Sejak peristiwa panggilan telefon itu, gangguan isteri beliau terhadap saya menjadi semakin teruk. Beliau akan telefon awal pagi, sedang saya kelas, lunch, petang dan tak kira masa lah ..siap hantar sms yang berbaur ugutan/ancaman.. saya terasa menanggung beban yang amat.. saya cuba memahami perasaan beliau tetapi beliau tidak cuba memahami situasi saya.. bukankah saya juga mangsa seperti dia? saya menjadi cukup benci melihat wajah Encik Jawa .. ikutkan hati saya ketika itu, mahu saja saya sumpah seranah dia depan-depan.. biar sedar sikit diri tu suami orang!
Masuk Januari 2011, saya menangis.. saya sakit jiwa memikirkan saya perlu kembali ke institut untuk menjalani latihan praktikal. 2 minggu tempoh waktu perlu menunggu sebelum masuk ke sekolah merupakan satu tempoh neraka buat saya.. sepanjang tempoh itu, saya diganggu oleh Encik Jawa yang tidak henti-henti menagih cinta, dan diganggu oleh isteri beliau yang melemparkan tuduhan terhadap saya…non stop sampai saya rasa mahu pecahkan telefon! Tak pun pecahkan kepala sendiri!
A week into the month, kesabaran saya telah tiba ke puncak.. meletup! saya nekad untuk melaporkan kepada unit bimbingan dan kaunseling yang ada di institut, yang mana salah seorang staf disitu adalah pensyarah kami juga.. seorang wanita yang bersifat penuh keibuan, jadi saya beranggap, dialah paling sesuai untuk saya temui.. dengan dorongan rakan-rakan, saya pergi menemui beliau..
“Kalau ikut hati saya puan, saya mahu laporkan kepada ketua jabatan tentang gangguan ini. Saya tidak tahan puan, hari-hari saya diganggu oleh mereka berdua dengan agenda yang berlainan. Fokus saya hilang, saya tidak seronok berada di sini..”.. bersama linangan air mata saya luahkan kepada puan..
Jawapan puan, saya simpulkan lah ya.. beliau meminta saya bersabar dan memberikan cadangan - beritahu pada kedua-duanya bahawa saya akan bertunang. Diharap apabila mereka mengetahui saya akan bertunang, gangguan ini akan berhenti. Encik Jawa tidak lagi menagih cinta dan isteri beliau tidak lagi mengugut saya, begitulah harapannya.. ya, konon!
Cadangan ini saya ambil dengan positif pada asalnya dan telah saya lakukan.. tapi let me tell you this, it did not end well.. salah seorang teman rapat saya, bersetuju untuk membantu saya dengan menjadi tunangan saya.. kasihan, dia turut menjadi mangsa marah Encik Jawa.. you should have seen Encik Jawa’s face bilamana terpacul saja dari mulut saya mengatakan saya hendak bertunang.. dia jadi macam orang gila!
“selagi awak belum bertunang dengan dia, selagi itu saya tetap akan dapatkan awak..saya tetap ada peluang dan saya akan gunakan peluang itu..”.. muka sinis memandang teman rapat saya itu seolah-olah kami terlalu kecil untuk memperlekehkan dia.. dia ada pangkat, ada duit, ada kuasa.. ya ampun, sangat menyakitkan hati!
Bersambung….
5 comments:
uit2...selamat x ngagak sitok...=] selamat berpiasa..=]
adeh..... ada juak org kedak ya...
Masa blog lamak tek nak mek dah ada instinct tek madah tok terjadi ngan kitak. The kurma guy kan? Segala clue and hint of pain and sorrow in your writing was obvious.
Knowing me I just can't help but offer you my 2cent, whatever they did to you I'm glad it is over- or is it still going on? Training bukan selamanya, orang kedak ya nya akan move on bila ada target baru yg lebih mudah. Batch student baru kelak ada lah gerek nya deh. So since the training is over and I hope you're not to be posted anywhere within his presence I think you'll be fine.
This kind of desperado sebenarnya cara plg bagus is for your family to see them in person and clear things for you. Especially the wife since she cannot seem to believe you, kesian - insecure sungguh. That man is so inconsiderate, anak dah rami bini dah terang2 ada cuma mok penuh kuota jemari nya. Berik kudung baru tauk.
Bah I hope all is well, I miss you.
Aihh.. Tedahh.. Ktk patut padah tunang ktk d sarawak tok.. Berik mo tipon abang ktk.. Munnya sik cayak suruhnya turun kuching tok.. Asanya siknya sanggup nak ngagak di kuching tok... Ishh.. Geram juak nangga pe'el org kedak ya.. Nway, bulan puasa tok banyakkan sabar.. Dah abis posa kelak ktk solve cerita ya.. Selamat berpuasa untuk ktk.. Take care..
Setuju dengan AmirFX. mun sik pun, ugutnya balik. ugut perempuan ya balit. sedih mek maca entry kitak tok Amoi...
Lamak betul sik ngabas sitok, duhal banyak cerita amoi tok, disimpan2nya. jangan simpan. let it out. :-) Take care amoi.
hi cik linda:
aok.. selamat berpuasa dgn kitak juak :)
hi gorgeous mama!
still going on, but i managed to block his calls and smses already. semua rejected and he can never get in touch with me anymore. anak nya dah 4 pun.. his wife, now sikda gik sms. maybe bosan sebab all the threats given to me, i did not bother to reply. tapi hati, memang byk lah bersabar sepanjang that one whole year..
hi amirfx!
you know what, abg kmk memang pernah klaka dgn nya, tapi sik makan saman.. the very next day, nya dah kol mek balit ncarik kmk.. sapa sik gila? nasib bulan posa, byk kmk bersabar tok.. hihi selmat berpuasa untuk ktk..
hi coffee girl!
mun ikut hati, i wanted to tell that woman straight to her face, that her husband is not my taste..tapi i know, mun dilayan, his wife akan jadi lebih meroyan kelak.. nang byk ngajar dirik jadi bersabar lamak2 tok.. yeah, felt so much better udah dilepas kat ctok.. thanks for the comfort..
Post a Comment