Tuesday, April 20, 2010

Ke Mana Menghilang?


Pergh,
biasanya posting gap aku adalah 2 hari, 3 hari tops tapi ini sudah 5 hari.. kemana aku menghilang..?

Sorry kawan-kawan, sebenarnya aku demam since Saturday.. demam yang menggila stok 'makan hanya untuk dimuntahkan semula' dan 'berjalan seperti zombie'.. mungkin gara-gara aku bermalam di Jeti Hidro Batang Ai pada malam hari Jumaat demi untuk memancing.. Kata orang tak elok anak dara berembun malam-malam tapi aku bantai pergi jugak.. walo berlapis baju aku pakai, angin malam tetap sejuk.. dah la berbumbungkan langit.. sanggup tu.. semuanya demi untuk memancing bersama geng.. Pukul 3 kami balik, tu pun disebabkan hujan..kalau tak, mau sambung sampai pagi... nah sekarang amik kau, demam 4 hari.. tapi gigeh jugak turun keja.. tau buat, tau la tanggung sendiri kan..

Aku takde hapdet yang interesting this time.. minggu yang agak busy bagi aku jadi sorry kalau aku tak komen blog korang k, aku sendiri pun tak terhapdet blog.. serabai kepala aku dengan kerja yang menimbun sehingga hal diri agak tidak terurus.. upah french maid boleh tak..

K guys,
i gotta go.. kena siapkan design pamphlet malam ni.. :( .. pray for my fast recovery ..
nite!



Thursday, April 15, 2010

.Harun.


Post ini Super Duper Panjang. Giler nak mamps punya panjang. Sila 'X' kalau tak larat.. :) sila teruskan jika mahu speku bersama saya.. hehehe..



Kalau dulu…

Lautan api sanggup ku renangi dengan bantuan divers equipment


Kalau dulu..

Gunung Kinabalu sanggup ku redah dengan bantuan kereta sewa.


Dan kalau dulu..

Aku rahsiakan wajah bekas kekasih *gambar di atas*, gara-gara mahu menjaga hati dan juga mahu bikin surprise gelang si paku gelang kepada semua rakan bloggers konon time majlis persandingan barulah aku akan tayang wajah si dia.. Sekarang, surprise kemana, sanding ke mana.. Padan muka. Ehehs. Takde motip jahat lah aku taruk gambar dia dalam post kali ni, cuma aku dah belajar satu lesson penting.. jangan sembunyikan orang yang anda cinta tapi dalam yang sama anda turut ragui kejujuran nya.. post kan saja, mungkin ada yang akan kenal dan ‘Eh, balak aku la!’ ha tu dia aih.. haru yo.. ahaha.. ataumemang ada antara sekalian rakan bloggers yang kenal ex aku nih?

Jadi kan, mulai saat ini, aku cuba takkan sembunyi apa-apa lagi masalah penting yang mungkin korang boleh tolong bagi tunjuk ajar. Waima aku seorang pendidik, namun humbly aku tetap perlukan tunjuk ajar pada certain perkara yang mungkin aku gelap seperti pagi yang gelap..rakan bloggers tolong cerahkan.. yek?

Maka dengan itu, aku akan ceritakan siapakah dia gerangan insan yang telah berjaya menambat hati .abang. aku sehinggakan dia sudi memberi green light tanda restu untuk hubungan kami berdua.. nak tau? Ceritanya begini………… layannnnnn…


@@ -------------------------------------- @@


Pada siang hari Isnin yang lepas.. *kring kring! Kring kring* talipon berbunyi ring ring ring, ku angkat ku dengar suara.. talipon berbunyi ring ring ring..ku jawab ku tanya siapa… [ingat tak lagu ni time sekolah rendah dulu? Hahaha.. aku dulu nyanyi lagu ni mesti cikgu kasik yang besi segitiga tu..ting ..ting.. ting.. macam haram aku kena ketuk menatang besi tu sambil berdiri statik.. hahaha] ok melelat..

Anyway, siapakah yang call? Jeng jeng to my surprise, *Harun yang call.. aku bagilah nama dia Harun k.. itu je nama pertama yang terlintas dalam kepala hot aku tadi.. dia ni agak fofular la di kalangan .abang. dan kawan-kawan .abang. aku.. berbangsa cina tapi tak cerah pon.. gelap macam yo wassup nigger je aku tengok.. mungkin sebab dia kacukan kot, kacukan mak campur ayah.. laki campo pompuan.. hahaha pang! penampar. Tapi of course la manis ala-ala roti gula kapas pink.. sejuk mata memandang aw nyah.. Umur pulak tahun ini masuk 30.. wajibul ghunnah untuk kawen dah.. bukan dia, tapi aku… muahahaha..

Lagi apa, ok.. Harun bekerja di Kuching, bersama sebuah syarikat %^&*(.. Dia nak kata tinggi, tak jugak tapi yang pasti aku memang lebih pendek.. badan sedap-sedap jambu masak, tak gems tak kurs..rambut hitam takde dye dye mat rock karat..sentiasa di sikat rapi tiada ala cacak atau pun punk atau pun panjang mengurai seperti ponti ozzy osbourne. Penampilan cukup sifat. Cuma, cakap melayu ada kureng sikit ‘lu apa macam, ada sihat?’ hah, nasib baek aku tak tertelan nasi kena panggil ‘lu lu wa wa’ .. aku anggap itu momentik.. hahaha gila nyah!.. tengah dilamun cinta oi, kena gelar gendut pun aku layan momentik dek non..


Joynstar, look.. OMG. Orlando Bloom. Eheheh. nothing like Harun though.. Harun is perhaps next to Hrithik Roshan kot.. oh sungguh melampaui batas statement itew. ahak hak..


Berbalik kepada panggilan talipon tadi, dia menyuarakan hasrat mahu meminang aku. Sangat drama kan? Arum buler aku macam takleh nak caya..Aku yang saspen hanya menyerahkan kepada .abang. dan mom untuk membuat keputusan. Dan nampak gayanya Harun memang cina yang pandai ambik ati lah. Kaw kaw lah pandai.. masalahnya di sini nanti, sanggup ke tukar agama? Ha yang tu belum lagi ditimbulkan.. kerana menurut Harun, dia sendiri akan turun datang ke Sri Aman dan datang berjumpa family aku pada 26 atau 27hb bergantung pada pelepasan cuti, dan membawa berbincang face to face bersama family. Siap nak tanya ‘nanti kalau sudah nikah, mau duduk mana.. kuching kah sri aman kah london’? ewah..

Tak cepat sesaat, tak lambat sesaat.. :P aku takde gambar Harun.. sebab aku memang dah kenal dia..luar dalam..ahah kenjes..ok aku tipu part luar dalam tapi aku memang kenal dia pon sejak aku kecik masih main kawen-kawen masak rumput masak pasir. Nantilah demi korang aku try tanya kalau dia nak bagi and izin aku letak kat sini k.. Aku teruja, bohong kalau aku kata aku tak gembira.. apa lagi bila dia confess, dia suka kat aku since last year tapi sebab dia tahu aku sedang two is better than one time tu, dia tak ganggu. Sekarang satu family dah tau aku singular no say plural, dia tak lepaskan peluang .. Time is gold you know.. yah.. inggessss i.. hahaha

K lah you all.. panjang 1000 patah perkataan dah karangan aku..exam PTK pun takde mintak banyak gini .. mak aku dapat full 4 4 yo.. hevat the vrillliant sungguh si ibu yang mengandungkan aku itew waima tidak lagi memiliki suami yakni arwah ayah yang merotan aku time kecik dulu sebab curi duit 20 sen.

Eheks, korang rasa, korang boleh percaya cerita aku ni? Kalau betul, korang support aku tak? Dan kalau aku tipu, korang marah tak? Sama-sama kita tunggu 26-27hb April untuk Episod terakhir kisah hubungan aku bersama Harun. Akan ditentukan penerimaan nya pada tarikh keramat itu nanti. Oleh yang demikian juga, post mendatang akan kembali kepada rutin biasa.. jangan dihebohkan dulu.. sama-sama kita bersabar yek.. bye!



Monday, April 12, 2010

.Abang.



“Kirim salam ngan adik kau” [kirim salam kat adik ko]

“Aku tok gik idup. Langkah mayat ku lok mun ada beran” [ aku ni idup lagi. Langkah mayat aku dulu kalau berani]


Hah..! korang ada tak abang yang garang? Aku ada. Abang aku yang kedua. Dia yang paling tinggi dan besar dalam family. Very protective terhadap aku, especially protecting me from his friends. Dia filter segala kawan-kawan dia yang nak kenal dengan aku. Pendek kata, tak ada seorang pun yang pernah berjaya mengorat aku dengan successful. Kalau ada yang nak berkenalan, pasti before nak ajak aku keluar ke, akan ber tanya ‘abang ada dirumah?’ kalau ada, umpama mimpi dalam mimpi saja lah..


Tada..ni lah my brother.. time ni tahun 2006, dia masih maintain tough.. sekarang sejak kawen, agak gendut..


Aku tengok abang orang lain, tak kisah pun adik derang ber couple dengan kawan mereka sendiri.. ada jugak yang menggalakkan, ada juga yang hal kau hal aku.. tapi abang aku stok gangster memang tak bagi ah.. dia cukup-cukup tak bagi aku ngedate mana-mana sorang pun kawan dia.. sebab tu, dalam kumpulan sepupu sepapat, aku agak awkward. Kazen mazen aku yang lain, kira satu geng semua dengan kawan abang aku, campur dengan kawan yang lain boleh je ngam.. bila aku masuk, topik agak-agak ayam dan itik..

In a way, aku prefer jugak macam tu.. at least I know my brother loves me and will do anything to let no harm comes to me, am I not rite? Abang aku garang garang kucing garong, tapi hati tetap penyayang pada adik dia yang sorang ni.. :P maklum, aku sorang puteri di rumah, haruslah dijaga ..

Eheh, why this topic today? Ada reason.. to be honest, sebenarinanya ada seorang telah berjaya mencuri hati aku and guess what, abang aku bagi GREEN LIGHT! Hahaha jeng jeng.. silalah speku.. tapi anda semua harus bersabar menunggu my next update ok? I will let you guys know..la la la..




Friday, April 9, 2010

Entry Sentimental Yang Panjang


Hari ini jiwa aku sentimental.. post aku mungkin kurang menarik kali ini, sebab akan mengisarkan kisah perasaan dan hati jadi kalau korang rasa tak nak teruskan pembacaan, takpe..aku tak kisah..tak marah pun, sudi singgah pun dah cukup ok..

Aku nak bercerita dari hati ke hati dengan korang semua..perasaan hati aku yang dilahirkan sebagai seorang wanita.

Korang pasti sedia maklum, aku baru melepasi episod ‘break-up’ dengan ex aku bulan februari lepas.. So, sorry korang kalau ada masanya aku okay, ada masanya aku tak ok.. Bila aku tengok orang lain mcm senang je nak bahagia, lancar je perhubungan, takde masalah, aku jadi cemburu tau. Aku tak faham kadang kenapa susah sangat hubungan aku nak kekal. Aku kalau dah sayang seseorang tu, sayang bagai nak rak kasut.. adakah itu penyebabnya? Aku tak clingy ok..aku bagi kebebasan jugak pada bf aku untuk keluar bersama rakan-rakan, waima dengan rakan perempuan sekali pun.. penyudahnya, bf aku sangkut dengan perempuan lain jugak… Kalau terlalu di kontrol, ibarat menggenggam telur ayam kampung terlalu kuat, akhirnya akan pecah tetapi kalau terlalu longgar, akan jatuh dan pecah juga..

Tapi kalau dah jumpa yang di berkenan kan..yang sejuk mata memandang, yang boleh sayang kat aku, keadaan persekitaran pula tidak mengizinkan.. agama, jarak, latar belakang keluarga, komitmen dan semualah.. ada saja yang menghalang perhubungan itu daripada menjadi mekar. Kenapa? Orang itu yang aku nak, tapi disebabkan semua faktor tersebut, hubungan yang ingin dibina diranapkan begitu saja. Kenapa?

Korang mungkin boleh kata, apa susahnya aku nak cari pengganti? Oh tak susah. In fact, seriously easy. No shit. Tapi untuk mendapatkan yang benar-benar jujur amatlahhhhhh nauzubillah susah. Men like to pursue and pursue, ONLY. They like the game of pursuing, makes them a MAN. Im sorry if im being typical but through my experiences, kebanyakan lelaki lebih banyak mencuba power daripada benar-benar ikhlas. Aku dah 18 nak masuk 27 ok, jangan kata pengalaman aku kurang.. terlebih mungkin!

Aku tak kemaruk nak kawen, aku cuma penat, fedap, lelah, semput dan demam denggi nak mencuba lagi. Baru saja hendak membina harapan, baru saja hendak menyulam kaseh, tebabom dimusnahkan.. just like that.. apakah hati dan perasaan memang fungsinya untuk dikecewakan?



Maka sebab itulah aku dah tak kesah sekarang ada atau tak ada teman dalam hidup. Momantai. Sebabnya, aku sendiri pun sudah tidak lagi begitu mudah percayakan kata-kata ciptaan agung Tuhan yang satu lagi itu. Umie Aida yang cun giler babs tu pun kawen umur 36, so kenapa tidak aku?? Mana tau, time tu boleh dapat Datuk Paduka. Nah, telan air liurlah kamu orang semua yang pernah mempermaenkan perasaan aku.. heheh.. takde lah, cukup sekadar aku mendapat calon pasangan hidup yang JUJUR, IKHLAS, dan PENYAYANG serta menerima aku seadanya.. tak banyak yang aku minta kan??

Dah lah, kalau nak bercerita soal hati ini, sampai ke Cape Town pun belum tentu habis. Aku tidak sesekali mengeluh takdir yang dianugerahkan Tuhan kepada aku, mungkin memang benar, ini dugaan yang perlu aku tempuhi dulu sebelum aku benar-benar boleh mengecapi bahagia.. What ever may be, may be..Que sera sera.. terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke titik terakhir. Muah!


*agak-agak, boleh dapat A1 tak karangan bm aku ni kalau amik spm lagi? Ehehs…




Wednesday, April 7, 2010

Mom, Carikan Jodohku


"Mom, if ever i reach the age 30 and belum kawen, mom sajalah carikan jodoh untuk saya k mom.."


This was the line i gave my mom last week.

Ehek.. Mom tersenyum sumbing.. mungkin tak percaya aku boleh mengutara selatankan ayat drama melayu sebegitu rupa kepada dia.. Waktu aku cakap macam tu, aku dengan mak aku sedang on the way driving ke Kuching.. jadi kami layan-layan gossip and eventually landing ke cerita bekas cowok aku yang lepas.

Buat pengetahuan semua, mak aku dah tau segala cerita dari A-Z... terperinci aku ceritakan pada mom.. mom aku pun tau kesah gf kepada bekas cowok aku itew yang sentiasa dan masih lagi mengharrass aku dengan message-message yang merimaskan [yes guys, sampai sekarang, apa dia nak dari aku pun aku tak tau..bikin pening!].. Mak aku juga tahu dan kenal siapa perempuan terbabit... uih, pendek panjang kata, mak aku tau semualah..

In a way, im glad she knows.. mak aku nasihat 'dont worry, a better man will come into your life and he'll be yours forever to keep'.. Thanks mom, you're the best..

Tapi, kalau masih jugak tak jumpa sampai umur 30, berbalik pada statement atas tadi ye mom??? kih kih kih..


`the greatest revenge for a girl who stole your man is to let her have him as a truly good man can never be stolen..' - thanks elle oh nanan for this wonderful quote..



Monday, April 5, 2010

Latest Updates


Im back! Wuih.. terasa bagai ditusuk sembilu bisa, pedihnya entah bila akan terhenti kerana telah lama ku tinggalkan blog tanpa berhapdeto.. sorry guys, i was away in KL last weekend, spending my 3 days of heavenly holidays with west friends. Intentionally did not bring my laptop.. :P.. So quick updates on my marvelous weekend di KL boleh?.. Layannnn

Stayed at Myra's crib, very 'state of the art', red-black themed interior design. It was like staying at a 5 star hotel! Except for the part, tetiba kan di pagi minggu ada kenduri kawen tapi pasang lagu syahdu.. maka kawen, tapi lagu stok lagu putus cinta. hahaha crap! [thanks Myra for sudi'ing menerima kamek atang umah kitak.. muah muah!]

Anyway, cerita panas.. di KL saya telah.. erk saya? ok amoi, boleh blah.. masa di kl, 3 hari aku ditemani seorang insan yang sudi menjemput, membawa, memandu, menyuap, menyudu, membonceng..[hahaha] mendukung..opssss tersasul... aku kemana saja aku nak pergi.. saspen kan? Siapa kah orangnya? Too soon to be revealed lah geng.. i kesopanan dan kesusialan lah.. eh, kesusilaan.. hahaha.. inggar ku.. yang pasti, seseorang ini baik di mata aku, mungkin kah Two is Better Than One although i have the rest of my life to think and figure out the rest without rushing into things.. Yer.. hahaha.. Masih edah aku ni oii deng! Mengikut perkiraan kalendar sailormoon, edah aku akan tamat penghujung bulan Mei. Pergh, gils lamsss.. 2 bulan lagi yo! mati lah aku yo! hahaha..

Ok tutup cerita speku.. aku pening kepala ni.. esok keja.. malam-malam asek tido kul 3.. dan aku sangat frust Man United kalah vs Chelsea last saturday.. Why Man U, why? Rooney ku injured.. oh oh rooney.. get well soon k? i miss u too sayang! smooch smooch..! ahak hak..

Enjoyce gambar-gambar percutian aku di KL yek.. Daaa...


Flaming Steamboat, Sunway Pyramid with Gee, Zsa-Zsa and Abby


Sunway Pizza Hut ..


With Zsa Zsa.. siapa rasa nak jadi extra, silalah berhubung dengan member saya ni..orang production.. kalau layan cerita Blogger Boy, ha ada la si Zsa Zsa nih.. lumayan jugak jadi extra tau, aku pernah join. Ada masa dibayar RM50, ada ketikanya RM100 and kalau shot pendek, RM30.. tengok-tengoklah.. [tak dpt jadi pelakon betul, jadi pak pacak pun jadilahhhh haha]


With my angels again..

K guys, nanti-nantilah hapdet lagi ye.. kepala aku bagai nak meletup dah ni gara gara gigeh nak update blog.. taking care and keep on touching! muah..