Saturday, March 6, 2010

Thanks Everyone..



"I know i screwed up.. Life's never been the same without you.. But i will always love you cause i love only you.."



Really?? Like really really?? Itulah manusia kan.. bila sudah tiada depan mata, barulah terasa akan kehilangan..Barulah akan rasa kehidupannya tidak lengkap kerana sebelum ini sudah biasa ada pasangan di sisi..dan juga di sana..

Kiriman
sms dari He-iS-hiStoRy yang berbaur memujuk itu, did not change anything between me and him.. Tipu lah kalau aku kata aku dah buang dia for good daripada hidup aku sebab aku dan dia dulu adalah satu. Pernah ada kenangan bersama.. but i've had enough. I could no longer tolerate permainan hati. Kalau benar sayang dan cintakan aku seorang, kenapa musnahkan kepercayaan aku? Kenapa baru sekarang, mahu mengungkapkan kata sayang dan rasa sangat menyesal, hanya selepas aku tiada? Takpalah, kalau ada jodoh tu nanti, takkan kemana. Sekalipun Tuhan berikan aku dia semula, kalau sudah jodoh aku, maka itulah ketentuan yang akan aku terima..

Anyway
, another part of this post is to thank everyone who has been there for me, thru my worst time yet in 2010.. Ada yang mengirimkan sms memberi kata semangat, seperti geng-geng di bawah..


Sent by dearest Fieza on Saturday afternoon the 27th.. less than 24hrs after the break-up..

Sent by dearest Ms Tikot Saturday afternoon the 27th, few hours after Fieza's.

Sent by my friend who's working in KL...

Sent by my dearest BFF, Anne. She has been by my side sejak dari petang jumaat lagi..

and again..

and again..


I could not thanked you guys enough for all the support you gave me. Bukan senang nak memujuk someone yang tengah down kan? Cakaplah apa apa, tak satu pun yang betul.. nak pulak terkena dengan aku yang memang jenis tak berapa nak kuat semangat..

Sekarang sudah seminggu berlalu... Aku pun dah makin ok.. Dah start makan balik macam biasa, dah boleh gelak and certainly dah tak menangis..Tipulah kalau dalam masa yang singkat aku boleh lupakan dia, apatah lagi bila dia hantar message memujuk, memang hati ini cepat je rasa terasa sayu.. tapi tah, aku ni hulk kot.. mati perasaan. Sedih bagai nak rak tapi bila kena pujuk oleh dia, jadi batu.

Well, let's close this chapter for good ok ... once and for all, let me turn over a new leaf and start again, fresh.. Lama-lama bersedih pun nanti aku jugak yang sakit.. So guys, aku akan cuba untuk tidak berbicara soal ini lagi.. Tutup buku, close book! Hehe..

:) K lah, i wanna rest.. nanti hapdet lagi.. muah muah!



Wednesday, March 3, 2010

Slowly But Surely..


I was at a devastating, terrible state. I couldn’t sleep well, I couldn’t eat full, I couldn’t get my work done, I couldn’t talk to anyone without ending up crying and I couldn’t even talk myself out to be strong. I just couldn’t. I wake up in the mornings with hopeless dreams and a shattered heart. My broken heart was beyond repair. It was too painful to bear, I cried days and days asking myself what did I do wrong? Was I not the apple of his eyes? Was I not part of his dream? Was I not his soul? I kept thinking and thinking and thinking perhaps I did not promise enough love, perhaps I was too demanding, or perhaps I was just simply his toy, for him to play around with whenever he feels like it…Did he ever, ever really loved me?

I lost 2kgs the past days since the break-up. Colours were dull, food was tasteless, jokes were mean, job was a burden, and everything else was nothing but pure hell. I looked at myself, and asked, why can’t I have the happiness everyone else has? Was I that bad as a girlfriend? Am I that person who does not deserve to be loved? Why can’t I, have that one chance to be happy and lead a ‘happily-ever-after’ life? Why? I’m whining I know. Everyone keeps telling me, things happened for a reason. Yes thank you, I understand completely all the kind concern for me, giving me comfort... It’s just, guys..when you have already given all your heart, all your life devoted to that just one person only to be broken so badly by him, it’s never easy…Never.

I’m sorry, im still not over the fact that he had betrayed my trust. Im still not over the fact that the relationship has come to a bitter end. However, despite all the holocaust in me, im not sorry I made that decision to leave and walk away. Im not sorry that, that decision might have just saved my future. I may be weak now, so weak I felt like I’ve totally lost my directions, cause he is the one man I love with all my might, to death.. I promise, I’ll get up soon and I’ll get up good. I’m still in need of your support, fellow blogger friends; to motivate me, to encourage me and of course to stand by me no matter what happens. Your words are my strength. Thank you. I’ll write up again soon, with story in full.. Take care.

"It has been said that time heals all wounds. I do not agree. The wounds remain. In time, the mind, protecting its sanity, covers them with scar tissue, and the pain lessens, but it is never gone." ~ thanks Myra.


What happens to love after you’ve found it?


Saturday, February 27, 2010

Aku Hanya Mampu Merancang..

Dan Tuhan yang menentukan segalanya..

Kalau itu sudah takdir yang tersurat, aku terima dengan hati yang redha... mungkin itu yang terbaik Kau sediakan buatku, aku terima, Ya Tuhan.. Aku pasrah..



Guys, i am officially single. For good.

I'm taking a rest from blogsphere.
i'm at my lowest point of strength to live now..
Please give me time to stand back on my feet..
aku betul-betul lemah semangat sekarang..
sudah puas aku menangis semalam.. cukuplah..
Tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata, betapa
hancurnya hati aku kala ini..
Maafkan aku, i'll be back soon..
Take care everyone..


hanya tinggal kenangan..


Wednesday, February 24, 2010

Pengalaman Hidup Di Asrama..

Pernah tengok hantu tak? Atau terasa pernah tengok hantu? Jeng jeng, malam ini dalam suasana yang agak sayup, angin bertiup perlahan menyapa wajah, ingin aku kongsikan bersama pengalaman aku semasa aku masih bersekolah asrama dulu di Sekolah Menengah Sains Kuching.


Insiden berlaku semasa aku form 1... malam dah larut time tu.. aku ingat lagi, bilik aku tingkat atas bahagian hujung bersebelahan dengan tangga.. Room-mates aku yang lain semua sudah lena tidur lena diulit intan.. aku pun tidak terkecuali.. Malam agak sejuk waktu itu..Keadaan memang sunyi sepi.. Dalam kelenaan aku tidur, tiba-tiba aku terjaga dari mimpi.. Aku lihat jam tanganku menunjukkan 5 pagi. Aku mengeluh seketika kerana tidurku yang terganggu. Sedang aku cuba tidur semula, kala itu lah aku menangkap sesuatu bunyi. Bunyi dari luar bilik.. Bunyinya sungguh dekat dengan pintu bilik.. Aku pasang telinga akus seluas mungkin untuk memastikan aku tidak salah dengar.. tidak, aku tak salah..memang ada bunyi kedengaran dari luar kamar kami...

*Tok tok tok tok...

Bunyinya perlahan saja, sayu ....seperti langkah seseorang menggunakan tongkat.. Aku sudah mula berpeluh.. Aku perhatikan rakan-rakan yang lain, tidak seorang pun sedar akan bunyi tersebut.. Dahlah kedudukan katil aku, memang bersebelahan dengan pintu cuma masuk ke dalam sikit lah.. Aku dengan segera menyesal kerana memilih kedudukan tersebut dulu.. Aku cuba lenakan mata tetapi..

*Tok tok tok...

*Matilah aku.. Aku berbisik pada diri aku sendiri..

Peluh pagi aku dah keluar dah.. serius aku takut time tu.. bunyi nya sangat dekat dan perlahan..

* Tok tok tok..

Memang seakan-akan bunyi sesuatu sedang menaiki tangga menggunakan tongkat.Tetapi firasat hati aku mengatakan bunyi tersebut adalah bunyi sesuatu yang berkaki kayu.. Aku rasa nak menangis tak tahu nak buat apa. Aku pejam mata aku sepejam yang boleh dan tutup seluruh badan aku dengan selimut dan wajah aku dengan bantal.. Menggeletar tubuh aku bila bunyi tersebut berhenti betul-betul di depan pintu bilik kami.. Tuhan sajalah tahu betapa aku sangat sangat sangat takut ketika itu..Aku begitu cepat membayangkan makhluk itu akan memboloskan diri masuk kedalam kamar kami dan berdiri betul-betul di sebelah katil aku. Bayangkan kalau benarlah ia terjadi? Jantung aku bagai di sentap-sentap..

[bersambung esok].......


^
^
^
^

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^



Ehehehe boolak jak. Ok ok aku sambung .. saje je bagi saspens. And nak bagi korang tak nebes sangat.. mana tau kang lemah jantung, aku jugak susah.. eheh baik baik sila sambung..

So apa berlaku di penghujung pagi tersebut? Tiada apa-apa insiden pun yang berlaku kawan-kawan.. Syukur kepada Tuhan kerana bunyi tersebut tidak berlanjutan. Azan subuh berkumandang selepas seketika..mungkin kerana azan sudah berkumandang, entiti tersebut lari menjauhkan diri.. aku pulak sampai lewat pagi terlajak tidur.. nasib baiklah hujung minggu!

Susah
aku nak lupakan pengalaman aku ni. Berkesan sungguh peninggalan dalam hati. Buat pengetahuan korang, bukan sekali aku terkena tapi 2 kali. Insiden kedua berlaku ketika aku dah masuk Tingkatan 4. Tapi kisah yang Tingkatan 4 tu, lain kali lah aku cerita k sebab aku sendiri pun seram nak taip malam-malam syahdu begini..

Sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berasa di luar bilik aku pada pagi itu?.. Rasanya sampai bila-bila pun aku tidak akan tahu. Tiada jawapan pasti!


*Jangan lupa baca doa tidur malam ini ya kawan-kawan! hehehe




Monday, February 22, 2010

Bila Bulan Mengambang..

Siang tadi ada insiden yang bikin aku kecik ati sangat-sangat. Aku terasa gila dengan statement seorang teman terhadap aku. Mungkin dia pun tak sengaja, terlepas cakap tapi i cant help but to feel so sad....

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Minggu ni, minggu aku cepat terasa sebab aku sedang mengalami perubahan cuaca dalam badan. Sekejap aku El-nino, sekejap aku el-lianto dan sekejap tu pulak, el-lektrik. Kenapa ek, bila berlaku perubahan hormonina dalam badan, emosi aku jadi kureng stabilo? Aku emo la bila emo. Tak suke sebenarnya tapi aku tak leh nak lawan kadang. Orang cakap sikit pun aku dah kecik ati. Padahal benda kecik je, aku boleh ingat sampai berhari-hari.

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Congek@manja
toksah sebut. Melampau merajuk. Siap nak nangis. Sebagai contoh arini,sekejap je tHe sigNificant otHer aku hilang, mula aku pikir yang dia tak sayang aku. Mula la aku ingat dia dah lupakan aku. Padahal baru tak seminit lepas sms aku. Apakah. eheheh ..

Tapi
kan yang buat aku sayang sangat kat cinta aku ni pasal apa, dia tak turut period macam aku. Dia tak marah pon kalau aku datang angin kus kus halilintar tebabom. Tau sangat dah dia perangai aku, kalau aku mencarut time driving, ha dia tau dah 'Sayang period kah?' hahahahaha aku buat muka monyeng jawab se-das 'ye lahhhh'.. haha dia pandai pujuk aku.. tu yang best.. cinta aku akan cakap 'Mek period juak' [i pon period] '.. hahaha gilos gerek [bf] aku ni. Pastu dia buat-buat aksi merajuk, tiru-tiru suara doraemon. haha manalah aku nak tahan wey. Memang aku akan gelak punya.. Sib baik la aku dapat dia: nyawa hidupku yang sangat memahami.

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Kes siang tadi, sedih-sedih aku mengadu kat cinta.. dah la tengah period pain, kena plak statement kurang berzat dari si teman, mau aku tak terkoyak hati. Cinta jugak yang pujuk aku.. lepas kena pujuk baru okay.. dia jugak jadi mangsa.

Payah
kan bila terkena hormonal imbalance nih. Cepat sangat hati jadi sensentap. Kalau dah nak marah tu, semua aku rasa nak telan hidup-hidup. Berborak pun aku takkan jadi semeriah hari-hari normal. Tapi setakat ini, aku masih boleh kontrol emosi aku. Kalau aku marah, aku akan pastikan aku duduk diam layan website Air Asia berangan nak pergi bercuti ke Gold Coast.. eheh layan kau. Cuba try lain kali, kalau tetiba emo kan.. te he he..

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

Kepada kaum adam di luar sana, terima kasih kerana memahami ciptaan Tuhan yang maha agung ini. :) Kesabaran korang melayan kerenah girlfriend/isteri sangat aku tabik spring. Mungkin korang sampai bila-bila takkan mengerti kenapa girlpren korang boleh je tetiba berubah menjadi angin barat daya. Tetapi daya pertahanan badan korang untuk turut tidak berubah menjadi angin timur selatan sangat-sangatlah dihargai.. Sebagaimana aku hargai kesabaran tHe sigNificant otHer aku ok, serious. Susah aku nak cari senta sebaik dia..

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com
terharu

Dah sudah, sekarang hormon aku terlebih kepada hormon ingin bercinta lah pulakkkkk.. hahaha sungguh lah tidak stabil. Tadi sedih sekarang rindu..hahaha hai lah badan... Anyway, good night people, time to sleep!



http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com





Sunday, February 21, 2010

Kalaulah Gaji Aku...

Aku cemburu tau kadang-kadang, bila orang dapat gaji tinggi-tinggi. Kerja tak la seteruk mana pun, tapi bila masuk gaji, pergh masyuk. Kadang-kadang aku berfikir, bila agaknya aku boleh dapat gaji ribu riban macam derang? http://emo.huhiho.com

Aku bagi contoh, kawan aku sorang, kerja offshore.. walaupun hanya seorang technician [ i think ] dia mampu menyimpan dalam RM2k tiap tiap bulan no fail no play. Aku yang dah kerja naik 3 tahun ni ponnnn baru sekali dapat simpan RM2k macam tu tau.. selebihnya, dah cukup baik kalau aku boleh simpan RM1k a month! Lagi sorang kerja offshore, engineer, kawan aku, sama.. Gaji ribu riban boleh belikan aku kosmetik dari STAGE dan perfume J'adore CD untuk birthday leng leng no feel. Argh, tension. hahaha..

Contoh
lain, bapak kakak ipar aku. Pun orang tasek jugak. Sekarang dah pencen. Tapi masih on call bila diperlukan. Nak tau berapa gaji bila beliau kena panggil on call nih?? RM6k++ untuk 5 hari ok.. 5 hari bapak nau!! Go head gostan je boleh dapat RM6k dengan mudah. Dulu masa masih attach dengan Shell, sebulan gaji dalam RM30 ribu lemon. Maknanya gaji sehari lebih kurang RM1 ribu ok.. stress aku. Mana tak, gaji aku sehari kalau tolak tambah darab bahagi, RM81++ je. Ha darablah dengan 30 hari gitu. Baru bersamaan dengan 2 hari gaji beliau. 30 hari VS 2 hari. Haih! http://emo.huhiho.com

Tapi
aku cukup saspek kat depa. Kenapa? Sebab mereka ni sangat humble and down to earth. Langsung tak berlagak and tinggi diri. Kalau korang tengok, mesti ingat mereka ni keja biasa padahal gaji meletup letaps. Pakaian simple giler, rumah pun tak la besar mana. Pastu rilek je naik proton saga yang lama. Rilek je naik motosikal. Mampu je mereka ni memiliki BMW, Ferari segala..Mampu je pergi melancong lencang luar negara tapi sikit pun mereka tak tunjuk. Dan, kalau ada yang pergi melancong, memang murah hati akan membelikan souvenirs. Ke saja tak tunjuk low profile supaya tidak diaudit atau direview BPR? http://emo.huhiho.com

Jadi
tak betul lah kalau orang kata, orang kaya ni kebanyakkan sombong kan? Sebab ada kalanya yang tak berapa nak kay tu, lebih kuat berlagak berbanding yang betul-betul kay. :) Aku bukannya mengeluh macam tak bersyukur, nanti Tuhan tarik rezeki aku, choy choy.. mintak dijauhkan tuhan. Eheh. Aku nak jadikan ini sebagai motivasi agar aku akan lebih berusaha dalam hidup, tul tak? aku nak jugak jadi kay. hahaha sapa tak nak? Tapi aku nak jadi kay yang baik hati dan tidak sombong. Harta dunia, tak boleh nak terlalu taksub kan? *wink wink

*Mula melayari laman sports Toto, 4D dan 6D. Kot kot kena nombor boleh dapat RM18juta. hahahaha main pun aku tak reti neng. Mari cari rezeki secara halal ye kawan-kawan?




Saturday, February 20, 2010

Soalan Temuduga

Just got back from a 5 day trip dari Miri yesterday.
Tired nong. I took the wheel dari Miri sampailah Sarikei. Berganti dengan my mom pun sebab aku dah mengantok tahap tak boleh nak describe. Kena tempeleng pun belum tentu aku boleh segar balik.

Oh anyway, since it's a weekend, jom aku nak share tips bagaimana cara menjawab soalan temuduga bagi sesiapa yang sedang dalam pencarian pekerjaan.. Terima kasih Mizara and Beautiful Stranger sebab telah berjaya menjalani temuduga ini..hik hik.. layannn zaaasss!


1. Adakah anda rasa anda HOT?
Oh yes sir, sizzzzling harus.. growl!..


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.



3. Cerita pasal gambar
Biru. Eheh. That's it. Biru.

4. Kali terakhir anda makan pizza?
Minggu lepas. Sedap gilos sampai tak habis! Tapau balik. Eheh.


5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu iban. Siti Penanggul Antara Tua. Cewah. Hehehe. Jiwang kar aku walaupun first time dengar dulu, terpaksa bertanya kepada Anne apa maksud certain words. Aku iban celup k..


6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Menikmati coco crunch di campur susu sejuk dutch lady. Pergh.


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
Haruslah Ahmoi. Selain dari tu, i leave it to you fine people to either call me Jessica Almoi or Angelina Jo-moi.. haha Jo-moi. Matilah.

8. Tag lagi 8 orang
Pergh, banyak gils. baik baik, saya mahu menge-TAG: mana yang tak tersenarai tu, rasanya sudah di-TAG bloggers lain. Jawab jelah ye kawan-kawan kalau sayangkan saya. Eheh.

  1. Ms Tikot
  2. Onggon
  3. Audio
  4. Am-rie
  5. Pak Dukun
  6. Florance
  7. Nona Reena
  8. Erol

9. Siapakah orang No.1. kepada anda?
Kawan blogger aku yang best to the beat. Memberikan aku hadiah birthday gelang tangan padahal baru first time jumpa masa kawin Audio. Pleasant surprise sampai mati aku akan ingat. Sayang Ms Tikot..muacks! :)


10. Katakan sesuatu kepada orang No.5
Oh, Pak Dukun no. 5. Ok here goes. Pak Dukun, jom gathering. Eheh. [sebab Pak Dukun sangat pemalu orangnya. hahaha]


11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Siapa gerangan No. 3? Oh Audio. Ok.. Ada hubungan dengan ibu dan bapanya, adik beradiknya, nenet atuknya. Hehehe.. Dan of course la, wife tersenta, Fashitah..


12. Bagaimana pula dengan No.4?
Am-rie? Blogger yang bekerja di semenanjung. Tak pernah jumpa tapi kalau tengok gambar, tinggi jugak orangnya. Opss, taken yer. Eheh.


13. Pesanan kepada orang No. 6
Florance:- Sila jawab dengan penuh ilmu di dada. Susah soalan temuduga tok. Eheh i'll be waiting!


14. Kata-kata cinta untuk orang No. 2
Erk, Onggon. You jump i jump. hahaha.. matilah. ampun gerek Onggon.


15. Adakah No.7 dan No.8 ada persamaan?
Ada. Nanti aku tanya. Pastu baru aku bagitau korang ek.


16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
Saya bagi 6 k? 3 untuk Mizara, dan 3 lagi untuk Beautiful Stranger.


Mizara - Santek, suka makan-makan dan jarang meletak gambar sendiri dalam blog. eheh. Terang sungguh observation saya kannnn..te he he

Beautiful Stranger
- Chinese the Look, Counselor cum Lecturer [kan?] and undeniably a great blogger.


17. Persamaan antara kambing dan lembu
Dua-dua duduk kandang.


18. Perasaan anda buat Tag ini?
Stagnant calculus. :|

19. Gay or Les?
uuu Gay harus.. They make good friends, because they have good taste in MEN. So do I. hahaha



Wednesday, February 17, 2010

A Bit of Respect Please?


Arini aku nak pok pek pok pek banyak..
Bukan selalu. Kalau selalu pun takpe..
Sebab aku tengah G to the E to the R to the A to the M
G.E.R.A.M eheh..
Geng-geng layan je lah k?

Aku sebenarnya emo dengan beberapa insiden yang pernah berlaku pada aku dan orang di sekitar aku. Pendek cerita, tempoh ari aku gi check up kat hospital. Gigi aku ni ha buat prob to the lem. Aku tak nak pegi pon tapi ibunda sudah mising-mising, aku pi lah jugak kan..

Sesampai
je, aku tunggu giliran. Ok fine, takde masalah.. momantai. Bila tiba giliran aku, doc tanya soalan aku jawab. Ok kenalkan diri, cakap apa masalah, aku keja apa.. ok fine neng, aku jawab.. doc tu rupanya muda dari aku. Fine. Aku tak jeles sebab aku memang nampak jauh lebih co to the mel. Hahaha sempat. Dia tanya la aku keja jadi cikgu ni ajar subjek apa.. Fine, aku jawab aku ajar English and Moral. Then hahh! Start.. dia buat-buat speak to the king dengan aku.. aben segala technical terms medical ni dikeluarkan..

Tau tak apa itu stagnant calculus? http://emo.huhiho.com

Haih
, calculus matematik tu tau la aku makcik.. Kalkulus yang pegun. hahaha lucu lah plak. Kalau term term dari medical ni mana la aku tau.. bukannya aku pi sekolah belajar pasal gigi gigus. English yang mudah is sufficient, contohnya gigi awak sakit sebab ada plag gigi yang melekat. Nah! Kan dah sengih-sengih aku sebab sedor kesilapan diri? hahaha..Kena berpada-pada lah kan kalau nak tunjuk Zero to Hero kan. Aku saspek kat ngko, serious, sebab ko ni dah la muda dari aku.. dapat pulak jawatan tinggi.. mungkin ko tak berniat, aku mintak maaf, mungkin juga aku yang emo tapi secara logistika, adakah ko akan tanya soalan yang sama kepada patient dari rumah panjai Beriang ak Rampu? eheks... senyum plak aku sensorang.. Tapi terima kasih lah yer sebab cek gigi aku. Mungkin ko agak penat hari tu maka emosi ko pun turut sakit macam gigi aku. http://emo.huhiho.com

Kes kedua plak.. bila ko gi bank.. mesti akan melibatkan Cerdit Debit kan..muahahaa.. Credit Debit my apology. Term untuk bank, kalau keluarkan duit, adalah Debit manakala duit masuk plak menggunakan term Credit. Bagi aku yang pernah belajar akaun nih, boleh la paham term-term cenggini.. tapi yang aku tak tahan bila ko marah customer yang bertanya 'kenapa credit? bukan debit ke?' ko leng leng chai boleh jawab 'itu pun tak tau ke?' wah wah amboi lanc sung mul kau ya? apa ko ingat customer tu pi sekolah untuk belajar akaun ke? muahaha.. mungkin dulu sekolah dia tak offer akaun, of the course la dia takkan tau term itu terbalik dari segi siapa yang menggunakan, betul tak? Kan senang kalau cakap je 'Duit pakcik dah masuk' instead of 'duit pakcik dah dikreditkan'.. adoh hai.. no saspek at all untuk Customer. Padahal duit dalam bank tu bukan dia punya.. Wek. http://emo.huhiho.com


Seterusnya, haku nak share nasihat ni, bagi sesiapa yang sudi mendengar dan menerima. Guys, kepada semua, sila belajar untuk menggunakan term-term yang elok bila meng'address'kan pekerjaaan seseorang ok?.. dulu masa aku study, aku pernah keja part time jadi Customer Service Executive. Tapi kat malaysia ni, orang lebih gemar menggelarkan Customer Service Exec sebagai Operator Telefon. Padahal itu bukan termnya.. Korang tau tak, untuk menjadi CSE macam yang aku jawat dulu, aku kena fasih cakap london ok. Tak fasih you get out dont come back again..

Aku nak korang jujur, bila korang kol help line 1-800 66 tekan tekan sampai terjunam tu kan, ada tak korang feel korang ni adalah raja?.. korang lah tau segalanya sampai boleh maki maka CSE seskati mulut. Cakap macam takde sijil. Tak ke self-degrading namanya? Pergh, aku dah merasa ok. Nasib baik time aku keja dulu, orang UK hampir kesemuanya baik-baik belaka bila bercakap dengan aku. Put yourself in their shoes, how would you feel kalau kena maki, kena herdik, kena 'padan pown jadi operator!!' padahal anda sendiri yang bengap susu tak tau macam mana nak pakai device Astro??



So
guys, treat people like how you would want people to treat you.. i know we are human, hence we tend to make mistakes, but we learn from our mistakes, dont we? Try not repeating the same mistake over and over again. You shall, eventually earn your respect when you learn to respect others first. Night!