Joynstar: yes, he’s the guy, the one who gave me that box of kurma..
Selepas kejadian bersemuka yang tidak berakhir dengan elok itu, saya mengambil keputusan untuk buat tidak endah saja.. makin dilayan, makin gila dibuatnya.. saya mula memberikan fokus pada kerja dan telah membuat keputusan untuk tidak lagi menjawab panggilan mahupun sms daripada isteri Encik Jawa. Biarpun kadangkala ayat sms yang dikirimkan sangat memedihkan hati, saya tabahkan diri, buat tidak tahu… saya sedar, kalau saya tenggelam dengan perasaan dan ikut rasa hati, saya juga akan rasa sengsara..
Masuk sekolah sedikit sebanyak menenangkan perasaan kerana saya tidak perlu hadir ke kampus, sekaligus dapat mengelakkan daripada berjumpa dengan lelaki itu.. kononnya saya berasa sudah selamat.. tapi ketenangan itu tidak berpanjangan apabila saya mendapat tahu, Encik Jawa telah membuat pertukaran dengan seorang pensyarah lain untuk menjadi pemantau di sekolah saya. Ini bermakna, dia berhak untuk datang ke sekolah yang saya hadiri, memeriksa dan memastikan kami menjalankan praktikal dengan baik.. ya alasan semata-mata! Saya tau amat, kenapa dia membuat pertukaran itu, untuk bertemu dengan saya.. untuk dia dapat menatap wajah saya.. seperti yang dia smskan kepada saya, terlalu rindu.. saya meluat! Oh tuhan.. apakah lagi bala yang akan menimpa selepas ini?.......
“saya akan cari awak sampai ke lubang cacing pun!”
Di atas antara ayat sms isteri Encik Jawa.. saya tidak tahu kenapa saya disalahkan sedangkan saya tidak pernah memikat suami beliau.. pernah suatu ketika, semasa kami perjumpaan tamat praktikum di dewan besar institut, Encik Jawa tanpa segan silu telah meluahkan isi hatinya secara tersirat di hadapan seluruh pelajar..
“Yahya kata, saya selalu tak senyum.. ye lah, macamana saya nak senyum.. awak tu lelaki.. lain lah kalau awak tu perempuan, betul tak Felicia?”…
Serorot itu matanya memandang tepat ke arah saya.. saya tidak tahu mahu dengar apa lagi selepas itu, kebingitan rakan-rakan berbisik ataupun kesenyapan diri saya yang menyakitkan, kerana waktu itu saya seperti mahu menjerit saja.. dia memang sudah gila! Saya tidak pernah jumpa lelaki segila dia.. walaupun dia kata cinta dia suci.. suci apakah itu sekiranya cinta pada isteri sendiri telah dinodai, dikhianati??
Ketika peristiwa di dewan itu berlaku, ia sudah memasuki bulan April 2011. Dalam tempoh 6 bulan sejak pertama kali dia confessed, pelbagai perkara telah berlaku.. Tak cukup 10 luahan rasa hati kalau nak diceritakan di sini. Terlalu banyak.. belum lagi saya ceritakan saya hampir berteriak di telefon ketika dia menghubungi saya berpuluh-puluh kali tetapi saya tidak jawab ketika saya hendak pulang berhujung minggu balik Sarawak.... lantaran geram, saya jawab dengan kasar dan bertanya apa lagi yang dia mahukan.. dia tanya kenapa saya balik Sarawak… saya jawab dengan soalan
‘kenapa? Tak boleh?? Saya orang sana, sukahati sayalah nak balik pun’..
‘’manalah tau awak balik nak kahwin’
‘memang pun.. puas hati?’ tit! Saya matikan talian.. benci!
Selepas itu dia hubungi lagi, berdering-dering sehingga panggilan ke 7 atau 8.. oh my god, saya sudah mendidih!
‘apa lagi ni?? Ya allah, kenapa asyik telefon saya ni???’
‘u cakap betul2, u balik nak kawen ke?’
‘encik, saya balik berhujung minggu, apa masalahnya dengan encik? 8 kali tanya, 8 kali jugak saya jawab soalan yang sama.. bosan tau tak, bosan!’
‘ok ok..jgn marah, saya nak pastikan saja’
‘tolonglah jgn telefon lagi.. tolonglah!'…. tit! Lagi sekali saya matikan telefon dengan kasar..
Orang yang duduk di kerusi hadapan saya sudah menjeling-jeling melihat riak muka saya yang merah padam menahan marah.. dah sah-sah lah dia dapat dengar perbualan saya sebentar tadi, tapi dek marah yang amat, saya mungkin tidak mengawal nada suara saya..
Bersambung..