Friday, April 9, 2010

Entry Sentimental Yang Panjang


Hari ini jiwa aku sentimental.. post aku mungkin kurang menarik kali ini, sebab akan mengisarkan kisah perasaan dan hati jadi kalau korang rasa tak nak teruskan pembacaan, takpe..aku tak kisah..tak marah pun, sudi singgah pun dah cukup ok..

Aku nak bercerita dari hati ke hati dengan korang semua..perasaan hati aku yang dilahirkan sebagai seorang wanita.

Korang pasti sedia maklum, aku baru melepasi episod ‘break-up’ dengan ex aku bulan februari lepas.. So, sorry korang kalau ada masanya aku okay, ada masanya aku tak ok.. Bila aku tengok orang lain mcm senang je nak bahagia, lancar je perhubungan, takde masalah, aku jadi cemburu tau. Aku tak faham kadang kenapa susah sangat hubungan aku nak kekal. Aku kalau dah sayang seseorang tu, sayang bagai nak rak kasut.. adakah itu penyebabnya? Aku tak clingy ok..aku bagi kebebasan jugak pada bf aku untuk keluar bersama rakan-rakan, waima dengan rakan perempuan sekali pun.. penyudahnya, bf aku sangkut dengan perempuan lain jugak… Kalau terlalu di kontrol, ibarat menggenggam telur ayam kampung terlalu kuat, akhirnya akan pecah tetapi kalau terlalu longgar, akan jatuh dan pecah juga..

Tapi kalau dah jumpa yang di berkenan kan..yang sejuk mata memandang, yang boleh sayang kat aku, keadaan persekitaran pula tidak mengizinkan.. agama, jarak, latar belakang keluarga, komitmen dan semualah.. ada saja yang menghalang perhubungan itu daripada menjadi mekar. Kenapa? Orang itu yang aku nak, tapi disebabkan semua faktor tersebut, hubungan yang ingin dibina diranapkan begitu saja. Kenapa?

Korang mungkin boleh kata, apa susahnya aku nak cari pengganti? Oh tak susah. In fact, seriously easy. No shit. Tapi untuk mendapatkan yang benar-benar jujur amatlahhhhhh nauzubillah susah. Men like to pursue and pursue, ONLY. They like the game of pursuing, makes them a MAN. Im sorry if im being typical but through my experiences, kebanyakan lelaki lebih banyak mencuba power daripada benar-benar ikhlas. Aku dah 18 nak masuk 27 ok, jangan kata pengalaman aku kurang.. terlebih mungkin!

Aku tak kemaruk nak kawen, aku cuma penat, fedap, lelah, semput dan demam denggi nak mencuba lagi. Baru saja hendak membina harapan, baru saja hendak menyulam kaseh, tebabom dimusnahkan.. just like that.. apakah hati dan perasaan memang fungsinya untuk dikecewakan?



Maka sebab itulah aku dah tak kesah sekarang ada atau tak ada teman dalam hidup. Momantai. Sebabnya, aku sendiri pun sudah tidak lagi begitu mudah percayakan kata-kata ciptaan agung Tuhan yang satu lagi itu. Umie Aida yang cun giler babs tu pun kawen umur 36, so kenapa tidak aku?? Mana tau, time tu boleh dapat Datuk Paduka. Nah, telan air liurlah kamu orang semua yang pernah mempermaenkan perasaan aku.. heheh.. takde lah, cukup sekadar aku mendapat calon pasangan hidup yang JUJUR, IKHLAS, dan PENYAYANG serta menerima aku seadanya.. tak banyak yang aku minta kan??

Dah lah, kalau nak bercerita soal hati ini, sampai ke Cape Town pun belum tentu habis. Aku tidak sesekali mengeluh takdir yang dianugerahkan Tuhan kepada aku, mungkin memang benar, ini dugaan yang perlu aku tempuhi dulu sebelum aku benar-benar boleh mengecapi bahagia.. What ever may be, may be..Que sera sera.. terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke titik terakhir. Muah!


*agak-agak, boleh dapat A1 tak karangan bm aku ni kalau amik spm lagi? Ehehs…




Wednesday, April 7, 2010

Mom, Carikan Jodohku


"Mom, if ever i reach the age 30 and belum kawen, mom sajalah carikan jodoh untuk saya k mom.."


This was the line i gave my mom last week.

Ehek.. Mom tersenyum sumbing.. mungkin tak percaya aku boleh mengutara selatankan ayat drama melayu sebegitu rupa kepada dia.. Waktu aku cakap macam tu, aku dengan mak aku sedang on the way driving ke Kuching.. jadi kami layan-layan gossip and eventually landing ke cerita bekas cowok aku yang lepas.

Buat pengetahuan semua, mak aku dah tau segala cerita dari A-Z... terperinci aku ceritakan pada mom.. mom aku pun tau kesah gf kepada bekas cowok aku itew yang sentiasa dan masih lagi mengharrass aku dengan message-message yang merimaskan [yes guys, sampai sekarang, apa dia nak dari aku pun aku tak tau..bikin pening!].. Mak aku juga tahu dan kenal siapa perempuan terbabit... uih, pendek panjang kata, mak aku tau semualah..

In a way, im glad she knows.. mak aku nasihat 'dont worry, a better man will come into your life and he'll be yours forever to keep'.. Thanks mom, you're the best..

Tapi, kalau masih jugak tak jumpa sampai umur 30, berbalik pada statement atas tadi ye mom??? kih kih kih..


`the greatest revenge for a girl who stole your man is to let her have him as a truly good man can never be stolen..' - thanks elle oh nanan for this wonderful quote..



Monday, April 5, 2010

Latest Updates


Im back! Wuih.. terasa bagai ditusuk sembilu bisa, pedihnya entah bila akan terhenti kerana telah lama ku tinggalkan blog tanpa berhapdeto.. sorry guys, i was away in KL last weekend, spending my 3 days of heavenly holidays with west friends. Intentionally did not bring my laptop.. :P.. So quick updates on my marvelous weekend di KL boleh?.. Layannnn

Stayed at Myra's crib, very 'state of the art', red-black themed interior design. It was like staying at a 5 star hotel! Except for the part, tetiba kan di pagi minggu ada kenduri kawen tapi pasang lagu syahdu.. maka kawen, tapi lagu stok lagu putus cinta. hahaha crap! [thanks Myra for sudi'ing menerima kamek atang umah kitak.. muah muah!]

Anyway, cerita panas.. di KL saya telah.. erk saya? ok amoi, boleh blah.. masa di kl, 3 hari aku ditemani seorang insan yang sudi menjemput, membawa, memandu, menyuap, menyudu, membonceng..[hahaha] mendukung..opssss tersasul... aku kemana saja aku nak pergi.. saspen kan? Siapa kah orangnya? Too soon to be revealed lah geng.. i kesopanan dan kesusialan lah.. eh, kesusilaan.. hahaha.. inggar ku.. yang pasti, seseorang ini baik di mata aku, mungkin kah Two is Better Than One although i have the rest of my life to think and figure out the rest without rushing into things.. Yer.. hahaha.. Masih edah aku ni oii deng! Mengikut perkiraan kalendar sailormoon, edah aku akan tamat penghujung bulan Mei. Pergh, gils lamsss.. 2 bulan lagi yo! mati lah aku yo! hahaha..

Ok tutup cerita speku.. aku pening kepala ni.. esok keja.. malam-malam asek tido kul 3.. dan aku sangat frust Man United kalah vs Chelsea last saturday.. Why Man U, why? Rooney ku injured.. oh oh rooney.. get well soon k? i miss u too sayang! smooch smooch..! ahak hak..

Enjoyce gambar-gambar percutian aku di KL yek.. Daaa...


Flaming Steamboat, Sunway Pyramid with Gee, Zsa-Zsa and Abby


Sunway Pizza Hut ..


With Zsa Zsa.. siapa rasa nak jadi extra, silalah berhubung dengan member saya ni..orang production.. kalau layan cerita Blogger Boy, ha ada la si Zsa Zsa nih.. lumayan jugak jadi extra tau, aku pernah join. Ada masa dibayar RM50, ada ketikanya RM100 and kalau shot pendek, RM30.. tengok-tengoklah.. [tak dpt jadi pelakon betul, jadi pak pacak pun jadilahhhh haha]


With my angels again..

K guys, nanti-nantilah hapdet lagi ye.. kepala aku bagai nak meletup dah ni gara gara gigeh nak update blog.. taking care and keep on touching! muah..





Wednesday, March 31, 2010

Hidup Hanya Sementara..


Pagi
tadi time breakfast, geng-geng bercerita tentang Din Beramboi yang sedang koma sekarang akibat dari jangkitan virus kencing cik tik.. aku tanya 'din beramboi' mana..yang jadi judge Raja Lawak tu ke?' [ok lah,kantoi aku tengok Raja Lawak].. and yes, that's the guy..

Dengar cerita, Din Beramboi demam sejak minggu lepas tapi kerana kedegilan dia yang kurang berminat dengan doktor, menyebabkan demamnya melarat sehingga mengakibatkan buah pinggangnya tidak lagi berfungsi dan darah diracuni kencing cik tik. Aku musykil, memang tak perasan ek time makan tu, rasa makanan mungkin lain macam? Tapi, dah nama nak jadi kan..


Mengenangkan kisah ini, aku rasa insaf seketika.. Dalam sekelip mata kesihatan kita boleh diragut kan.. macam kes mamat yang mengisi minyak di petrol stesen semalam, sedang asyik isi petrol, tiba-tiba kena rempuh kereta lain.. zas begitu saja nyawa melayang.. kus semangat.. choi choi. Simpang malaikat 44. Lain kali kalau rumah korang ada cik tik, silalah tembak peng peng!

Aku juga terkenang beberapa hari lepas, mak aku jatuh depan pintu bilik mandi akibat lantai yang licin.. Tuhan saja yang tahu kebeliangan hati aku melihat mak aku jatuh.. kesan dari jatuh tersebut, tapak tangan beliau lebam kerana menahan punggung dari jatuh terhentak..bahu pun sakit katanya.. sudah disapukan aloe vera. Syukur tiada kecederaan lebih parah.. dan sesungguhnya sangat-sangat bersyukur kejadian ini tidak berlaku ke atas kakak ipar aku yang sedang sarat mengandung 7 bulan.. kus semangat..... choi choi.. touch wood!


The best mom in the world.


Mak aku jatuh ni bukan kejadian pertama.. dulu masa aku masih study, [mak aku tinggal sorang] beliau pernah jatuh sikit lagi kepala zas nak terhantuk ke bucu simen yang bertingkat..beliau langsung tidak dapat bergerak buat beberapa minit..dan yang paling aku kesal, mak aku tidak memaklumkan kepada aku.. selepas sihat, baru beliau cerita.. mau aku rasa nak pitam.. dah lah tinggal sorang kan..hati mana tak risau..

Aku
banyak kali cakap kat mak aku, carilah teman hidup yang baru, ayah pun dah lama meninggal.. jangan jere kata aku.. kami anak-anak izinkan tapi mak aku memang one man woman lah.. setia pada yang satu.. katanya, dah ada kami pun cukup.. Dan tak lama lagi, mak aku akan bertukar tempat kerja. Arum buler tunggu surat je sekarang bila nak berangkat. Masing-masing aku akan tinggal sorang, beliau pun sorang.. risau aku weh.. cuma aku pendam dalam hati.. hurmm..

Maka, konklusinya.. haruskah aku dan mak aku.. sama-sama mencari jodoh agar You Are Not Alone michael jackson?

Keh keh keh.. [aku ni memang tak boleh nak serius lah ..adoi!] Mum, i laff you!




Tuesday, March 30, 2010

Join FB 'Blogger Sarawak'!


Telah aku masuki blog bertuankan Hajib beradik Najib semalam..ke pagi tadi yek? Entah aku dah lupa..yang pasti kali ini aku memang terujarina nak join sebab aku boleh kenal ramai lagi bloggers dari Sarawak.. so aku dengan berbesar hatirina ingin turut mempromosikan FaceBook Blogger Sarawak kepada seluruh rakyat blogger Sarawak khasnya dan seluruh Malaysia amnya..


Tada.. Jib, kmk nak nanyak kitak, kenak ktk ngkah gambar James Blunt tok? Kenak sik Rentap kah, Rosli Dhobi kah? Time ni aku tengah skodeng blog Jo, Jojo and Joanna. Eheh. Dan haruslah aku yang paling latest ngepost di FB.. chewah.. vangga

Anyway, pencipta Blogger Sarawak ni tak lain tak bukan

I present to you, Hajib.. :)

"Wayang Time" - yerrr ehehs.. Yalah lain kali mbak tripod, sik lelah nyenap ngulur jarik jaoh-jaoh bigik kedaong.. Sik berVlog gik tek?

And also telah dilantik adminnya..si cantek molek mata tak ber eye lid - Vivian Ar.. Rumugam atau lebih dikenali dengan nama blogger nya, Beautiful Stranger [not so stranger anymore are you deng?] hik hik hik...



Eh aie nyah... keh keh keh.. sorry salah uploadinda gambar.. Maok keluar bigik kedaong dari kambin embek pezal pastok..hahhaha.. sorrynina..

nah...Hamikkkkk.. the real cun melecun lecin Vivian Ar @ Beautiful Stranger :-

Sila speku cincin Vie.. hahahaha.. kelihatan gaya Cik Vie kita sedang memikirkan sesuatu.. umpama masalah negara... dalam kepala Cik Vie sarat dengan HTML code - How To Make Love. erk.. hahhha matilah aku kenak tembak peng! peng! Cik Vie ... ampun! Gurau jak Vie..

Aaaa, apart from this, Ms Vie has come up with the idea to organize a gathering for all Sarawakian bloggers. It has been posted in the group's discussion board and i sure hope, everyone would lend a hand or throw some suggestions on what should be done. I've contributed mine, hence looking forward for yours anytime soon. :)

Tunggu apa lagi guys, dah ramai rakan bloggers join.. so why not you?


* Bahasa untuk entry today agak hilai balai. Pardon me if my language isn't consistent. Nak menyenangkan semua pembaca lah kononnya k :P



Sunday, March 28, 2010

Ahmoi Naik Hantu!


Aku
pantang sangat dengan orang yang tak reti berbaris. Tak kiralah time membayar ke, time keluarkan duit dari ATM ke, atau di mana-mana, adab kena jaga ok kau.. aku tak peduli kau muda, kau tua, adab mesti ada!

Hari ini aku naik moha, sikit lagi nak bertukar jadi raksasa gorgon gara-gara seorang manusia memotong queue time membayar barang di kedai. Memang ramai orang di kedai tadi, sesak, yelah orang pun baru terima gaji maka semua stok nak isi barang keperluan rumah.. barisan membayar pun panjang, akan tetapi semua orang pun berbaris.. yang kau tiba-tiba pergi potong potong potong tmnet barisan tu kenapa??


"Bayar yang ni dulu.."



Wah wah..! Sedap pizza hut kau potong barisan aku, boleh lagi demand settlekan barang kau dulu ye?? Mintak maaf pun kau tidak.. Memang nak bagi my blood go upstairs ni!


"Barisan di belakang makcik.. kami semua berbaris.. saya dah berbaris dulu di sini.."


Nah, amik kau. Aku direct sound system Sony kat makcik tu.. pangkatnya makcik, aku tau.. memang kalau korang nak cakap aku kurang ajarina aku terima..tapi korang boleh rasa tak, makcik itu lagi kurang ajarina dengan semua orang yang berbaris termasuk aku? Lagi dah tua, sepatutnya lebih tau adab, kan? Ke salah?


"Sekejap jak tok.. cgek jak.." [satu je ni, tak lama]


Habis kalau semua nak macam tu, memang aku dari awal sebelum tu dah potong tmnet dulu sebab aku pun hanya membeli sekotak air soya.. logika? Boleh lancar je makcik ni menjawab kan, panas betul hati aku.. menggelegak tahap chicken sizzling! Geram!! Kau hanya bernasib baik adab ketimuran masih aku pegang, kerana aku hormatkan kau sebagai orang yang lebih berusia dari aku, sebab tu aku tak keluarkan ayat lagi kurang asamboi ok makcik!

Kalaulah
kauuuuu tadi lagi kurang ajarina dengan akuuuu, kus semangat kotak soya aku baling masuk bakul kau bayar!

Amik, aku sangat sangat geram ramlah ram sekarang... huh!




Saturday, March 27, 2010

Entry Hitam


..........










































Supports Earth Hour
2030 - 2130
Blog Berehat Seketika Ya Rakan-Rakan..
*Click!
[Blog Tutup Lampu]



Thursday, March 25, 2010

Serabut Ayam


"This.."


"Des.."

"No, it's pronounced as 'Dis' not 'Des'..

"Des..."

"*$%^&*(%^&*(%$^&*%^&!!!!"

**********

"Can.."

"Come.."

"No, it's pronounced as 'Ken' not 'Kam'.. cuba lagi sekali.."

"Come.."

Yarabi biol kepala aku..

**********

"Here, dalam bahasa melayu bermaksud 'Sini'.. sila tulis dalam buku kamu.."

"Miss, macam mana nak eja 'Sini'?...

______________________ <--- skrin monitor garis lurus tanda sudah meninggal dunia.


**********

Tuhan Sekalian Alam,
berikan lah aku dinding kesabaran setebal dinding uterus. Kerana saat ini, dinding kesabaran aku hampir pecah berkecai tahap mahu menelan budak. Janganlah biarkan dinding kesabaran aku runtuh setiap bulan!..

Tuhan Pencipta Teragung,
berikan lah aku kekuatan segagah Badang. Kerana saat ini, kekuatan aku hampir mencecah tahap mampu menempeleng kepala budak sehingga berpusing 360 darjah..

Tuhan Maha Penyayang, berikan lah aku sifat kasih sayang sedalam Romeo dan Juliet. atau Uda dan Dara.. or Laila dan Majnun.. atau Angelina Jolie dan Brad Pitt. Kerana saat ini, sifat kasih sayang aku hampir mencecah tahap aku mahu mendera gantung budak di kipas angin dan putar ke level paling laju, 5.

Tuhan Maha Pengasih,
berikanlah aku sifat belas kasihan sedalam belas seorang ibu. Kerana saat ini, sifat belas kasihan aku hampir mencecah aku mahu melibas-libas rotan zas zas 120 kali setiap seorang..

Tuhan Maha Memahami,
berikanlah aku kegigehan melaksanakan kewajipan ku sebagai seorang pendidik, segigeh Bill Gates mengumpul harta. Kerana saat ini, tahap kegigihan aku sudah hampir mencecah tahap kegigehan mahu tidur saja..

@@ ___________________________________________ @@


Seriously,
kepala otak aku sangat-sangat jem tart mengenangkan students pemulihan Tingkatan 1.. Mereka teramat lemah dalam subjek English.. Walaupun buku tadika 'Fun with Peter and Jane' sudah dibaca 1,000,000,000 kali, mereka tetap tidak mampu menguasai perkataan-perkataan ringkas bahasa Inggeris.. bayangkan nak sebut 'Like' pun tak tau? Jangan kata nak bagi yang lebih susah dari itew kan??

Aku sekarang berbekalkan motivasi dan kesabaran sahaja dalam mendidik mereka. Geram, ya Allah tuhan saja yang tau tapi aku sedar, mereka tidak mintak dijadikan begitu. Dah memang lemah, seharusnya diajarlah kan.. kalau sudah pandai, dah pasti mereka tak payah turun sekolah.. Haruslah mereka menjadi menteri.. maka dengan berbekalkan ayat penyedap hati ini, haruslah aku tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi Melodi.. oh yeah. ehehs..

Ahmoi, aja-aja!