Arini aku nak kongsi dengan korang 2 perangai aku yang susah aku nak kikis.. orang putih kata, menyerupai OCD ..apa full term untuk OCD, aku pon tak ingat..
1. Bila ahli keluarga/orang yang aku sayang jatuh sakit :-
|| Aku akan jadi penjaga yang sangat baik. Aku akan masak, aku bagi apa saja yang dia nak and tahan leteran kalau apa aku buat tu salah. Bagi yang belum tahu, ayah aku dah lama meninggal, masa arwah masih ada dulu, aku antara ahli keluarga yang paling banyak memonitor keadaan beliau. Bila sakit, beliau tak mampu melakukan kerja berat and banyak makanan perlu di restrict. Maka beliau menjadi cepat marah..Aku tebalkan telinga, kadang tu menangis jugak aku kena lenting..hati aku turut sedih melihat mak aku bersekang mata menjaga ayah aku..
Hati aku memang sen-sentap sebab aku adalah anak kesayangan beliau, tambahan aku sorang je bunga dalam rumah.. Sejak pemergian beliau, aku menjadi 100% lebih prihatin kepada mereka yang kurang sihat.. [al-fatihah ayahanda 27 September 2004]
2. Aku gelisah kalau sms yang aku antar pada orang yang aku sayang, tidak direply:-
|| Mungkin ramai yang belum tahu, selepas aku kehilangan ayahanda aku, aku turut kehilangan kekasih hati tahun 2006 disebabkan oleh kemalangan. Aku masih belajar lagi waktu itu, sedang menduduki exam semester. Masa hari kejadian, aku sms beliau meminta tolong untuk menukarkan currencies sebab aku dan family akan melancong ke Eropah. Sehingga petang, beliau tidak membalas..aku biarkan saja kerana menyangkakan beliau sibuk bekerja. Aku hanya tau berita beliau kemalangan pada sebelah malam jam 8 pm tatkala aku sedang mengulangkaji untuk paper esok hari. Adik beliau yang menghubungi aku, katanya beliau eksiden sedari pagi tapi sebab handphone beliau pecah, maka aku tidak dapat dihubungi..telefon ibu beliau juga sudah rosak..aku sudah tidak mampu berfikir waktu itu, yang aku ingat, aku menangis sepanjang perjalanan ke HKL dalam kereta yang dipandu oleh rakan serumah ku..
Sepanjang minggu itu, aku menjadi seorang yang sangat pemurung..aku menangis sampai aku jatuh sakit..mata kembang and langsung cuti dari peperiksaan..aduh, nyawa aku pada waktu itu, seperti telah disentap separuh..Kalau bukan kerana housematesku Hanim, Zsa-Zsa, Abby, Gee yang tidak putus-putus memberi semangat, nescaya aku dah patah arah untuk hidup. Mereka menjadi saksi melihat aku menangis bila bangun tidur, menangis bila sendirian and menjadi pasif.. Takdir Tuhan, nyawa beliau hanya bertahan 11 hari. Beliau meninggal dalam koma..jikalau beliau masih hidup, beliau akan berumur 34 tahun ini. It was a huge blow in my life, sangat-sangat down..Alhamdulillah sekarang aku dah ok..
Hmmm.. semenjak pemergian beliau, aku sangat menitik beratkan kemana insan-insan yang aku sayang pergi. Aku sentiasa pastikan mereka sms aku kalau sudah selamat sampai rumah..kalau aku tidak terima reply, aku akan kol, just to make myself feel better. Kalau tak, macam-macam perkara terlintas di kepala otak aku..Kalau orang tak kenal aku, gerenti akan kata aku pengongkong.. sama sekali tidak, aku bertindak demikian untuk pastikan orang yang aku sayang selamat tiba di destinasi.. :( [RIP Cheng Jing Liang 31 May 2006]
Well kawan-kawan, sekarang korang dah tau sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup aku. Dan kenapa kadang-kala perangai aku begini.. Aku susah nak ubah, minta maaf.. Aku tak sanggup kehilangan insan yang aku sayang lagi dalam hidup aku.. Cukup-cukuplah dulu, aku belum cukup kuat ya Tuhan..


15 comments:
Hmmm dim, sedeynyer abby baca.....
dim...namo sedey2 okey.....
Dim....love u.....
OCD ialah Obsessive Compulsive Disorder. PErnah belaja sakit2 abnornal tok ms gik blaja lok dlm subjek abnormal pyschology.
Takziah..tabahkan hati. kehilangan orang tesayang mmg byk memberikan kita perubahan diri. hikmah disebaliknya bah ow..sikpat mejin mek diberi dugaan kedak ktk tok..
i love my family and my love one!
sedih eh kisa hidup ktk.. tabahkan hati k.. yg pergi tetap pergi... yg tinggal tok mst teruskn hidup... chaiyok2.. sedekah jak byk2 fatihah utk arwah
Semua dugaan sebagai pengajaran utk kita, kdg2 rasa fed up juak ngan cubaan mcm tok, tapi apa boleh buat, semuaya dtg dari Tuhan. Sabar jak lah hor...
piluk ati baca entry kau..xtauk nak madah apa..
been there too.. ive lost someone very, very dear to me. and it have a huge impact in my life. glad that ur ok now. but still.. the memories remain right? and perasaan rindu tetap ada :)
Hi Abby:
tu lah abby, kisah dulu..kalau dikenang semula memang sedih..naseb dim baik sebab ada abby, anim, zsa2 and gee. kalau tak, tak tau lah apa akan jadi pada dim...sayang Abby, muah!
Hi Beautiful:
oh ya maksudnya ho..thanks..:)
aok, memang banyak perubahan berlaku dalam keluarga and diri kmk sendiri.. i became very independent, sikda ngarap2 urang gik..of course, bila rindu, tersentuh juak perasann..
Hi Ibu Iman:
Tinggal kenangan jak Ibu Iman, sikkan kmk padam dari hati..i'll move on.makseh!
Hi Ms Tikot:
Benar ya Ms Tikot..masa diberik dugaan tok dolok, rasa ranap seluruh semangat idup kmk..alhamdulillah now kmk dah sikda toleh belakang dah..
Hi Sue:
luahan jiwa ..:) cara k nenang ati..makseh Sue!
Hi JT:
really? your significant other kah JT? padah lah..
memang perit nak owh..asa nyawa dimbak sekali time nengar berita ya..rindu tetap ada especially dengan bapak mek..hmm caturan idup
i Wish you well darlin..dont be sad anymore okay..here, kisses from me, muah!
alfatihah utk ayahanada ktk.. semestinya kita yg masih hidup tuk jgn abaikan tanggungjawab kita kpd org tua/ org yg kita sayangi sekiranya masih hidup. Syukur, kita masih bersemangat utk teruskan hidup tuk....
Sedih..! :'(
Hi Mamma:
thanks Mamma..you're the greatest..
Hi Man-Tian:
aok, akan kmk ingat ya, thanks..rindu tetap ada, sentiasa dalam doa..
Hi Anonymous:
:) story of my life
Semoga roh arway ayah ditempatkan bersama2 org yg beriman. Amin
to late Cheng~ RIP.
kita yg masih hidup ni hendaklah sentiasa mengingati akan mati itu. Insya Allah
well felicia.,,life must go on...just stay strong... for me, the best teacher that really teach me about life is the hard time that we face as we grow up...
cheers girls
:)
Hi Tagskie!
thanks Tagskie..will come visit soon ok! :)
Hi Nagaperang!
Amin..thanks for the comfort..akan ahmoi ingat pesanan tu..
Hi Muiz!
true, i agree with u..what happened in the past had made the me now..:)
Post a Comment