumpa diari lama aku..gila lama tahun 1994 ..hahaha


Diari
aku tahun 1994-1995.. Bila aku baca tadi, aku gelak sorang-sorang. Tulisan buruk nak mampos, ayat BM tunggang langgang, English pun ke sana kemari, tetapi tetap jugak gigeh untuk berdiari! Kalau dulu ada blog, mesti aku antara blogger yang paling muda. Mesti aku dah kaya dengan duit Nuff. Hahaaha..


Korang nak tau isi kandungan diari aku? 15 tahun yang lampau weih.. aku pun tak sangka dalam usia aku yang sungguh muda aku boleh memiliki diari peribadi. Walaupun apa yang aku tulis tak memberi apa-apa makna sekarang, tapi nostalgia you.. kenangan aku nih..

Baiklah, sekali lagi aku akan ciss memalukan diri sendiri dengan beran mat nya men seken diari aku untuk tatapan semua.. hahaha malu aku siot.. hahaha tapi takpe.. jom terjah!





Tanggal 27.11.1994 Sunday.

Hahahaha.. tobat aku malu spring. Adoh, plis plis plis jangan gelak ok. Time ni tengah cuti hujung tahun darjah 5. Tapi aku ada peminat dah oi jangan tak kongang... matilah.. hahahaha untuk menjaga kemaluannya, aku padamkan nama si polan dari sini ya..mana lah tauuuu tak pasal-pasal si polan terblogwalking ke blog aku, haih, tak ke malu! Eeee gediknya aku time kekecik, padahal umur baru sekangkang kera, kan?? Ha, nak tengok lagi? Nah, amik kau, ada satu lagi aku se ken untuk korang baca dan silalah dengan senang hatinya gelakkan aku ye..




Tanggal 20.10.1995 [hampir setahun kemudian di dalam diari yang sama] siap ada padam-padam..hahaha

Te he he.. Cuba korang baca apa aku tulis situ. Aku diminati seorang pelajar Ting 3 yang pada ketika itu bersekolah di SMK Simanggang..! Hahahahaa kenapa aku gelak? Sebab sekolah inilah tempat aku mengajar sekarang! hahahaha..adoh lucu eh.. siapa sangka, 15tahun kemudian, here i am mengajar di sekolah sama jejaka yang admire kat aku dulu?

Ya
ampun, cukup memalukan aku membaca diari aku sendiri neng.. Gelap masa depanku. Pitam. Hilang rock kapak. Hahahaha.. apalah yang aku tau purbakala dulu? Main mee goreng sedap je aku tulis. Tapi seronok jugak bila aku baca balik tau, sebab satu persatu memori tu balik semula ke dalam kotak fikiran aku mengimbau kenangan aku zaman kecik. Korang ada berdiari?

Zaman rock kapak. Bersama geng seperjuangan, Audio and the clan. Haha.

Sekarang
aku tak berdiari dah. Nak buat report pun sesempat alam, ni kan pulak nak menulis. Aku tukar teknologi kepada berblogging. Sebab tu aku suka berblog. Biorlah ramai yang lekat dengan FB, FS, BF ehek, aku tetap senang berblogging sebab disinilah aku boleh mengekspresi diri, pendapat dan sebarang cerita yang aku ingin kongsikan bersama. Perwatakan seseorang pun boleh kita kenali melalui cara penulisan, tul tak? Macam sekarang, mesti setiap seorang daripada anda; yakni geng blogger best aku, have a rough idea macam mana aku yang sebenar in real life, am i rite?

Kalau dulu, diari adalah private, but now im open about my life to people. Ok maybe partial. Some aku simpan sebagai rahsia hidup. Hehe. In addtional, yang paling best? Aku dapat banyak geng sejak berblog. Gila best. Gathering jom. Eheh.

The
world has gone smaller yet interesting, no?


Monday, February 8, 2010

Dia Yang Ku Admire


Hi guys, aku sebenarnya tak sihat lagi, tapi aku rindew laaa nak hapdet, so aku kentalkan jiwa dan hati, aku nak apdet jugak!.. Eheh, i promised in my previous post aku nak cerita pasal tempat honeymoon kan? Well, i think i wanna skip that off dulu .. sebab aku nak buat Tag siapa yang aku minat masa zaman sekolah dahulukala....eheh.. nak tau? jom terjah..

Post
ni actually, kira berani mati la sebab rasanya aku tak pernah cerita kat sesapa pon yang aku minat/admire/tangkap lentok/cair/bergegar/suk dengan jejaka yang berjaya mengocak jiwa aku ini.. Yahhhh, [tok baru mukadimah oi..hahahaha]

Korang nak tau tak sape? hik hik hik...cis aku akan memalukan diri aku sebentar lagi. Dengan pecahnya tembelang diri ini, aku sedia menghadapi cabaran dengan tabah. Fuh, tarik nafas.. ok, mula!

Aku
syok dengan cikgu aku sendiri mak kau.. hahahaha .. lebih kurang cam Erolnukman la, dia minat ustazah, aku lak minat kat guru disiplin.. time tu, cikgu ni la paling steam boat hot,sizzling, single and available, di kaca mata aku, cikgu ni memang jejaka idaman melaya. Pergh, dah la naik Honda Prelude kaler silver hahahaha..matilah semua geng aku dah dapat meneka siapa.. Kalau dia senyum, bisa terjelepok aku di pinggiran parit memeluk tiang akibat nanar.

Tapi
bukan salah aku seratus dua ratus persen orait. Sebab cikgu ni pon suka usik, 'ini lah darling saya' yahhhhhh mana tak nya hati aku kembang kuncup dup dap dup dap di panah cupid asmara!.. bukan sekali dua kali ok tapi dua lapan ploh kali. eheks, tak ah fitnah tu. Ada la dlm 150 kali. bwahahahha..melampau.

Tapi kan, seingat aku, cikgu ni tak pernah ajar aku.. baik mana-mana subjek pun.. tapi aku tak kisah. Sebab cinta itu tak kenal cikgu.. mengajar atau tidak, lain kira lain order lain bayar. ehek, yang penting perasaan harus jiwang. rock kapak. hahaha.. matilah. Tapi aku sedar langit tinggi rendah aku bukan pilot. Jadi aku pendamkan perasaan tulus ikhlas aku jauh di sudut hati..terpendam jauh dari cahaya cinta. hahahaha.. bagai..

Soooooooooooooo...
siapakah cikgu itew?? ha part nilah best sebab aku siap SCAN untuk korang gambar cikgu yang aku minat gilos ni.. aku gerobek almari tadi dan ketemu dengan gambar cinta lama, maka harus ku scan terus.. demi untuk buktikan kepada korang bahawa dulu aku memang si ceredit yang bercita-cita tinggi untuk memiliki hati gurunya, aku sanggup tunjuk! hahaha.. Bagi geng Sek Men Sains Kuch batch 2000, inilah cikgu yang ku gilai dalam diam dulu.. haih, statement berani mati lagi sekali!







1996. bersama leng chai. kabus-kabus cinta mewarnai segenap jiwaku. perasan.

Ya
betul!! Cikgu Subri..! hahahaha matilah aku saat tika ini kalau cikgu subri terjumpa blog aku.. ampun cikgu, kisah lama.. untuk penghayatan sejarah.. kalau takda dulu, maka takda lah sekarang, benar sik Cikgu? Sebelah Cikgu Subri adalah diriku ini, pacarmu yang hina..hahaha.. baru Form One time ni kau.. tapi dah gatal 3 macam.. hahaha.. dulu sekolah wajib pakai tudung, now dah layang-layang terbang melayang, terbang melayang di tengah padang, ingin aku sampaikan.

Ehek
, k dah.. im done with the tag.. semoga anda tidak percaya dengan cerita di atas kerana sesungguhnya ia adalah tipu dalam benar..atau benar dalam tipu.. korang percaya? hahaha..
Bah, good nite, sweet dreams.. semoga mimpi2ku diuliti bersama cikgu ini..opssss, tidakkkkk.. ini cer dul.. cer sekar aku sudah ada tHe sigNificant otHer. Marilah sayang kita sama bermimpi yuk!

Eheh
, salam ngan kitak cikgu aa..kau tetap di hatiku. hahahahaha



Sunday, February 7, 2010

Sick Me

Im under the weather..

Will come back soon once im back on my feet.

Take care guys..


cough + flu + mild fever = deep mess

Doakan semoga saya cepat sembuh ye kawan-kawan..!


Thursday, February 4, 2010

Bagaimana???

Justify Full
Lokasi: Tingkatan 2 Gardenia

Situasi A

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang tepat.

menyusun membuang mengemas menggosok mengunci

1. Razali sentiasa __________ pintu setiap kali keluar dari rumah.

Ok kelas, apakah jawapan untuk ayat yang pertama?

"MEMBUANG, CIKGU!!" penuh kondifen.

Yahhhh....Adoheh. Pening kepala aku.. ada ke patut pergi buang pintu tiap kali keluar dari rumah?? Ke memang ada style camni? Wah senang la macam tu, asal keluar je, buang. adeh deh.. and this session took place in their class earlier today time aku masuk.


Situasi B

Frederick, BE. LAN. TA. RA = ?

"Belantan, cikgu!"

Cuba lagi sekali..

"Err.. belacan?"

Akai, matilah.. Garu kepala banyak kutu.

********************


Hari hari aku trauma ngadap budak.. kelas ni kelas pemulihan, dah masuk Tingkatan 2 dah pon tapi haram 3M belum pass.. Aku daripada ngajar Pendidikan Moral terus kontrak tak bergaji ngajar BM plak..yela, nak ajar ikut syllabus memang seperti pungguk rindukan bulan lah alamatnya..hai lahhhhh..! buku rujukan pelajar-pelajar ini adalah buku murid Tahun Satu ok..

Demi generasi masa depan, aku tabahkan jugak mengajar pelajar kategori lemah ini.. Kalau jenis yang kurang sabar, memang tak bolehla masuk kelas 2GD ni..ada jugak melayang kepala budak kena penumbuk sebab hilang sabar.. Aku pun pernah hampir hilang sabar, tapi aku cecepat tarik nafas dan bertenang.. nak marah pun bukan mereka mintak nak jadi buta huruf.. There are times aku jadi sangat-sangat belas dengan mereka.. like macam manalah nasib mereka ni nanti bila dah besar? Sedangkan tahun depan dah PMR, tapi menulis pun belum lulus.. :'( *macam ni agaknya cikgu aku dulu time ngajar aku Add Maths kot, bebal tahap babun.

K lah, aku sebenarnya tengah duty jaga library sekarang. Bosan-bosan, aku update pasal kerja plak kan.. asyik pasal cintan cintun je, boring jugak ye tak? Tapi post lepas ni nanti, aku nak update pasal tempat honeymoon idamanku.. Harus aku share sebab pilihan tempat aku best best ok.. eheh. So stay tune for the next update aight, till then, have a pleasant afternoon. Muacks!

"One good teacher in a lifetime may sometimes
change a delinquent into a solid citizen."
Philip Wylie




Tuesday, February 2, 2010

Surprise!



Sorry sayang k, sikda hadiah.. sikpa kah?
(sorry honey, no money, no present, isit ok?)

Sikpa B.. (it's okay) [hahaha kantoi dah gelaran manjaku..it's shorten from Baby..]

Tak kecik ati kah? (small heart?)

Sikda lah.. paham mek.. (no lahhh.. very the understand)

Hik hik hik...

tHe sigNificant otHer kena tipu. Sepetang-petang aku dera perasaan tHe sigNificant otHer dengan berlagak dunno and seolah-olah aku betul-betul tak belikan dia apa-apa.. oh sayu ku lihat wajah teman tercinta.. Dia tak mengharapkan pon altho aku tau, pasti ada terdetik tik tok tik tok di hatinya mengharapkan something dari girlpren dia yang sememangnya tak bley nak diharap sangat bila masuk bab beli hadiah. Eheks.

Jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, lepas selesai je makan tengahari.. [tHe sigNificant otHer lunch kat rumah].. aku keluarkan plastik berisi kotak PS2 and letak elok-elok kat tepi tangga. senyap. *turun tangga jongket jongket..* aku tak balut pon hadiah tu, tak sempat la.. teruk kan aku?

Sayang, ada orang tinggal barang kat ctok.. coba tak tolong diat lok..
(Lost and found here, mind checking honey?)

Apa ya..? (what is it?) - got up from his seat and walked right towards me..

Mpun kitak jak barang tinggal ya, mok sik?
(take take, want?)

Aih, kamek kenal simbol X, simbol segitiga, simbol bulat tok.. *pause*.. B..oh my god, it's PS2!! http://emo.huhiho.com

He he he he.. yes it is, it's for you sayang.. Happy birthday... :) *sengih-sengih*

Thank you B, i love you so much.. http://emo.huhiho.com

Alu lah, love me so much..hahahaaha..

For being such a generous girlpren, i got pecks on both cheeks and a warm quick hug. *nak kena panggang dengan mak aku hug lelama..?* hahaha.. tHe sigNificant otHer pun dah tak sabar nak bukak hadiah time tu.. benda pertama yang dia keluarkan dari plastik adalah kesemua 10 games yang aku pilih..

And he went

"oh my god, Winning Eleven!"
"oh my god, Tony Hawk!"
"oh my god, soccer!"

Looking at his brand new joystick..

And slowly opening the box..

Tada! His toy. And he's loving it to bits. I am officially down one step from being THE girlfriend becoming THE friend to his new PS2. adoi la..

Dah puas belek-belek, pegang-pegang,
He carefully puts it back inside the box.. :)

and it ends perfectly. Had our picture taken together
sebagai tanda kenangan :)
*i looked funny* hehehe

As for Cinta
He just couldn't stop smiling..
and i tell you
it was all worth it..
Despite no fancy celebration, that simple
moment was enough to make our hearts
become one. [bukan apa tak celebrate, semalam aku
tertido tak sedar diri..hahaha boleh tak?]

By the way, update terbaru.
3 hours after handing him the gift, my first call was officially ignored.. When he got back to me, guess what he was doing prior to the phone call?

Yup, tak lain tak bukan, main PS2 lah, apa lagi!!