Salam buat suami tercinta..
Mama tujukan post kali ini buat papa tersayang.. :)
Papa,
Terima kasih atas kasih sayang dan cinta yang telah dicurahkan kepada mama selama hampir setahun kita melayari bahtera rumah tangga bersama.. mama bersyukur dipertemukan jodoh yang amat baik untuk mama. Tiada gantinya sayang mama buat papa..
Papa,
Walaupun kita berjauhan kerana tugas, cinta kita tetap utuh. Kerana keutuhan cinta kita, kini mama membawa benih cinta kita yang sudah menginjak ke 4 bulan. Walaupun pelbagai dugaan melanda, sehingga hampir menyebabkan mama berputus pada anak kita, papa tetap memberi dorongan kepada mama agar sentiasa kuatkan semangat.. alhamdulillah anak kita juga kuat semangatnya seperti papa :)...
Papa,
Di kala mama tak sihat, papa ambil tugas melakukan kerja rumah.. papa jemur baju, papa cuci pinggan, papa kemas semua barang di dalam rumah baru kita.. semua papa lakukan tanpa sepatah rungutan.. sehinggakan mengemop lantai pun papa buat.. mama kasihan melihat papa.. sepatutnya tugas tersebut mama yang buat tetapi demi menjaga anak dalam kandungan mama, mama tidak dibenarkan melakukan sebarang tugas berat. Papa seorang suami yang amat memahami..
Papa,
Mama tahu kadangkala mood mama tak menentu. Mama memang jarang marah tapi yang ketara timbul sejak membawa anak dalam perut, mama cepat cemburu.. eee kadang tu rasa geram kalau ada kawan sms ke, padahal mama pun kenal kawan papa tu.. hehe..tu belum masuk mama merengek nak perhatian papa.. manja yang teramat.. tapi papa tetap pujuk mama, papa selalu cium pipi mama.. ohh berbunga-bunga rasa hati hehe.. sayang papa banyak-banyak..
Papa,
My life is perfect with you. You complete me. Tak lama lagi tahun depan keluarga kita bertambah seorang ahli baru..tak sabarnyaa.. malam semalam dah bincang nak bagi anak nama apa kan papa.. sedap nama yang kita pilih tu.. moga keluarga kita akan terus bahagia dan selalu diberkati Allah S.W.T. Amin.. I love you sayang.. selama-lamanya..
3 comments:
love this entry. :)
Moi...rindu mek ngan kitak koh...Sorry I didn't make it to your wedding last year, masa ya abang mek baru ninggal. And i'm so happy you're going to have a baby... Happy new year dear...may your pregnancy be smooth and healthy for both u & baby. Love from Miri!
It's heartwarming to read about such a loving and supportive relationship.
Post a Comment