Hari ke 11 selepas period 'satu hari' itu keluar, amoi pergi jumpa doktor. Tapi bukan sebab nak buat UPT, tapi kerana ada macam tumbuh satu jerawat ala bisul plak kat badan .. tak selesa jadi ingat nak amik la antibiotik.. masa menunggu doktor tu, tiba-tiba amoi teringat tentang tanda-tanda yang amoi alami. Amoi pun terfikir, eh bagaimana kalau betul aku pregnant? Mana boleh ambik antibiotik.. hmm kena tanya doktor ni..
Masuk bilik doktor, amoi pun explain tentang jerawat ala bisul di badan dan tanya, kalau saya cuba conceive, boleh ke amik antibiotik doc? Doc tanya, are you pregnant? I dont know doc, i haven't done any checkings yet. Ok if that is so, let's do UPT first.. eh tapi doc, ini petang hari suda, will it even show? u dont worry, if there is a baby, it will show regardless of time (bagi yang kurang familiar, ujian UPT - urine pregnancy test adalah sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi sebaik sahaja bangun tidur kerana ketika itulah kandungan HCG kita tinggi dan keputusan lebih accurate tanpa dipengaruhi oleh faktor lain)
maka amoi pun pergilah masuk tandas, susah nya nak buang air kecik sebab masa tu takda rasa nak buang air kecik pun hehehehe.. tapi tak perlukan banyak, sikit cukup..sementara tunggu keputusan, berbicara la sedikit dengan doktor dulu.. tak sampai seminit, indu misi (jururawat) datang ke meja doktor muka expressionless..oh dup dap dup dap.. saspen betul la indu misi ini.. 'ok doc, positif'..'congratulations, it's positive'... i went 'apaaaa?'..hehehehehhe rasa nak lompat atas meja doktor sebab terlalu gembira..
last-last, doctor tak jadi bagi ubat antibiotik, bagi ubat sapu je.. bersama 5mg acid folic dan vitamin c.. lagi 2-3 minggu, doc suruh datang balik untuk scan baby.. sekarang baby malu lagi tak nampak.. :D
reaksi husband?
bersambung..hehehe

No comments:
Post a Comment