Sunday, July 15, 2012

My Wedding Pic Pt 1 (Pre-Wedding Pics)


  Here, after 7 months long could i post my wedding pictures. Let's not waste any time. Enjoy my Pre-Wedding Pictures. Credits to AbadiPhotography. He did an amazing job. Loved his work!










 


The photoshoot began as early as 7am and it lasted until 13 hours later. Nang nak leput asa berposing. but all was worth it..Abdillah Ahmad was a superb photographer. Nang sik pandey lelah. Kamek duak laki bini jak mala lapar.. hahaha..

K lah, coming up next gambar Solemnization aight.... gambar Pre-Wedding sebenarnya sangat banyak, ada 1500++ lebih.. mun kitak orang nyuruh kamek upload semua, pey tahun depan sik abis..hihihi.. Enjoice!



Saturday, July 14, 2012

Puan Amoi Is Back.. Again..


hehe. pandey blur indah nangga blog dirik mpun kotan lamak sik di cek..

helo geng.. sorry.. nang sorry lah lebih setengah taun sik ngeblog.. last bulan 11 marek..
yarabi, nang bertelur masin dah blog arum bulak..

makseh ngan semua geng yang wish my wedding. wah, 7 bulan marek. kih kih kih..

im so blessed n happy now. my hubby, Bakri Ibni Mohammad, a terengganuian, very handsome. oh i love him so much.. ahaks, part mek duak, masuk  next entry hokey..

tunggu lah..kamek udah mula berjinak berbisnes nek tok.. jadi agent jual perfume original yang rejected
and also other accessories .. ingat nak molah blog baru tek k bisnes ya but, blog tok dah lamak wujud..
jadi nak tukar ke blog baru rasa mcm sik best jak.. synonim dah nama amoi tok dari dolok kan.. dari Vie belum kawen sampei nek tok udah pregnant.. yer, Vie indah masuk dlm cita.. tahniah vie, sik lamak gik jadi mama kitak.. :) kamek lom ada rejeki koh.. ngarap dapat pindah KL lah sik lamak gik..dapat kamek duduk dekat dengan hubby..

so, tok jak lah lok.. kamek tauk byk gilak cendawan tumbuh bak hari hujan. entah betul kah sik peribahasa tok.. entam. i mean, rami dah blogger baru.. i blogger lama u ol... hihihihi..but i still believe, geng lamak sikkan lupak dengan kamek kan? thank you in advance.. (kondifen jak hihi)

last kopek, apa2 kamek polah kak tok in my business,  arap geng dapat support kamek lah oo..very much appreciated! till then!





Thursday, November 24, 2011

RAIKAN CINTA FELICIA & BAKRI

Sekapur sirih, seulas pinang.
Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami dengan berbesar hati dan sukacitanya mempersilakan

Tuan/Puan/Encik/Cik dan rakan-rakan ke

Majlis Ikatan Janji, Ijab Bersaksi antara Felicia Farida Ramzi dan pasangannya, Bakri Ibni Mohamad pada;

Tarikh: 24 Disember 2011 (Sabtu)
Lokasi: Dewan Suarah, Sri Aman, Sarawak.
Waktu: 10:00 pagi (jemputan hadir) 10:30 pagi (persandingan mempelai)

Semoga dengan kehadiran semua akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati oleh Allah S.W.T

"Ya Allah Ya Latif Ya Rahman Ya Rahim"

Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri,
berkatilah majlis yang diadakan dengan
keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.
Dengan Taufik dan Hidayahmu,
beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

"Amin Ya Rabbal Alamin"

- Dua Hati Berjanji Satu, Semoga Bahagia Kami Selamanya -

Felicia @Ahmoi Chantek & Bakri

p/s: Tema Pakaian Tetamu: - MERAH (^_^)




Friday, November 18, 2011

Counting days..

35 more days to go..

(^_^)

boleh teka?



Monday, November 7, 2011

Sanggup sik?

nah, latest view tempat saya kerja..

           tu naaaaa bot jauh parking..

my first experience..last week..bgi yang tak tau lagi, untuk sampai ke sekolah saya, perlu menaiki bot dari jeti umum semporna selama 10 minit sebelum sampai ke SK Labuan Haji yang terletak di Pulau Bum-Bum.. hehe..

ini dinamakan musim 'mengapok'..maksudnya waktu air laut surut,  bot tak dapat masuk ke jeti  sebab paras air laut sgt rendah, serendah buku lali, jadi kami yang terpaksa meredah air laut untuk sampai ke bot.. ada certain part paras air tinggi hingga paha...jadi guru2 perempuan kena sentiasa bersedia memakai seluar 'fit'... waktu kejadian ni, nasib baik saya dah sedia pakai seluar fit.. sedia lah untuk sinsing kain kurung sampai pinggang...sanggup datang ke tempat kerja ku? 




Wednesday, November 2, 2011

Jauhhhhhhhhhhhhh!!

 hilang hilang hilang..

i know.. nak tau saya kat mana skrg? tempat saya keja skrg? ha kumpul duit byk siap2.. saya tunggu korang datang tempat saya kerja, SEMPORNA SABAH! mari la, pulau mabul, pulau sipadan menunggu..

:)

Friday, October 7, 2011

Iphone atau SGI


Yang mana satu sesuai sekiranya diberi pilihan?

Iphone 4s?
Samsung Galaxy II?

Thursday, September 29, 2011

Ikut barisan, budaya kita?

Bukan saya nak poret pasal perbarisan..takda kena mengena...eheh.. post ni pasal saya balik kampung yang tersayang beberapa minggu lepas..

Nak dijadikan cerita, alkisahnya suatu petang yang redup, suasana romantik di tepian pantai..saya bersama cinta hati naik keta jalan-jalan makan angin.. teringat pesanan kakak yang menyuruh membeli keropok lekor, maka dalam perjalanan, kami singgah sebentar d sebuah kedai yang kebetulan ada menjual keropok lekor..mak ai, barisan punya la panjang.. memang glamer jugak kedai ni, saya bilang dalam hati.. adoi kena queue.. ok takpa, amik la pun, tunggu la pun.. alang-alang dah sampai kedai kan..

So, sok sek sok sek berbaris dengan cinta, ada la lebih 15 minit gitu.. giliran saya pun hampir tiba untuk membayar.. dalam masa yang sama, saya terpandang seorang perempuan mengambil keropok lekor dari peti ais dan berdiri di bahagian tepi meja tidak jauh dari tempat saya berdiri.. saya of course tak amik kisah, mungkin dia sedang berkira-kira nak beli lagi 80 bungkus, ikut selera dia lah kan..betul tak..

Tapi sebaliknya bukan itu yang berlaku.. sampai je giliran saya untuk membayar, dengan tiba-tiba zaassssss.. tanpa segan silu perempuan tadi memotong barisan saya lalu 'Ni berapa?' wow.. silap lah dia.. big mistake.. BIG time..

'Kak, barisan kat belakang.. kitorang pun berbaris gak dari tadi.. saya pun beli 2 bungkus je, ikut jugak berbaris.. orang ramai dah menunggu kat belakang tu..kalau boleh potong macam ni, baik saya pun buat jugak..apa salah sama-sama berbaris..' LOUD lagi CLEAR saya tembak DIRECT lagi STRAIGHT ke muka dia.. haiyo amma.. takda adab langsung.. tau dia tersengih sumbing melihat saya lepas tu.. minta maafnya tidak.. saya tak tau lah kalau orang belakang mendengar apa saya lontar pada dia, saya tak kisah.. mungkin dia ingat dia boleh buat begitu pada siapa-siapa.. wrong, not with me..kemana perginya adab sopan santun budaya kita konon?

Had she asked for my permission, saying she's in urgent to buy the keropok lekor, nicely..i would willingly have myself step aside to give her the way to pay.. that difficult to ask? sigh..

Mari muhabasah diri..