"Congratulations! It's positive!"
i went .."apa?" ..sedetik..dua detik.. tiga detik.. i wrapped my face with my hands and started to cry..
:) ini lah yang terjadi last Thursday 4 Oktober 2012. Doktor telah sahkan amoi hamil baby pertama. Perasaan? tak dapat digambarkan lagi keterujaannya sampai terketar-ketar tengok pregnancy test kit itu dengan mata kepala sendiri. "Doctor, can i have this result? i want to show it to my husband"..
Dugaan apabila berjauhan dari suami. sakit jatuh kena jaga sendiri. alangkah indahnya kalau suami ada di sisi semasa pemeriksaan itu dibuat. tapi apa-apa pun amoi dan suami tetap bersyukur kerana penantian selama hampir 10 bulan telah membuahkan buah cinta pertama kami :)
Apa yang amoi ingin share di sini adalah bukan sepenuhnya tentang amoi tapi tentang pasangan yang masih belum berjaya memperoleh cahaya mata. Kalau dulu amoi adalah antara pasangan yang menunggu-nunggu untuk mendapat cahaya mata, sekarang sudah pun menjadi kenyataan..Jadi sedikit sebanyak saya memahami perasaan pasangan yang belum berjaya ini.
Amoi kongsi satu cerita ya. Pada bulan Ogos yang lepas, amoi berkenalan dengan seorang makcik. Dipendekkan cerita, waktu itu makcik tersebut dalam kesusahan jadi amoi yang kasihan pada dia, came to her aid. Selepas berborak-borak sedikit, amoi dapat tahu makcik ni rupanya bidan kampung. Dia kata marilah nak, makcik tengok tangan.. so ok, amoi hulurkan tangan..dia pun pegang, tilik-tilik..tenung..pegang lagi.. terpamer riak muka yang 'eh kenapa mcm ni?' kind of look.. amoi tanya la kenapa makcik, apa dia..
makcik mcm berat hati nak bgtau..makcik tanya dah kawen ke..amoi kata, sudah..dia tanya bila kawen? amoi jawab tahun lepas.. makcik jawab dengan 'ohh'.. sahaja..lepas beberapa saat baru makcik buka mulut dan bagitau 'anak mungkin lambat dapat zuriat'..
"anak mungkin lambat dapat zuriat".. siapa la yang suka dengar ayat ini kan? kecewa hati amoi walaupun amoi ni bukan jenis cepat percaya cakap orang. Nak -nak lagi orang yang kita tak kenal kan.. makcik kata, bawa la berurut.. amoi angguk sahaja tapi sememangnya amoi tidak pernah terfikir hendak jumpa bidan kampung atau siapa2 lah..apatah lagi kalau tiada kebenaran suami..
bersambung...
No comments:
Post a Comment