Friday, January 1, 2010

Review 2009/Welcome 2010

Hi you all.. Cik Ahmoi comel sekarang berada di Miri ye. Semalam drive all the way dari Sri Aman. Sebab itew takde hapdet, tak ketemu internet connection.. Tapi nak hapdet pun dah agak penat semalam, gerak 7.30 pagi, sampai dalam jam 5 petang gitu..

So, kita review sekejap my year 2009 boleh?. Honestly, Ahmoi rasa tahun 2009 bukanlah tahun yang agak baik buat Ahmoi.. Biarlah Ahmoi berterus terang saja, sekarang Ahmoi dalam krisis yang maha hebat dengan cinta Ahmoi. Ahmoi di dalam persimpangan, dan hanya masa saja yang akan menentukan samada Ahmoi kekal bersamanya atau masing-masing akan membawa haluan sendiri. Pada Ahmoi, Ahmoi terima seadanya takdir Ahmoi. I dont wanna whine, plus ini kan tahun baru..so sepatutnya Ahmoi mulakan dengan azam yang lebih kuat..betul tak..

Therefore untuk tahun 2010, Ahmoi dah menyusun perancangan tertentu untuk Ahmoi capai. Salah satunya, sambung balik belajar..Ahmoi sebenarnya masih lemah semangat, belum cukup kuat melawan kesedihan hati tetapi bak kata my best friend, Anne - You and Me, Against the World.. thanks dude.. In time, i'll be okay. I know sekarang Ahmoi masih confuse, masih menangis like hell and hala tuju belum terang.. InsyaAllah, kalau ada jodoh, ada lah tu nanti..
Harap-harap kawan bloggers Ahmoi bersabar dan faham situasi Ahmoi di kala ini kalau entry lebih banyak kepada kisah sedih dan penuh emosi sahaja.. Sorry sangat-sangat.. :(


God willing, semoga apa yang Ahmoi impikan akan tercapai untuk tahun baru 2010 ini. Termasuk anda semua jugak, pembaca dan geng-geng baik Ahmoi dalam blog. Terima kasih sebab menjadi teman setia Ahmoi sepanjang Ahmoi berblogging. Ahmoi mohon maaf andai ada penulisan Ahmoi yang mengguris perasaan sesetengah pihak ok..Ahmoi tak mintak pun untuk mencari musuh.. :)

Lagi sekali, sebelum Ahmoi berundur, Ahmoi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010.. Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, Amin..



Wednesday, December 30, 2009

Benci..!!


Benci betul aku dengan orang kaki penyibuk. Arini mood aku telah berkurangan sebanyak 80% sebab ada minah bikin aku hot!

Aku dapat tau tadi pagi, ada minah sorang ni, dok mengata aku dari belakang. Depan takde. Menjaja cerita tak elok dan tak berasas pasal aku. Aku bukan jenis yang cepat melatah mendengar kabar angin, tapi kalau kawan baik sendiri yang menyampaikan kabar tersebut, macam mana aku tak percaya? Aku tak pernah pon nak ambik tau hal minah Melodi 24 jam itew, dia je yang tak boleh tengok aku hidup senang lenang. Aku sedia maklum, minah Melodi 24 jam ni memang kureng fancy kat aku. Mungkin sebab aku vogue kot.. dia plak, vague. Ha, kan dah marah dah aku..

Kalau ikutkan hati panas membara dalam sekam aku, lama dah minah ni aku ajak pi kaunseling dengan Datuk Fadzilah Kamsah. Tanya kat dia apa pasal dia suka cari hiburan tidak sensasi tentang orang lain? Adakah dia kurang keyakinan pada diri sendiri hingga terpaksa mencari kawan dengan cara sedemikian rupa? Mencerca cerci peribadi orang, dengan harapan orang lain akan terpengaruh dengan cerita pak pandir tersebut? Haih, naik kesian plak aku..

Memang aku pernah dengar minah Melodi bagitau kat geng-geng, orang suke berkawan dengan aku sebab kononnya aku lawa saje.. Pergh, thank you very much lah. Maka sekarang kalau nak berkawan, kena cari yang lawa-lawa saje ok you alls? Itulah ukurannya. Deng, deng kenapalah itu dijadikan sandaran? Haih, terasa sungguh aku ok, aku berkawan dengan semua orang ikhlas dari hati. Aku tak pernah pon tengok diri aku ni lawa sebab aku sendiri masih banyak kekurangan. Serius tak tipu. Orang yang tak kenal, menilai dari luaran saja.. Maya Karin baru lah super nova cun. Walau bagaimanapun, lawa tak lawa bukan soalnya sebab sekalipun rupa paras seseorang itu seperti Mawi..errkk [aku tak suke Mawi hahaha] tapi hatinya baik, uish 100% semuanya akan menjadi lawa.. Eh aku baru lepas kutuk Mawi ke? hahaha uiii Mawi dah kaya baiii, jangan main-main.. Rezeki Tuhan.

Tak jadi aku nak marah dah..sebut nama Mawi je boleh plak tak jadi marah. har har. 80% ketenangan hati telah up! semula.. :) Biar sajalah kan, jahat tak perlu dibalas dengan kejahatan, bawak bersabar jelah Moi!..Lagipun, Ahmoi mana boleh marah-marah tul tak,kang jadi incredible hulk kaler pink susah plak... Hik Hik Hik.. Chario!


psst! betul ke statistik mengatakan perempuan memang sukkaaaa aktiviti mengumpat??

Tuesday, December 29, 2009

Pabila Cinta Terhalang

Bila agama menjadi halangan, ia menjadi satu cabaran dan dugaan yang maha hebat untuk ditempuhi dalam satu hubungan percintaan.

Why am i talking about this? Currently, benda ni terjadi pada teman baik aku sendiri..Keluarga si teruna menentang habis-habisan hubungan cinta mereka, sehingga melibatkan saudara-mara mencaci cerca dengan panggilan yang kurang enak..

Hati
menjadi sangat luluh melihat ketabahan mereka berdua..menangis bersama mengenangkan hubungan cinta yang tidak direstui, namun mereka berdua tetap tidak berputus asa..biarlah berjumpa secara sembunyi, mereka tetap akan teruskan..itu janji yang dimeterai...

Walau
bagaimanapun, hubungan cinta yang dipertahankan tidak mampu lagi berdiri teguh ..acapkali dihina, dimarah, disindir, dikutuk...akhirnya sang teruna menyerah kalah..setelah sekian lama menyulam kasih, sang teruna dengan hati yang berat melepaskan kekasih hati pergi.. katanya "Andai ada jodoh, kita akan bersama semula"..I've no words to describe the sadness in her eyes..the emptiness in her heart.. She told me "I could never find anyone else so fine like him, he is my soul, God please help me." ..."Why cant we be together.." between her sobs.. :'( and she is now at her lowest point of motivation to live.. :(

It's so sad.. sedih aku.. Kalaulah jadi kat aku, i dont know what i'd do.. putus arah hidup mungkin..yang pasti, semangat aku nescaya pudar hilang ditelan cinta..benarlah kata orang, Cinta mempunyai kuasa untuk memberikan kita kehidupan, namun Cinta juga berkuasa menghancurkan hati kita sehingga beyond repair..biar dapat disambung semula, parutnya tetap ada..

Teman,
tabahkan lah hati.. sesungguhnya, Tuhan maha mendengar lagi maha mengasihi..
Be strong, i'm here always for you..



Monday, December 28, 2009

Winner of "Mari Meneka Subjek PMR"..!!

The most awaited moment has arrived. I'd like to thank each and everyone of you who has participated in this small quiz. Did not expect for large numbers but it turned out great and im very much excited.

So, who is the Winner?? The condition was simple, be the first to answer correctly, i'll crown you as the lucky winner. Promise is a promise, hadiah akan menyusul tidak lama lagi..

Ok, let's not waste much time. Im sure some of you are anxious already. Here goes.. The winner for "Mari Meneka Subjek PMR" issssss... [dum dum dum] bunyi drum..


AMIRFX...!!!!!


He got the answer right. The only subject i got B for my PMR back in 1998 was BAHASA MALAYSIA.. [pic of my certificate will be posted later as proof]


Congratulations Amir! i'll get your address after this for me to post you the mystery gift ok..

Thanks to all of you, again..Eldy,Anonymous, Noalicious, Beautiful Stranger, Adyazz, Hans, Joynstar [you are second to get the answer right], Karina, Am-Rie, Ahmad, Jen, Man-Tian, Shafixx, Desmond, Zainal Mohd Jais, Muiz, Ivy, Mamma Mia and A Passer By..and also to those who dropped by to read. :) I couldnt thank you enough..

Have a great Monday!


Friday, December 25, 2009

Mari Meneka Subjek PMR, Ada Hadiah Tau..


Kita bercerita dulu k.. silalah baca sampai aben, barulah ada thrill untuk menjawab.. hehe

Semalam
result PMR keluar. Aku takde banyak komen pasal result sekolah tempat aku ngajar... eheh.. Yang pasti, bila aku melihat pelajar berkobar-kobar mengambil keputusan mereka, aku terkenang sendiri zaman tuk kaduk aku kat SM Sains Kuching dulu..

Masa
Form 3, aku paling benci subjek Matematik okay. Cakap je pasal kira-mengira, aku start rasa nak muntah hijau pitam lalat. Asal je Cikgu Bakri masuk kelas, mesti aku tension. Aku ingat lagi, hampir tiap-tiap kali beliau masuk kelas, beliau akan arahkan kami membuat latihan berdasarkan soalan-soalan PMR tahun sudah. Jawapan pada buku kerja tersebut awal-awal beliau dah koyakkan..Dan tiap kali itulah aku akan mengeluh sebab aku tau, aku antara orang yang pasti akan mendapat markah terrendah...

Tapiiiii,
nak buat macam mana, aku dulu budak bahek, tak melawan so aku buat jugak.. Kalau geng aku yang lain senang je boleh dapat 90% - 100%, aku plak hanya mampu mendapat 70% and sometimes 60%... Giler stress okay bai. Pressure mounting like what, aku hampir putus asa.. but i kept pushing myself as well, aku tanya soklan even soklan paling bodoh sekali kat cikgu Bakri..beliau plak sentiasa garu kepala sedia membantu aku yang mathematic dummy nih.

Towards the end, few months before PMR, prestasi aku menjadi high class yo! Aku setanding dengan geng yang lain, even pernah mendapat markah 98%! Kepuasan maksima at tat time.. Betul2 aku berterima kasih pada Cikgu Bakri.. kalau bukan kerana dia, mesti sekarang aku masih tak tau apa tu syn, kos tita, persamaan, and sebagainya.. (^_^) mesti aku masih mengira 1+1 = 11. hahaha..

HOWEVER
, walaupun aku mendapat Matematik A dalam PMR, aku tak berjaya sepenuhnya sebab satu subjek telah berjaya memusnahkan harapan aku untuk skor 8A.. Sebut je subjek apa, semua aku dapat A tapi dammit, satu-satunya subjek itu telah menyingkirkan segala-galanya dan hanya melayakkan aku mendapat 7A 1B.. Mesti korang terteka teki subjek apa tu kan..

Makanya, inilah soalan cepu emas aku. Aku nak korang teka subjek tersebut, boleh?.. ada 8 subjek saja, tolak Matematik sebab aku pun dah gitau tadi aku dapat A, so tinggal 7...Kalau betul, siapa yang pertama mendapat jawapan tepat, aku bagi hadiah misteri...eheh ... cubaaan hanya sekali sahaja ok, SO be very careful with your choice ye...

Tehe, tetiba plak aku terbuat contest terjun kan...hahha apa salah, seronok jugak... nak gak tengok ramai ke tak yang menjengok blog aku ni.. even Silent Readers pun dialu-alukan.. bukan susah pun kan, teka subjek saja, letak jawapan dalam komen, and kalau betul, untung dapat hadiah rite?..Anggaplah hadiah tu nanti, hadiah Christmas/New Year. K guys, cant wait to get all your answers okay!



Wednesday, December 23, 2009

Azam, Jangan Tak Berazam..

Lagi 8 hari, aben la tahun 2009. Cepat gilos kan masa berlalu.. sungguh tak berasa aku belum kawen lagi.. haha.. umur pun dah 18 forever.. bila teringat kan bab kawen ni, napas aku pun turut jadi sesak..keh keh..

Sebenarnya aku nak kongsi dengan korang azam aku untuk tahun depan.. aku tak pernah buat pun post azam-azam cenggini sepanjang aku dah bergelar blogger, jadi tahun ni aku nak buat lah..tak panjang pun list aku, pendek je.. Resolutions aku berbentuk realistic, bukan optimistic k.. so come, mari baca apa azam aku si Ahmoi Chantek, untuk tahun 2010..


1. Aku nak jadi anak yang lebih baek buat mak aku. Aku ni boleh tahan ketegaq kalau korang nak tau..so, aku nak kurangkan merit panas neraka dan lebihkan pointer syurga untuk aku..syurga di bawah tapak kaki ibu rite :)

2. Aku nak sambung belajar Masters kalau boleh. Tapi kalau aku tetiba ter'kawen' tahun depan, aku akan me'master'kan diri dalam bidang lain plak..mwahaha. aku gelak gedik kenjet..serius aku wajib kawen dah ni..hahaha

3. Aku nak mendaftar sebagai ahli dalam Rumah Anak Yatim. Bukannya aku nak masuk duduk sana bai, tapi aku nak selami kehidupan anak-anak yang tidak ber papa dan mama selain dari menguruskan event charity untuk mereka..elok kan idea aku..

4. Aku nak melancong ke luar negara tahun depan. Aku akan pergi lagi ke destinasi yang sama aku pernah pergi dulu cuma kali ni, aku pergi bersama geng keras aku Anne..Antara lokasi adalah Paris, Amsterdam, Germany, Belgium, London and Switzerland..sapa nak ikut? Silalah bayar sendiri. [tu pun kalau aku tak kawen kan..kalau aku kawen, aku gi dengan laki aku la] uuu seronok kalau laki aku pelok aku time salji-salji.. ha ha ha..

5. Aku nak lebihkan amal ibadat pada Tuhan. Aku ni, haih.. susah mau cakap... sekejap ado, sekejap sikdo.. giney gayo.. Kekadang tu terang benderang aku sedor aku buat salah pi buatttttt jugak.. Ampunkan aku Ya Tuhan.. hambamu hanyalah seorang insan yang lemah, tunjukkan lah aku ke arah jalanmu yang benar..Amin..


Itu sajer lah buat masa ni.. pepanjang pon bukan korang baca sampai aben.. hahaha... plus, kang aku tulis pepanjang, macam la tercapai semua pon.. sebab tu aku kata tadi aku nak jadi realist, bukan optimist.. realisasikan satu persatu impian sampai tercapai;- jangan jadi yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran.. betul tak?

Okehs, ceria ceria selalu kawan-kawan! \(^_^)/


Tuesday, December 22, 2009

Oh Abang Laksa..

Arini macam biasa sebelum aku turun keje aku gi bekpes kat kedai corner Mega Inn nak menjamah laksa masakan abang cina 4244. [plat kete bapak dier]

Laksa abang cina nih memang sedap ok. Dadah apa tah dia taruk aku pun tak tau, yang pasti aku cukup ketagih untuk melahap hari-hari.. pagi tadi pun tak terkecuali..harus semangkuk ok.

"Abang hensem, laksa satu aaa..kicik saja..pelut saya tatak pesar..hua hua"

Abang hensem senyum sokmo bagai. hahahah.. jangan speku plak korang. Abang laksa ni memang baik dengan aku.. salu tanya sudah order minum ke belum, sudah bayar ke belum..kalau aku datang pagi-pagi dalam pukul 7, dia mesti tanya 'mau pigi kucin ka moi?' itu je lah dia tau, asal aku datang awal bekpes, mesti dia ingat aku nak gi 'kucin'...tak bley ke aku gi mili ke, sipu ke, mintulu ke.. hahaha..asal mesti kucin? Mungkin dia ingat itu jelah tempat aku tau ye..hahaha


"Abang hensem, ini luit saya mau payar"...

"titak apa moi, saya pelanja.. flee ini ari.."

"betul ka? apa pasal?" boleh plak aku tanya ni kan..haha

"Ada leseki lebih, titak apa..satu kali satu kala.."

Aku pun senyum sokmo jugak bagai.. "Sei sei abang hensem..kinyang oo saya.."


Hahaha, seronok la aku..giler sayang aku kat abang laksa kalau macam ni,belanja aku makan .. jangan dia taruk minyak senyonyong sudah..tapi takpelah, mak aku pun makan gak tadi..kalau tetiba aku suka kat abang laksa nih, mak aku pun suka jugak nanti..habislah aku perang cinta 3 segi..

Dah dah, back to work..aku sedang mengira markah ko-kurikulum bebudak sekarang. Banyak betul kesalahan.. ade ke (19+17) / 2 = 16??




Monday, December 21, 2009

Cerita Hidup Aku

Aku hampir lupa minggu ni sampai minggu depan aku kena turun keja..serious lupa.. kalau mak aku tak ingatkan, harus aku lanjor tidor..masa cuti sungguhlah aku menjadi malas nak bangkit awal.. Sekarang aku kat opis, dengan muka tonyeh..haih!

Arini aku nak kongsi dengan korang 2 perangai aku yang susah aku nak kikis.. orang putih kata, menyerupai OCD ..apa full term untuk OCD, aku pon tak ingat..

1. Bila ahli keluarga/orang yang aku sayang jatuh sakit :-
|| Aku akan jadi penjaga yang sangat baik. Aku akan masak, aku bagi apa saja yang dia nak and tahan leteran kalau apa aku buat tu salah. Bagi yang belum tahu, ayah aku dah lama meninggal, masa arwah masih ada dulu, aku antara ahli keluarga yang paling banyak memonitor keadaan beliau. Bila sakit, beliau tak mampu melakukan kerja berat and banyak makanan perlu di restrict. Maka beliau menjadi cepat marah..Aku tebalkan telinga, kadang tu menangis jugak aku kena lenting..hati aku turut sedih melihat mak aku bersekang mata menjaga ayah aku..
Hati aku memang sen-sentap sebab aku adalah anak kesayangan beliau, tambahan aku sorang je bunga dalam rumah.. Sejak pemergian beliau, aku menjadi 100% lebih prihatin kepada mereka yang kurang sihat.. [al-fatihah ayahanda 27 September 2004]

arwah ayah and me..

2. Aku gelisah kalau sms yang aku antar pada orang yang aku sayang, tidak direply:-
|| Mungkin ramai yang belum tahu, selepas aku kehilangan ayahanda aku, aku turut kehilangan kekasih hati tahun 2006 disebabkan oleh kemalangan. Aku masih belajar lagi waktu itu, sedang menduduki exam semester. Masa hari kejadian, aku sms beliau meminta tolong untuk menukarkan currencies sebab aku dan family akan melancong ke Eropah. Sehingga petang, beliau tidak membalas..aku biarkan saja kerana menyangkakan beliau sibuk bekerja. Aku hanya tau berita beliau kemalangan pada sebelah malam jam 8 pm tatkala aku sedang mengulangkaji untuk paper esok hari. Adik beliau yang menghubungi aku, katanya beliau eksiden sedari pagi tapi sebab handphone beliau pecah, maka aku tidak dapat dihubungi..telefon ibu beliau juga sudah rosak..aku sudah tidak mampu berfikir waktu itu, yang aku ingat, aku menangis sepanjang perjalanan ke HKL dalam kereta yang dipandu oleh rakan serumah ku..
Sepanjang minggu itu, aku menjadi seorang yang sangat pemurung..aku menangis sampai aku jatuh sakit..mata kembang and langsung cuti dari peperiksaan..aduh, nyawa aku pada waktu itu, seperti telah disentap separuh..Kalau bukan kerana housematesku Hanim, Zsa-Zsa, Abby, Gee yang tidak putus-putus memberi semangat, nescaya aku dah patah arah untuk hidup. Mereka menjadi saksi melihat aku menangis bila bangun tidur, menangis bila sendirian and menjadi pasif.. Takdir Tuhan, nyawa beliau hanya bertahan 11 hari. Beliau meninggal dalam koma..jikalau beliau masih hidup, beliau akan berumur 34 tahun ini. It was a huge blow in my life, sangat-sangat down..Alhamdulillah sekarang aku dah ok..

Hmmm.. semenjak pemergian beliau, aku sangat menitik beratkan kemana insan-insan yang aku sayang pergi. Aku sentiasa pastikan mereka sms aku kalau sudah selamat sampai rumah..kalau aku tidak terima reply, aku akan kol, just to make myself feel better. Kalau tak, macam-macam perkara terlintas di kepala otak aku..Kalau orang tak kenal aku, gerenti akan kata aku pengongkong.. sama sekali tidak, aku bertindak demikian untuk pastikan orang yang aku sayang selamat tiba di destinasi.. :( [RIP Cheng Jing Liang 31 May 2006]

Late Cheng and myself, one week before the accident..


Well kawan-kawan, sekarang korang dah tau sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup aku. Dan kenapa kadang-kala perangai aku begini.. Aku susah nak ubah, minta maaf.. Aku tak sanggup kehilangan insan yang aku sayang lagi dalam hidup aku.. Cukup-cukuplah dulu, aku belum cukup kuat ya Tuhan..