Insiden lewat petang tadi amat mengujakan. Eheh. Apakah perasaan anda sekiranya, Ex boyfriend anda yang seringggggggg mengganggu anda kononnya tidak dapat melupakan anda kerana terlampau sayang seperti mahu separuh mati, akhirnya terkantoi sedang makan bersama dengan si kekasihnya, tidak jauh dari meja anda?
Yezaaa… exactly what happened earlier today. Lepas sukan, aku bersama geng bercadang lepak di kedai kupi nak makan ABC spesel. Setiba di kedai, kami pilih lokasi meja keramat itew.. tetiba, jeng jeng.. dah nama Tuhan nak tunjuk yolls, aku terpandang si perempuan meja sebelah.. yoshh, perempuan B! bersama ex-boypren aku! ahaks..dua-dua menoleh pabila melihat aku berada di meja bersebelahan.. eheh, cendol mereka yang manis serta merta menjadi masin kelabu asap. Hahaha.
Kekasih ex aku ni laaaa yang salu dok message aku dulu, yang sering bertanya adakah aku masih berhubung dengan ex aku.. adakah aku masih sayang ex aku.. adakah aku masih ingin mencuba.. adakah aku bahagia.. selepas tahu dirinya adalah madu kurang manis aku, dia tekad mahu tinggalkan ex aku itew.. tegas mengatakan tidak mahu dipermainkan sewenang-wenangnya oleh lelaki itew.. tapi sampai la masih lagi dok bersama walhal dah tahu sangat sangat ex aku hanya mempermainkan dia… pohai?
Kerana telah termakan kata-kata diri sendiri yang tak serup bik, perempuan itew tidak sedikit pun memandang aku. Tunduk saja avoiding eye contact..Mungkin malu. Mungkin sengkol. Aku jadi kesian kat dia sebab dipermainkan oleh ex aku tu.. mana taknya, baru siang tadi, ex aku message aku.. semalam pun message aku cakap rindu rinduan, cubit cubitan..pendek kata hampir setiap harilah ex aku message aku.. “I’M NOT IN LOVE WITH HER” was his text. Tapi dok kepit jugak pompuan tu kulu kilir. Apa kes?
Kalau aku sadis tadi, memang aku pergi meja derang and cakap secara terang lagi bersuluh “B, kitak madah kitak maok sambung balit ngan kamek riya nak? Ok, kamek dah bersedia.. kamek terimak kitak balit now..” di depan perempuan itew.. walawey.. apa agaknya akan berlaku ho? Muahahaha.. tapi BIG NO lah aku nak buat macam tu.. uih, maruah aku yo.. terlalu mahal untuk dipersiakan for them. Biarlah, derang tau lah malu sendiri tu nanti.. hopefully.
And, as far as im concerned, I’m so glad I bumped into them. So glad it happened. So glad it did.
*selepas mereka balik, message di telefon ku berbunyi. faham-faham sajalah sapa.. hai lah labu!








