Showing posts with label Discussion. Show all posts
Showing posts with label Discussion. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Bila Lelaki Mula Bergossip

Is it true, bila lelaki mula bergossip, especially kalau bergossip cerita tak berapa nak best pasal seorang perempuan, itu maknanya mereka betul-betul tak sukakan perempuan tersebut? Sepanjang hidup aku mengenali ciptaan tuhan bernama lelaki, adalah amat jarang aku dengar mereka bercerita atau meluahkan isi hati kalbu secara terang. Berbeza dengan perempuan, ciptaan Tuhan yang dikurniakan jiwa lembut ini lebih suka mengumpat dari masa ke semasa menghapdet cerita di pejabat atau kedai kopi selama berjam-jam. Terdapat suatu kepuasan di situ. Betul. [oh i can sense ada lady readers akan tidak berpuas hati dengan statement ini.. :P ]



Bukan
apa aku bangkitkan soal ini, sebab tempoh hari aku dengar beberapa geng lelaki aku ber sok sek sok sek pasal seorang perempuan yang mereka cukup tak suka. Perempuan ni kononnya selalu menyakitkan hati mereka. Cakap main tembak senapang jepun, takde insurans. The thing is, mereka tak lah sebarkan kepada semua orang, cuma di kalangan mereka saja.. Di depan perempuan ini, mereka macam biasa, takde masam-masam muka. Kalau ditanya soalan pun, mereka tetap menjawab, boleh lagi bergurau senda muahahaha. Seperti mereka tidak pernah menyimpan dendam. Aku memang tidak masuk campur sebab ada di kalangan geng lelaki ini, sudah agak berusia, ada wife, ada anak and so on. Anak-anak mereka plak ala-ala umur aku, 18 so sweet forever. Tak kurang ada yang masih bujang tapi hakikatnya, mereka tetap lelaki.. dan mereka bergossip. Eheh. Wow.


Again,
aku takde la nak bangkitkan apa-apa isu kat sini. It's just my observation, perbezaan antara lelaki dan perempuan. It wont be too much if i say, jika perempuan yang bergossip bagi aku adalah typical although not all, kata orang 'sik ku eran' but when men do the same as women, it's undeniably awkward, dont you think? Dan adakah benar, jika lelaki sudah mula mengutuk seseorang perempuan itew, maksudnya perempuan itu sememangnya terooks? Aku rasa mulut perempuan lagi 120% lagi pedas kot..hik hik..

Men, i welcome your say, would be great to know how your mind works. And my lady readers, insights.. :) sama la tuuu adohhhh.. hahaha pleasant evening people..

Mwah!



Tuesday, January 12, 2010

Lepas Kawen, Tak Payah Make-up. Really?

Before aku gerak masuk kelas siang tadi, aku calit sikit bibir aku dengan gloss sebab dah habis dijilat oleh mee sup sarapan pagi aku. Time aku sedang sibuk mewarna bibir di depan cermin, maka lalulah wahai seorang teman seperjuangan. Terkeluarlah komen dari mulut comelnya

"Dah tak penting dah bagi aku nak mekap2 ni sejak aku kawen. Dah ada suami, so tak kisah sangat pon kalau tak pakai mekap. Mekap2 hanya untuk yang masih mencari.."

Ada la lebih kurang gini ayatnya, aku improvised bagi drama swasta sikit untuk dibaca. Ye ke ra rimba tak payah mekap dah kalau dah bersuami? Uish, bagi aku salah benor stetmen kureng manis tu. Memang dalam agama ada menyebut, berhiasalah untuk suami sahaja, tapi jika dipandang dari sudut umum, secalit warna bibir tidak akan mendatangkan masalah, malahan berbuat demikian umpama sang isteri menjaga nama suami. Ok, aku justify ye.

Bayangkan, kalau isteri tadi langsung tidak mahu bermekap,tidak mahu berpakaian cantik [chop, bukan seksi ye], pucat lesi macam kureng darah, tak ke nanti orang akan lagi berfikiran negatif? - Eh, dia ni sakit ke? - Kena dera suami ke? - Ish, ada jugak orang nak beristerikan perempuan selekeh camni. Hah..! Tak ke nama suami yang terkena balik? [bayangkan kalau isteri pemimpin kita, tampil di kaca TV berpakaian biasa dengan wajah pucat rambut kusut masai? Hah, persepsi mu?]

Aku takde la rekomen apa-apa kat sini. Aku luahkan apa yang aku rasa saja. Tak salah kan kalau kita berhias sedikit, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga. Plus, aku pon bukannya bermekap tebal, sekadar bedak muka, eye liner, mascara and gloss. Selalu orang kata, first impression lasts forever. Memang lasts forever la kat kepala hotak kalau muka macam ponti, kan. Aku jugak tak nak bila suami aku tengok aku, dia ingatkan aku orang gaj. Silap-silap, orang gaj pun lebih tahu untuk bergaya! Tak payah seksi, orang malaysia tak suka. Betul. Being elegant is better. Ayu. Klasik. Moden. Anything but sexy. Tapi kalau shape badan dah memang seksi bang bang boom, pakai apa pon tetap seksi tak gitew? Heheheh.

K lah, aku nak makan dah. Share dengan aku ye, pendapat korang. Any insights, aku terima, takde betul takde salah. Aku just nak tau.. :)



Monday, December 7, 2009

Tragic Deaths

Aku pasti korang ada tengok news
pasal kereta yang jatuh di tengah-tengah
escalator kat KB Mall tu kan..
Aku baru pas baca news tu tadi and
aku jadi kesal..kerana kecuaian, tak kisah la
kecuaian pemandu ataupun kecuaian
penyelanggaraan bangunan, 2 nyawa
tak bersalah telah diragut..

Salu
kita rasa selamat je kalau berada dalam
bangunan, sapa nak langgar tul tak? Kena
langgar troli pun jarang di dengar, ni kan pulak
dilanggar kereta dalam bangunan!
Yang sedihnya, kenapa si pemandu pertama
merangkap abang kepada pemandu yang
disuruh men'jump start'kan kereta hilang
cenggitu je? Eh, tak rasa bersalah ke?
Dibiarkan pulak adik perempuan cedera..
Tu nasib baik si adik yang baru berumur
17 tahun masih hidup walaupun pas
jatuh 54 meter ke hard concrete..

kereta Kelisa kot?

Tapi aku takleh imagine lah, parking lot tu
under construction ke? Setau aku biasanya
parking lot nih berdinding batu..si adik bukannya
langgar dinding batu kan? kalau ye sekalipun
dinding batu, amatlah nipis dinding itu
sehingga boleh menembusi shopping mall..

Sama-samalah kita ambik pengajaran di sini..
sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada..
Cuma kadang kala, bukan kesilapan kita tapi kita
yang terpaksa menanggung betul tak.. Hmm..
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban..

Wednesday, November 25, 2009

Are You A Bumiputera?

Few weeks ago, one of our student, Marina Undau made it to the headlines over her Bumiputera status when her application to enter matriculation was rejected due to the reason; Her father is an Iban, the mother is a chinese, hence she is NOT a bumiputera under the writen Federal's Constitution. Glam you masuk paper, ada kelas yo! [iklan mee sedap lah konon]

Iban Melano..

This is the first time i've heard of such. All this while, i thought kalau bapak bumi, even if the mother isn't, the child is considered as a Bumi. [bumi bumi sik lamak planet] eheh. Anyway, for you guys yang hilang dari dunia nyata and didnt read the issue, here are some bits of the news..

  • In the peninsular, if either parents is a Bumi then the child is Bumi ..
  • In Sabah, if the father is a Bumi, then automatically the child is Bumi ..
  • In Sarawak, both parents must be bumi for the child to be a Bumi..


Bulan sikda? Tedah kalau la ada bulanputera, planetputera, galaksiputera.. Kenapakah mesti Bumi? Yerr, padahal tajuk ku lain, isi nya terus jadi lain .. nga ha..

So, are you guys Bumi or what? Check status anda di Pejabat Pendaftaran, mana tau kot kot korang ni sebenarnya Filipino.. Muahaha...! bah, im done for the day. Bye! *Entry merapu kepunden

Monday, August 17, 2009

Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi..[as if]

Sure you've heard, seen, watched one of TV3's most famous show [so-called], Melodi aired every Sunday 1230pm-130pm.. The show is somewhat updates on Malaysia's celebrities lives.

However, in my opinion; their tagline/concept of "Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi" certainly does not fit in cause they are doing just the opposite. I dont see how that tagline works for the show when they very much clearly provoked celebrities with private questions and then let nationwide tahu semua rahsia rumahtangga or masalah peribadi or masalah kerja mereka. Erk, is that what you called Kurangkan Kontroversi?? And how does that Meningkatkan Pprestasi? or did they mean meningkatkan rating TV3? Duh, lame..

I know dont bout you, tapi their show ni patut tengok diri sendiri dulu before nak terjah-terjah orang semberono. Like the one i accidentally watched time aku kat Penang [sebab aku masa tu kat hotel, dah takde show lain on TV pukul 1 pagi] aku tengok lah Melodi repeat nih..

Pasal gaduh Radhi and wife dia..itu pun Melodi nak tunjukkan the whole drama of them. Tak terpikir ke, perasaan family yang menonton..? Kalau sakit jantung lama dah kiok.. Cuba satu hari nanti, orang lain pulak terjah wartawan Melodi nih? apa macam?

Baiklah, saya akan kurangkan kontroversi dengan berhenti ngerepak, and tingkatkan prestasi dengan menyambung tugasan saya yang tergendala dek mengupdate blog. Happy Monday. :)




Wednesday, July 29, 2009

Babe in The City

It's kinda scary now that the deadly virus H1N1 has spread into our state. Every precautions, every steps has been taken to ensure it will not go beyond our hands. However im beginning to worry more now. Earlier today i was informed our closest neighbour, SMK Kedit (or so) is closed for there has been positive case(s) confirmed. Aduh, that's like 2 hours top away from Sri Aman..akai dai..

Some people are taking this lightly, but not me. I'm about to travel again next week to Penang, and im preparing myself to avoid being infected by this. Certain orang sik amik kesah, even air asia came with this 'No Rationale for Travel Restrictions'.. now, itu sudah melampau because i think sebab orang travel la orang terkena virus ni..am i not rite?

Know why people do not bother to listen? sebab belum terkena...malu konon nak pakai mask muka.. but simple step could save your life, you never know.. like what i did during my trip to KL last week..

my flight to KL..

I couldn't even bother to care people staring at me wearing this inside flight cause all i care about is my own health. And this mask is a 3 layer mask..try and get the thickest you can get ok.. i've done my part to save this very very precious life in me..

you should too people..

Tuesday, June 30, 2009

Suara Sekeping Hati


Aku nak kongsi sedikit berkenaan satu isu ni. Senario yang sering kita lihat, dengar dan adakalanya kita sendiri alami.. Pernah tak rakan/geng bagitau kat korang macam ni 'senang jak keja kau ya, pejam mata leh siap' atau 'la, bagila kat budak junior-junior tu, kita rehat..' hmmm pedas kan?

Setiap tugasan ada matlamatnya tersendiri. Orang atasan takkan bagi tugasan kalau mereka tak ada kepercayaan terhadap kita betul tak? .. ada certain orang, terror bab design, maka tanggungjawab dia adalah untuk mendesign sesuatu yang cantik dan diterima ramai.. begitu juga orang yang hebat di bidang komputer.. membuat short film, website or whatever, itu kepandaian yang dia miliki. Long story short, sebuah badan hanya akan lengkap apabila setiap anggotanya hadir. Dalam erti kata lain, biar kecil mana pun bahagian engkau, it still plays an important role towards the constitution.

Tapi bagi sesetengah orang, salu anggap diri dia best. Selalu anggap tugasan yang dipikulnya itu, jauh lebih berat daripada orang lain.. apa lagi kalau jawatan/status dia lebih tinggi, mula lah dia merasakan orang lain tak buat kerja seteruk dia.. Lepas tu pulak, bila diberikan tugasan, dia akan merungut 'kenapa tak beri pada orang lain? derang tu bukannya buat keja pun'..

Kat sini aku nak tanya:
Dari mana dia tau orang lain tak buat keja? dia siasat ke? dia tengok ke dengan mata kepala sendiri? dia ada ke buat keja sampai tak tido malam bersekang mata? dia ada ke tengok orang lain berhempas pulas nak bagi satu keja tu perfect [waima tugasan itu mungkin hanya menjaga kebersihan] ? dia ada menahan lapar/dahaga demi mahukan hasil kerja yang berkualiti? ADA KE? Kalau ada sekalipun, kenapa ko kutuk keja orang lain? Ko tak bley jaga tepi kain ko sendiri ke?

Padanlah sesebuah institusi payah nak maju. kenapa? dengan kehadiran orang macam ni lah.. kenapa tak boleh nak bekerjasama? kenapa terlalu mudah menjustifikasikan tugasan orang lain dengan alasan yang tidak munasabah? Dengan mengatakan dia adalah orang yang lebih penting maka dia mesti diberi keutamaan dan orang lain hanyalah kuli batak?

Sesetengah orang memang tak menghiraukan perasaan orang lain apabila berkata-kata kan.. mohon maaf, aku agak ingga hari ini..sekadar berkongsi kecalaran hati.


Wednesday, June 17, 2009

Azam dan Luahan Hati Ahmoi



Tahun depan aku target nak beli 1. rumah. Seriously. Aku ada target dalam hidup, and i believe semua pun begitu kan. Lagi, apa target aku dalam hidup? Salah satunya sudah tercapai, and that is membeli 2. kereta.. the third and the biggest deal (for someone my age) is 3. settling down. But that target, diletakkan pada list paling bawah, for now.. [post ini mungkin agak panjang tapi aku minta korang bacalah dan fahami isi hati aku, thank you in advance]


Bercerita soal target nak kawen ni, bukan aku tak nak..aku nak ok, cuma untuk melaksanakannya tak semudah lidah menyebut. Kawen bukan perkara main-main. Banyak soal perlu dibicarakan...So, does that mean aku tak amik kisah? Tidak sama sekali..aku memang ada target, tapi aku nak korang paham satu perkara and this one detail only. Aku pernah kehilangan insan yang aku sayang dalam hidup, maka dari situ aku belajar menilai kehidupan ini tak selalunya indah..harus sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan. Bagi aku, membeli kereta dan rumah lebih senang dirunding berbanding hati. Hati boleh berubah bila-bila masa. Tapi rumah dan kereta, esok lusa tahun depan tetap akan ada takkan habis. Anytime ada duit, boleh beli terus..tapi hati? Kalau ditakdirkan takda jodoh, ko ingat duit boleh beli balik hati tersebut?


Beli rumah, ko boleh target nak beli 2 tingkat, boleh aim nak beli bila-bila ko nak, tapi hati? hari ni ko merancang sikit punya baik, esok lusa mana tau di'tidak'kan Tuhan? Tak jadi beli rumah ko maseh boleh bersabar, maseh boleh terima kenyataan, tapi kalau tak jadi kawen? sapa tanggung perasaan? Your mom ke? No, it's you..maka sebab itulah aku tak pernah letak harapan menjulang tinggi langit, cukup sekadar aku berterima kasih pada apa yang aku ada dan akan sedaya upaya menjaga hubungan kami sehingga sampai ke jinjang pelamin dan akhir hayat of course. I grab hold to what i have and sangat bersyukur dipertemukan dengan Cinta yang menerima aku seadanya. Aku tak nak canang seluruh Sarawak bercinta bagai nak rak tapi ujongnya, sikda gney-gney. Siapa tak sayang boyfriend, kan? Tapi, biarlah berpada, betul?


Ada yang kata aku social..cuba fikir, bila korang kata aku macam tu, ada korang selidik dalam-dalam kehidupan aku? Sesetengah orang berpendapat, bila dah bercouple, dah tak boleh dah nak keluar dengan kawan-kawan. Bagi aku that's bullshit. Kalau dah nak kongkong macam tu, baek ko kawen terus..Ditching friends is so not me. I will definitely still hang out with my guy/gal friends. Macam la kalau aku keluar dengan kawan lelaki, aku akan terus jatuh cinta pada dia? Eh, pakai logik bleh? Dah la bukan keluar berdua tapi ramai-ramai..tak ke ngeng nak kata aku bagai?

Bagi korang yang rasa aku ni tak tau jaga diri, meh sini aku sound sikit. FYI, i never hide anything from my Cinta, mana-mana aku pergi, dengan sapa aku pergi, pukul berapa aku pergi, pukul berapa aku balik semua aku bagitau cinta supaya cinta tau di mana aku berada. Juga supaya tidak timbul fitnah daripada orang bermulut tempayan celupar. The bottom issue is TRUST. kalau takde trust, no relationship can survive. Whether you're with me on this or not, i leave it to you to decide. So for those yang selalu tertanya "boyfriend ko bagi ko keluar? amboi, sporting sungguh" dengan nada sinistic; that line totally bores me to death already..Ada ke, kalau bercouple terus jadi cenggini, "ko jangan nak ngenjet keluar" hello?? cuckoo cuckoo..tolonglah jangan narrow minded sangat ok, tolonglah..

Aku tak minta korang bersetuju dengan aku, tapi memadailah kalau all of you faham inilah prinsip hidup aku and this is where i will always stand, aight?




Thursday, March 12, 2009

Apa kes?

I read in the paper today, Rihanna is recording a love duet with Chris Brown, the man who had been charged beating her up violently on the eve of the Grammy Award in February. He had apparently punched her in the face, bit her ear and finger..!!

If anything at all, i am beyond surprised Rihanna is willing to accept Chris back after what he had done to her..Tak pernah dgr ke once bitten, twice shy? Issue aku ni, actually not about Rihanna in specific but ladies in general..kenapa la kan, sebab cinta, kita sanggup terima balik org yang pukul kita tu? Kalau marah gunung berapi sekalipun, ada caranya rite? guys?

Honestly, i have NO respect at all pada lelaki yang memukul wanita. Where gone the gentleman side? Tiada keindahan langsung dalam diri seseorang lelaki yang sanggup sampai tangan pada seorang wanita. Melainkan in the act of self defense, i dont see why men should put their hands on women.

Im saying this, because this was instilled inside my head, by my father, no men, should ever lay their hands on any women, in any circumstances at all. Of course, if life threatening, lain cerita lah kan. I take this issue seriously, sebab tak semua wanita berani bersuara or kerana sayang, mereka diamkan saja. I seriously hope this will never ever happen to me..Touch wood..sebab i deeply know i will not hesitate to leave a man who hurts me not just emotionally but also physically.

Touch Wood..

Tell me what you think, should a man who beats up someone he loves, deserve a second chance? or even a third chance if ever?


*guys ~ dont get intimidated k..i dont mean all, only some men. your opinions are most welcomed..


Monday, March 2, 2009

Saens & Mats in Ingrish?

Due to the fact im a teacher, let's talk about teaching Maths and Science in English. It came to light weeks ago over the PPSMI, whether or not it was a wise move to have it changed from BM to BI. And you wanna know what i think? Honestly, stick the language to Bahasa. Kata cintai bahasa kita kan, so ajar la dlm BM, no?

If you asked me, the ministry should consider improving student's english FIRST before permitting English in Science and Maths. Simple English they could not understand, let alone understanding technical or jargon word of science..! The solution, begin at a very early stage of their age, say Primary 3. At least they will have clues what english is all about, before making English into science and maths.

At times, i do pity my students who are really hardworking, but having major difficulties in understanding English. They are hanged with 2 jobs simultaneously, understanding each word and understanding what it requires. Some just gave up, 'susah Miss, english pun saya tak faham, ini kan pula nak faham sains & matematik dalam english' is just among a few i heard always.

It's now being reviewed by all the so-called orang penting negara segala. Each have their own piece of idea.. tapi aku tengok lebih banyak bertekak je dlm parliement, solution takdok..Bingit telinga. Do something already okay, you people!




Friday, February 13, 2009

Najib to take over as PM?

As above, rumour has it Najib will take over as PM March 31. It was in the news website reported on Wednesday.

Quoting an unnamed source, the Malaysian Insider said Najib will assume the premiership on the same day that Abdullah cloks out, and will chair his first Cabinet meeting the next day.
Najib will stand unopposed as the leader of UMNO, the lead component in the country's ruling National Front in party elections scheduled from March 24 to 28.

"Pak Lah will stand down three days after the end of the UMNO general assembly, and hand over the reins to Najib," the report quoted its source as saying.

Mak ai.. biar betik? So fast? Huih, makin menjadi la koloni2..
Sik lamak porak porandah jadinya harus..

Ahmoi Chantek = First Lady of Malaysia..

Ada gaya tak? te he he



p/s: kesian Pak Lah tersangkut 30 minit dlm lif kat PICC


Sunday, December 14, 2008

Tampons


How do we ladies actually use this?
I've seen the ads countless times in mags
but it never occurred to me, to ever use this
instead of the normal pads.

I was introduced by a friend to use this before..
I was about to go for a holiday to scuba dive,
but later discovered i was on red flag. Complaining,
she suggested me tampons. She had used it before
[still is] and said it is practical, making life easier and space
saver, and most importantly, you wont 'leak'..
despite the slightly higher cost, it's actually
much more efficient in a way, a box could last you
say..2-3 months? If my memory serves me right,
a box cost about RM16 plus minus.

She gave me one to try, but OMG, i chickened
out cause [also at the same time] another friend tried
and she claimed it was a major hassle and painful.
She could not even get it inside her without feeling
as though the tampon is trying to razor blade her inside flesh.
She quit..And i went, screw you tampons..Harus aku
tak berani dah to even just try.

My question is, are tampons only for married/non-V
females? Im definitely not implying my friend or
any of yous who are using tampons isn't a V, please,
not my intention..do accept my apologies..
but i am just solely curious on how Tampons
work. I'm amazed by the creation of this product. If it's for
convenience, then why less information/marketing on it?
Does it have side effects? How to use it? Is it safe?
I know it has a string for you to pull it out after usage
but to leave it inside the V for hours..I'm skeptical..

Any ideas? Infos? I'm illiterate in this. Educate me.
Anyone.



p/s: i still have the tampon my friend gave me.
and that was...a year ago..hehehe..


Monday, November 10, 2008

Pengkid, Tomboy & Lesbian


Taboo kan topik aku kali ni? (",). Rather serious but i guess it's no harm to share bits of knowledge, sambil2 mengupas isu hangat semasa. Lets.

How do i start? Well, can we really blame them? There are those falling under this human category whom had actually made it in life, became incredibly successful. Ellen deGeneres to name one, who recently married Portia de Rossi has her own famous tv show. No one said a word. No one objected, in fact they got double the publicity than other celebrities and still is making money! Of course we cant really compare since they are from the developed nation whilst us? Seriously Pengkid's have their own blog which is pengkidwebsite.blogspot.com and as of writing, their hit counters has reached 14,224.

My attention was brought to the objections by Pengkid, Tomboys and Lesbian over the recent news on Fatwa. No doubt, it's against the nature, against human nature, im not against them, but can they 100% be blamed?

I've a couple of friends in this 'nature', and they told me, they liked the way they are. They do not intend to change anytime soon, not even later. Honestly, i dont have problems making friends with any of them, as i believe they are who they are, i am what i am, for as long as you dont cross over the territory, im perfectly fine with it. I have no intention on becoming one either. Bukannya aku tak pernah kena orat, few times experiences but no, i'm still straight. Jgn risau kwn2 lelaki ku. I still vote for you, men. *grins. And now since the issue has been brought up like pisang goreng panas, i could not help but to search on their differentiations. Here's what i got.

Pengkid ~ PengKid ialah budak perempuan yang berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat pula kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Mereka ini pula selalunya memainkan peranan sebagai orang lelaki dalam hubungan dengan pasangan mereka.

Tomboy ~ Tomboy ialah budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan.

Lesbian ~ merujuk kepada orientasi seksual seorang wanita: dia bernaluri romantis dan seksual terhadap wanita lain, bukan lelaki. Naluri ini tetap akan wujud sama ada dia berambut panjang atau pendek, berkasut tumit tinggi atau berkasut bola, bertudung atau tidak.

Any questions? What's your opinion on them?

p/s: Have you ever noticed, that their 'girlfriends' are usually super hot chicks, with perfecto figure and a blessed beautiful face? (",)

Tuesday, September 2, 2008

"Jom Makan Felicia"

"Girl, jom makan.." Said Sabrina..

"Dah makan ke? Jom gi kantin" Said Mac..

Were two invitation from mutual friends at work today. Hehehe..

"Takpe, dah makan dah tadi....awalllllll pagi tadi dah makan"

"Ohhhh, [with oh my god expression!] Im so sorry, terlupaaaaa!" Sabrina's eyes membesar apologizing!

*Giggles!

Yea, i get that all the time. As the matter of fact, i know most of yous get that all the time too. Especially during this early first week of fasting.

But that isnt my problem here. Then what is? My name. Yea, my name. It contributed a lot of confusions to many and sometimes led to frustration.

Felicia Farida. A name chosen by dad and mum. Dad's an Iban with a bit of chinese here and there. Mum's a melanau. Dad converted to Islam, married mum and the rest is history. 3 siblings were born. I was born last with two gigantic brothers above. They have their own macho names but all related to muslim names, where as mine..

"Mum, who named me? People get confused all the time with my name. They cant make out whether i'm a muslim or non-muslim."

"It's your dad who gave you that name, sweet. Farida was given by me, so combined both you get Felicia Farida."

"Aha..considering the attention, i guess it's okay.."

I'm not saying i dont like my name, i do.. a lot. I can guarantee i'm the only person on earth with that kind of name. I mean, yea you can get Felicia or Farida separately but none with Felicia Farida. Like it or not, you'd have to agree with me.

It's the perception that needs to be changed. Nowadays new born babies get a whole lot of tongue twisted names you cant even spell. Even the malays are giving their babies names like Alexander, Tony and what else, u name it.. I know it's important for certain parents to give names with meaning. Well i have mine, not excluded. According to a friend [a non muslim fren] said Felicia means Happiness.. and for Farida, it means The Only One.. So you get..Happiness in/of The Only One.Tell me if that is not sweet?

Sunday, August 31, 2008

Perodua to Proton

So, Perodua won the vote.



Why Perodua? Is Proton not good enough? Perodua produces more attractive designs maybe? However, from Kancil to Kenari to Kelisa to Viva to Myvi, all are hunchback vehicles. Unlike Proton, it has more varieties from Saga to Wira to Waja to Satria GTi to Savvy to Perdana even Tiara. Spacious wise, Proton should be your choice. Price wise included.


Then, why Perodua still?

It's the QUALITY. And i am so right about this, am i not?

Sunday, August 24, 2008

Inferior complex?



"Siapa dia? lawyer? Majistret?"


"Pemuzik mak"

"Apa?? pantang datuk nenek moyang aku bermenantukan pemuzik!"


Or something like that. Im sure you guys are familiar with these lines. Yea, from the ever green P.Ramlee in Ibu Mertua (eh, did i get that title right?)

My truly issue here is, adakah pelajaran itu penting sebagai ukuran dalam memilih pasangan? Adakah papers yang bear nama pengarah Universiti/College mengatakan kita adalah graduan itu penting sebagai lesen untuk mendapatkan pasangan yang setaraf dengan kita? Bagaimana pula dengan nasib orang yang mungkin tidak berkemampuan, terpaksa menyara keluarga dan hanya mampu hingga ke peringkat PMR atau SPM sahaja? Jadi, tidak layak lah dia untuk memiliki pasangan yang secara kebetulannya, berkelulusan ijazah, begitu?

Renungkan. Sebab acapkali aku dengar, mak bapak tak bagi restu, tak bagi izin hanya kerana pasangan yang di pilih anak mereka takde kertas diploma atau ijazah, cuma ada kertas SPM cabuk tu saja. "nak bagi anak aku makan apa? rumput??". antara alasannya..

Kadang-kadang aku rasa, tak adil untuk orang lain menentukan kehidupan kita. Sebab bagi aku, aku tak kacau hidup derang, cukup la bagi nasihat kalau kita rasa mereka perlukan, selebihnya, let them live their life the way they want it to be. It's entirely up to them whether to accept it or not. Sebab tu lah hidup ni dinamakan hidup rite..kalau asyik ikut telunjuk jari orang saja, baik dari kecil kawinkan siap2..senang cerita.. aku tau, intention keluarga sememangnya baik, memikirkan masa depan kita, tapi kalau aku dah bahagia dengan keadaan yang sedia ada, why not let me have it? even for the shortest jiffy? salah kah aku untuk merasa bahagia walau untuk sekejap cuma? Biarlah kalau lepas tu aku menderita, it's fine..aku tak kisah sebab aku memang ingin merasa kesemua perasaan itu. Itu menghidupkan kehidupan aku. Why play safe when it will only turn you into a dull jack? silap ari bulan jadi andalusia (anak dara lanjut usia) atau bujpong (bujang terlopong). Harus padan muka.

Lagi alasan mak bapak. Inferior complex. Especially bagi perempuan yang educated married to a just PMR/SPM holder or takdak sijil langsung for all that matter, kecuali sijil beranak saja. Kata mereka, susah kehidupan nanti, sebab perempuan pandai sangat. Suami pulak rasa rendah diri akan mula kontrol isteri..kena pressure lagi by relatives yang mengcompare gaji, kononnya laki makan duit bini..

"Sudah ada boyfriend ka you?"

"Sudah, kenapa tanya?"

"Takda, baguslah mcm itu. Bukan apa, you kan mau sambung Masters. Kalau takda boyfriend sekarang, susah oo. Takda orang mau kawin sama you nanti, takut sebab pelajaran tinggi sangat"

"........"

Pop quiz. Asked by a male colleague. Hmm.. I know it happens in our society. Memang dah jadi dah pun tapi kalau bukan sebab pengaruh sekitar, pengaruh keluarga, pengaruh relatives yang tak henti2 membanding, i dont think pasangan itu akan menghadapi masalah. Of course, that couple itself pun perlu bertoleransi. Or just ignore it straight. Dah nama nak hidup semati, for better or worst, for richer or poorer you'll stand strong by each other, so why the education issue? Kalau tak sanggup, jgn vow, jgn kawen dari awal, case close. Kalau tau lelaki tu makan duit, kenapa teruskan, betul tak? Kalau tau lelaki tu dasar hanya mau jadi househusband, kenapa kawen dengan dia? banyak kalau ni..

Pendapat aku, tak salah kawen dengan orang yang tak sama taraf dengan kita, asalkan pasangan kita itu, berusaha keras untuk maju dan sanggup menaik tarafkan hidup bila ada peluang demi masa depan yang lebih terjamin. Lain la kalau jenis yang hanya tau hulur tangan mintak duit tiap ujung bulan. Sepak je.

Keluarga, mak bapak, saudara-mara..pun berpada-padalah kalau dalam soal pemilihan pilihan hati anak. Jangan la letakkan syarat melambung tinggi, wajib ada harta melimpah ruah dari bank, kereta berjela2 depan rumah, atau pangkat tinggi di syarikat2. Tak jamin semua tu kalau tak bahagia. Harta dunia boleh cari, harta bahagia, mana mau cilok? Peti ais? Silakan.

Aku cuma mahu nyatakan bahawa setiap insan berhak untuk merasa gembira dan bahagia dalam hidup. Tak kiralah pangkat atau darjat, yang penting keikhlasan hati dalam membina sebuah hubungan yang suci. Membina masjid sememangnya direstui nabi kan..sekian, terima kasih.

Thursday, August 14, 2008

The Value of Thank You


The value is high. People who hates will love. People who love will love more. Just by getting thank you. It's true. It happened to me earlier today. Well not saying anyone hates me, but a friend to my mom, made something for me as gift for my convocation. It was during lunch time when i got to mum's office to get the car. Saw the gift was put on the table waiting for me to get it. Took it and told mum i'll come by again later in the evening cause i was in rush to get back to school for extra class.

And so, it was 5pm when i got to mom's office to fetch her. Aunt 'T' was there. She,a person who seldom waits for anything, waited. I knew it immediately.

Parked the car by the side, and mom got in straight away but i told her to wait. And i was right, as i got out of the car, walking towards her, she was already walking fast heading my way and..

"I waited for you amoi, to say thank you".. she smiled. "yea, im sorry auntie, i had extra class today i could not wait, but thanks a lot" "No lah, just a bit only, nothing much lah ho, congratulations again", she replied. "It doesnt matter auntie, it's the thought that counts"

Her smile was the brightest upon hearing that reply. (",)

So you see, when you think that small little word doesnt mean a thing, it actually does, HUGE. Take some time to practice this besides saying good morning... Be it to the lady giving back small change at public toilet, or Mom making you hot milo, even someone who opens the door for you when your hands are full, do it.. you'll see how amazing your day will be uplifted with delight.

Wednesday, August 13, 2008

12 years??

He should get 200 years for all that matter! This animal, pictured below is already serving 11 years of jail term, gets another 12 for raping a 10 year old girl.

He can afford to smile for the press!! Sangat keji.

According to the facts of the case, Jasli raped the 10-year-old girl while she was sleeping on the floor of his room.

At the time of the rape, Jasli’s wife was sleeping on the bed in the same room!!

Frightened, the 10-year-old girl did not put up a fight but went back to sleep after the incident.

She only complained about the incident after she returned to her home in another town later that evening.

~*****~

Now read below..believe you me, i felt like stroking this defence counsel with a big blunt hammer right into his ass, smashing it right in and through his throat. Try having your daughter raped, see if you'll ask the court to consider giving him a lighter punishment!

In mitigation, defence counsel S. Sundarajan appealed to the court to sentence Jasli only on the first charge and take into consideration the other two charges.

“Furthermore, he has been serving an 11-year jail term since December 2003 for a previous rape conviction in Teluk Intan, so I hope the court will consider giving him a lesser sentence,” he said.

JeeZz!! Sentence has been made, but no remorse whatsoever from this dirty former soldier, instead he took another victim for his pleasure..so what's the point in giving him a lesser sentence? Just let him rot in jail! I wasn't as emotional when i saw the title of this news, it was his face that made the outrage came off the closet..Sakit hati aku tengok, mcm seronok je dia..

What in the world is happening to our society??

Tuesday, July 22, 2008

You be the JUDGE (super long post)



Saiful Bukhari Azlan


Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.

Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.

Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden.. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.

Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?

Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar.. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Saya masih kekal dengan andaian bahawa Saiful Bukhari ini merupakan agen orang kenamaan yang bimbang kisah Malaysia-Mongolia-nya dibuka media. Kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.



Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.

Regards,

Md Faizal Jamalludin

PCPP Operating Company Sdn. Bhd

Petronas Carigali - Pertamina- Petrovietnam

Tuesday, July 15, 2008

Let's Hear Them Talk Then!

I'm so bored and so tired of political issues these days. Macam dah takde cerita lain..Everything is about that Anwar, Shabery, Najib, Samy Vellu, Pak Lah and who else? News has never gone so intense and overwhelmed but lame!

Stupid issues such as the length of skirt a female should wear to enter the parliament, sodomy, private investigator in hiding, not turning up for appointment are getting ridiculous and sillier.. i mean, ok..minus sodomy and apparently missing in action to turn up, length of skirt?? hellooo, yet again?? And to be blamed are females?? adohhh.. no more other issues dah ke?? Why can't they worry more about the global warming? The drastic change in climate? Isn't that more practical to be debated about? Well fine, fuel is too, but stillllllll, enuff already!

And today, they are going to have the debate on 'Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak' aired on 3 stations at 9pm. Dia Yang Kechomelan is so looking forward to watch it, but i dont.. i know the word says, it's for the country's best but believe you, it is so much of wanting to get attention and popularity, case closed. Ask me why i said so? Because if it is a healthy debate, so-called to clear the fact as they claimed, why challenge the seat? They said before, rather than pointing fingers, let's have a forum...now they have the debate, they are making speculations. What's next?

Politic has gone beyond what we've ever imagined. I believe, it has gone more blunt, bolder and transparent but has also became so much dirtier, with hidden agenda by people who seek power and wealth for their own importance...