Tuesday, August 14, 2012

Recipe Butter Chicken

Hari ni Chef Amoi nak share resipi butter chicken.. Chef Amoi dapat resipi ni dari seorang kawan and percayalah, resipi ini sangat superb sehingga menjilat ibu jari..hihi..kalau para kawan-kawan atau ibu-ibu nak tukar kepada udang atau daging,dipersilakan. sama juga resipinya..

Mula-mula, potong ayam ikut suka.. letak dalam mangkuk.
kemudian masukkan garam lebih sedikit, (sebab nanti masa nak buat kuah, tak da tambah garam dah),
masukkan serbuk kunyit dan telur ikut banyak ayam.. gaul..

Panaskan minyak + butter dan masukkan ayam yang telah dicampur dengan bahan2 garam / serbuk kunyit tadi ke dalam kuali yang dah panas. Pastikan ayam dah masak dengan cukup ya..lepas masak, alihkan ayam ke dalam mangkuk lain. Baki minyak jangan dibuang.

Dengan baki minyak tadi, tambah lagi butter secukup rasa, panaskan.. kemudian
masukkan bawang putih dan cili. tumiskan.. kemudian masukkan daun kari. bau akan naik harum..

Lepas tu, masukkan ideal milk. ngam ngam rasa lah k. jangan plak terlalu banyak nanti
terlampau berlemak pula.. lepas tu, masukkan beberapa sudu susu cap junjung sehingga cukup manisnya.

Masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi. Gaul lagi.. Lepas tu, masukkan nestum. nestum ni akan serap minyak dan bagi rasa 'krup-krup' pada isi. nyam.. kalo ada yang sukakan kuahnya, tak perlulah letak banyak nestum.

senang kan? sedap tahap tip top.. memang first try akan nak lagi, cubalah!




Tuesday, August 7, 2012

Majlis Menyambut Menantu 14 Mac 2012 (Terengganu side)


3 months after the 24th, ceremony on husband's side had taken place in Dungun, Terengganu.

Oh, it was time to berhias again! hihihi.. i wont babble much, let's enjoy pictures okay.




















oh bila tengok balik gambar-gambar kawen ni, rasa sweet sangat. my husband memang romantik to the mantic orangnya..all the time nak cuddle-cuddle. hahaha.. opss. tebik posa kelak. but it's the truth, which makes me fall in love with him all the time. memang dia lah raja di hatiku. semoga kekal selamanya. amin




My Wedding Reception 24th December 2011

i have yet to share my wedding reception's pics have i? okay i'll post just a few cause i'm in rush with some other work. here goes.











 Cinta matiku Bakri sayang.. :)


Puasa Terindah 2012

salam ramadhan..

kita sudah menghampiri penghujung puasa kan.. penuh tak? puasa saya alhamdulillah masih penuh. harap2 boleh lah penuh tahun ni ye kalo diizinkan..

nak bercerita sedikit tentang puasa pertama saya sebagai isteri tahun ini.
saya bersedia dari awal membeli tiket dari sabah untuk terbang ke kl supaya
dapat menunaikan puasa pertama bersama suami. sanggup okay.. nama pun
pertama kali kan, mesti kita nak menyambut bersama yang tersayang.

ia terbukti benar kerana saya rasa puasa tahun inilah puasa yang paling 
bermakna dalam kehidupan saya. bukan sahaja saya dan suami berjaya
berpuasa bersama, malah berjaya menunaikan solat fardhu 5 waktu secara
berjemaah. masuk malamnya, suami ajak pula pergi ke surau. tersentuh jiwa
wanita saya.. betapa suami saya menjaga saya..terharu sangat. syukur 
yang teramat Tuhan mempertemukan jodoh kami. tiada yang lain saya
mohon pada Tuhan selain dilindungi kesihatan dan keselamatan suami tercinta.

sekarang, masing2 menunggu tibanya cuti raya agar kami dapat bersama semula.
tuntutan bertugas di lain2 negeri. menyebabkan saya dan suami hanya
dapat menikmati puasa selama satu penuh sahaja kerana ahad puasa kedua
saya sudah terbang balik ke sabah. saya sabar, suami pun bersabar. semoga
kesabaran kami akan membuahkan hasil yang positif kelak..

apa pula cerita anda?


 

Wednesday, July 18, 2012

Telefon Berbunyi Ring Ring Ring


 Pelajar dibenar bawa handphone ke sekolah mulai tahun depan??

Dengan alasan seiring mengikut peredaran masa. Entahlah, kalau personally, memang saya tak setuju.
Saya seorang pendidik dan saya berada di sekolah setiap hari. Saya tengok tingkah laku pelajar.
Dasar itu dirasakan tidak sesuai. Lepas ini nanti, guru sudah tidak ada hak untuk melarang murid
sebab nanti alasan - dasar membenarkan..

Mungkin ia sudah difikir sehabis masak. Terpulang pada sekolah barangkali. Dibenarkan dengan
syarat hanya digunakan selepas sekolah. Kalau tidak, nanti ada la yang berjawab panggilan
semasa PnP.

Berbeza betul zaman sekarang kan. Masa saya sekolah dulu, Handset itu satu LUXURY.
Simcard satu berharga RM200++. Saya ingat lagi saya pertama kali memiliki handphone
adalah sehari sebelum menduduki SPM 2000. Ayah dan mak datang menjenguk ke
asrama di sekolah sainsku memberi kata semangat. Memang terkujat gila lah bila dapat
hadiah handphone dari ayah.. perghhhh.. mau nangis kot..

saya ingat lagi, saya punya nombor pertama dulu 010 berharga RM220.
Mak belikan dari duit bonus dia. Kemudian ayah bagi henset Nokia berkepala signal
di tengah-tengah. Dapat call dan terima call sahaja. Ringtone pula yang tet tet tet..
Tapi habis lah bergaya waktu itu. Jenama popular ketika itu Ericsson (sebelum bergabungnya Sony Ericsson), Vodafone..

Rindu kan waktu dulu. Zaman modify public phone supaya sepuluh sen pun boleh bertahan
sampai 1 jam. Hi Hi Hi.. zaman berbaris, zaman mencari duit syiling dan zaman membeli
kad telefon. (ingat lagi?) Apa pun, sekarang kita lihat perubahan masa, di mana telefon bukan
lagi satu kehendak tapi seperti satu keperluan. Bergantung kepada sekolah, kita harus
buat pelajar faham bahwa peraturan tetap peraturan. Tidak semestinya apabila dibenarkan membawa
telefon, boleh dipakai sepanjang masa. Jadi kemana hala tuju kita? Menjadikan sekolah kita
seperti sekolah barat? Menjawab/mereply sms semasa PnP? Tepuk dada, tanya selera..


Just my 2 cents.. :)



Sunday, July 15, 2012

My Wedding Pics Pt 3 (Solemnization)


 Sambung gambar solemnization. Kotan banyak..lelah milih..Enjoice!

selesai akad nikah..

bengkak mata mbak nangis

mahar dari suami


my wedding ring

sarung cincin suami

my family and friends

suasana selepas hujan.

my new family. rami datang all the way dari semenanjung

Im blessed to have met my husband. Bercouple sik lamak, 3 bulan jak terus decide maok kahwin. Umur pun bukan muda lagi. Berkat kesabaran and saling kerjasama to make our wedding a reality membawa kebahagiaan sekarang. Married to him and his family is a bliss. Riuh rendah all the time. My mother pesan, jaga diri baik-baik dalam keluarga baru. Both my father n mother in law baik-baik orangnya. Next next entry lah kamek post my wedding reception on Terengganu side okay..


My Wedding Pics Pt 2 (Solemnization)


 Not getting enough of my wedding pictures? Fret not, now im uploading my Solemnization pictures. 23rd December 2011. Jom layan!

 
saat dimekap. 2 jam hokey
pink for bride, purple for groom.
susun atur dalam masjid sri aman
that's my cute niece,Fasha
hensem bakal suami ketika ini
  
my driver hihi
lovely
bunga jauh diimport dari Miri..that's why ada layu dikit, lelah nyimpan dalam peti ais..hihi
my very own home made chocolate :)
Cincin tunang + cincin nikah
majlis bertunang
 akad nikah

Merah menyala mata mbak nangis after sah menjadi isteri. Adoi, memang mengalir macam air terjun. Ney pat tahan aek mata kegembiraan. From single now im officially a wife!