Sambungan....
Of course amoi's husband sangat happy menerima khabar amoi pregnant. Our first baby yang ditunggu-tunggu sejak bernikah hujung tahun lalu. Alhamdulillah, Tuhan berikan rezeki kepada kami berdua..Kami berdua tidak kisah akan jantina anak, asalkan sihat dan cukup sifatnya. Amin..
Sekarang, amoi dah mula belajar sedikit-sedikit pantang larang semasa mengandung, serta mendapat nasihat dari semua ahli keluarga termasuk ibu, ibu mentua, adik ipar, kakak ipar, rakan-rakan dan housemates. You are the best, sentiasa bersama amoi tidak kira masa..
Hanya satu yang amoi masih alah sekarang iaitu minum susu ibu Anmum. Mungkin sistem dalam badan belum dapat menerima sepenuhnya susu formula tersebut. Ia menyebabkan amoi mengalami cirit-birit sehingga terpaksa berhenti seketika daripada mengambil minuman susu itu. Amoi gantikan pula dengan air susu kacang soya. Semoga anak mama tidak meragam dan memahami bahawa mamanya seorang disini tanpa papa di sisi..
Alhamdulillah, amoi tidak mengalami alahan morning sickness, (ke belum lagi?) cuma bila lepas makan tu, memang ada rasa mual sedikit, jadi tiap kali lepas makan, kena duduk bertenang dulu atau buat tak layan je baru la rasa okay.. pergerakan pun sudah perlahan sekarang, tidak boleh laju macam dulu..tekanan pada perut sudah semakin terasa. Indahnya perasaan ini.. :) setiap pagi bangun tidur sejak minggu lepas, perkara pertama dilakukan adalah memberi salam kepada baby dan ucap 'good morning baby'.. papa nya pun sama, kalau call, akan bercakap dulu dengan baby melalui speaker phone.. Life is good.
Berbalik kepada soal lambat atau cepat dapat zuriat, all i can say, banyak-banyakkan lah bersabar. Itu pesan suami pada amoi dulu, kita tidak boleh stress hanya kerana orang asyik tanya bila nak dapat baby? Sebab bukan orang yang tanggung beban kita. Nanti jadi tidak mesra bersama suami kalau asyik berfikir kali ni mesti berjaya, kali ni mesti berjaya..bila tak berjaya, kita sendiri yang kecewa..so, pelan-pelan lah, Allah knows best. Ada la jalan yang akan ditunjukkanNya nanti.. insyaAllah..









