Aku menguap, kucing aku pun menguap. Aku tido sebelah kiri, dia tido sebelah kanan. Kemudian sama-sama berderok.. zzzzzz..
Serious kepenatan mengajar tadi siang selepas lebih 2 minggu bercuti. 4 jam pulak tu with only half hour break in between. Pelajar aku bukan ramai pun, 15 je, semuanya form 5 yang dikehendaki hadir untuk Kelas Tambahan Saujana SPM. Buat main gah lagi nama sekarang, saujana maulana bapak kau.
Pok pek pok pek aku ajar summary arini.. word substitution, word category, shortening passages, shortening sentences, shortening paragraph dan hujungnya, aku sendiri electric ‘sot'.. disebabkan tahun ni aku hanya mengajar form 4, aku tak berapa nak tau tahap pencapaian pelajar tingkatan 5. Tapi kerana kekurangan guru bahasa Inggeris, kena jugak saya yang menurut perintah turun mengajar..
Walau bagaimanapun, kali ini.. buat kali terakhirnya, aku menerima tugas dengan lapang dada.. aku menerima tanggungjawab terakhir aku ini demi untuk bersama pelajar yang sangat aku sayangi.. demi untuk berada di persekitaran itu.. oh my romero, i never thought this is going to be hard. So DAMN hard. Cuma mungkin aku saja berlagak selamba... akan aku rindu pada mereka semua.. oh darn, i hate GOODBYES..
Yup, you read that right. I’m leaving the school soon... Something i’m not even ready to do.. tapi apa boleh buat, demi masa depan, semuanya terpaksa.. Honestly, aku betul-betul sakit kepala semalam memikirkan i have lots to leave behind.. Penempatan yang tidak alang-alang, iaitu Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur benar-benar membunuh jiwa aku.. aku tiada kerelaan langsung untuk kembali ke KL, tempat yang pernah aku diami selama 3 tahun dulu.. Sangat tidak rela.. sedih aku..
Kalau orang lain mungkin seronok, apa kau nak, KL semua ada, life tak pernah mati.. i know that,aku dah pernah rasa.. dan kerana aku dah pernah rasalah seboleh-bolehnya aku nak elak dari duduk sana semula, terlalu hectic for me.. Sarawak memberi berjuta ketenangan dalam diri aku ok.. kepada si dia, aku menangis.. aduhai, susah.... aku tak membenci profesion aku, sebab ini memang minat cuma aku terkilan diberi penempatan yang terlalu jauh, sehingga seberang lautan... *mode sedih... aku dah kehabisan cara menyedapkan hati sendiri.. tolong aku please... :'(
*Nampak gaya aku pulak yang akan jadi pelajar lepas ni.. hmm..

