Showing posts with label Meroyan. Show all posts
Showing posts with label Meroyan. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Mating Season


Bukan haiwan je ada mating season tau..manusia pun ada.. asal hujung tahun je, gerenti ramai kenduri kendara berlangsung..sabtu ni rumah bang sahak, ahad plak rumah kak enon.. minggu depan lak rumah aki roland..ahad plak rumah ah siau.. habis dah segala baju glam glam gemerlapan aku pakai untuk menghadiri persatuan chenta antara dara n teruna .. isk..

Disebabkan derang ni jugak lah aku pun rasa nak kawen.. isk.. memula tu tak la rasa k.. tapi semalam lepas aku pi jumpa setengah aku [my significant other lahh] and setengah aku plak tetiba jadi romantika malam ini, menyebabkan aku cair tangkap lentok .. isk.. hahha haih, jangan salah paham plak..bukan lentok lentok gitew ok kau.. tapi ekceli hati aku dipanah asmara.. haha matilah aku baca ayat sendiri..

contoh sesuai, kawen umur 72..eh salah itu umur Datuk K.. 27 lah bang, ee geli. hahaha ..aku pun nak kawen umur 27, yakni tahun DEPAN 2010, boleh?? opss, my significant other masih gagah dan tidak tua seperti Datuk K.. eheks..

Ok ok, jarang dah aku cerita pasal setengah aku ni.. bukan apa, pasal aku tengok dah ramai blogger2 lain yang menceritakan ke'feeling'an dalam hubungan derang, so cukup2 lah aku pun tak payah cerita kemesraan kami yang boleh menyebabkan korang cemburu dan turut mahu berpasangan selepas itew.. nga ha..

Honeymoon spot? Aku rasa aku nak gi Bali.. :P

Kawen bukan benda senang dik.. [jadi kakak plak sekejap].. ye la, nak pakai duit, nak beli barang, nak sewa itu, ini begitu begini ..uih aku ambik pengalaman jadi wedding planner dah cukup memeningkan urat sendi tulang belulang ku..cramp otak.. tempat kalau tak booking awal, kawen la kau kat padang bola..tu pun kalau takde perlawanan Sarawak lawan Selangor - memang dah tau Sarawak gerenti menang lah 3-1..nasib baik time abang aku kawen, aku sogok makcik Melah RM400 bagi aku jugak tarikh 22 September tu.. korang percaya aku sogok? haha.. jangan.

Yang
pasti keja kawen perlulah di ambik serius. Sang teruna yang meminang, dah ada rumah ke nak shelterkan bakal wife korang? Ke tumpang duduk rumah mak? Dah ada keja tetap ke nak bagi makan Sushi King beg Gucci mekap Lancome kasut Jimmy Choo berlian Harry Winston kat wife korang? Opps aku jahat, im being typical. Tak semua perempuan materialistik macam tu, sorry ampun.. kalau dapat wife yang baik, alhamdulillah kan? Aku kalau nak naik pelamin nanti [cepat korang aminkan!] nak permudahkan perjalanan aku dan setengah aku, makanya aku tak perlukan kasut Jimmy Choo, Bata pun cukup, murrrr gitu bak kata Oon.. Aku tak perlukan handbag mahal sebab aku bukan penggemar handbag.. duit kan lebih elok disimpan untuk honeymoon?? hahaha.. ke situ rupanya aku..

Jimmy Choo's .. pergh, jual burger 3 tahun pun belum tentu dapat beli..

Sebenarnya
aku tengah mood feeling ni.. Aku nak kongsi dengan korang perbualan romantika aku dengan setengah aku semalam tapi aku malu..haha nenek.. pasal tu aku melelat cerita tak start- start. Haha.. serius ni.. ok ok..kitorang jenjalan je carik pasal kat town kan.. Tetiba kan... masa tengah driving tu kan..hik hik hik.. setengah aku cakap kan.. hik hik hik.. dia kan... hik hik hik.. dia bagitau kan.. hik hik hik


" I..."






Full stop.. aikkk?? tu je? haha mesti korang nak smash aku time ni kan.. malu lah neng nak kongsi-kongsi.. cukuplah aku sorang je tau keh? Ke korang nak tau jugak? Bah, kalau macam tu, tunggu lah entry yang entah bila akan aku buat lagi, ok?.. Sayang korang, muah!



Tuesday, October 21, 2008

My Wish-List



I crave for these 3 items so much..so much i wish i can buy them now..*sigh


Nikon DSLR D700


N96 *drooling~ *check out the name on screen Matthew 'Jordan' [oh my chenta]

Acer Aspire-One ~ meleleh leleh..

Oh duit..di mana bisa.. *muka mengharap..