Sunday, January 31, 2010

PS2

Wassup wassupppp... Ahmoi's back!.. Sorry ye tak hapdet, aku gi enjoy kat kuching .. Okeh, sekarang aku nak share dengan korang apa aku buat sepanjang weekend ni tadi, boleh?

Yesterday's activities..

Kononnya gi Clinique just nak temankan my friend Anne membeli foundation, tup tap tup tap aku pon turut membeli last last.. adoheh.. Aku gitau ahmoi promoter, complexion aku uneven tone.. So dia sajes la kat aku whitening product.. aku ni, memang takla berapa nak berkenan produk putih memutih, sebab aku pernah baca produk putih memutih ni mengikis kulit.. ish, kang aku pakai, kena kikis sampai tulang, baru lah haru biru kan.. So i ended up buying this..

Clinique Turnaround Concentrate worth RM190 for 30ml. Yang ni fungsinya adalah untuk menaikkan seri wajah, atau dalam erti kata lain, radiance.. I admit, i have a dull and tired face. Each time lepas keja, sure wajah aku ketara sangat penat and kusam.. So Clinique Turnaround kononnya bolehlah membuatkan heads turn terpesona melihat wajah aku. Bagai. Hik hik.. Tunggu dalam seminggu, tengoklah kalau ada perubahan ke tak yek:)

Lepas tu, aku dengan geng retail therapy aku, Anne pantas menapak ke MNG dimana aku telah mencuba beberapa jenis dress dan baju..

RM129...bapak mahal.. cukuplah aku cuba saja.. tapi cantik kan? kalau ada sesapa baik hati, birthday aku walaupun masih jauh, boleh la dapatkan ini sebagai hadiah in advance..amatlah dihargai.. terima kasih!! [oh, saiz S ye..] hik hik hik..

Pastu aku cuba yang ni plak.. sama je harga, RM129.. pergh. Tak dapek den..tapi sama cantik macam dress tadi kan? Anne cakap, kalau aku nak gi beli groceries,Everrise ke, sesuai la pakai baju ni.. ala-ala ayu gitu..hahaha RM129 untuk membeli groceries.. baik!

Finally aku cuba yang ini.. First time tengok aku dah fall in love.. knitted material, oh oh kegemaranku..long sleeve plak, lagi aku suka.. Selepas berkira-kira, beli tak beli, beli tak beli, i decided to just buy.. Jarang sekali aku shopping barang-barang mahal ok, boleh tanya memember aku,[kan??] kalau bab beli baju, FOS tempat pertapaan aku.. Buy 1 free 1, or Buy 2 for RM29, ha this is my game. Tapi kali ini, semalam aku decide to pamper myself, go ahead je beli, bukan selalu.. So aku dengan linangan air mata gembira, membayar baju ini dengan harga RM89.. he he he..

Then aku gi Body Shop, beli Japanese Cherry Blossom body mist, body butter, curl hair booster and shower gel, totalling to RM113. Pastu gi Guardian plak, beli barang muka.. Aku tukar product this time, dari ZA ke Neutrogena.. Semua sekali, pencuci, toner dan moisturizer RM60..

Last but not least... terima kasih kepada semua blogger friends: Beautiful Stranger, SuePrettyInPink, Zakinah Hipni, Mizara, JT, Faryn Farhana, Florance, Fieza, Ms Abby, A Passer By, Faizal & Fashitah, Eldy, AmirFX, Ching Chong, Joynstar and Cik LyndaWaWa di atas pertolongan dan cadangan hadiah express untuk birthday my sigNificant otHer. {i owe u guys!] Setelah mengira-ngira bajet, dan mempertimbangkan hobi tHe sigNificant otHer, aku telah membelikan beliau ini..

PS 2..

beserta...

10 free games.. rasanya dia mesti suka hadiah ni kan?? Guys, what say you? Dia mesti suka kan????? tHe sigNificant otHer tak tau lagi pasal hadiah ni, ingat nak kasi surprise esok.. So korang kenalah keep this as a secret k..hehe Tapi kan, lepas ni nanti, aku redha je di anak tirikan dengan PS2, sebab aku gerenti sangat tHe sigNificant otHer akan lekat bermain game instead of nak keluar dengan aku.. tau dah..hai lah PS2, bertuahnya engko..

Suffice to say, i spent nearly a thousand in just one day yesterday.. mesti korang geleng kepala.. aku pon.................................................
Haih, tak pernah dibuat alam.. Nasib baiklah bukan selalu.. Ada rezeki lebih, sebab tu la boleh splurge sedikit for myself and him..

Baiklah, aku nak gi berehat dah.. Esok bermula minggu yang baru, haruslah dapatkan tidur yang sekucupnya.. untuk semua, sekali lagi aku ucapkan Terima Kasih,

Good Nite and Sweet Dreams!


Thursday, January 28, 2010

2 Hari Misi Mencari..

Tak lama lagi birthday tHE sigNificant otHer. http://emo.huhiho.com 31hb Januari.. Eh salah..30 Januari.. hahahaa, [salah indah..] Aduh, tiap tahun aku bermasalah when it comes to choosing what to buy for him. Terhad la hadiah untuk lelaki ni kan? Asyik asyik kemeja, perfume, wallet, tali leher..lama-lama dia jerut diri sendiri guna tali leher tu..

Isk, susah tul..kalau tak beli, tak pe ke? Bagi kad sudah.. dengan kek.. cukup? Setahun aku pikir tau tak, hadiah apa paling sesuai.. Asal dah masuk je tarikh 31 Januari, dah sudah, start pikiq untuk hadiah tahun depan plak.. ha tahun ni dah tiba, dah dekat dah pon...lagi 2 hari..aku belum beli apa-apa lagi ni.. aku lupa lagi la ada..matilah.. Aku busy k, time aku banyak keja, mana nak ingat..bila time aku ingat, ha time cenggini la...time2 nak tido.. mana da kedai bukak lagi dah kul 12 malam bai..

Banya
k dah usaha aku, carik sources dalam internet, pastu ingat nak resort kepada membeli barangan online..takde plak yang best..balik-balik wallet, tali pinggang, cawan love dovey, keychain nama aku dan dia, teddy bear.. mak ai, wasalamu la aku nak beli kan..semua ni memang jauh panggang dari api, mengarut je beli .. beli yang praktikal, lagi berbaloi-baloi.

Aku tau la aku girlpren paling tak best bila masuk bab beli membeli hadiah terutama sekali hadiah harijadi.. Aku krisis ketandusan idea sekarang ok.. http://emo.huhiho.comHadiah seperti handphone, perfume, pen, dvd player and what not dah pernah dah aku belikan untuk dia..Sebab tu like i said, barangan lelaki amat terhad.. takkan aku nak beli kemeja lagi? 2 almari dah.. wallet pun sebakul ...bagai..

So
, tolong korang, aku mintak bantuan emergency tahap darurat ni, tolonglah bagi aku idea express.. lagi 2 hari nak masuk 30hb.. matilah aku..Tang mana aku nak cekup hadiah paling best dengan harga best dan lokasi yang best? (di kuching sahaja please) Since aku turun Kuching besok..aku ada 2 hari untuk menyelesaikan misi dan akhirnya merungkai segala kekusutan dalam kepala aku...aaaa tolong!!!! http://emo.huhiho.com



Tuesday, January 26, 2010

Mabuk Kepayang..

I'm feeling the loveeee today yaw.. hahaha I am soooo

http://emo.huhiho.com

in love!! Met tHe sigNificant otHer and wooh.. hahaha perlukah aku cerita lebih lanjut?? Na'a !.. Rahsia sulit kerajaan cinta..!

Tapi kan, lepas je bertemu dengan tHe sigNificant otHer tadi, serious telah menyebabkan aku

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

menjadi lihai..hehehe.. panahan asmara berjaya menyebabkan aku tangkap leleh. Tiap kali bertemu tHe sigNificant otHer, tiap kali itewlah aku jatuh cinta, over and over again.. :P

Ok, straight after lunch, aku turun pejabat, buat keja sikit..tapi mak ampun, sangatlah

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

memenatkan! Aku stay dalam sejam je, lepas tu terus blah balik. Walaupun duduk dalam aircond, tetap berpeluh jugak. Mungkin kah peluh akibat penangan cinta? Wahh! hahahaha matilah censored..

http://emo.huhiho.com

Eee gediknya montot! haahhaa geram aku weih!

Sebenarnya, aku ingat malam ni nak keluar lepak dengan Min Yien tapi aku mengantok giler sekarang. Terus kensel. Kesian Min Yien, takpelah, esok i'll make it up to her..eheh. Rasanya lepas mandi & makan nanti, aku siaran langsung terus dalam bilik..

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Mungkin cuaca penyebab kot, sebab arini tadi memang panas.. Menyebabkan aku betul-betul penat..Aik? Penat lepas jumpa tHe sigNificant otHer? hahha, alah korang ni, blue sungguh. Aku cikgu k, baik punya.. juMpa lunch je pon, tapi more than enuff untuk mengocakkan jiwa dan perasaan aku.. pergh, ayat.. But really, memandang wajah tHe sigNificant otHer memang cukup mengujakan, cukup memabukkan aku.. God's greatest creation ever invented for me..

http://emo.huhiho.com

tHe sigNificant otHer of mine.. hahaha ada kelas yo..!

K lah people, aku nak berehat.. Tomorrow another long day for me.. Plus, aku nak layan kerinduannnn yang bertandang di hati ini, perasaan yang amat menggila.. seronok kan di alam percintaan?

http://emo.huhiho.com

Kepada Spongebob B, sayang kamu, rindu kamu..

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Good night, sweet dreams. Muacks!



Comel je menatang Rabbit ni.. hehehehe


Monday, January 25, 2010

Konon Je Dah Merdeka

"Orang mana?"

"Sri Aman"

"Kat mana tu?"

"Sarawak.."

"Oh, tak tau.. datang KL naik apa?"

Samdol. Aku naik kapal selamlah bongok. Ih, geram. hahaha. Pepagi emosi. Apasal aku. Bulan terang, bulan mengambang agaknya kot...kekekeke [benci orang gelak macam ni] Cerita ni cerita dulu lah, time aku duduk KL. Geng aku orang KL jangan kecik hati berulam jantung pulak. Ini ditujukan khas buat manusia yang Sejarah nya gagal F9 atau PMR E. Atau gagal Geography dibuang negara.. bukan semua. Kang tak pasal-pasal orang buat fan page anti Ahmoi plak kan. Mati lah aku. Eheks.

Aku bernasib baik sepanjang beberapa tahun aku dok KL, pergh geng aku semua best-best hingga menjilat jari. Sampai ke la kitorang masih geng keras. Housemates aku sorang dari Penang, sorang Melaka, sorang Kedah, sorang KL, sorang Kelantan. Awal2 lagi kitorang dah aplikasi 1 Malaysia hokey, kalah Pak Najib.. eheks..

Eh jap.. nanti aku sambung.. Kawan aku ajak breakfast. Be Right Back!

***********


Ok sambung..

Hilang plak idea. Haih. Lepas makan kuey tiaw kerang pergh gilas sadaps. hahaha dulu duduk KL, aku selalu mengidam nak balik makan sayur midin (sayur question mark bak kata orang semenanjung).. mengidam nak makan sayur keladi, sayur cangkuk. oh semuanya aku hingin time tu sebab tak tahan masakan pedas, sampaikan sayur pun turut dimasak pedas. Sungguh aku tak tahan dulu tapi i got along fine after some time. Peberet aku last time ayam goreng paha kedai mamak. Shioh, addicted sungguh..aku rasa dia taruk dadah jenis heroin hindustan!..haha..Dulu aku duduk Cyberjaya, jauh bagai.. RM15 naik ERL pergi KL Sentral yo.. Nak tunggu bas 8 kurun baru sampai yo.. mati lah. Kalau kat Sri Aman, RM15 dah boleh sampai kampung aku ok yo.. hahaha, tapi aku lama dah tak balik kampung. Mesti nenek maki aku. Ampun nek.. eheks. Sayang neneksss..

neneks aku sebelah bapak. Nenek aku ni beragama kristian. Tapi dia tak pilih cucu. Dia sayang semua. Sebab kami cucu-cucu yang nakal selalu kena sumpit nenek..hahaha tipu je, mana da..dia lah neneks paling sporting, kan nek.. 20 sen pun dia tak nak kasik walaupun nanges tendang-tendang pintu.. katanya " untuk simpanan nanti cu.." oh nenek.. u make me cry..

Cerita
pasal neneks plak kan. haha. Satu yang aku cukup tak senangi dulu iaitu,before aku pindah KL, memang aku dah couple dengan mamat cina dari KL. So, boleh agak lah memang pada family dia aku berkongsi kasih. Tapi certain geng-geng aku takleh terima. Yang lelaki la, bukan perempuan. Derang tanya aku "dah takde melayu dah ke nak dijadikan boyfren?" Pedas jugak tapi aku senyum je.. aku cakap "Taste bud aku tak sama dengan orang lain, plus aku pun bukannya Melayu, aku Iban Melanau muslim.." eheh.. People are entitled for their own opinion so i just let it slipped.

Kesedaran
tentang 1 Malaysia memang masih kurang. Yang pasti, Sarawak adalah contoh terbaik [bukan angkat bakul negeri sendiri tetapi memang hakikat] sebab di Sarawak alone ada 27 etnik dan boleh hidup aman damai. Cuma belum ramai rakan-rakan aku yang jejak kaki ke negeri bumi kenyalang ini yang suka potong kepara!! hahaha matilah semua takut, sorry gurau aja dong..Sarawak is one of the nicest place in Malaysia, really.. The only thing is, Media tourism selalu tunjuk orang iban menyumpit, pakai cawat, naik sampan, so memang padan pun sometimes orang berpersepsi Sarawak masih mundur walaupun realitinya kami sudah ada Bandaraya Kuching dan Miri..

Nak
salahkan siapa? Tepuk pinggan tanyalah mak masak apa arini..

Saturday, January 23, 2010

Sukanya Kena Tag!!


He he, it's been agesssss since i post a tag entry.. i got tagged by Florance, so here goes.. thanks Florance!




1) Where is your cell phone?

on my right and left..

2) Relationship?
i'm in one.. :) he adoressss me.. what's not to like bout me? wah..hahahaha

3) Your hair?
Curly, long, black. My precious crown..

4) work?
I'm a teacher... i teach crazy students. I'm crazy.

5) Your sisters?
I dont have any. Aku sorang je anak perempuan. Abang 2 orang. Gengsters. eheks

6) Your favorite thing?
My phone, my car, my laptop, my significant other and myself...

7) Your dream last night?
strangely, aku mimpi pergi vacation with my ex and his family.. apakah?

8) Your favorite drink?
Teh C Peng! oh yesss

9) Your dream car?
Yang mahal-mahal sahaja! Lamborghini, Ferrari, Fair Lady, Beemers. Tapi aku tak mampu beli. Nama pun dream kan. ahahaha

10) Your shoes?
Racks and racks of them. Terlalu banyak i lost count.

11) Your fears?
Perompak!

12) What do you want to be in 10 years?
Rich and happy with my husband and kid(s). Oh cliche. hahaha

13) Who did you hang out with last weekend?
My friends, Min Yien, Yien May and Pei Ling. Stayed over at Pei Ling's and went for a movie at tHe Spring.

14) What are you not good at?
Saying no?

15) One of your wish list items?
Holiday trip to USA.

16) Where you grew up?
10 years in Sri Aman, 11 years in Kuching, 3 years in KL and now back in Sri Aman.

17) Last thing you did?
Went for Facial Treatment.. oh lega!

18) What are you wearing?
Since im at home, i usually wear less clothes. hahhaa censored sungguh.. now im in my mini skirt and a baby-T..

19) What aren’t you wearing?
Socks. :P

20) Your pet?
Kitties! lots of them.. :) i love dogs too

21) Your computer?
aaa laptop Acer monitor 8 Inci..

22) Your life?
Fabulicious... loving it down to bits.. Tunggu masa nak settle down je lagi.. amin!

23) Missing?
My significant other..:) cepat gik kitak balit ctokkkk b!

24) What are you thinking about right now?
Going vacation. Goldcoast. Anne, jom gi cuti. Eheks

25) Your car?
Isaac. My kelisa. :) banyak berjasa woo.. ke sana ke mari aku rempit

26) Your kitchen?
Sentiasa penohhh dengan makanan. Tapi aku tak gem gem..

27) Your favorite color?
Red, Green, Brown, Gray..

28) Last time you laughed?
Just now watching Run Fat Boy Run..

29) Last time you cried?
I cant remember..

30) School?
SRB St Luke, SRB St Teresa, SM Sains Kuching.

31) Love?
Evolve in me.. i have lots and lots of'em..

32) So who wants to share their ONEs?? How about?


Beautiful Stranger, JT, MsTikot, Ms Abby, Fieza, Nieza, Joynstar and semualah.. :)

Friday, January 22, 2010

Sungguh Satu Malaysia

Nak dengar konsep Satu Malaysia kat kelas aku tak? eheh.. aku pon baru tau tadi, so aku nak share with you guys.. jom baca..

  • Lim Hsiao Qing
  • Daisy Tandai
  • Nurul Natasha Shahada

Hah.. 3 nama, semestinya menunjukkan 3 identiti, 3 bangsa, 3 agama, 3 sets of parents, and 3 sets of different lifestyles, ada betul??

NAH!! salahhhhhh! sebenarnya, ketiga-tiga nama di atas adalah milik seorang pelajar sahaja. Pelajar perempuan dalam kelas aku. Mesti korang heran kan? Aku pun heran bin ajaib jugak, tapi lepas dia explain.. ok lah, paham lah jugak.. cerekaramanya begini;

Pada suatu hari, budak ni, asalnya dari mak bapak iban.. tapi masa mak dia ngandungkan dia, mak bapak cerai.. (tu yang aku paham dari cerita dia) so bila dia lahir, di anakkan kepada bapak tiri yang berbangsa cina.. Maka, hiduplah dia dengan nama Lim Hsiao Qing..


Nak dijadikan cerita.. tahun lepas, bapak dia yang original recipe, datang claim anak dia ni.. rondeng punya serondeng, tukar lah nama dia tadi kepada Daisy Tandai.. Tapi dalam masa yang sama, mak dia dah lama kawen dengan lelaki melayu sabah. So automatically, mak dia convertlah.. dah ada 2 anak dah pon..kira adik tiri si Daisy ni lah..

Masalahnya, mak dia tak pulak Islamkan si Daisy ni.. walaubagaimanapun, mak dia dah ajar dia doa makan, baca Bismillah.. dan dia hafal, siap baca lagi depan aku..nama pun dah tukar kepada Nurul Natasha Shahada.. tapiiii, dia tak masuk kelas pendidikan Islam..sebaliknya masuk kelas pendidikan moral aku..

Akai, pening kepala aku.. ada jugak kes macam ni yer? nak salahkan siapa? aku tanya jugak kat budak tu, dah islam ke belum? dia kata dia tak nak, tak sedia lagi.. alasannya, dia tak tahan berpuasa. Hehehe tersengih jugak aku.. dia siap bawak gurau "Aku tunggu nama india je lagi nih.. lain semua dah ada..muahaha" dia bantai gelak pulak.. hik hik..alahai kesian, baru 13 tahun umur budak tu pon.. mesti dia konpius giler, usia macam tu, mana tau lagi nak decide apa-apa..dah la soal agama.. bukan soal main-main.

Tu la, nak sangat Satu Malaysia.. amik kau, betul-betul budak ni dah Satu Malaysia!

Wednesday, January 20, 2010

I Made It To Top 3

I was called in yesterday, to attend a second interview with P*.. I didnt know how what to feel, but i drove down Kuching anyway. Arrived Kuching town about 6.20pm, i stayed over at Anne's.

And today, when i got my feet inside P* building, only then i knew i was about to be interviewed by the Chairman himself YBhg Tan Sri Datuk Amar Dr Hj Hamid Bugo together with the CEO, Encik Japri Bujang Masli. Cuak gila babs ok.. 3 kali aku pergi ladies asyik throw the small water..tiap kali masuk washroom, tiap kali tu jugak aku touch up make-up. Memang tebal seinci dengan bedak lah muka aku arini..hehehe

Di sebalik ke'nervous'an aku, i am however proud of myself cause only 3 made it to be shortlisted and i am one of them. Im going against an internal who is currently holding an assistant's post, and a male who already has a permanent job with one of our local universities. I was the only fresh grad there. Salah seorang kind employee situ bagi aku moral support, katanya just do your best. And i did. I gave out all my 200% best during that 30 minutes interview..

Honestly, i am satisfied. Even if i do not get the job, i am grateful i attended the interview. Such a great experience for me.. Im not putting an Everest hope, but i do pray for the best. I take whatever may be. Tuhan dah sediakan rezeki aku, and if that rezeki is mine, it shall be mine.. if not, elsewhere i will find, betul tak?

Im off to bed, another long day at school tomorrow. Nite ducklings!

*Semalam sambil aku study, sambil itu jugak aku membaca post geram para sarawakians terhadap Hani Tarmizi di FB, siap ada group lagi kan.. Pergh.. She totally messed up with the wrong people. Apa ndak jadi ngan nya nek tok..

opss, off topic..chiao!


Monday, January 18, 2010

Fikirlah Sendiri..

Kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang kurang menggunakan akal sebelum menyuarakan sesuatu pendapat. Aku dapat image ini dari FB. Nampak seperti sudah hangat di pasaran kisah ni.. Aku pun baru tau tadi, bila aku browsed page rakan-rakan.



Please click to ENLARGE.

Mungkin si pemilik page FB ini dilanda kemarahan nian, maka tersemburlah ayat-ayat yang kurang enak berkrim terhadap wanita sarawak secara umum. Of course aku terasa sebab aku sendiri orang Sarawak, tapi kita bawa bertenang sajalah.. Sudah besar panjang, dah cukup akal fikiran kan.. sekadar perkongsian, selebihnya lu fikirlah sendiri.. [termasuk kamu wahai pemilik page FB, renungkanlah kata-kata kamu itu semula.. adakah statement itu wajar?]


~Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa~