Monday, January 18, 2010

Fikirlah Sendiri..

Kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang kurang menggunakan akal sebelum menyuarakan sesuatu pendapat. Aku dapat image ini dari FB. Nampak seperti sudah hangat di pasaran kisah ni.. Aku pun baru tau tadi, bila aku browsed page rakan-rakan.



Please click to ENLARGE.

Mungkin si pemilik page FB ini dilanda kemarahan nian, maka tersemburlah ayat-ayat yang kurang enak berkrim terhadap wanita sarawak secara umum. Of course aku terasa sebab aku sendiri orang Sarawak, tapi kita bawa bertenang sajalah.. Sudah besar panjang, dah cukup akal fikiran kan.. sekadar perkongsian, selebihnya lu fikirlah sendiri.. [termasuk kamu wahai pemilik page FB, renungkanlah kata-kata kamu itu semula.. adakah statement itu wajar?]


~Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa~



Bila Masanya Sudah Tiba

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan takziah buat kawan seperjuangan saya, Noraniza@nieza di atas pemergian abang kesayangan beliau malam semalam akibat masalah kesihatan. Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat. Buat Nieza, saya harap beliau akan kekal dan terus tabah menghadapi dugaan Tuhan. Sesungguhnya, sesuatu kejadian ada hikmah disebaliknya. Nieza, like what i've texted you earlier this morning, let yourself grief. If you need to cry, then cry. Sik perlu lah ditahan perasaaan ya sebab it's not just anyone that you have lost, but your own beloved brother. In time, when you are feeling much better, you will get back to your fee.. Al-fatihah

Sangat menyakitkan bila kehilangan seseorang yang kita sayang dalam hidup, tidak keterlaluan kalau saya katakan, nyawa sendiri seperti turut dicabut bersama. Kalau bukan sebab iman, mungkin hidup pun tidak mahu diteruskan lagi. Tetapi, Tuhan Maha Adil..setiap kejadian yang menimpa kita, pasti ada sebab dan hikmahnya. Mungkin pada awal, kita tidak boleh menerima atau tidak nampak apa hikmahnya buat kita, tapi bersabarlah.. Tuhan mengambil sesuatu, pasti ada sesuatu yang akan diberikan semula.. Ini juga turut mengingatkan kita agar sentiasa berjaga-jaga dan bersedia andai perkara sebegini berlaku di dalam keluarga. Touch wood, kita tak minta..

Nieza, your brother is blessed to have you and the rest of your family members as his family. He could not have asked for more, a loving parents and wonderful siblings. I joined with so many other friends who knew your brother in offering our deepest sympathy for his passing. May you find peace and comfort in knowing that his loss is felt by all who knew and loved him.


"When you are sorrowful look again in your heart, and you shall see that in truth you are weeping for that which has been your delight." - Kahlil Gibran




Wednesday, January 13, 2010

Bila Lelaki Mula Bergossip

Is it true, bila lelaki mula bergossip, especially kalau bergossip cerita tak berapa nak best pasal seorang perempuan, itu maknanya mereka betul-betul tak sukakan perempuan tersebut? Sepanjang hidup aku mengenali ciptaan tuhan bernama lelaki, adalah amat jarang aku dengar mereka bercerita atau meluahkan isi hati kalbu secara terang. Berbeza dengan perempuan, ciptaan Tuhan yang dikurniakan jiwa lembut ini lebih suka mengumpat dari masa ke semasa menghapdet cerita di pejabat atau kedai kopi selama berjam-jam. Terdapat suatu kepuasan di situ. Betul. [oh i can sense ada lady readers akan tidak berpuas hati dengan statement ini.. :P ]



Bukan
apa aku bangkitkan soal ini, sebab tempoh hari aku dengar beberapa geng lelaki aku ber sok sek sok sek pasal seorang perempuan yang mereka cukup tak suka. Perempuan ni kononnya selalu menyakitkan hati mereka. Cakap main tembak senapang jepun, takde insurans. The thing is, mereka tak lah sebarkan kepada semua orang, cuma di kalangan mereka saja.. Di depan perempuan ini, mereka macam biasa, takde masam-masam muka. Kalau ditanya soalan pun, mereka tetap menjawab, boleh lagi bergurau senda muahahaha. Seperti mereka tidak pernah menyimpan dendam. Aku memang tidak masuk campur sebab ada di kalangan geng lelaki ini, sudah agak berusia, ada wife, ada anak and so on. Anak-anak mereka plak ala-ala umur aku, 18 so sweet forever. Tak kurang ada yang masih bujang tapi hakikatnya, mereka tetap lelaki.. dan mereka bergossip. Eheh. Wow.


Again,
aku takde la nak bangkitkan apa-apa isu kat sini. It's just my observation, perbezaan antara lelaki dan perempuan. It wont be too much if i say, jika perempuan yang bergossip bagi aku adalah typical although not all, kata orang 'sik ku eran' but when men do the same as women, it's undeniably awkward, dont you think? Dan adakah benar, jika lelaki sudah mula mengutuk seseorang perempuan itew, maksudnya perempuan itu sememangnya terooks? Aku rasa mulut perempuan lagi 120% lagi pedas kot..hik hik..

Men, i welcome your say, would be great to know how your mind works. And my lady readers, insights.. :) sama la tuuu adohhhh.. hahaha pleasant evening people..

Mwah!



Tuesday, January 12, 2010

Lepas Kawen, Tak Payah Make-up. Really?

Before aku gerak masuk kelas siang tadi, aku calit sikit bibir aku dengan gloss sebab dah habis dijilat oleh mee sup sarapan pagi aku. Time aku sedang sibuk mewarna bibir di depan cermin, maka lalulah wahai seorang teman seperjuangan. Terkeluarlah komen dari mulut comelnya

"Dah tak penting dah bagi aku nak mekap2 ni sejak aku kawen. Dah ada suami, so tak kisah sangat pon kalau tak pakai mekap. Mekap2 hanya untuk yang masih mencari.."

Ada la lebih kurang gini ayatnya, aku improvised bagi drama swasta sikit untuk dibaca. Ye ke ra rimba tak payah mekap dah kalau dah bersuami? Uish, bagi aku salah benor stetmen kureng manis tu. Memang dalam agama ada menyebut, berhiasalah untuk suami sahaja, tapi jika dipandang dari sudut umum, secalit warna bibir tidak akan mendatangkan masalah, malahan berbuat demikian umpama sang isteri menjaga nama suami. Ok, aku justify ye.

Bayangkan, kalau isteri tadi langsung tidak mahu bermekap,tidak mahu berpakaian cantik [chop, bukan seksi ye], pucat lesi macam kureng darah, tak ke nanti orang akan lagi berfikiran negatif? - Eh, dia ni sakit ke? - Kena dera suami ke? - Ish, ada jugak orang nak beristerikan perempuan selekeh camni. Hah..! Tak ke nama suami yang terkena balik? [bayangkan kalau isteri pemimpin kita, tampil di kaca TV berpakaian biasa dengan wajah pucat rambut kusut masai? Hah, persepsi mu?]

Aku takde la rekomen apa-apa kat sini. Aku luahkan apa yang aku rasa saja. Tak salah kan kalau kita berhias sedikit, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri juga. Plus, aku pon bukannya bermekap tebal, sekadar bedak muka, eye liner, mascara and gloss. Selalu orang kata, first impression lasts forever. Memang lasts forever la kat kepala hotak kalau muka macam ponti, kan. Aku jugak tak nak bila suami aku tengok aku, dia ingatkan aku orang gaj. Silap-silap, orang gaj pun lebih tahu untuk bergaya! Tak payah seksi, orang malaysia tak suka. Betul. Being elegant is better. Ayu. Klasik. Moden. Anything but sexy. Tapi kalau shape badan dah memang seksi bang bang boom, pakai apa pon tetap seksi tak gitew? Heheheh.

K lah, aku nak makan dah. Share dengan aku ye, pendapat korang. Any insights, aku terima, takde betul takde salah. Aku just nak tau.. :)



Sunday, January 10, 2010

Happy Birthday, My Old Man


10 January 2010

Hari
ini, harijadi ayah aku. Harijadi ayah aku yang ke 60. Hari yang sepatutnya menjadi harijadi beliau yang ke-60. Siapa sangka, sudah 6 tahun ayah aku meninggalkan keluarga kami. Meninggalkan kami merindui beliau. Meninggalkan kami dalam duka.

Aku masih ingat tarikh beliau menghembuskan nafas terakhirnya, 27 September 2004. Menerima panggilan dari ibu, aku tinggalkan kuliah dan menaiki the earliest flight dari Kuching ke Sibu. I remembered i cried all the way. I didnt know what to expect. I didnt see what i will face. And i definitely wasnt ready for the worse. But it happened. Tidak sampai sejam selepas aku tiba di hospital, beliau memejamkan mata dengan tenang. Seumpama beliau tidur di ulit mimpi yang indah, meninggalkan kami menangisi pemergian beliau. [im sorry, im feeling emotional now..]

I
cant even begin to say, how much i misses his presence. How much i long to call someone Dad. To call him Dad. He was always there for me. I was daddy's little girl, ask anyone. With him gone, aku hilang sayap untuk aku terbang tinggi. Ya Allah, rindunya aku.. i miss u so much, Dad.. Did you know Dad, up till this day, Mummy still keep that last checkered shirt u wore, and put it neatly by the side of her pillow? She didnt even wash the shirt just so to keep your scent around her. Till this day Dad, till this very day.

You
know, i could never want any other Dads other than you. You are the king of my heart. I cherished every moment of me as your daughter and i couldn't ask for more. I could talk forever about you, for all the good things, the sacrifices you've made to make my life, truly a life. I am someone now, because of you. I only wished, you could have stayed longer but i know, God loves you more and you'd want us to be happy. Dont worry Dad, we'll take care of Mummy for you. She's a very strong lady you know that, dont you. And she loves you very much..

Happy
birthday Dad. You shall forever be, the world's greatest Dad in our hearts. Rest in peace, Al-Fatihah.




Wednesday, January 6, 2010

Jom Melancong!

Hi guys, sihat? Aku sihat je. Nak kata busy bekerja, tak jugak. Nak kata tak busy, busy lah jugak. Oh well, arini aku nak kongsi sikit dengan korang salah satu daripada wish aku untuk tahun 2010, boleh kan?

Ingat
lagi tak dalam previous post aku, aku state aku nak gi melancong luar negara this time around? Ha, yang ni lah aku sedang usahakan sekarang. In fact, aku dah start usahakan sejak bulan lepas, gara-gara my BFF Anne tetiba datang angin kus-kus ajak melancong overseas. Aku ni plak, pantang lah sangat diajak travel-travel, aku mahu terus!

So
, aku dah surf package-package yang ada dalam Reliance Tour, and few menarik perhatian aku..

**10 Days popular Europe would cost RM6199 [plus tips and tax tak pasti lah plak]
Destination include France, Switzerland, Germany, Holland, Belgium and England.

**10 Days Eastern Europe
Destinations include Austria, Hungary, Slovakia, Czech Republic and Germany

**10 Days Ancient Egypt for the cost of RM5399

There
. Aku berminat dengan choice yang kedua. Macam best je tengok dari gambar-gambar. Tapi i'd have to discuss again later dengan Anne kalau betul-betul la nak pergi. By the way, aku dah biasa menggunakan khidmat Reliance Tour and i can recommend they are good. For both domestic and international tour.

Guys, korang nak ikut tak my friend and i for this tour? I know it's pretty damn expensive but if you really wanna go, this is the chance of a lifetime. chewah. hehehe.. Im inviting sapa-sapa rasa nak pergi, come join us two. Well, it's a tour, korang ada geng, ajak lah. Takde sapa menghalang kalau nak gi free and easy. :) Untuk pengetahuan korang, aku baru je save RM2k for this tour. I need at least another 7-8k before boleh confirm. Ye la, takkan nak pergi tak bawak duit untuk shopping kannnnnn?? ehehehe..

Ohh
, lupa, we plan to go after first half of the year, so it could be year end..Winter.. or earlier than that.. tak confirm lagi.. kena tanya pihak reliance dulu lah.. So people, jom, kali ni kita buat gathering bloggers yang tidak alang-alang gempak.. Europe terus!!



Monday, January 4, 2010

Semuanya Ok-Ok Saja


Sorry guys, aku menghilang sejak dua tiga hari lepas, takde hapdet pon. Sungguh tidak disengajakan, banyak sungguh perkara berlaku dalam masa yang amat singkat. Aku kat Miri, aku kat Sri Aman, melawat saudara meninggal dunia, first day school. Sooooo yes fellas, i was super duper busy last few days.

Next update is about me and my other half. Rakan-rakan seperjuanganku, just to share; we're okay dah. Had a long good talk earlier on, cakap dari hati ke hati. Selesaikan segala kekusutan dalam hubungan kami dan terus terang aku katakan, aku tak pernah rasa selega ini. Syukurlah semuanya dah baik semula sekarang. Thanks kepada semua yang bagi support kat aku k.. I appreciate it very much.. :)

By the way, arini aku gi collect gambar shooting aku 2 bulan lepas. Dah siap you. Hik Hik Hik, syok aku tengok gambar aku sendirik, macam artis hongkong yang tak berapa nak menjadik.
Aku teruja nak share dengan korang, boleh kan? Ni kat bawah gambar aku dengan mak aku.. Enjoy lah!.. (^_^)

Artis Hong Kong veteran. Mak aku yang terchenta.. Eheks.. pandai no mak aku posing.. hik hik

Musim sejuk.. haha..

Bulu-bulu merahhh..

Haaa.. Cukup dah gambar mak aku keh.. nanti korang nak rebut jugak, tak bley. biar dia glamer sorang kat hati aku..chewah.. sebenarnya nak tunjuk kat korang gambar aku dah...tak sabar.. he he he..

Vanakem! Bersari Ahmoi for a change..

One of the pic quality i loike .. :)

But this is my favourite. Macam nak buat kulit album lagu pun ada, kan?

Last but not least, gambar aku dengan my mom..

Pn Dewi and Cik Felicia Farida

She
loves this picture a lot. Siap nak tunggu Mother's Day nanti, kitorang dah plan nak antar masuk contest kalau ada 'Like Mother Like Daughter'.. Menang tak menang lain kira, tapi of kos kalau boleh nak menang lah kan..hik hik hik..ada resemblance tak aku dengan mak aku? Kata orang, aku lebih iras ayah aku.. sebab mak aku mata sepet..aku plak mata beruang. Tapi aku sempat curi lesung pipit mak aku masa dalam kandungan.. aku tempek kat pipi aku sendiri nak bagi comey. Nasib baik lekat. :P


K guys, sekarang dah 10.32pm.. aku belum dinner lagi. Nak makan jap, then tido.. Tomorrow's another day for me, and hopefully mentari akan menumpahkan lebih cahaya kegembiraan dalam hari aku, termasuk you all semua.. Nite!



Friday, January 1, 2010

Review 2009/Welcome 2010

Hi you all.. Cik Ahmoi comel sekarang berada di Miri ye. Semalam drive all the way dari Sri Aman. Sebab itew takde hapdet, tak ketemu internet connection.. Tapi nak hapdet pun dah agak penat semalam, gerak 7.30 pagi, sampai dalam jam 5 petang gitu..

So, kita review sekejap my year 2009 boleh?. Honestly, Ahmoi rasa tahun 2009 bukanlah tahun yang agak baik buat Ahmoi.. Biarlah Ahmoi berterus terang saja, sekarang Ahmoi dalam krisis yang maha hebat dengan cinta Ahmoi. Ahmoi di dalam persimpangan, dan hanya masa saja yang akan menentukan samada Ahmoi kekal bersamanya atau masing-masing akan membawa haluan sendiri. Pada Ahmoi, Ahmoi terima seadanya takdir Ahmoi. I dont wanna whine, plus ini kan tahun baru..so sepatutnya Ahmoi mulakan dengan azam yang lebih kuat..betul tak..

Therefore untuk tahun 2010, Ahmoi dah menyusun perancangan tertentu untuk Ahmoi capai. Salah satunya, sambung balik belajar..Ahmoi sebenarnya masih lemah semangat, belum cukup kuat melawan kesedihan hati tetapi bak kata my best friend, Anne - You and Me, Against the World.. thanks dude.. In time, i'll be okay. I know sekarang Ahmoi masih confuse, masih menangis like hell and hala tuju belum terang.. InsyaAllah, kalau ada jodoh, ada lah tu nanti..
Harap-harap kawan bloggers Ahmoi bersabar dan faham situasi Ahmoi di kala ini kalau entry lebih banyak kepada kisah sedih dan penuh emosi sahaja.. Sorry sangat-sangat.. :(


God willing, semoga apa yang Ahmoi impikan akan tercapai untuk tahun baru 2010 ini. Termasuk anda semua jugak, pembaca dan geng-geng baik Ahmoi dalam blog. Terima kasih sebab menjadi teman setia Ahmoi sepanjang Ahmoi berblogging. Ahmoi mohon maaf andai ada penulisan Ahmoi yang mengguris perasaan sesetengah pihak ok..Ahmoi tak mintak pun untuk mencari musuh.. :)

Lagi sekali, sebelum Ahmoi berundur, Ahmoi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010.. Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, Amin..