Wednesday, December 5, 2012

Jangan Kutuk Orang

 Saya tak kata saya alim. Tapi kalau awak yang bertudung pun mengutuk kaum lain yang bertudung kenapa diorang tak pakai tudung semahal tudung Fareeda, i think you are far worse than anyone else.

Ini yang berlaku semalam semasa saya ke bank. Kebetulan bank tersebut bersebelahan dengan butik Fareeda. Butik tudung Fareeda apparently ada new launching dan memang ramai teramat ramai kaum hawa termasuk adam datang membeli sehingga terpaksa diberi angka giliran untuk membeli.

Yang menyedihkan saya adalah, semasa saya nak masuk bank, ada seorang wanita lalu di depan saya, dia pakai tudung tiga lapis macam Fareeda jugak cuma jenama lain la.. tiba-tiba saya menangkap perbualan berbisik-bisik dua orang perempuan yang dilihat memerhati wanita ini tadi.

"Tudung dia pakai tu, bukannya tudung Fareeda..itu jenama biasa" - bersama riak muka yang bangga kerana dapat membeli tudung Fareeda mahal. Muka dia pun mahal. Senyum pun mahal...

Erk..

Speechless saya..

Niat bertudung sudah lari. Sekarang kena pakai tudung mahal baru orang respek. Ada ke macam tu? Saya tak pernah terfikir ke arah situ, asalkan niat bertudung tu betul. Biarlah fesyen apa saya kenakan, (kadangkala saya pakai macam siti, skaf belakang, kadangkala selendang,) tapi niat adalah untuk tutup aurat. Bukan nak tunjuk skaf atau selendang saya tu mahal..saya tak malu mengaku yang saya banyak memiliki tudung berharga RM5-RM20..

Pada saya, kalau minat satu2 jenis tudung tu kerana cantik, atau kerana material atau kerana suka warnanya dan nak kena gaya dengan baju yang dipakai, takpa lagi.. boleh diterima.. Tapi yang perempuan dua orang itu jelas menunjukkan mereka beli tudung Fareeda untuk tunjuk 'Designer Label' mahal..

Malu kan? Saya yang malu..


2 comments:

Adi Jie said...

just passing by.. lame da x tgk blog. hehe. yeah.. some kind of people still hav a low class mentality while judging the other ppl. And does the tudung yg mahal2 tu boleh meng-hijab dengan sempurna? Xsalah mereka nak beli tudung yang mahal. Even tudung Datin NorJuma tu pun cost around 6-25 bucks but still cantik kan?? hahaha biarlah diorg nak kata apa. Yg penting kita dah tutup yg sepatutnya. Tuhan xkan tanya berapa mahalkah tudung yg kamu pakai. Tetapi kesempurnaan berhijab itu yg akan di timbang tara nanti. Just terasa nk comment sbb mase nk beli tudung untuk mak dulu pun salesgirl tu cakap lagi mahal lagi elok. sebol3h2 nk suh beli arianna yg cecah beratus tu tapi design mmg xmenyelerakan. hehe neway congrats your soon-to-birth baby. :)

Felicia F. Ramzi said...

itula adi-jie.. niat dah terpesong. kalau sebab material cantik, ok lagi rasanya. ni dah kena tengok jenama dulu baru tak segan nak pakai. alahai, kalau tuhan dah kata tutup aurat, kain selimut pun boleh betul tak.. tapi tu la saya tak kata saya alim, just malu la dengan mentaliti sesetengah orang yang mementingkan jenama agar dipandang tinggi oleh orang.. haih.. neway, thanks for the wish.. tahun ni dah dapat orang baru :)