Aku mohon MC arini. Dah 4 hari aku demam teruk. Bermula dengan batok pada hari ahad, disambung dengan demam dan flu yang tak sudah, akhirnya aku mengalah jugak dengan virus virus degil dalam badan. Aku ingat aku wonderwoman, asalkan aku turun kerja, aku gerenti boleh baik sebab tak banyak pikir tapi lain jadinya bila aku masuk ngajar, suara aku hilang dan batok berkeliaran keluar dari rongga kering.. belum lagi selera aku yang hilang, asal makan je, aku akan uwek uwek. Eheh. Meter kepala aku nak explode kot!

Banyak kisah berlaku minggu ni actually tapi aku langsung takda kudrat nak update blog. Sejak ari senin member dah soh MC tapi aku degil, sampailah semalam, seorang hamba merangkap rakan sekerja heret aku ke hospital sebab aku dah jadi lembik macam bubur ayam McD.. nak pulak mak aku outstation minggu ini, so everything aku kena buat sendiri, dari mencuci baju ke memasak ke mengemas rumah ke memberi sebatalion kucing aku makan, dalam keadaan demam.. Kalau ikutkan hati, sungguh aku tak larat, nak memasak pun tak larat tapi gigeh jugak turun dapur .. habis tu sapa lagi nak masakkan untuk aku? Kalaulah kucing garong aku boleh masak, lama dah aku goyang kaki saja..

Semalam jugak merupakan satu lagi episod dalam diari hidup aku. Aku rasa aku sedang berlakon dalam drama swasta dunia riang tv2 lah. Would you guys believe if I say, salah seorang daripada girlfriend EX aku, datang mencari aku.. Yes, you read that right. ‘salah seorang’ ok.. Yang terkantoi big time dulu sampai aku break tu,wanita lain.. ha yang datang kali ni, wanita lain pulak.. Dia dapat nombor aku daripada seorang teman, dan hantar message pada aku malam selasa. Aku di asak dengan pelbagai soalan yang tak putus-putus sampai aku pening, nak pulak aku memang tengah demam.

Mungkin sebab terlalu terkejut mendengar kewujudan aku, wanita ni tak turun kerja semalam.. Terus dia ajak aku berjumpa. Dua kali dah.. Wanita first pun camtu jugak, ajak aku berjumpa. Tapi I think I can understand kenapa dia nak berjumpa, selain daripada mendapatkan kepastian, perhaps dia mahukan closure which eventually, led to me to agree to meet her. Awalnya memang aku menolak sebab condition aku yang sedang demam teruk, plus antara aku dengan Ex aku sudah tidak ada apa-apa hubungan tapi wanita ini persistent. Atas dasar sister to sister, woman to woman, aku gigehkan juga driving bersemuka dengan wanita ini.

Panjang yang kami borakkan.. I told her what she needed to know, what she wanted to know and I now leave things to her own wise decision. I don’t blame her, sebab I believe, kami sama-sama menjadi mangsa ke’playboy’an lelaki lak*** itu. Wanita ini memang aku kenal, pernah jadi junior aku time sekolah rendah dulu. Hevat dan vat a small vorld. In fact sebenarnya, aku terlebih dahulu tahu akan kehadiran wanita ini dalam hubungan aku dan Ex aku sejak tahun lepas tetapi disebabkan Ex aku yang sangat sweet lollipop talker, aku bulat bulat segiempat percayakan Ex aku itew. Toing. The lady may still be in the state of denial but im sure she’ll know what’s best for her. We left wishing each other thank you and “let’s hang out sometime” .. “sure”.. Sorry ye, takde insiden tarik tarik rambut, im not the kind nak gadoh pasal lelaki yang tak layak untuk aku. Repeat mak noks, not aku yang tak layak, tapi DIA yang tak layak. Aku lebih mahu menyelamatkan kaum aku daripada dimakan oleh buaya jadian ini.

Ok, cerita lain pulak.. haha panjang post aku.. rindu aku weh nak hapdet.. nah amik sekali naks aku ceritas panjangs panjangs. Aaa, korang tau tak, aku rasa ajaib lah sejak aku jadi single to the jingle bell ni. Ada mamat ngorat aku.. ba ha ha.. ma ha ha.. padahal aku tak kenal pun sapa. Yang aku tau, mamat ni naik kenari merah tinggal/menyewa kawasan belakang area sama perumahan aku. Selama ni, tak pernah pon berlaku cenggitu.

Alkisahnya berlaku bila aku balik kerja minggu lepas, aku bukak gate, kebetulan mamat ini pun lalu. Dia dengan kelajuan 10km/hr, membuka tingkap kereta, dan melontarkan senyuman. “gila apa..” <-- dalam hati aku. Dan 2 hari lepas masa aku balik dari town, aku baru keluar dari keta bila mamat ni lalu dan aku tertoleh. Dia angkat tangan dan senyum kat aku. Aku ingat mungkin dia senyum kat dinding tapi.. “gila apa..”<-- dalam hati.. Dannnnnnn semalam, adoheh, memang selalu sangat kebetulan, aku baru nak panaskan enjin sexy back pajero mak aku, mamat ni pun otw keluar jugak.. dia dah lalu dah rumah aku, tapi dia sretttttttt…gosesetan balik dan berhenti betul2 depan pagar rumah aku.. Dia senyum sambil berkata “nak keluar ke”.. aku senyum tidak, jawab pun tidak terus masuk kereta.. “gila apa…”<-- dalam hati. Mamat ni pun blah… Oit, aku berkabung lagi tau. 3 bulan tempoh edah. Malas ku. Lommm… hahahaha sorry to you dude, aku belum ada kepercayaan pada mana-mana kaum adam buat masa ini.. ouch statement. Pedas mak. Jangan terasa pula geng-geng bloggers ku yang baik hati ye. [ayat bodek]…

K lah gendang gendut sekalian, izinkan saya berehat buat seketika.. Dah panjang sungguh karangan saya kali ini.. penoh pengisian kan.. Doakan saya cepat sembuh supaya saya boleh menjadi beautiful semula.. hahaha.. Taking care, keep on touching!
p/s: apa jadi dengan blog khairul antasha? Sudah ada semula kah belum? Ke aku yang lambat cerita? Eheh
