Wednesday, December 30, 2009

Benci..!!


Benci betul aku dengan orang kaki penyibuk. Arini mood aku telah berkurangan sebanyak 80% sebab ada minah bikin aku hot!

Aku dapat tau tadi pagi, ada minah sorang ni, dok mengata aku dari belakang. Depan takde. Menjaja cerita tak elok dan tak berasas pasal aku. Aku bukan jenis yang cepat melatah mendengar kabar angin, tapi kalau kawan baik sendiri yang menyampaikan kabar tersebut, macam mana aku tak percaya? Aku tak pernah pon nak ambik tau hal minah Melodi 24 jam itew, dia je yang tak boleh tengok aku hidup senang lenang. Aku sedia maklum, minah Melodi 24 jam ni memang kureng fancy kat aku. Mungkin sebab aku vogue kot.. dia plak, vague. Ha, kan dah marah dah aku..

Kalau ikutkan hati panas membara dalam sekam aku, lama dah minah ni aku ajak pi kaunseling dengan Datuk Fadzilah Kamsah. Tanya kat dia apa pasal dia suka cari hiburan tidak sensasi tentang orang lain? Adakah dia kurang keyakinan pada diri sendiri hingga terpaksa mencari kawan dengan cara sedemikian rupa? Mencerca cerci peribadi orang, dengan harapan orang lain akan terpengaruh dengan cerita pak pandir tersebut? Haih, naik kesian plak aku..

Memang aku pernah dengar minah Melodi bagitau kat geng-geng, orang suke berkawan dengan aku sebab kononnya aku lawa saje.. Pergh, thank you very much lah. Maka sekarang kalau nak berkawan, kena cari yang lawa-lawa saje ok you alls? Itulah ukurannya. Deng, deng kenapalah itu dijadikan sandaran? Haih, terasa sungguh aku ok, aku berkawan dengan semua orang ikhlas dari hati. Aku tak pernah pon tengok diri aku ni lawa sebab aku sendiri masih banyak kekurangan. Serius tak tipu. Orang yang tak kenal, menilai dari luaran saja.. Maya Karin baru lah super nova cun. Walau bagaimanapun, lawa tak lawa bukan soalnya sebab sekalipun rupa paras seseorang itu seperti Mawi..errkk [aku tak suke Mawi hahaha] tapi hatinya baik, uish 100% semuanya akan menjadi lawa.. Eh aku baru lepas kutuk Mawi ke? hahaha uiii Mawi dah kaya baiii, jangan main-main.. Rezeki Tuhan.

Tak jadi aku nak marah dah..sebut nama Mawi je boleh plak tak jadi marah. har har. 80% ketenangan hati telah up! semula.. :) Biar sajalah kan, jahat tak perlu dibalas dengan kejahatan, bawak bersabar jelah Moi!..Lagipun, Ahmoi mana boleh marah-marah tul tak,kang jadi incredible hulk kaler pink susah plak... Hik Hik Hik.. Chario!


psst! betul ke statistik mengatakan perempuan memang sukkaaaa aktiviti mengumpat??

Tuesday, December 29, 2009

Pabila Cinta Terhalang

Bila agama menjadi halangan, ia menjadi satu cabaran dan dugaan yang maha hebat untuk ditempuhi dalam satu hubungan percintaan.

Why am i talking about this? Currently, benda ni terjadi pada teman baik aku sendiri..Keluarga si teruna menentang habis-habisan hubungan cinta mereka, sehingga melibatkan saudara-mara mencaci cerca dengan panggilan yang kurang enak..

Hati
menjadi sangat luluh melihat ketabahan mereka berdua..menangis bersama mengenangkan hubungan cinta yang tidak direstui, namun mereka berdua tetap tidak berputus asa..biarlah berjumpa secara sembunyi, mereka tetap akan teruskan..itu janji yang dimeterai...

Walau
bagaimanapun, hubungan cinta yang dipertahankan tidak mampu lagi berdiri teguh ..acapkali dihina, dimarah, disindir, dikutuk...akhirnya sang teruna menyerah kalah..setelah sekian lama menyulam kasih, sang teruna dengan hati yang berat melepaskan kekasih hati pergi.. katanya "Andai ada jodoh, kita akan bersama semula"..I've no words to describe the sadness in her eyes..the emptiness in her heart.. She told me "I could never find anyone else so fine like him, he is my soul, God please help me." ..."Why cant we be together.." between her sobs.. :'( and she is now at her lowest point of motivation to live.. :(

It's so sad.. sedih aku.. Kalaulah jadi kat aku, i dont know what i'd do.. putus arah hidup mungkin..yang pasti, semangat aku nescaya pudar hilang ditelan cinta..benarlah kata orang, Cinta mempunyai kuasa untuk memberikan kita kehidupan, namun Cinta juga berkuasa menghancurkan hati kita sehingga beyond repair..biar dapat disambung semula, parutnya tetap ada..

Teman,
tabahkan lah hati.. sesungguhnya, Tuhan maha mendengar lagi maha mengasihi..
Be strong, i'm here always for you..



Monday, December 28, 2009

Winner of "Mari Meneka Subjek PMR"..!!

The most awaited moment has arrived. I'd like to thank each and everyone of you who has participated in this small quiz. Did not expect for large numbers but it turned out great and im very much excited.

So, who is the Winner?? The condition was simple, be the first to answer correctly, i'll crown you as the lucky winner. Promise is a promise, hadiah akan menyusul tidak lama lagi..

Ok, let's not waste much time. Im sure some of you are anxious already. Here goes.. The winner for "Mari Meneka Subjek PMR" issssss... [dum dum dum] bunyi drum..


AMIRFX...!!!!!


He got the answer right. The only subject i got B for my PMR back in 1998 was BAHASA MALAYSIA.. [pic of my certificate will be posted later as proof]


Congratulations Amir! i'll get your address after this for me to post you the mystery gift ok..

Thanks to all of you, again..Eldy,Anonymous, Noalicious, Beautiful Stranger, Adyazz, Hans, Joynstar [you are second to get the answer right], Karina, Am-Rie, Ahmad, Jen, Man-Tian, Shafixx, Desmond, Zainal Mohd Jais, Muiz, Ivy, Mamma Mia and A Passer By..and also to those who dropped by to read. :) I couldnt thank you enough..

Have a great Monday!


Friday, December 25, 2009

Mari Meneka Subjek PMR, Ada Hadiah Tau..


Kita bercerita dulu k.. silalah baca sampai aben, barulah ada thrill untuk menjawab.. hehe

Semalam
result PMR keluar. Aku takde banyak komen pasal result sekolah tempat aku ngajar... eheh.. Yang pasti, bila aku melihat pelajar berkobar-kobar mengambil keputusan mereka, aku terkenang sendiri zaman tuk kaduk aku kat SM Sains Kuching dulu..

Masa
Form 3, aku paling benci subjek Matematik okay. Cakap je pasal kira-mengira, aku start rasa nak muntah hijau pitam lalat. Asal je Cikgu Bakri masuk kelas, mesti aku tension. Aku ingat lagi, hampir tiap-tiap kali beliau masuk kelas, beliau akan arahkan kami membuat latihan berdasarkan soalan-soalan PMR tahun sudah. Jawapan pada buku kerja tersebut awal-awal beliau dah koyakkan..Dan tiap kali itulah aku akan mengeluh sebab aku tau, aku antara orang yang pasti akan mendapat markah terrendah...

Tapiiiii,
nak buat macam mana, aku dulu budak bahek, tak melawan so aku buat jugak.. Kalau geng aku yang lain senang je boleh dapat 90% - 100%, aku plak hanya mampu mendapat 70% and sometimes 60%... Giler stress okay bai. Pressure mounting like what, aku hampir putus asa.. but i kept pushing myself as well, aku tanya soklan even soklan paling bodoh sekali kat cikgu Bakri..beliau plak sentiasa garu kepala sedia membantu aku yang mathematic dummy nih.

Towards the end, few months before PMR, prestasi aku menjadi high class yo! Aku setanding dengan geng yang lain, even pernah mendapat markah 98%! Kepuasan maksima at tat time.. Betul2 aku berterima kasih pada Cikgu Bakri.. kalau bukan kerana dia, mesti sekarang aku masih tak tau apa tu syn, kos tita, persamaan, and sebagainya.. (^_^) mesti aku masih mengira 1+1 = 11. hahaha..

HOWEVER
, walaupun aku mendapat Matematik A dalam PMR, aku tak berjaya sepenuhnya sebab satu subjek telah berjaya memusnahkan harapan aku untuk skor 8A.. Sebut je subjek apa, semua aku dapat A tapi dammit, satu-satunya subjek itu telah menyingkirkan segala-galanya dan hanya melayakkan aku mendapat 7A 1B.. Mesti korang terteka teki subjek apa tu kan..

Makanya, inilah soalan cepu emas aku. Aku nak korang teka subjek tersebut, boleh?.. ada 8 subjek saja, tolak Matematik sebab aku pun dah gitau tadi aku dapat A, so tinggal 7...Kalau betul, siapa yang pertama mendapat jawapan tepat, aku bagi hadiah misteri...eheh ... cubaaan hanya sekali sahaja ok, SO be very careful with your choice ye...

Tehe, tetiba plak aku terbuat contest terjun kan...hahha apa salah, seronok jugak... nak gak tengok ramai ke tak yang menjengok blog aku ni.. even Silent Readers pun dialu-alukan.. bukan susah pun kan, teka subjek saja, letak jawapan dalam komen, and kalau betul, untung dapat hadiah rite?..Anggaplah hadiah tu nanti, hadiah Christmas/New Year. K guys, cant wait to get all your answers okay!



Wednesday, December 23, 2009

Azam, Jangan Tak Berazam..

Lagi 8 hari, aben la tahun 2009. Cepat gilos kan masa berlalu.. sungguh tak berasa aku belum kawen lagi.. haha.. umur pun dah 18 forever.. bila teringat kan bab kawen ni, napas aku pun turut jadi sesak..keh keh..

Sebenarnya aku nak kongsi dengan korang azam aku untuk tahun depan.. aku tak pernah buat pun post azam-azam cenggini sepanjang aku dah bergelar blogger, jadi tahun ni aku nak buat lah..tak panjang pun list aku, pendek je.. Resolutions aku berbentuk realistic, bukan optimistic k.. so come, mari baca apa azam aku si Ahmoi Chantek, untuk tahun 2010..


1. Aku nak jadi anak yang lebih baek buat mak aku. Aku ni boleh tahan ketegaq kalau korang nak tau..so, aku nak kurangkan merit panas neraka dan lebihkan pointer syurga untuk aku..syurga di bawah tapak kaki ibu rite :)

2. Aku nak sambung belajar Masters kalau boleh. Tapi kalau aku tetiba ter'kawen' tahun depan, aku akan me'master'kan diri dalam bidang lain plak..mwahaha. aku gelak gedik kenjet..serius aku wajib kawen dah ni..hahaha

3. Aku nak mendaftar sebagai ahli dalam Rumah Anak Yatim. Bukannya aku nak masuk duduk sana bai, tapi aku nak selami kehidupan anak-anak yang tidak ber papa dan mama selain dari menguruskan event charity untuk mereka..elok kan idea aku..

4. Aku nak melancong ke luar negara tahun depan. Aku akan pergi lagi ke destinasi yang sama aku pernah pergi dulu cuma kali ni, aku pergi bersama geng keras aku Anne..Antara lokasi adalah Paris, Amsterdam, Germany, Belgium, London and Switzerland..sapa nak ikut? Silalah bayar sendiri. [tu pun kalau aku tak kawen kan..kalau aku kawen, aku gi dengan laki aku la] uuu seronok kalau laki aku pelok aku time salji-salji.. ha ha ha..

5. Aku nak lebihkan amal ibadat pada Tuhan. Aku ni, haih.. susah mau cakap... sekejap ado, sekejap sikdo.. giney gayo.. Kekadang tu terang benderang aku sedor aku buat salah pi buatttttt jugak.. Ampunkan aku Ya Tuhan.. hambamu hanyalah seorang insan yang lemah, tunjukkan lah aku ke arah jalanmu yang benar..Amin..


Itu sajer lah buat masa ni.. pepanjang pon bukan korang baca sampai aben.. hahaha... plus, kang aku tulis pepanjang, macam la tercapai semua pon.. sebab tu aku kata tadi aku nak jadi realist, bukan optimist.. realisasikan satu persatu impian sampai tercapai;- jangan jadi yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. betul tak?

Okehs, ceria ceria selalu kawan-kawan! \(^_^)/


Tuesday, December 22, 2009

Oh Abang Laksa..

Arini macam biasa sebelum aku turun keje aku gi bekpes kat kedai corner Mega Inn nak menjamah laksa masakan abang cina 4244. [plat kete bapak dier]

Laksa abang cina nih memang sedap ok. Dadah apa tah dia taruk aku pun tak tau, yang pasti aku cukup ketagih untuk melahap hari-hari.. pagi tadi pun tak terkecuali..harus semangkuk ok.

"Abang hensem, laksa satu aaa..kicik saja..pelut saya tatak pesar..hua hua"

Abang hensem senyum sokmo bagai. hahahah.. jangan speku plak korang. Abang laksa ni memang baik dengan aku.. salu tanya sudah order minum ke belum, sudah bayar ke belum..kalau aku datang pagi-pagi dalam pukul 7, dia mesti tanya 'mau pigi kucin ka moi?' itu je lah dia tau, asal aku datang awal bekpes, mesti dia ingat aku nak gi 'kucin'...tak bley ke aku gi mili ke, sipu ke, mintulu ke.. hahaha..asal mesti kucin? Mungkin dia ingat itu jelah tempat aku tau ye..hahaha


"Abang hensem, ini luit saya mau payar"...

"titak apa moi, saya pelanja.. flee ini ari.."

"betul ka? apa pasal?" boleh plak aku tanya ni kan..haha

"Ada leseki lebih, titak apa..satu kali satu kala.."

Aku pun senyum sokmo jugak bagai.. "Sei sei abang hensem..kinyang oo saya.."


Hahaha, seronok la aku..giler sayang aku kat abang laksa kalau macam ni,belanja aku makan .. jangan dia taruk minyak senyonyong sudah..tapi takpelah, mak aku pun makan gak tadi..kalau tetiba aku suka kat abang laksa nih, mak aku pun suka jugak nanti..habislah aku perang cinta 3 segi..

Dah dah, back to work..aku sedang mengira markah ko-kurikulum bebudak sekarang. Banyak betul kesalahan.. ade ke (19+17) / 2 = 16??




Monday, December 21, 2009

Cerita Hidup Aku

Aku hampir lupa minggu ni sampai minggu depan aku kena turun keja..serious lupa.. kalau mak aku tak ingatkan, harus aku lanjor tidor..masa cuti sungguhlah aku menjadi malas nak bangkit awal.. Sekarang aku kat opis, dengan muka tonyeh..haih!

Arini aku nak kongsi dengan korang 2 perangai aku yang susah aku nak kikis.. orang putih kata, menyerupai OCD ..apa full term untuk OCD, aku pon tak ingat..

1. Bila ahli keluarga/orang yang aku sayang jatuh sakit :-
|| Aku akan jadi penjaga yang sangat baik. Aku akan masak, aku bagi apa saja yang dia nak and tahan leteran kalau apa aku buat tu salah. Bagi yang belum tahu, ayah aku dah lama meninggal, masa arwah masih ada dulu, aku antara ahli keluarga yang paling banyak memonitor keadaan beliau. Bila sakit, beliau tak mampu melakukan kerja berat and banyak makanan perlu di restrict. Maka beliau menjadi cepat marah..Aku tebalkan telinga, kadang tu menangis jugak aku kena lenting..hati aku turut sedih melihat mak aku bersekang mata menjaga ayah aku..
Hati aku memang sen-sentap sebab aku adalah anak kesayangan beliau, tambahan aku sorang je bunga dalam rumah.. Sejak pemergian beliau, aku menjadi 100% lebih prihatin kepada mereka yang kurang sihat.. [al-fatihah ayahanda 27 September 2004]

arwah ayah and me..

2. Aku gelisah kalau sms yang aku antar pada orang yang aku sayang, tidak direply:-
|| Mungkin ramai yang belum tahu, selepas aku kehilangan ayahanda aku, aku turut kehilangan kekasih hati tahun 2006 disebabkan oleh kemalangan. Aku masih belajar lagi waktu itu, sedang menduduki exam semester. Masa hari kejadian, aku sms beliau meminta tolong untuk menukarkan currencies sebab aku dan family akan melancong ke Eropah. Sehingga petang, beliau tidak membalas..aku biarkan saja kerana menyangkakan beliau sibuk bekerja. Aku hanya tau berita beliau kemalangan pada sebelah malam jam 8 pm tatkala aku sedang mengulangkaji untuk paper esok hari. Adik beliau yang menghubungi aku, katanya beliau eksiden sedari pagi tapi sebab handphone beliau pecah, maka aku tidak dapat dihubungi..telefon ibu beliau juga sudah rosak..aku sudah tidak mampu berfikir waktu itu, yang aku ingat, aku menangis sepanjang perjalanan ke HKL dalam kereta yang dipandu oleh rakan serumah ku..
Sepanjang minggu itu, aku menjadi seorang yang sangat pemurung..aku menangis sampai aku jatuh sakit..mata kembang and langsung cuti dari peperiksaan..aduh, nyawa aku pada waktu itu, seperti telah disentap separuh..Kalau bukan kerana housematesku Hanim, Zsa-Zsa, Abby, Gee yang tidak putus-putus memberi semangat, nescaya aku dah patah arah untuk hidup. Mereka menjadi saksi melihat aku menangis bila bangun tidur, menangis bila sendirian and menjadi pasif.. Takdir Tuhan, nyawa beliau hanya bertahan 11 hari. Beliau meninggal dalam koma..jikalau beliau masih hidup, beliau akan berumur 34 tahun ini. It was a huge blow in my life, sangat-sangat down..Alhamdulillah sekarang aku dah ok..

Hmmm.. semenjak pemergian beliau, aku sangat menitik beratkan kemana insan-insan yang aku sayang pergi. Aku sentiasa pastikan mereka sms aku kalau sudah selamat sampai rumah..kalau aku tidak terima reply, aku akan kol, just to make myself feel better. Kalau tak, macam-macam perkara terlintas di kepala otak aku..Kalau orang tak kenal aku, gerenti akan kata aku pengongkong.. sama sekali tidak, aku bertindak demikian untuk pastikan orang yang aku sayang selamat tiba di destinasi.. :( [RIP Cheng Jing Liang 31 May 2006]

Late Cheng and myself, one week before the accident..


Well kawan-kawan, sekarang korang dah tau sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup aku. Dan kenapa kadang-kala perangai aku begini.. Aku susah nak ubah, minta maaf.. Aku tak sanggup kehilangan insan yang aku sayang lagi dalam hidup aku.. Cukup-cukuplah dulu, aku belum cukup kuat ya Tuhan..


Sunday, December 20, 2009

Weekend in Lundu

I was depressed. Was. So mari tolak tepi kisah itu..Eheh, bikin pusing. Jom aku nak cerita weekend aku plak. Last Friday, kami sekeluarga pergi Ocean Beach Resort, Lundu for a getaway..seronok dan teruja sungguh..Aku awal2 dah pack baju satu beg..Gerak jumaat pagi sampai tengahari..wahhh..air laut sungguh menenangkan jiwa..:) petang terus menjunamkan diri.

Masuk pagi sabtu..air surut..tapi nak jugak turun laut..mandi sekejap pun jadilah..bukan basah betul pun, tak kuasa aku nak basahkan rambut aku lagi dengan air masin..eheh so lepas puas main ombak, aku dengan kakak ipar aku mula menggali-gali pasir..nak tengok tak aksi kitorang? hehehe kejap yeee... upload gambar..

wahh udang! hahaha.. oh, tolong abaikan corak2 bintang itu ye.. eheh..pakai seluar pendek je time ni, maka kureng sopan lah untuk ditatap oleh wahai sekalian bloggers..ehekss..

yah yah, korek! apa agaknya yang aku cari ni sebenarnya?? korang dapat teka tak??

:P giler berusaha mengorek .. erm, masih belum tau lagi apa yang kami cari?

kedua belah tangan aku dah tersimen di dalam pasir.. tolong!

mencari lokasi yang lebih kering pulak...iyargh! konsentret beno aku dengan kakak aku sampai tak sedar kena snap!

khusyuk....8 tahun dah berlalu tak jugak jumpa-jumpa..tak putus asa langsung..korang pun mesti dah sensyen..nak tau apa tak? aku kasik clue.. benda yang kitorang carik, ada sesungut sebagai lubang pernafasan..sesungut tu boleh nampak tersembul atas pasir..biasanya orang tangkap menatang ni guna kapur..eheh.. tau dah??



gambar digoo-goo

Right..! kami mencari bamboo clam atau dikenali sebagai AMBAL.. menatang laut nih, kalau masak halia atau rebus campor serai..pergh gilos sedap..kolesterol pun giler lah naik sedap!.. tapi serius, tangkap layan makan Ambal ok.. sekarang pun aku dah melior.. gulp!.. kitorang tak dapat tangkap sekor pun sebab kelicikan ambal-ambal melarikan diri.. takpelah, jaga kau Ambal,lain kali aku datang, aku bawak kapur siap-siap..aku ganyang2 korang dalam kuali..muahahaha..

Memang seronok aku hujung minggu ni tadi.. rugi tak stay dua hari sebab chalet penoh..nevermind, ada masa datang lagi, ye tak.. Last but not least.. gambar aku bersama wanita2 paling best dalam hidup aku.. :)

My sister-in-law yang sedang 'membawa' budak 4 bulan, saya yang genit lagi comey, dan mak saya yang best..

Tu je lah.. nanti aku hapdet lagi ye...muacks!


Saturday, December 19, 2009

Thursday, December 17, 2009

Sakit Kepala

Lately, i've been experiencing frequent annoying headaches

My suspicion goes to the cholesterol level. Previous check-up a couple of years back indicated my level was beyond the normal figure. And also i've this thing about staying under the sun or under the cold weather too long, i'd get headaches.. i know i can eat only little meat cause doing otherwise would result to a whole day of torturous pain.. Solution i take, more often than not, i'd have to relieve the pain either by consuming the bitter paracetamol or the most effective way - throw up..

Anyone with medical background or just any information about this, please help explain what is it actually i'm having here?


Wednesday, December 16, 2009

Beauty Tips for You

There are few simple beauty tips i learnt from E! that can easily be done at home.. I'd like to share with you ladies, men too if you are interested with these 4 DIY tips.. Ahmoi tak sabar nak cuba!

1. Minimizing puffiness/dark circle under your eyes

Take used green tea sachets [yang untuk minum tu] and leave them inside your refrigerator for cooling..sendiri rasalah kalau dah sejuk yer.. kemudian, sachet tersebut letak atas mata and you can relax --> Ahmoi dah beli dah green tea sachets!

2. Zitsss.. zits go away..


Use your toothpaste! Calit sedikit pada permukaan jerawat dan biarkan buat seketika sebelum dicuci.. --> this one Ahmoi tak berapa sure nak apply sebab toothpaste omputih kurang floride, ingredients could be different from ours.. i'd stick with tee tree oil instead :)

3. Luscious lips muacksss!


Cinnamon oil is the magic solution.. :) Sapukan sedikit, it'll absorb and you're gonna be amazed by the result.. --> Ahmoi nak cuba yang ni tapi tak tau kat celah mana nak beli Cinnamon oil?

and finally

4. Cellulite? No more!


Hah, yang ni mom Ahmoi dah target nak cuba..Gunakan serbuk kopi..tak kisah la kopi kapal api, kapal selam asalkan kopi dan campurkan dengan gel mandian anda..gosok perlahan-lahan pada bahagian paha or mana-mana bahagian yang berselulit.. Ini akan memecahkan selulit yang degil dan pastikan diamal selalu untuk mendapatkan bentuk badan idaman!.. --> menyokong mak Ahmoi!


Simple and easy, no? Ahmoi suka tips-tips macam ni, murah dan efficient. Duit pun tak banyak keluar..digunakan plak oleh celebrities so kira boleh dipercayai lah kan? Okay guys..that's it for now ya..pleasant afternoon :)

Kejutan Elektrik

Arini..aku gi bayar bil elektrik..

jumlahnya yang boleh disamakan dengan kejutan elektrik 10,000 voltan..

RM442.15..

Hah, tengok lah nilainya..lebih mahal dari keta aku bayar sebulan..lepas ni harus aku bekpes elektrik, lunch elektrik, dinner elektrik..kenyangggg!

Karan karan... mahal giler babaiii.. kopak poket neng..adehs


Tuesday, December 15, 2009

"U Rasa I Macam Mana?"


Sekarang ni, ramai antara kita buat kawan melalui social network betul tak? Tak kira lah FS ke, FB ke, Tagged ke, Hi-5 ke, Blogs ke, pendek kata interaction has been made easy..Ahmoi pun tak terkecuali..Ahmoi bermula dengan FS dulu, tahun 2003 register sebab kawan ajak..ingat lagi kawan tu adalah Izrol, geng sekolah Ahmoi budak sabah..uih, semua teruja masa tu, tul tak? Siap post gambar paling cun dengan caption-caption..

Bila tengok dah ramai kawan, makin seronok lah kan..main kira plak tu ramai ke tak yang view..eheh..kalau sikit yang view, rasa macam tak kena je..eheks.. || Anyway, kesah nya Ahmoi pun ada kenal dengan si polan A agak-agak tahun 2004 dari FS nih tapi takde lebih-lebih lah ye..berapa tahun jugak lah tak pernah kontek dah sebab Ahmoi jarang cek FS, jarang cek FB, dah delete Tagged and tak pernah memiliki account My Space..


Suatu hari tu, si polan buatlah gathering announced thru FS Inbox..memula Ahmoi reluctant to go tapi ok la since ramai-ramai, Ahmoi setuju lepas diajak few times..Jumpa kat satu restoran, semua order-order dan makan-makan, sembang sesi berkenalan..eheks.. Ahmoi macam biasa, senyum and cakap lah jugak dengan beberapa geng baru yang ada kat situ..
Si polan plak, duduk sebelah Ahmoi je.. Tetiba kan..dia tanya Ahmoi

Polan: "Moi, you rasa i macam mana?"

Ahmoi: "........" <-- blank ..... "Sorry, apa dia..?"

Polan : " I tanya, u rasa i macam mana, berubah tak dari dulu?"

Ahmoi: "..........." <-- sungguh puzzled! "Berubah macam mana maksud you?..kita kenal pun tak, baru je jumpa ari ni..eheh.." terpaksa sengih sengih dengan tanda soal bergantung atas kepala..

Polan: "Ye la, i makin ok ke tak? macam lagi berisi atau lebih ok dari dulu? Segak tak? Gambar i kan ada kat FS.."

Ahmoi: "Sorry si polan, i bukannya tak nak komen kan, tapi i tak cek dah FS ..jarang sangat so nak tengok page orang pun kekadang tak sempat.." oh lupa lagi satu line .."i sebenarnya tak kenal you tadi, sorry sangat, tapi memang dah tak ingat"..[sesopan mungkin yang terpaksa]


Muka si polan berubah sedikit menampakkan kekecewaan..dari nada suara nya nampak mengharapkan Ahmoi bagi komen positif tapi Ahmoi berlaku jujur, memang betul pun ahmoi jarang check FS nakkan pulak tengok page orang lain yang Ahmoi tak kenal..kalau kawan-kawan yang memang kenal rapat, lain cerita..Plus, masa bercerita tu, si polan agak So Full Of Himself - as if syok sendiri.. Ahmoi janggal la.. baru kenal baru jumpa dah tanya soalan berunsur peribadi..

Pernah ke korang terkena macam ni? Normal ke? Atau Ahmoi je yang berfikiran lain? Honestly, Ahmoi tak biasa and Ahmoi rasa .. 'haih, pa kenak laki tok?' [haih mamat ni kenape?] <--lebih kurang cenggini lah perasaan Ahmoi time tu.. Cuba komen sikit kalau Ahmoi ke yang being mild-paranoid bagai? hehehehe..



Saturday, December 12, 2009

Scrabble

Menggodek old post and looked what i've found

Tahun: 17 Julai 2007
Tempat: UKM [bilik exchange student]
Opponent: Nieza


siap ada vulgar words tewww.. hehehe censored!

Time ni aku student MMU lagi. Nieza plak, had just completed her studies. Aku ingat lagi, hujung minggu, aku gi lepak UKM duduk dengan geng aku Anne, budak Masters exchange UKM Unimas..

Sebab tak tau nak buat apa, aku dengan Nieza [sama-sama lepak time tu] decided main scrabble..[jangan tak tau ye neng, aku scrabble freak, ask my friends] dah puas main English, kitorang try new game plak, yakni main scrabble dalam Bahasa Melayu..

Result was devastating..hahaha serius aku ingat main dalam BM lagi senang, rupanya mak ai, lagi susah..aku tak kata english aku bombastic tapi think about it, vocabs in english definitely lebih banyak compare dengan BM.. ujungnya, game ditamatkan dengan kembali menggunakan English..haha..Nonetheless i had fun, gila main scrabble time tok Za oo..

Oh terasa mahu kembali ke zaman student!


Friday, December 11, 2009

He Said and So I Said


He said...

So i said,

" You are the only person who can make my heart
beats faster and slower all at the same time.."

It was perfect...

(^_^)

Thursday, December 10, 2009

Mating Season


Bukan haiwan je ada mating season tau..manusia pun ada.. asal hujung tahun je, gerenti ramai kenduri kendara berlangsung..sabtu ni rumah bang sahak, ahad plak rumah kak enon.. minggu depan lak rumah aki roland..ahad plak rumah ah siau.. habis dah segala baju glam glam gemerlapan aku pakai untuk menghadiri persatuan chenta antara dara n teruna .. isk..

Disebabkan derang ni jugak lah aku pun rasa nak kawen.. isk.. memula tu tak la rasa k.. tapi semalam lepas aku pi jumpa setengah aku [my significant other lahh] and setengah aku plak tetiba jadi romantika malam ini, menyebabkan aku cair tangkap lentok .. isk.. hahha haih, jangan salah paham plak..bukan lentok lentok gitew ok kau.. tapi ekceli hati aku dipanah asmara.. haha matilah aku baca ayat sendiri..

contoh sesuai, kawen umur 72..eh salah itu umur Datuk K.. 27 lah bang, ee geli. hahaha ..aku pun nak kawen umur 27, yakni tahun DEPAN 2010, boleh?? opss, my significant other masih gagah dan tidak tua seperti Datuk K.. eheks..

Ok ok, jarang dah aku cerita pasal setengah aku ni.. bukan apa, pasal aku tengok dah ramai blogger2 lain yang menceritakan ke'feeling'an dalam hubungan derang, so cukup2 lah aku pun tak payah cerita kemesraan kami yang boleh menyebabkan korang cemburu dan turut mahu berpasangan selepas itew.. nga ha..

Honeymoon spot? Aku rasa aku nak gi Bali.. :P

Kawen bukan benda senang dik.. [jadi kakak plak sekejap].. ye la, nak pakai duit, nak beli barang, nak sewa itu, ini begitu begini ..uih aku ambik pengalaman jadi wedding planner dah cukup memeningkan urat sendi tulang belulang ku..cramp otak.. tempat kalau tak booking awal, kawen la kau kat padang bola..tu pun kalau takde perlawanan Sarawak lawan Selangor - memang dah tau Sarawak gerenti menang lah 3-1..nasib baik time abang aku kawen, aku sogok makcik Melah RM400 bagi aku jugak tarikh 22 September tu.. korang percaya aku sogok? haha.. jangan.

Yang
pasti keja kawen perlulah di ambik serius. Sang teruna yang meminang, dah ada rumah ke nak shelterkan bakal wife korang? Ke tumpang duduk rumah mak? Dah ada keja tetap ke nak bagi makan Sushi King beg Gucci mekap Lancome kasut Jimmy Choo berlian Harry Winston kat wife korang? Opps aku jahat, im being typical. Tak semua perempuan materialistik macam tu, sorry ampun.. kalau dapat wife yang baik, alhamdulillah kan? Aku kalau nak naik pelamin nanti [cepat korang aminkan!] nak permudahkan perjalanan aku dan setengah aku, makanya aku tak perlukan kasut Jimmy Choo, Bata pun cukup, murrrr gitu bak kata Oon.. Aku tak perlukan handbag mahal sebab aku bukan penggemar handbag.. duit kan lebih elok disimpan untuk honeymoon?? hahaha.. ke situ rupanya aku..

Jimmy Choo's .. pergh, jual burger 3 tahun pun belum tentu dapat beli..

Sebenarnya
aku tengah mood feeling ni.. Aku nak kongsi dengan korang perbualan romantika aku dengan setengah aku semalam tapi aku malu..haha nenek.. pasal tu aku melelat cerita tak start- start. Haha.. serius ni.. ok ok..kitorang jenjalan je carik pasal kat town kan.. Tetiba kan... masa tengah driving tu kan..hik hik hik.. setengah aku cakap kan.. hik hik hik.. dia kan... hik hik hik.. dia bagitau kan.. hik hik hik


" I..."






Full stop.. aikkk?? tu je? haha mesti korang nak smash aku time ni kan.. malu lah neng nak kongsi-kongsi.. cukuplah aku sorang je tau keh? Ke korang nak tau jugak? Bah, kalau macam tu, tunggu lah entry yang entah bila akan aku buat lagi, ok?.. Sayang korang, muah!



Tuesday, December 8, 2009

Kiss Kiss Muah Muah!




MMMMMMUAAAHHHHHHHH!!!

Today aku nak kasi kiss kat semua orang..
Memandangkan 2 hari lepas adalah Hari Kiss Sedunia,
maka hari ini aku nak sebarkan ciuman manis aku
kat semuaaaaaaaaaaaaaaaaa pembaca dan bloggers
terchenta..:)

Pastu aku nak tengok korang sayang aku ke tak..
Sebab korang kenalah kiss aku balik, baru lah
Hari Kiss Sedunia ini menjadi.. hehe..
boleh kannn? Ala, kiss angin je pon..
tidaklah memudaratkan hubungan
anda dan kekasih anda, setuju?..
[ku nang pandey]

Apa tunggu lagi, marilah kita berkasih sayang!..



note: Nieza was the one who sent me this first
so im forwarding to each and everyone of you..
kiss kiss! muah muah!





Monday, December 7, 2009

Tragic Deaths

Aku pasti korang ada tengok news
pasal kereta yang jatuh di tengah-tengah
escalator kat KB Mall tu kan..
Aku baru pas baca news tu tadi and
aku jadi kesal..kerana kecuaian, tak kisah la
kecuaian pemandu ataupun kecuaian
penyelanggaraan bangunan, 2 nyawa
tak bersalah telah diragut..

Salu
kita rasa selamat je kalau berada dalam
bangunan, sapa nak langgar tul tak? Kena
langgar troli pun jarang di dengar, ni kan pulak
dilanggar kereta dalam bangunan!
Yang sedihnya, kenapa si pemandu pertama
merangkap abang kepada pemandu yang
disuruh men'jump start'kan kereta hilang
cenggitu je? Eh, tak rasa bersalah ke?
Dibiarkan pulak adik perempuan cedera..
Tu nasib baik si adik yang baru berumur
17 tahun masih hidup walaupun pas
jatuh 54 meter ke hard concrete..

kereta Kelisa kot?

Tapi aku takleh imagine lah, parking lot tu
under construction ke? Setau aku biasanya
parking lot nih berdinding batu..si adik bukannya
langgar dinding batu kan? kalau ye sekalipun
dinding batu, amatlah nipis dinding itu
sehingga boleh menembusi shopping mall..

Sama-samalah kita ambik pengajaran di sini..
sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada..
Cuma kadang kala, bukan kesilapan kita tapi kita
yang terpaksa menanggung betul tak.. Hmm..
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban..

Carpal Tunnel Konon

Tulang jeli karer pink..

Ingat lagi tak entry yang aku post pasal
kononnya aku rasa aku dapat Carpal Tunnel
tuh? Muahaha, paranoid sungguh. Aku sihat.
Takde la serious pon. At least for now.

Tapi aku ambik langkah berjaga-jaga jugak..
So time aku di Kl arituh, aku gi lowyatt...
masuk satu kedai, aku terus cari menatang
yang berkarer pink di atas..
sebenarnya banyak jugak karer, ijau pisang,
kuning pisang, merah pisang [erk, ada?]
tapi pink ni yang aku pilih walopun aku
bukan penggemar karer pink. [mak aku yang
soh ambik karer ni sebenarnynya]..ahaks, alasan..
sungguh perempuan karer ini..Muahaa, mengada..

Tulang jeli yang sungguh selesa..

Eheh, sekarang aku dah tak rasa sakit sangat
dengan adanya bantuan tulang jeli ini..
RM10, berbaloi-baloi untuk kesihatan..
(",) Nanti aku post lagi pasal trip aku
gi KL okay.. Sekarang nak lunch dulu..
Daaa!


Saturday, December 5, 2009

Are Your Bones Healthy?


Hah, see the sign? Do you really think your bones are strong? Think again.. yerr.. Anlene had this free checkup thing yesterday evening at The Spring for everyone who'd like to have their bones checked. Since it was for free, i guess, why not ? And so..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tada! I signed my name up for this 2 minutes check-up.. For your own health, it's good kan..

Nieza checking hers..

Yours truly, kaki cinderella .. geli yo time nihh..ticklish..

oh btw, they checked your bones through feet scanning.. Then the result will come out something like this after two minutes..


I've low risk to get fractured bones. Although the lady examiner said it was ok, but i could have done better - meaning i should exercise more, drink more milk then perhaps i could shift to the green area to avoid the risk of getting my bones fractured. [What if kita selalu patah-patahkan jari tu, adding the risk up tak? Te he he..]

You should have seen Nieza's result. Hers was beyond no. 2 green area indicating she was perfectly healthy. Yoh..! hahaha Anne's result was also within the low risk range.. Mine was the worse. Alah, aku kan baru lepas balik dari KL, sure la injured kan..hahahaha alasan atok kau.

So guys, moral of the story, go and have your bones checked, do more exercise, drink milk and avoid accidents. Eheh.. healthy bones, healthy life.. yerr.