Sambungan....
Kesimpulan cerita amoi sebelum ini adalah, jangan cepat putus asa.. dan jangan pertikaikan ketentuan Tuhan. Manusia boleh berkata apa sahaja, tapi kita tidak boleh salahkan mereka kerana itu adalah kepakaran mereka, namun kadangkala kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Seperti makcik bidan kampung yang saya ceritakan sebelum ini, pengalaman beliau agak extensive..sesiapa pun mungkin atau pasti percaya pada kata-kata dia.. Tapi kun fa ya kun, dua bulan selepas pertemuan antara amoi dan makcik tersebut, amoi disahkan hamil... kita tawakal, insyaAllah Tuhan tunjukkan jalannya..
Amoi nak kongsi lagi satu cerita boleh? hehe.. ini tentang diri amoi sendiri lah. Tentang period yang tak regular. Amoi ni bukan mcm orang lain, period tak regular, cycle tak tetap 28 hari..elok lagi kalau 35 hari, ini amoi ni kadang sampai 3 bulan tak period tau.. jadi para wanita di luar sana, perkara seperti ini mungkin akan menyulitkan anda mengetahui bila masa kesuburan anda, biar sekuat mana pun usaha, kalau tidak kena pada waktu subur, agak sukar juga untuk hamil..
If this could make para wanita berasa lega, amoi last period pada bulan march dan selepas itu tidak ada didatangi period sammmmmpai la Ogos.. wah! Scary kan? Tak cuba makan ubat ke? Sesungguhnya amoi memang mahu mencuba ketika itu sehingga berjumpa doktor tapi nasihat doktor, itulah cycle badan amoi, kalau amoi cuba ubah, ia mungkin akan timbul effect lain.. ok so atas nasihat itu, amoi follow the flow sajalah..kalau period, period lah, kalau tak, tak lah.. Sampai laaaa lepas raya, lepas bersama suami lebih kurang seminggu (nota kaki: amoi dan suami duduk berjauhan kerana tempat kerja berasingan, amoi di sabah, suami di KL) amoi balik sabah dan dua hari lepas tu, tup tup amoi period..aih? magic ni amoi cakap..hehehe.. tapi alhamdulillah la 'bekerja' juga badan amoi ni akhirnya.. tapi dalam masa yang sama kecewa la sebab amoi sebelum tu tak tau pun bila waktu subur. kiranya amoi dah terlepas la waktu tu kan?
Maka nak dijadikan cerita, amoi dengan husband kira-kira plan hujung tahun nak jumpa pakar la.. mungkin lebih accurate kot kalau jumpa pakar.. kalau tak berjaya juga, baru la amik inisiatif cari perubatan kampung. gitu la asalnya..
So, tik tok tik tok masa berlalu..hari ke 17 selepas period hari pertama yang terakhir, suami amoi datang ke sabah untuk cuti hari malaysia..dapat la spend time bersama..suami tercinta datang pada 14 september, dan kalau ikut waktu tersebut, amoi sudah melepasi waktu subur (kalau 28 hari la)..jadi memang tak mengharap, masa tu ingat nak spend time bersama suami je..rindu katakan :) hik hik..
Tanggal 24hb September 2012, hari Isnin, amoi dapati spot period keluar.. 'strange, kalaupun aku period, lagi 4 hari or so lah sepatutnya'.. tapi masa tu 'takpelah, awal pun awal lah'..lagipun amoi ni kan memang jenis period tak regular, ia akan keluar anytime ia nak lah..cuma yang peliknya selepas itu, period itu datang sehari sahaja.. amoi memang pernah baca, kadangkala akan ada bleeding bila implantasi berlaku. benih nak jadi zigot la dalam kata biologi..atau dalam bahasa melayu, baru nak melekat di dinding uterus. tapi amoi masih rasa surreal. amoi takda pun loya, takda demam, cuma yang ketara, amoi jadi kuat makan, gemar makan asam dan buang air besar sembelit..aa cepat letih lagi satu.. tu la yang mcm tak yakin je dah mengandung..
bersambung...

No comments:
Post a Comment