Last week, lepas aku buat entry pasal diari aku tu kan, tetiba aku terfikir.. Bagaimanakah aku 10 tahun yang akan datang?? Cuba korang imejin, kalau diari cabok aku yang dah berusia dari Mahathir ke Najib, dannnnnnnnn masih berada dalam keadaan elok pun aku masih simpan, bayangkan kalau blog aku ini masih bertahan sehingga ke tahun 2020!
Siapa sangka, seperti yang korang baca bibit-bibit diari hingusan aku itew,diari tersebut akan aku baca semula setelah bertahun-tahun berlalu dan sememangnya ia telah mengundang seribu satu perasaan yang sukar ditafsirkan oleh aku sendiri.. Pelbagai impian telah aku lakarkan dalam diari yang berlatarkan gambar puppies itu. Ada yang sudah tercapai, ada yang belum. Adakah, bila 10 tahun itu nanti sudah tiba, akan masih aku menyimpan diari itu? Juga, akan masih wujudkah blog ini?
Maka, aku dengan mode tengah malam, ingin mengarang sepucuk surat buat diri aku sendiri, bersama impian baru, yang mungkin akan aku kecapi, untuk dibaca 10 tahun dari sekarang, 16 Februari 2020. Here goes.
"Dear Felicia F. Ramzi 2020..
Bonjour! Cava? Sorry lama tak kirim surat, semenjak kau pindah Paris, agak susah untuk aku hubungi kau, maklum aje, perbezaan waktu hampir 8 jam. Suami kau, Rooney@Farid macam mana? sihat? Anak-anak? Rindu aku dengan si Lisa de Laila Colleen dan Justin Iskandar Colleen, kembar kau yang comel-comel tu.. :) Bila lagi nak tambah rakyat? Derang pun dah 3 tahun dah kan? Cepat-cepat tau, nanti masuk umur 40, tutup kilang! ha ha ha.. ops.
Bisnes kau plak macam mana Felicia? Aku tau, dari dulu lagi kau minat buat kek kan? Wah glam kau yer, sampai Alain Delon pon order dari kau ek.. No wonder dia tak kisah menjadi antara orang yang sponsor wedding gelang gemelang si paku gelang kau dulu.. Pergh, rugi aku tak datang, bukan apa, tiket flight mah-nak-mamps. Aku simpan sampai esok hari pun belum tentu dapat save. eheks.. lagipun time tu bila E! Ryan Seacrest tanya kau, "Who are you wearing?" "Oh, Vera Wang".. aku plak pakai Sungai Wang jer.. haih..
Hari tu aku ada lawat mak kau. Chalet-chalet yang dia bina dulu di pantai Kabong telah menampakkan hasil. Semakin tebal poket mak kau, Alhamdulillah.. Aku selalu doakan mak kau bahagia dan senang hidupnya menghadapi hari tua.. Aku pun tak nak lain, aku nak dia gembira sentiasa.. Tak lama lagi birthday mak kau, 9 March kan? Kau beli apa untuk mak kau? Serius? Pergh gila best mak kau dapat hadiah tiket pelancongan ke seluruh dunia dari kau.. tabik spring aku. Takpe, untuk orang tua, jasa ibu perlu kita kenang.. betul tak?
Nanti kalau aku datang melawat kau kat Paris, aku tumpang rumah 3 tingkat 20 bilik 26 pintu kau itu k? Nak jugak aku merasa mandi di swimming pool berkeluasan gelanggang bola keranjang berbentuk hati kau tu.. Dan tak ketinggalan menikmati layanan the best dari butler kau.. pergh. aku imejin.
By the wayyyy, kau masih berblogging ke? Geng-geng blogger tegar masih berkontek? Derang Nieza, Fieza, Joynstar, Myra, Beautiful Stranger, JT, Ms Tikot, Big Momma, Audio, Su Ijamm, Amir, Mizara, Hans, Naz, Ivy, Hajib, So called Pija, Fatin, Faryn, Florance, LyndaWaWa, Bang Zainal, Abby, Adoheh, Khaisha, Bunga, Zakinah H, SueSie, Arief, Mr Clive, Muiz, Hensen, Pak Dukun, Am-rie, Nona Reena, Erol, Onggon, Farah, Sis Ida, Elle Lalaland , Coffee Girl, Francesca dan semuaaaa lahhh.. masih aktif lagi mereka? Aku harap mereka takkan berhenti berblogging selepas 10 tahun sebab aku tau kau memang tiap-tiap hari tak pernah miss baca entries mereka kan?
Dear Felicia, Aku harap segala impian kau dalam hidup akan tercapai ok. Takda lain aku harapkan, melainkan kau hidup senang dan bahagia, diredhai Tuhan di samping suami serta anak-anak tersenta sehingga akhir hayat. Kirim salam aku dengan Alizee, penyanyi Perancis yang comel lote tu... ha ha .. jaga diri baik-baik, aku sayang kau. Vogue forever!"
Salam Sayang,
Felicia F. Ramzi 2010
There, selesai. te he :) satu jam aku karang, fuh.. akan tercapaikah impian yang aku tulis di sini? he he he.. agak high to the sky semacam. haaha berangan membawa kepada usaha, usaha pula pasti akan membawa kepada kejayaan. Yakin Boleh! *surat ini akan di cetak dan disimpan kemas dalam file peribadi aku. I vow never to open this letter until that very day, arrives, 16 February 2020.. (",)

Akan beginikah wajah ku selepas 10 tahun nanti? Erkkkkk!