Monday, August 31, 2009

My 'Ngail' Night

Remember i said about updating my 'ngail' trip? eheh.. let's..

Last Friday nite, i went out for a fishing experiment at Sri Aman wharf with Anne and one other guy friend. I seriously wanted to know what some people like so much about fishing. They say no longer do they feel stress once they are set out to fish. Takpa i said, meh aku try..

Know what, it turns out to be so fun indeed.. Ih, myself alone berjaya memancing 4 ekor ikans. Seronok nyaaaa bila memusing-musing joran dan mendapat hasil!.. Come see hasil ngailan aku..

my first catch! Ini namanya ikan Belukang.. dont know what else its called.

kaki Anne di sebelah pancing.. eheh.. it was dark around this area, street lightings were quite a distance from our spot..

a few more...

and more..

We finally packed our stuff 15 minutes after 11pm. Seronok aie.. im so gonna go for another fishing trip next time..

There, after this, sapa-sapa nak ajak aku fishing, count me in ya'll... eheh.. i'll have my equipments ready in five..aku kompom join.. :)


Friday, August 28, 2009

Betong dan Puding

Activity Ahmoi for today..

Pagi : Aku drive ke Betong with Anne. Takde tujuan pon, saja jalan-jalan makan angin.. One hour drive, takde la terasa sangat, it's like driving dari Kuching ke Santubong.. :) So jom layan gambar-gambar 'Putrajaya Betong' bersama model yang kurang berapa nak menjadi.. zass...

Model Perhentian Bas

'Putrajaya' Betong.. Memang steady.. Sri Aman yang lagi besar dari Betong pun takde bangunan secantik ini..

Rumah yang kerajaan sediakan untuk government servants.. Lucky them Betongites..

Masuk tengahari about 1pm camtu, aku dan Anne pun bergerak balik.. Sampai rumah dalam 2 lebih lah.. bawak keta slow and steady je, no rush.. so apa pulak aktiviti aku seraya aku tiba di rumah? Meh layan lagi.. zasss

****************

Petang : Together with Anne, aku buat puding or more likely known as dadih bahasa orang ctok.. This time, aku decided untuk buat perisa Vanilla..

Puding yang telah dipanaskan bercampur dengan 3000ml air, 100gm gula dan 400ml ideal milk.

Sediakan bekas yang telah diisi tropical fruit dari brand Ali Shan.. kalau nak longan, or nata de coco, pun boleh..ikut selera masing-masing.. and kalau nak letak bekas besar pun boleh, tapi aku prefer guna tupperware satu-satu. Mudah kalau nak mamam..

Finally, just pour in all the puding yang masih cair tadi kedalam bekas-bekas sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.. Ada sesapa nak? Eheh..

In no time, Puding Vanilla is ready to be served.. :)

Aktiviti malam nanti? Aku nak keluar ngail.. hahaha. Yea, believe it.. aku nak gi ngail dengan member-member.. balik kang, tak pun esok, aku hapdet k..

Well, that's it untuk today's updates.. Selamat Berbuka para muslimin muslimat.. Sri Aman buka posa 6.41.. jangan jels.. buhbye!


Thursday, August 27, 2009

Puasa Ahmoi Setakat Ini

Alhamdulillah, masuk Ramadhan ke-6, Ahmoi masih kuat.. masih comel..
Walaupun sesekali, perut Ahmoi mendendangkan irama dangdut..
Haih, sabar Moi..

Sepanjang tempoh 6 hari berpuasa, Ahmoi secara tidak langsung
telah menjawat jawatan penting dan tetap dalam rumah..
jawatan yang abang ahmoi tak sanggup dan tak mungkin
akan pegang...jawatan yang hanya dilakukan pada waktu petang
sebelum berbuka puasa...jawatan tak lain tak bukan,

Tukang Masak a.k.a Iron Chef

First and second day je my mother masak..start Isnin, since my mom
working and myself pulak tengah cuti, tugasan telah beralih ke bahu
ahmoi.

@@ Hari isnin Ahmoi masak ayam masak sup, sayur cangkuk manis
campur telor, sayur sup pekat, sambal belacan dan lain lain..

@@ Hari Selasa Ahmoi masak ikan goreng, daging masak sup halia,
sambal belacan, telur masak cili sos merah dan lain lain..

@@ Semalam Ahmoi masak ayam masak kicap, sayur kulat campur cangkuk
manis, sambal cili bercuka dan lain lain..

@@ Hari ini? Ahmoi ingat nak masak ayam masak kurma.. sayur kacang
panjang tumis sambal belacan.. lain lain nanti pikir..

Ada sapa-sapa rasa nak transport Ahmoi ke rumah mereka untuk
menjadi tukang masak, silalah hubungi Ahmoi di

1-800-masak ko kedirik-99.

Percayalah. Dijamin takkan datang.


p/s: Ahmoi tengah suk. Best friend till-i-die ahmoi akan datang today..
Anne, who finally returned to Kuching for good from Bintulu will come
and pay me a visit for few days.. Iiihaaa. Semangat semangat..

Selamat hari Khamis, raja-raja dan ratu-ratu sekalian..


Tuesday, August 25, 2009

BEBAL II

Hari ini mood aku dah ok sikit..sebab tu aku tak nak sambung kisah tu semalam knowing kalau aku marah, i tend to say things i do not really want to say..

Thanks for all the comments, ada yang setuju ada yang tak..but i'd like for you guys to read sampai habis dulu cerita bebal ni, then korang judge lah..aku kah yang salah..atau memang patut pun aku marah..

Masa aku message lelaki itu, he also made it clear dia dah tak suka kat aku lagi..dia memang anggap aku kawan saja.. and dia sendiri pun tak mo keluar dengan aku kalau berdua sahaja, which makes two of us.. hati dia memang dah takda kat aku dah.. itu aku nak korang paham dulu k.. sebab itu aku berani ajak lelaki itu keluar minum dengan mengajak sekali si rempuna..

Yang aku sendiri tak paham, lelaki dah ajak si rempuna tu kan.. si rempuna kata tak dapat, jadi jelas di sini, i mean guys, is it not obvious si rempuna itu tahu aku telah mengajak kedua-duanya sekali keluar? tidak terangkah ayat bahasa melayu baku aku itu?

Message malam semalam; si rempuna accused aku ajak laki dia keluar dengan niat lain.. eh what the h***? Ada ke aku ajak lelaki tu sorang-sorang? Apa motif wei? Aku pun ada Cinta aku sendiri, baru tak sat aku jumpa.. come on lah, sebagai kawan, salahkah aku ajak keluar? Dah la bukan ajak diam-diam, bukan ajak curi-curi..terang-terang aku ajak dua orang.. Aku siap bagitau lagi kat Cinta aku yang aku nak keluar dengan derang.. I decided to call her and talk straight rather than texting, but she left it unanswered. 2 kali aku call. Malas nak cerita panjang, kalau betul dia nak tau cerita sebenar, bah..angkat lah kol kan, but nope... she did not.. dia balas dalam message 'takpelah, tak payah kol, kita sms saja'.. I can understand if dia tiba-tiba rasa that insecurity. Jadi why not talk to me kan? Dengarlah kebenarannya, jangan takut. Sumpah demi Tuhan, aku takde niat jahat pun when i asked both of them out..

To some, you are right she is not worth my time,not worth my energy, not worth my anger..but feel me.. would you like it if someone accuses you over something you did not do? Would you not want to at least try and defend yourself for that matter? And to some, it is my fault to begin with in the first place sebab lancang ajak lelaki tu keluar.. But do take note, aku tak ajak lelaki itu seorang..

Maybe our principle tak sama, jangan sesekali keluar dengan boyfriend orang even if girlfriend tersebut ada bersama..but for me berkawan biar seribu dalam batas-batas yang ditetapkan.. and i am still sane enough to know all the rules..
I dont know orang lain, tapi aku tak pernah kongkong cinta aku kalau dia nak keluar dengan kawan-kawan dia as long as dia inform aku. I know he too has his own life and perlukan kawan, asalkan tidak melampaui batas. My life is too short to harbor jealousy and hatred all the time.. Again you and me may not share the same line about this, but i wont object to yours either..setiap orang ada alasan-alasan mereka tersendiri.

Apa yang dia sms-sms kat aku, kali ini biarlah aku seorang yang tahu.. Memang menyakitkan hati aku, but let it be lah.. i've filtered it here sesuai untuk bacaan umum. Aku pun sedang mengkontrol diri time bulan yang mulia ni..

Honestly, I hate being angry.. It is not always do i let myself quite open to all of you.. Therefore, for whatever i've said, for whatever i've ranted, I am so sorry if any of it offended some of you.. I do not condone myself writing bad things about other people, but, i just need to let my disappointment out. I hope you, if not all, some who already knew me, my fellow blogger friends, would understand that..

Thanks.


Monday, August 24, 2009

Memang BEBAL!

Bah, malam ni ada seorang rempuna telah menguji keimanan aku.. telah menguji kesabaran aku. eh kau, kau tau tak kau tu bebal?? ko tak paham ke cakap aku tadi??

Aaa kan dah keluar segala macam carutan..Ihhh!!!! sak ati aku eh.. korang nak tau pesal? meh sini aku cerita..

Ingat lagi tak dulu, awal tahun if not hujung tahun 08, aku ada post pasal ada sorang mamat ni, giler suke kat aku sampai dia kata dia akan tunggu aku break dengan cinta aku? aaa mari, lelaki ini telah muncul semula dalam hidup aku, tapi dalam versi bercouple.. dia dah ada awek. Dipendekkan cerita, aku terserempak dengan mamat tu minggu lepas.. lama dah tak jumpa ni.. tapi aku tegur macam biasa.. no feelings, no nothing.. tau-tau, bila aku sampai rumah, satu text message masuk inbox. It was him..tanya khabar aku.. apa cer aku sekarang...aku masih normal..jawab balik text tu as friends..

Hari ni, dia message aku lagi [mind you, as friends ok..just friends, he knows i'm someone else's].. aku yang dilanda kebosanan tiba-tiba tanya dia..'eh nak keluar minum tak? bawak girlfriend you sebab i takde geng lain, tak manis kalau keluar berdua walaupun kita hanya kawan'... dia kata orait, tunggu dia tanya girlfriend dia jap.. 10 minit kemudian, dia message, telling me, girlfriend dia tak dapat nak join.. oh well, dah tak dapat tu sudah lah kan.. takde la aku nak kecoh-kecoh, tak payah la pergi..tak mati pun kalau tak pergi.. i clearly replied to him 'it's ok, no big fuss'... read that again people 'no big fuss'..

Ingatkan takat tu je la.. Oh tidakkkk ... rupanya drama itu telah diheret hingga malam.. tepat jam 2144 hrs tadi , irama ring tone ku berbunyi.. message masuk inbox. Tertera nama 'lelaki itu'.. tapi message adalah dari sang girlfriend yakni si rempuna..

'apahal kitak mbak ****** keluar tek?' [naper you ajak ****** keluar tadi?]

'huh? may i know who's texting?' - i asked.

'It's ****..'


Tamat part 1.. esok aku taip lagi, aku tengah marah...menyakitkan hati!


Ahmoi Ber FaceBook??

Disebabkan ramai kawan-kawan soh masuk FB..maka aku dengan tidak sengajanya telah sering masuk FB walaupun kurang mengerti gney nak guna...

Honestly, aku rasa, aku adalah antara kalangan manusia yang paling bengap susu tak tau how to operate FaceBook. Serious..

Contohnya nak tukar gambar profile..ok, gambar lama dah berkurun bertakuk kat situ aku tak pernah tukar. Berkulat, berkudis, berdebu u name it.. semua ada.. so aku tadi dengan lagak berusaha, cubalah untuk menukar gambar profile aku.. baiklah, sejak beberapa hari yang lepas dah aku try sebenarnya..malangnya aku tak tau nak tukar kat celah mana..aduh, sah aku memang bukan FB Freak.. memang aku hampir give up kau..eheh.. gney kah my jari runcing boleh ternaikkan sedikit mouse ke atas gambar, terkeluarlah pop up kecil bertulis 'Change my Photo'... nang tulah.. memang ketulahan.. kat situ je rupanya aku perlu click? haihhh.. 2 kali haih!

Ha, sekarang aku dah makin rajin mengexplore walaupun aku tak tau apa yang orang addicted sangat dengan FB actually..aku bukak je sure aku bengong, 'ehhhh banyak nyer menatang kiri kanan'..hua hua hua.. nama dah jarang tek nak, bila di soh ndiat, ney ndak sakai..

oh well.. if you guys would like to support me in my FB or simply wanna see my pictures, do visit
or search for me at .... amoi apple cinnamon

tada! ini lah FB aku... masuk korang, jangan tak masuk..

Sunday, August 23, 2009

22 Ogos 2009

First day puasa..
tak dinafikan, penat gak lah sebab sistem badan belum biasa bila tak makan. Yela, before this, kalau aku breakfast, aku lantak nasi lemak.. masuk tengahari, aku telan ayam penyet, tak pun ikan keli cecah sambal..masuk petang, aku makan rojak buah...lepak waterfront. Masuk malam aku makan lagi nasi berlaukkan sayur, ikan/ayam.. licin siot aku makan.. dan semalam aku berbuka dengan ayam masak kicap, sayur rebung campur cangkuk masak lemak, sayur kulat campur cangkuk masak rebus, ikan bawal goreng, terung, sayur kobis dan daun cantik manis cicah sambal belacan, kuih, kurma, dan air tebu. [giler banyak]

Bukannya aku mengeluh pasal puasa, tak langsung, malah bersyukur dengan kehadiran Ramadhan, menginsafkan aku akan kelemahan dan kecuaian aku pada Ilahi selama ni.. kalau korang nak tau, aku ni bukanlah baik sangat orangnya..sekejap aku solat, sekejap aku tinggalkan.. bila aku tak sembahyang, aku sedar aku buat dosa tapi kadang tu aku buat rilek je.. naif kan aku nih..


Nak dijadikan cerita, beberapa minggu sebelum masuk Ramadhan, aku banyak membuat muhasabah diri..apa pencapaian aku dah garap, apa ilmu agama aku.. yang kebanyakkannya tak pernah aku tinggalkan dulu.. [zaman sekolah dan zaman uitm].. aku jadi insaf dengan diri sendiri. So, sekarang aku cuba mengubah perangai aku slow and steady, step by step..aku tak nak lah terlalu drastik nanti hasilnya, tak kemana..biarlah perlahan-lahan tapi penuh pengertian, rite? Kalau dulu solat aku selalu tak penuh, sekarang slow-slow aku tamatkan solat aku 5 waktu sehari semalam. Ada ketika aku masih terlajak terutama sekali subuh and maghrib tapi give me time, aku akan berusaha perbaiki..Hari rabu lepas pun aku dah singgah kedai buku membeli buku agama..

Well people, ini la serba sedikit kisah Ramadhan aku tahun 2009.. baru masuk hari kedua, semoga kita akan lebih banyakkan amalan baik di bulan yang mulia. Apa pulak cerita korang untuk Ramadhan kali ini?


Saturday, August 22, 2009

Dulu dan Sekarang

The past week, tak banyak kerja di sekolah. Since nak cuti pertengahan penggal 3, bebudak duduk ujian progresif. So tugas hanyalah menjaga budak and marking papers. Pada masa aku jaga budak-budak form 1, aku sempat mengelamun, mengimbas kembali kenangan aku masa zaman sekolah dulu.. sungguh banyak perbezaan..

  • kalau dulu, cikgu ajar masih guna papan hitam/papan hijau
  • kalau dulu, cikgu ajar guna chalk yang pelbagai warna; ada hijau, merah, biru, putih..
  • kalau dulu, meja pelajar jenis yang biasa saja, takde desk desk yang boleh bukak tutup..
  • kalau dulu, takde komputer untuk pelajar belajar ICTL..
  • kalau dulu, takde projektor slide untuk melihat tayangan..
  • kalau dulu, bangunan sekolah masih bangunan yang lama zaman tok british..
  • dan kalau dulu, sorang pelajar pun tidak memiliki handphone..diulangi, tidak seorang pun..aku dan geng-geng bercommunicate melalui utusan surat..oh sentimental value..

bagi aku, bebudak sekarang memang sangat beruntung.. pelbagai kemudahan telah diberikan kepada mereka..

  • pelajar belajar guna white board...
  • pelajar belajar guna white board markers..
  • pelajar miliki meja yang canggih
  • pelajar semakin berpeluang menggunakan komputer yang berlambak di sekolah..
  • pelajar belajar menggunakan slide projector untuk tayangan..
  • bangunan sekolah sungguh canggih seperti bangunan di putrajaya..
  • dan sekarang..99% kesemua pelajar memiliki telefon bimbit..nak berjumpa, hantar saja sms..

Tapi kalau korang tanya aku, aku lebih suka kehidupan aku yang dulu.. kehidupan aku zaman SM Sains 1996-2000. Tak pening kepala charging handphone, kes disiplin pun sangat kurang.. kalau dulu aku mungkin tak reti guna internet untuk surfing-surfing, tapi ia menyelamatkan aku daripada terpengaruh dengan laman-laman lucah dan juga computer games.. dan kalau dulu aku mungkin tak seberapa untung takda projector slide tapi ia mengajar aku untuk berdikari mencari ilmu..dan kalau dulu mungkin aku sering ngilu-ngilu bila terpaksa guna chalk untuk menulis di papan hitam, tapi ia mengajar aku erti pengorbanan seorang guru..dan kalau dulu aku mungkin jiwang orangnya kerana communicate menggunakan surat, tapi ia mengajar aku nilai persahabatan dan bebas dari kiriman sms mms porno..

I can never so blessed, thanks to Allah, disebabkan kehidupan aku yang dulu, telah succesfully membentuk dan mendewasakan aku yang sekarang..My teachers, my friends, my family, and myself..i thanked you. (",)



Thursday, August 20, 2009

Iphone 3gs


Saya sangat gilakan ini sekarang! Serious gil babs Saya mahu..


Wednesday, August 19, 2009

Sponge Cake

It has been quite some time since i last baked any cakes. So, tomorrow im planning to bake one.. I have Steam Pandan Sponge Cake in my mind.. what do you guys think? Ok tak? Sedap tau makan sponge cake dengan air teh panas.. nak pulak time tu lapar kan.. Cake meresap masuk ke liang tekak menyalurkan bibit-bibit nikmat..fuh.. giler ah setap..


Korang nak? Bah, esok aku buat.. sila tinggalkan alamat masing2, aku antar gambar kek yang dah siap okay, lepas tu, aku send sekali gambar aku sedang berposing makan kek sak tak orang ngidam juak.. nga ha.

Dah dah..aku nak hit the sack.. boh lupak alamat aaa..Good nite sweet butterflies :)


Tuesday, August 18, 2009

New Header



I've renewed my header.

Like it?



Monday, August 17, 2009

Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi..[as if]

Sure you've heard, seen, watched one of TV3's most famous show [so-called], Melodi aired every Sunday 1230pm-130pm.. The show is somewhat updates on Malaysia's celebrities lives.

However, in my opinion; their tagline/concept of "Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi" certainly does not fit in cause they are doing just the opposite. I dont see how that tagline works for the show when they very much clearly provoked celebrities with private questions and then let nationwide tahu semua rahsia rumahtangga or masalah peribadi or masalah kerja mereka. Erk, is that what you called Kurangkan Kontroversi?? And how does that Meningkatkan Pprestasi? or did they mean meningkatkan rating TV3? Duh, lame..

I know dont bout you, tapi their show ni patut tengok diri sendiri dulu before nak terjah-terjah orang semberono. Like the one i accidentally watched time aku kat Penang [sebab aku masa tu kat hotel, dah takde show lain on TV pukul 1 pagi] aku tengok lah Melodi repeat nih..

Pasal gaduh Radhi and wife dia..itu pun Melodi nak tunjukkan the whole drama of them. Tak terpikir ke, perasaan family yang menonton..? Kalau sakit jantung lama dah kiok.. Cuba satu hari nanti, orang lain pulak terjah wartawan Melodi nih? apa macam?

Baiklah, saya akan kurangkan kontroversi dengan berhenti ngerepak, and tingkatkan prestasi dengan menyambung tugasan saya yang tergendala dek mengupdate blog. Happy Monday. :)




Thursday, August 13, 2009

Semoga rohnya dicucuri rahmat..


It is with great sorrow that we learn the death of our dearest school friend, Mohd Azyzeer Rahiim @ Jijie. I extend my condolence to the family. May your soul rest in eternal peace and may almighty give his family the strength to bear this irreplacable loss.




1996 - SM Sains, Kuching

1998 - Jijie wrote this in my 'autograph' book days after we completed our PMR.

inna lilahiwainalilahi rajiun

Al-Fatihah


Wednesday, August 12, 2009

Ahmoi Di Batu Feringghi

My last day in Penang, Et brought me jal-jal-car-mak around Batu Feringghi along with few other friends since ini saja kesempatan for me to go round town. I took few pictures of me and Azim dalam kereta as well as masa kat pantai.. Mari pendekkan cerita dan sama-sama enjoy photo sharing ini okeh..:)

Ahmoi and the young Azim

dalam MyVi PHS 7721 eheh..

sapa rasa nak naik kuda?

striking pose at Sunset Beach

The Group..Notice something? i'm the shortest..and slimmest of all? eheh takpelah aku comel hua hua.. Far right, that's Et, kakak si pengantin perempuan..sebelah aku, kak ina; flew all the way from Brunei..the rest, geng-geng, kazen mazen lah..

It was during this time too, a guy foreign tourist suddenly came approaching me macam nak mintak something. Aku ingatkan apa lah kan, tapi dengan senyuman menawan tanpa ragu-ragu he said 'hi there, you're beautiful' ...erk.. blushed. "Thank you" i said dengan riak wajah stunned.. ras kac jak diriku ini. hua hua...tak pernah dibuat alam.. tak tunggu lama situ, i walked away.. jangan cari na'aasss tul tak? anyhow, thanks to the guy for his appreciation towards God's greatest creation. chewah..

Last but not least, i had fantastic time during my 6D5N trip to Penang..a blast i must say. Will fly again soon, hopefully.. :)


Tuesday, August 11, 2009

Ahmoi Berposinggggg lagi..!

Minggu ni, minggu korang layan gambar saja okey mokey? :)
Jarang ahmoi nak post gambar ahmoi banyak-banyak...this time, amik kau..
i letak berdozen-dozen.. apa lagi, layan, zas!

Location: Setia Pearl Island, Penang
Occasion: Wedding, 090809 / Sunday

Bersama Hard Gang (geng keras) Intan Zsa Zsa Khayali or in short, Zsa Zsa. Dia ni sekarang producer rancangan 3R.. it was from her i always get the chance to meet artis-artis tempatan.. oh by the way, today's her birthday la.. Happy 26th b'day Zsa! [pssst! Zsa, cek FB ko..aku dah taruk gambar and siap tag ko lagi..hahha kita tengok dan lihat apa akan jadi selepas ini..]

Pengapit lelaki danperempuan yang perasan lebih! eheh..

Meet Zuwairi, the Groom.. Anim was so sporting, dia yang beria-ia soh take pictures. you're such a doll Anim, muah!

us four.
finally, gambar posing aku ala-ala comel tak boleh blah. hahaha.. oh well, orang lain tak puji, might as well aku puji myself ye tak? eheh.


That's all for today lah k.. im off to bed already.. :)
I'll come back with more, pictures of me
taken at the Sunset Beach, Batu Feringghi tomorrow.
Dont touch that 'X' button aight..
Till then, pleasant evening. Muah!