Wednesday, September 30, 2009

Bila Ku Terkenang...

Days since i last blogged.. Ilang mojo..eheh (mala ilang mojo jak jak eh)..

Thanks everyone for the support.. Aku ok, sihat walafiat sentiasa.. Macam mana raya you guys? Tahun ni aku sibuk sangat.. dua events dalam tempoh sangat dekat antara satu sama lain.. takde masa nak rilek, apatah lagi blogging..tapi aku rasa korang pun sama kan...sunyi je aku tengok blog sepanjang seminggu cuti raya tu tadi..

So apa cerita aku this time? Korang semua dah baca kan previous post aku..tentang anniversary my father jatoh pada 27 September. Not a date i fancy to remember but nak buat macam mana, tarikh itu tetap muncul tiap tahun menambahkan tahun yang telah berlalu.

Aku nak kongsi dengan you guys, kehidupan aku masa ayah aku ada, dengan masa ayah aku dah takde sekarang.. sungguh berbeza.. aku pun sort of not the me before.. jom baca kisah aku..

Dulu, masa ayah aku ada, aku anak manja ayah.. apa-apa, sure aku cerita kat beliau.. whatever i want, i just have to say it, beliau akan dapatkan untuk aku.. seriously. Aku nak discman, beliau immediately got a Sony for me.. aku nak laptop, beliau dapatkan juga untuk aku.. sampai beliau meninggal, aku dah bertukar laptop 4 kali dalam tempoh 3 tahun or so.. laptop terakhir beliau belikan untuk aku adalah laptop kekal yang aku masih guna sampai sekarang, dari tahun 2004.. geng-geng salu kutuk laptop aku old skool, harta karun, khazanah muzium, laptop baling anjing, berat dan macam-macam lagi lah..tapi aku buat mukaaaa garam batu jeee... derang apa tau..sentimental value ok..

Dulu aku penakut bawak kereta, really.. bawak jangan tak je lah.. pernah sekali aku bawak Ford bapak aku yang manual itew dari Sarikei ke Sri Aman, berpeluh ikan masin aku dalam kereta..haihhh dah la that time jalan highway belum wujud, masih under construction.. turun naik jalan batu, pot holes..wahaiiii ..Tuhan jak tauk time yaaaaa... but, thereafter, selepas beliau meninggalkan kami, aku tau aku tak boleh jadi macam dulu.. aku belajar drive sorang dari Sarikei ke Sibu naik feri (before jambatan sibu tu wujud).. aku belajar bawak dari Kuching ke Sibu.. aku belajar bawak dari Sri Aman ke Miri..sekarang, mana kau mau.. cakap saja, aku sedia berkhidmat jadi pemandu, momantai.. kacang garing je.. that's y lah mana2 geng yang dah kenal aku, driving dari Sri Aman ke Kuching sorang-sorang bukan perkara baru for me.. alah bisa tegal biasa..

Dulu, aku bertutur masih berlapik.. since aku duduk KL selepas beliau meninggal, aku ajar diri aku jadi tougher.. aku ajar diri aku jangan mudah terpedaya dengan orang lain.. hence, you see the me now, most of the time i'll just talk straight to the point be it benda yang aku sebut tu 'panas' ...benda baik toksah cerita, aku puji depan-depan.. So guys, kalau kadang-kadang aku terlepas cakap, aku mohon ampun dan maaf in advance k.. Kehidupan di KL was never easy, and it made me this way.

Dan dulu, aku jarang bercerita dengan my mother..maybe it's true orang kata, anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah, where as anak laki lebih kamceng dengan mak.. so bila beliau takde, aku rasa janggal bila bercerita with mom.. it took me quite some time before i finally adapt myself to that condition.. sekarang, aku geng keras with my mom..bab fashion, bab make up, bab cuti cuti Malaysia, bab lelaki dalam hidup aku, sebut je lah, semua dalam poket mom.. oh she's the best of friend of mine now :)

Im not saying kalau beliau masih ada, aku kekal menjadi Ahmoi yang dulu ..i wouldn't know that sebab beliau memang dah takde, thus, aku tak tau.. All i know for sure, i am an independent person now, i think further ahead of my own life, and i know i wanna make the best out of it.. i missed beliau all the time, ada masa aku sangat wish he is still around.. something i know yang tidak mungkin akan terjadi, maka terbaik dapat aku lakukan, each time lepas sembahyang, i sent him my prayers.. Kadang aku sampaikan salam rindu pada beliau.. sampai tak rasanya? hmm..

Dad, your darling daughter misses you so much.. take good care there.. May you be in God's good hands.. semoga roh nya dicucuri rahmat.. Amin..

9 comments:

yasser anas said...

amin...

VivianAr said...

kuar aek mata baca entri ktk kali tok..i'm also in mode missing someone who never go back. and i', 100% agree pasal anak pmpuan dgn bapak. dolok2..time gik belom dara. mmg rapat dgn bapak. tok dah tua bangka. supan juak nyawa mok manjak2. hehehe

erolnukman said...

Amin......

Faizal n Fashitah said...

Kehilangan orang yang kita sayang akan membuatkan kita lebih tougher dalam mengharungi liku2 hidup tok. So jangan putus harapan.. kuatkan semangat sehingga mencapai puncak di Akademi Fantasia! semoga kitak berjaya nanti! ehek XD

Felicia F. Ramzi said...

yasser:
amin..

avar:
hmm..kamek nang anak bapak lok. nektok geng keras dengan mak dah.. thanks Avar..

erolnukman:
amin..

F&F:
kamek dah berjaya kelak mek madah k..ehehe

Ivy Metaga said...

terharu kmk baca entry ktk tok , mena padah ktk ya, mmg selalu anak ppuan lebih rapat ngan bapa, tapi kan pas adik ppuan dilahirkan, sik dapat gik manja lebih2, adik take over hehehe...
apa2 pun hidup kena diteruskan..=)

Felicia F. Ramzi said...

Ivy:
thanks ivy..dolok mmg rapat dengan bapak, anak manjak lah katakan.. now no more.. i dont take it people call me manja, so not me anymore..eheh, but yea, life goes on..:)

n i e z a said...

ahmoi then or ahmoi now, either way i believe u still make him proud. :)

Felicia F. Ramzi said...

n i e z a:
thanks dude..:) muah!