Thursday, August 11, 2011

Luahan Hati 1


“Kenapa awak ganggu suami saya?”… 

Apakah perasaan anda sekiranya diutarakan soalan berunsur tuduhan begini? 

“Awak takde maruah ke atau awak memang penghancur rumah tangga orang??”

Dan soalan begini?

Hm.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. this was what happened to me during my training time ritu.. saya akan cuba menulis dari sudut pandangan saya sebagai yang dituduh dan juga dari pandangan pihak terbabit kenapa beliau membuat tuduhan begini terhadap saya ya..stay with me.

Semua ini bermula apabila seorang pensyarah ini.. hmm biarlah saya namakan dia Encik Jawa ye, mula meminati saya dalam diam sejak Oktober tahun lepas.. asalnya, dia cuma memanggil untuk memberikan tugasan2 kerana kebetulan pula, dia juga merupakan salah seorang pensyarah kami. Saya sebagai seorang pelajar, tidak pernah mengesyaki perasaan dia terhadap saya.. sehinggalah panggilan dia untuk datang ke bilik dengan alasan tugasan menjadi semakin kerap, iaitu hampir setiap hari.. saya menjadi semakin tidak selesa tapi saya diamkan sahaja.. walau bagaimanapun, sekuat mana saya cuba sembunyikan, sekuat itu juga cerita mula keluar di kalangan rakan-rakan sekursus. Mujur ramai yang memahami dan tahu sejarah pensyarah itu memang agak ‘ligat’..tetapi saya dah dewasa, saya tahu dan saya pasti ada juga di antara rakan-rakan yang ‘muak’ melihat saya..  
Saya mula mengelak daripada berjumpa dengan Encik Jawa..saya beri pelbagai alasan untuk tidak pergi ke bilik dia.. saya menjadi seram sejuk.. paling tidak, kalau terpaksa juga pergi, saya akan ditemani seorang rakan .. Encik Jawa pula, semakin hari semakin berani meluahkan perasaan kepada saya.. saya menjadi risau, dan sangat stress..

Keadaan menjadi semakin kritikal apabila suatu hari dalam bulan December 2010, saya mendapat satu panggilan telefon daripada isteri beliau. Alangkah terkejutnya saya.. bagaimana dia mendapat nombor telefon saya? .. tapi saya tidak panik.. saya bercakap elok dengan isteri beliau dengan mengatakan saya tiada apa-apa hubungan dengan suami beliau..tapi isteri Encik Jawa seperti tidak mempercayai kata-kata saya..  saya faham kedudukan dia sebagai seorang isteri sudah tergugat dengan kehadiran saya tapi ketahuilah, saya tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap suami beliau..

Saat paling memeranjatkan berlaku tidak lama kemudian apabila saya sekali lagi dihubungi isteri Encik Jawa bersama tangisan.. dia mengatakan dia izinkan saya bersama suami beliau, jaga anak-anak beliau.. ya Allah di kala itu saya jelaskan kepada beliau sekali lagi, saya TIDAK ada hubungan dengan suami beliau dan TIDAK menaruh apa-apa perasaan terhadap Encik Jawa.. berkali-kali dinyatakan tetapi beliau tetap tidak percaya.. akhirnya saya pohon agar tidak diganggu kerana saya rasa seperti orang bodoh diperlakukan sedemikian rupa.. jelas sekali, ini tidak mengubah tuduhan beliau terhadap saya apabila beliau menelan pil tidur untuk meredakan tekanan.. di kala saya menerima berita itu, saya terduduk.. ya Allah, kenapa hal sebegini berlaku? Rupa-rupanya, Encik Jawa sudah berterus terang dengan isteri dia bahawa dia mencintai saya dan mahu menjadikan saya sebagai isteri.. isterinya yang kedua.. tolonglah.. saya tidak sekemaruk itu. Sakitnya hati saya ketika itu seperti bom yang mahu meledak! Kenapa saya? Saya tidak mahu! Saya tidak sukakan lelaki itu! Benci!


Bersambung..

No comments: